Amin Zahir Rasa Cinta Pada Sarawak Menerusi Kedey Kamek


Hai readers,
Kali ini Misz-ella nak kongsikan tentang orang kuat disebalik tabir kejayaaan Kedey Kamek, restoran yang membawakan makanan dari negeri Sarawak iaitu Amin Aznizan. Kedey Kamek bukanlah asing di kalangan penggemar makanan Sarawak di Lembah Klang malah Misz-ella sendiri. Kalau dahulu cuma kenal Laksa Sarawak, melalui Kedey Kamek saya menimba pengetahuan yang lebih besar mengenai tradisi dan budaya Sarawak.


Amin Aznizan, pemilik Kedey Kamek
Rasa cinta pada negeri kelahiran beliau iaitu Sarawak membuatkan Amin memperkenalkan Sarawak kepada masyarakat di Lembah Klang apabila beliau membuka Kedey Kamek pertamanya pada tahun 2016. Sehingga kini, Kedey Kamek telah mempunyai tiga (3) cawangan di Lembah Klang iaitu di Sunway Putra Mall, Lalaport dan Taman Tun Dr. Ismail.
Bertatih-tatih dahulu, Bersenang-senang kemudian - Itu yang dialami oleh Amin di awal pembukaaan Kedey Kamek. Ditambah pula dengan fenomena Covid-19 yang melanda dunia. Baru berusia 34 tahun, Amin telah melalui fasa dimana Kedey Kamek dikelolakan sepenuhnya oleh beliau, dari saat pintu perniagaan dibuka - mengambil pesanan pelanggan, menyediakan pesanan pelanggan dan menghantar tempahan pelanggan ke destinasi.
"Semasa masih menuntut di luar negara, Amin jamu rakan-rakan dengan juadah Sarawak dan mereka suka. Dari situ Amin bertekad untuk kenalkan masakan ini kepada lebih ramai orang lagi, dari situ lah bermulanya idea untuk membuka Kedey Kamek."



Sebelum mulakan perniagaan Kedey Kamek, Amin telah melalui beberapa fasa getir apabila terpaksa menutup beberapa perniagaan kecil di awal penglibatan beliau dalam dunia perniagaan tetapi itu tidak melemahkan semangat beliau malah Amin kini menggalas tanggungjawab yang lebih berat iaitu sebagai Pengarah Urusan SOCC Holdings Berhad, antara syarikat korporat terbesar di negeri Sarawak yang aktif dalam industri bekalan makanan dan minuman melalui SOCC Offshore Sdn Bhd, SOCC Catering Sdn Bhd dan AnakMiri Kitchen Sdn Bhd, industri pendidikan melalui SMTC Global Sdn Bhd dan TCS College, industri pelancongan melalui CQ Music dan CQ Travel.




Amin bersama pelanggan di Kedey Kamek 
Meski jauh berjalan melihat dunia, Sarawak sentiasa dekat di hati Amin. Sarawak bukan sekadar ada rumah panjang atau orang Asli memakai cawat tinggal atas pokok di hutan tetapi lebih dari itu. Impian Amin adalah untuk memperkenalkan keunikan budaya dan tradisi Sarawak di mata dunia dan Kedey Kamek adalah salah satu usaha Amin kerana makanan sentiasa menyatukan sesama insan, tanpa mengira agama, bangsa dan warna kulit. Masakan dari Sarawak sangat unik dan tersendiri. Amin sentiasa memastikan kualiti makanan Kedey Kamek sentiasa dijaga dengan menggunakan bahan terbaik.
"Makanan di Kedey Kamek sangat istimewa dan asli kerana mengikut resipi yang Amin warisi secara turun menurun dari ahli keluarga terdekat. Apa yang kami makan di rumah, itulah juadah yang dihidangkan di Kedey Kamek" 




Amin turut membawa tarian tradisi Sarawak melalui persembahan khas di Kedey Kamek semasa acara-acara tertentu bagi memperkenalkan keunikan budaya Sarawak. Misz-ella sendiri sudah beberapa kali melihat persembahan tradisi ini di Kedey Kamek.
Di Kedey Kamek, kami melayan tetamu seperti keluarga. Sudah menjadi amalan kami di Sarawak mengutamakan tetamu dalam segala hal malah kami beri lebih dari apa yang kami ada. Bagaimana kami layan tetamu di Sarawak, begitulah layanan kami kepada tetamu yang datang ke Kedey Kamek ini.


Sesungguhnya bukan mudah untuk mencapai sebuah kejayaan. Perlu ada semangat yang tinggi, kegigihan, kesungguhan, disiplin dan kesanggupan untuk melalui fasa bersusah payah. Amin adalah salah seorang anak Melayu yang tidak menggunakan percikan glamour mahupun populariti untuk berjaya tetapi membina jenama sendiri dengan membawa identiti tersendiri. Sarawak tetap di hati, Amin dan Sarawak berpisah tiada. Semoga lebih sukses di masa akan datang.


MAKANAN ASLI SARAWAK DI KEDEY KAMEK

Laksa Sarawak Udang GalahKedey Kamek istimewa kerana di sini ada Laksa Sarawak berkualiti premium iaitu Laksa Sarawak udang galah. Menggunakan rempah ratus khas dari Sarawak rasanya sangat sedap. Dulu Misz-ella kurang suka dengan Laksa Sarawak tetapi sejak cuba Laksa Sarawak Kedey Kamek ni, terus jatuh cinta. Pelanggan boleh pilih samada mahu mee atau bihun. Ada juga pilihan laksa lain seperti Laksa Sarawak ayam, daging, kerang dan lain-lain.


Nasi Ayam PansohIni cinta pertama Misz-ella sebab pertama kali cuba, terus jatuh cinta. Juga dikenali sebagai Manuk Pansoh (bahasa Iban), ayam dimasak di dalam buluh bersama halia, serai, lengkuas, daun kesum, daun ubi kayu (resipi dari google). Ayamnya lembut, rasa serta aroma ayam pansoh sangat istimewa. Di Kedey Kamek, Nasi Ayam Pansoh dihidang bersama tempe goreng dan ulam-ulaman. Memandangkan hasil carian di google menunjukkan cara-cara membuatnya agak remeh, kalau rindu Nasi Ayam Pansoh, kita ke Kedey Kamek je lah. Dah tentu "authenthic" dan sedap!


Mee KolokLepas ni kalau ke Kedey Kamek, Misz-ella akan keliru .. Nak makan Mee Kolok ke Ayam Pansoh? Sebab dua-dua ni berada di dalam senarai teratas makanan favourite Misz-ella di Kedey Kamek. Walaupun ringkas (hanya mee, hirisan daging lembu atau ayam, bawang goreng dimakan bersama sup dan kicap) tetapi tetap menyamankan. Sapa nak diet sila lah .. kurang minyak, tiada lebihan gula (tak manis) Hanya ada satu rasa - sedap!


LinutMisz-ella pernah makan linut semasa ke Sabah dulu. Di Sabah, ia dikenali sebagai ambuyat. Masa tu kami makan linut bersama sayur asam keladi. Linut adalah makanan tradisional kaum Melanau, Penan dan Orang Ulu Sarawak. Dibuat dari tepung sagu yang dikacau bersama air pada suhu yang bersesuaian, linut ni macam bubur tetapi perlu dimakan dengan sesuatu kerana rasanya tawar. Di Kedey Kamek linut dihidang bersama ikan terubuk masin dan sambal belacan. Sambal belacan di Kedey Kamek guna belacan dibawa khas dari Sarawak ye, semuanya authenthic dan made in Sarawak tapi kita boleh nikmatinya di Semenanjung. Terima Kasih Kedey Kamek kerana bawa Sarawak kepada kami dengan seikhlas-ikhlasnya.


Cara makan linut

UmaiKali pertama jugak Misz-ella makan umai di Kedey Kamek (banyak betul jasa Kedey Kamek pada Misz-ella .. Thank youuuu) Umai macam kerabu ikan. Ada isi ikan dory mentah dan bawang yang disebatikan dengan bahan-bahan lain. Rasanya masam-masam manis dan sedikit pedas. Berbeza dengan kerabu di Semenanjung, kerabu dari Sarawak ni lebih ringkas tapi tak kurang sedapnya. Boleh dimakan begitu sahaja bersama biskut ataupun nasi panas. Sedap!


Mee Jawa KambingYang ni betul-betul buat Misz-ella terpegun sebab ada kambing atau lamb shanks dalam mee jawa. Istimewa, kan. Yang penting rasanya seimbang dan cukup rasa. Sedap!
Istimewa nya Kedey Kamek kerana makanan di sini sangat sedap dan asli, layanan memuaskan, suasana sangat tenang, kebersihan terjaga dan harga tidak melampau dan paling penting lokasinya yang strategik. Sesekali Kedey Kamek buat promosi iaitu pada hari-hari tertentu. Setiap Khamis ada promosi Khamis Kamek. You all kena check it out tau! 
Jangan lupa ikuti Instagram Kedey Kamek di sini ye. Banyak informasi ada di situ. OK done sharing. Tulis sorang-sorang, baca ramai-ramai. Best, kan. Jangan lupa datang lagi for my next post!





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://misz-ella.blogspot.com/2023/10/amin-zahir-rasa-cinta-pada-sarawak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Aku Cinta Kamu Vip Puas Hati Peminat Emosi Lihat Persembahan Taeyang Di Sarawak

Aku Cinta Kamu Vip Puas Hati Peminat Emosi Lihat Persembahan Taeyang Di Sarawak

papar berkaitan - pada 8/10/2023 - jumlah : 351 hits
Setelah sekian lama Taeyang BIGBANG akhirnya kembali menemui peminat di Malaysia ARTIKEL BERKAITAN Terbaru Taeyang telah menyertai festival muzik Borneo Music Festival yang diadakan di Kuching Sarawak Dinantikan ramai persembahan Taeyang te...
Aprilian Feat Fany Zee Janji Cinta Tak Berobah Chord

Aprilian Feat Fany Zee Janji Cinta Tak Berobah Chord

papar berkaitan - pada 22/9/2023 - jumlah : 149 hits
Am C G Am Am C G E F G F E Am C aku tak bisa G Am hidup tanpa dirimu Am C G begitu jua sepi terasa E selama kau jauh Am C cinta dan setia G Am aku titipkan padamu Am C ku jaga slalu Dm E sampai mati untukmu F aku percaya G sayangmu hanya un...
Lirik Takdir Cinta Kita Zinidin Zidan

Lirik Takdir Cinta Kita Zinidin Zidan

papar berkaitan - pada 23/9/2023 - jumlah : 166 hits
tak perduli seberapa keras aku mencobaaku pun tak bisa untuk pertahankanmucanda tawa yg pernah kita alami bersamasekarang hanya kenangan yg tersisasungguh kejamnya kau tinggalkanku disini aku terpakumengingat masa masa itu ku menangis dalam...
Zinidin Zidan Takdir Cinta Kita Chord

Zinidin Zidan Takdir Cinta Kita Chord

papar berkaitan - pada 23/9/2023 - jumlah : 289 hits
F m F m Bm Bm E E A C C m F m Tak perduli seberapa keras Bm aku mencoba E Aku pun tak bisa untuk A C pertahankanmu F m Canda tawa yg pernah Bm kita alami bersama D Sekarang hanya kenangan yg C C tersisa F m Sungguh kejamnya kau tinggalkanku...
Cara Atasi Perasaan Gampang Jatuh Cinta Pastiin Dulu Perasaanmu

Cara Atasi Perasaan Gampang Jatuh Cinta Pastiin Dulu Perasaanmu

papar berkaitan - pada 24/9/2023 - jumlah : 255 hits
Beberapa orang mungkin sangat mudah untuk jatuh cinta dan membuka hati Mungkin ketika dengan mudahnya kamu menaruh hati kepada orang baru bisa jadi kamu mengalami emophilia
Lirik Lagu Cari Cari Cinta Puteri Khareeza Ft Wanie Ooi

Lirik Lagu Cari Cari Cinta Puteri Khareeza Ft Wanie Ooi

papar berkaitan - pada 21/9/2023 - jumlah : 196 hits
Lirik lagu Cari Cari Cinta Puteri Khareeza ft Wanie OoiSumpahan bercintaDah penat nakku bagi duaTak ada yang fahamBanyak masaku yang terbuangTak ada rasaHatiku susah nak bertenang Tak boleh hadam kalauku seorang yang berjuangMasihku mencari...
Ini Bakal Terjadi Pada Kad Pengenalan Jika Warga Sarawak Langgar Pantang Lahirkan Anak Di Semenanjung

Ini Bakal Terjadi Pada Kad Pengenalan Jika Warga Sarawak Langgar Pantang Lahirkan Anak Di Semenanjung

papar berkaitan - pada 9/10/2023 - jumlah : 279 hits
Jika anda warga Sarawak anda wajib baca dan share posting ini kerana ini adalah perkara penting untuk rujukan semua warga Sarawak tidak kira suku kaum dan etnik Ini bakal terjadi pada kad pengenalan jika warga Sarawak langgar pantang lahirk...
Pkr Sarawak Maklum Mpp Keputusan Tak Tanding Prk Jepak

Pkr Sarawak Maklum Mpp Keputusan Tak Tanding Prk Jepak

papar berkaitan - pada 9/10/2023 - jumlah : 144 hits
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari penamaan calon PRK DUN Jepak pada 21 Oktober dan hari pengundian pada 4 November PETALING JAYA PKR Sarawak memaklumkan kepada Majlis Pimpinan Pusat dan biro politik parti itu keputusan tidak bertandi...
Hiburan Takdir Berkata Berbeda Bcl Sambut Hari Lahir Ashraf Sinclair Di Kubur Ucapan Cinta Buat Netizen Sebak

Hiburan Takdir Berkata Berbeda Bcl Sambut Hari Lahir Ashraf Sinclair Di Kubur Ucapan Cinta Buat Netizen Sebak

papar berkaitan - pada 19/9/2023 - jumlah : 173 hits
Penyanyi popular Indonesia menerusi satu hantaran di Instagram ada memuat naik foto sambutan hari lahir suami Allahyarham Ashraf Sinclair yang dilakukan di pusara di Indonesia Dia yang dilihat hadir bersama sama anak lelaki Noah Aiden Sincl...
Kathryn And Sydney S Fantastic Pantyhose Adventure Part One

Orang Tua Sekarang Membunuh Anaknya Secara Halus

Seorang Sahaja Zul Ariffin Tersasul Doa Minta 4 Isteri

The American Society Of Cinematographers Over And Above The Frame Casin

Kenaikan Pangkat One Off Bagi Gred 9 10 11 Sspa

Isu Artis Mangsa Buli Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan Perlu Wujudkan Suasana Friendly

15 Creative Diy Fall Garlands To Spruce Up Your Autumn D Cor

Apabila Wanita Tertinggi Dan Paling Pendek Bertemu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Tshirt Family Day 2024 Tempahan Tshirt Family Day

Memahami Hipertiroidisme Dan Thyrotoxicosis

Mazda Cx 5 Suv Premium Dengan Fitur Modern Dan Performa Memukau

Silat Gayong

Kaki Pelancong Terpaksa Dipotong Semasa Berkayak

3k 2025 Siap Sedia Sebelum Terlambat