Tanding Banyak Kerusi Keadilan Bukan Tamak Elak Gps Menang Percuma







Strategi KEADILAN bertanding banyak kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak bukan kerana tamak tetapi bagi mengelakkan Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang dahulunya BN menang percuma.

Hal itu dijelaskan oleh Ketua Penerangan Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Sarawak, Abun Sui Anyit.
Abun menjawab komen kononnya KEADILAN tamak kerusi sebagaimana ditimbulkan dalam media sosial kebelakangan ini.
"Kami ingin mengulanginya kebanyakan kerusi yang ditandingi KEADILAN Sarawak adalah kerusi yang mana DAP Sarawak memiliki terhad atau tiada akar umbi. Majoritinya kerusi yang DAP sendiri tidak mahu bertanding.
"Kerusi luar bandar di Sarawak amat mencabar untuk dimenangi kerana logistik kempen, perlu sumber kewangan banyak, kekurangan ketersambungan internet dan cabaran pendidikan pengundi.
"Jika KEADILAN Sarawak tidak bertanding di kerusi luar bandar, maka kami akan memberi GPS menang percuma. Oleh itu, KEADILAN Sarawak mengambil tanggungjawab untuk bertanding di sejumlah besar kerusi pada masa lalu sebagai menyokong aktivis akar umbi Sarawak dan masyarakat tempatan yang menentang rasuah terang-terangan, ketidakadilan dan penindasan yang melanda Sarawak terlalu lama," katanya.
Namun Ketua Cabang KEADILAN Hulu Rajang itu menegaskan, bagi kerusi yang mana parti itu mempunyai tuntutan bertindih, KEADILAN menuntut kredibiliti calon dan kebolehmenangan dijadikan asas pemilihan.
Katanya, gerak kerja calon di peringkat kawasan perlu diutamakan sebelum dibenarkan bertanding dalam persekitaran politik Sarawak yang cenderung memilih calon dikenali dan disenangi rakyat.
"Di kerusi yang ketika ini terdapat tuntutan bertindih dengan DAP, KEADILAN Sarawak sentiasa menegaskan pemilihan calon mestilah berdasarkan fakta, angka yang jelas dan KPI calon untuk meletakkan calon boleh menang.
"Di Sarawak, memilih calon dengan kehadiran dan sokongan akar umbi yang kuat adalah penting. Di kerusi yang mana gabungan kita kalah dalam PRN 2016, pertukaran kerusi adalah munasabah sekiranya KEADILAN mampu menunjukkan kami mempunyai calon lebih kuat dengan peluang yang lebih besar untuk menang," katanya.
Bagaimanapun Abun menolak sebarang desas desus berlaku sengketa di antara KEADILAN dan DAP Sarawak.
Beliau berkata, KEADILAN sentiasa terbuka untuk rundingan sehingga saat saat akhir bersama DAP mengenai sebarang strategi pemilihan calon dan akan kekal sebagai rakan bergerak seiringan dalam PRN kali ini
"Kami terlibat dengan parti pembangkang Sarawak dan mahu terus terlibat dengan DAP Sarawak untuk mencari formula kemenangan terbaik bagi kerusi dalam PRN-12.
"Memperkasakan rakyat di Sarawak, khususnya di kawasan luar bandar, untuk menuntut pembaharuan politik dan sosio-ekonomi melalui pilihan raya yang bebas dan adil tetap menjadi tumpuan dan keutamaan kami," katanya.
 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/12/tanding-banyak-kerusi-keadilan-bukan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Elak Guna Taman Permainan Yang Tak Diselenggara Banyak Kejadian Kemalangan Yang Dah Berlaku

Elak Guna Taman Permainan Yang Tak Diselenggara Banyak Kejadian Kemalangan Yang Dah Berlaku

papar berkaitan - pada 3/12/2021 - jumlah : 221 hits
Taman permainan merupakan satu keseronokan untuk kanak kanak tapi bukan kepada ibu bapa kerana menurut mereka taman permainan boleh mengundang bahaya Penting untuk ibu bapa memastikan peralatan dan permukaan yang tidak sesuai serta perlakua...
Pkr Sarawak Dapat Sisa Tapi Dituduh Tamak Kerusi Anwar

Pkr Sarawak Dapat Sisa Tapi Dituduh Tamak Kerusi Anwar

papar berkaitan - pada 5/12/2021 - jumlah : 323 hits
Malaysiakini PRN SARAWAK Presiden PKR Anwar Ibrahim mengeluh kerana partinya dilabelkan tamak sedangkan ia cuma menerima sisa kerusi Sarawak yang sedang dibahagikan Katanya PKR hanya diberikan kerusi tidak boleh dimenangi yang tidak diingin...
Sulaiman Md Ali Km Baharu Melaka Bn Menang Sekurang Kurangnya 19 Kerusi

Sulaiman Md Ali Km Baharu Melaka Bn Menang Sekurang Kurangnya 19 Kerusi

papar berkaitan - pada 21/11/2021 - jumlah : 281 hits
Barisan Nasional memenangi 19 kerusi DUN setakat ini sekali gus memenangi pilihan raya negeri Melaka dengan majoriti dua pertiga menurut bilik gerakan gabungan itu AYER KEROH Barisan Nasional memenangi 19 kerusi DUN setakat ini sekali gus m...
Prn Sarawak Elak Menang Kopi Rancang Awal Strategi Kempen

Prn Sarawak Elak Menang Kopi Rancang Awal Strategi Kempen

papar berkaitan - pada 24/11/2021 - jumlah : 246 hits
Prosedur Operasi Piawai kempen dalam Pilihan Raya Negeri Melaka yang mungkin tidak jauh berbeza dengan PRN Sarawak yang bakal diadakan dalam jangka masa 3 minggu lagi memerlukan persediaan awal strategi berkempen Menurut Pengerusi Pakatan H...
Dap Perlu Kompromi Kerusi Pkr Boleh Menang

Dap Perlu Kompromi Kerusi Pkr Boleh Menang

papar berkaitan - pada 27/11/2021 - jumlah : 249 hits
KEADILAN Sarawak menyeru DAP negeri itu kembali ke meja rundingan melakukan pembahagian kerusi sebelum hari penamaan calon Menurut KEADILAN Sarawak rundingan dan persetujuan yang diperolehi DAP negeri sebelum ini bersama Pengerusi Majlis Pi...
Elak Kempen Lawatan Kedai Kopi Jika Mahu Menang Di Sarawak

Elak Kempen Lawatan Kedai Kopi Jika Mahu Menang Di Sarawak

papar berkaitan - pada 24/11/2021 - jumlah : 284 hits
Prosedur Operasi Piawai kempen dalam Pilihan Raya Negeri Melaka yang mungkin tidak jauh berbeza dengan PRN Sarawak yang bakal diadakan dalam jangka masa 3 minggu lagi memerlukan persediaan awal strategi berkempen Menurut Pengerusi Pakatan H...
Walau 2 Kerusi Saja Menang Dia Kata Rakyat Sokong Walau Sembab Dan Gagal Dia Teruskan Juga

Walau 2 Kerusi Saja Menang Dia Kata Rakyat Sokong Walau Sembab Dan Gagal Dia Teruskan Juga

papar berkaitan - pada 5/12/2021 - jumlah : 197 hits
Terkini Muhyiddin dakwa PN semakin diterima rakyat MalaysiaDecember 5 2021 Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin sudah terdapat petanda petanda positif menunjukkan gabungan parti itu semakin diterima oleh rakyat Malays...
Tamatkan Sarapan Percuma Mampu Elak Ketirisan Kata Kumpulan Ibu Bapa

Tamatkan Sarapan Percuma Mampu Elak Ketirisan Kata Kumpulan Ibu Bapa

papar berkaitan - pada 21/11/2021 - jumlah : 280 hits
Dengan sistem penebusan kupon yang dilaksanakan dalam program RMT lebihan wang yang ada boleh disalur kembali untuk menaik taraf prasarana sekolah kata wakil kumpulan ibu bapa PETALING JAYA Tindakan kerajaan pusat menamatkan program sarapan...
Pru 15 Pn Tanding Semua 14 Kerusi Parlimen 42 Dun Di Pahang

Pru 15 Pn Tanding Semua 14 Kerusi Parlimen 42 Dun Di Pahang

papar berkaitan - pada 28/11/2021 - jumlah : 196 hits
Perikatan Nasional berhasrat untuk bertanding di kesemua 14 kerusi Parlimen dan 42 kerusi Dewan Undangan Negeri di Pahang pada Pilihan Raya Umum ke 15 kata Pengerusi PN Pahang Datuk Saifuddin Abdullah SUBSCRIBE now Astro Awani htt
Wall Street Memastikan Rumah Putih Tetap Terkawal

Kanada Menunggu Keputusan Pilihan Raya Tinjauan Usd Cad

Umdap Mantap Branding May Have Backfired Among Ayer Kuning Voters Says Think Tank

Not All Flag Mistakes Are Equal

From Stress To Success Ptti Rewards Spm Legends In Style

Apa Agenda Mereka Mengapa Ktm Perlu Ditukar Tetapi Nama Penjajah Kekal Mekar

Perkasakan Ekonomi Melayu Harus Jdi Keutgamaan Bermula Dengan Langkah Apertama

Aktiviti Majlis Sambutan Aidilfitri Meriah Raya Span Ppim 21 04 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Petua Simpan Santan Segar

The Unwanted Penyesalan Chord

Kiranya Ameno Pejuang Kesamarataan Bukan Melayu Lagi

8 Makanan Untuk Sakit Sendi Nutrisi Harian Untuk Sendi Lebih Sihat

The Comet A Blistering Rotary Norton From The United Kingdom

Isteri Curang Berakhir Maut Di Tangan Suami