Walau 2 Kerusi Saja Menang Dia Kata Rakyat Sokong Walau Sembab Dan Gagal Dia Teruskan Juga


 


Terkini! Muhyiddin dakwa PN semakin diterima rakyat Malaysia


December 5, 2021 Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin sudah terdapat petanda-petanda positif menunjukkan gabungan parti itu semakin diterima oleh rakyat Malaysia.
Beliau berkata, ia mengambil contoh dalam dua Pilihan Raya Negeri (PRN) yang berlangsung sebelum ini.
“Dalam PRN Sabah, PN mendapat sambutan amat baik daripada rakyat Sabah.
Kita memenangi jumlah kerusi terbesar dalam kalangan parti-parti yang membentuk Gabungan Rakyat Sabah.
“Dalam PRN Melaka yang baru berlangsung, walaupun PN hanya memenangi dua kerusi, kita menyaksikan peralihan sokongan ketara kepada PN terutama dalam kalangan pengundi muda.
“Saya optimis PN akan menjadi gabungan politik pilihan rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti,” katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Nasional Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) Ke-50 di sini pada Sabtu.
Muhyiddin berkata, PN menawarkan pentadbiran prihatin rakyat dan berintegriti yang diyakini selari dengan nilai dan aspirasi majoriti rakyat di negara ini.
“Kita telah membuktikan bahawa PN mampu mentadbir negara dengan baik, mengamalkan dasar prihatin rakyat serta mempertahankan prinsip integriti dan kedaulatan undang-undang sepanjang mentadbir negara sebelum ini.
“Rekod ini akan kita pertahankan dan persembahkan kepada rakyat untuk mereka membuat penilaian,” ujarnya.
Bekas Perdana Menteri itu menegaskan, dalam pentadbiran kerajaan Persekutuan ketika ini, tidak ada mana-mana parti boleh mendakwa mereka parti dominan yang boleh melakukan apa sahaja mengikut selera masing-masing tanpa mengambil kira pandangan parti lain yang membentuk kerajaan.
“Sebagai sebuah parti yang mendokong prinsip integriti, PN telah meletakkan asas yang jelas dalam pembentukan kerajaan Persekutuan mahupun negeri.
“Kita telah meletakkan syarat yang tegas bahawa sokongan PN kepada kerajaan pada hari ini adalah tertakluk kepada kepatuhan kerajaan terhadap prinsip dan nilai integriti,” katanya.
Menurut Ahli Parlimen Pagoh itu, ini termasuk syarat untuk terus menentang rasuah dan salah guna kuasa serta tidak sesekali mencampuri urusan mahkamah.
“Institusi mahkamah termasuk agensi pendakwaan mestilah dipastikan bebas untuk menegakkan keadilan tanpa diganggu-gugat oleh sesiapa semata-mata untuk melindungi kepentingan pihak tertentu,” katanya, menurut laporan Sinar Harian.
Tegas beliau, kerajaan juga tidak boleh tunduk kepada tekanan kumpulan kleptokrat demi kepentingan diri mereka sendiri.
“PN mempunyai tanggungjawab moral untuk memberikan sokongan kepada kerajaan selagi mana prinsip ini dipatuhi,” jelasnya.
Tambah beliau, perkara itu adalah prinsip paling penting yang mesti dipegang serta kehadiran mereka dalam kerajaan bukanlah untuk kepentingan kuasa dan jawatan.
“Kita di sini untuk berkhidmat demi rakyat dengan penuh integriti. Jika prinsip ini tidak dipatuhi dan akibatnya golongan kleptokrat kembali berkuasa, kita akan gagal dalam tugas melindungi kepentingan rakyat dan negara.
“Jika ini berlaku, kita mesti memutuskan perkara yang paling mulia untuk dilakukan. Ini termasuk mengembalikan mandat kepada rakyat apabila tiba masanya,” ujarnya.
Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, penyertaan parti Gerakan dalam PN ialah satu pilihan yang tepat.
“Selaku Pengerusi PN, saya amat mengalu-alukan sumbangan Gerakan dalam melengkapkan PN sebagai sebuah gabungan parti politik mewakili semua kaum di Malaysia.
“Tugas Gerakan yang selanjutnya ialah untuk bersama-sama memperkukuhkan PN sebagai sebuah gabungan politik nasional yang kuat dan disokong oleh majoriti rakyat.
“Hanya dengan sokongan majoriti rakyat, PN akan dapat membentuk sebuah kerajaan yang kukuh dan stabil untuk melaksanakan dasar-dasar prihatin rakyat, mempertahankan prinsip integriti dan kedaulatan undang-undang serta memaju dan memakmurkan negara.
“Hasilnya dapat dikongsi oleh semua rakyat tanpa mengira kaum, agama dan wilayah,” kata beliau.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/12/walau-2-kerusi-saja-menang-dia-kata.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zahid Kata Pengundi Muda Pasti Sokong Bn Jika Tak Lupa Jasa Bn

Zahid Kata Pengundi Muda Pasti Sokong Bn Jika Tak Lupa Jasa Bn

papar berkaitan - pada 4/12/2021 - jumlah : 235 hits
malaysiamerdeka comPRESIDEN Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyakini pengundi muda pasti bersama Barisan Nasional sekiranya golongan itu cakna terhadap beberapa perkara penting termasuk sumbangan parti itu kepada negara Ahmad Zahid b...
Bukan Najib Saja Didakwa Tetapi Sistem Negara Dan Diri Kita Juga Dibicara Kata Zaid Ibrahim

Bukan Najib Saja Didakwa Tetapi Sistem Negara Dan Diri Kita Juga Dibicara Kata Zaid Ibrahim

papar berkaitan - pada 10/12/2021 - jumlah : 164 hits
December 9 2021 Zaid Ibrahim berkata kes Najib tidak membuahkan keadilan sepenuhnya yang diharapkan oleh rakyat kerana pelbagai pihak lain tidak dibawa ke muka pengadilan PETALING JAYA Pendakwaan terhadap Najib Razak yang disabit atas kesal...
Pengerusi Bertindak Seru Rakyat Sokong Pemansuhan Sekolah Vernakular

Pengerusi Bertindak Seru Rakyat Sokong Pemansuhan Sekolah Vernakular

papar berkaitan - pada 29/11/2021 - jumlah : 173 hits
SELANGOR Kaum Melayu telah banyak berkorban dengan kaum kaum lain Rakyat yang sayangkan Malaysia perlu bangun mempertahankan sekolah sekolah kebangsaan di Malaysia kata Pengerusi Badan Bertindak Bandar Kinrara Haji Mohamad Haron Haji Mohama...
Anggapan Umno Boleh Menang Jika Pru Diadakan Awal Boleh Bawa Maut Kata Kit Siang

Anggapan Umno Boleh Menang Jika Pru Diadakan Awal Boleh Bawa Maut Kata Kit Siang

papar berkaitan - pada 21/11/2021 - jumlah : 249 hits
freemalaysiatoday com November 21 2021 1 44 PMKeadaan politik di peringkat kebangsaan mungkin jauh berbeza daripada senario di Melaka kata Lim Kit Siang PETALING JAYA Para pemimpin Umno mungkin akan mendesak pilihan raya umum ke 15 disegera...
Menang Kerusi Majoriti Melayu Mca Mic Jangan Bongkak

Menang Kerusi Majoriti Melayu Mca Mic Jangan Bongkak

papar berkaitan - pada 22/11/2021 - jumlah : 317 hits
KUALA LUMPUR Janganlah jadikan tiga kerusi ini menjadikan kamu untuk menuntut lebih banyak kerusi di kawasan majoriti Melayu pesan Profesor Ridhuan Tee Abdullah kepada parti komponen Barisan Nasional iaitu MCA dan MIC Menurut beliau faktor ...
Ali Biju Perlu Beri Penerangan Supaya Pengundi Sokong Gps Kata Awang Tengah

Ali Biju Perlu Beri Penerangan Supaya Pengundi Sokong Gps Kata Awang Tengah

papar berkaitan - pada 12/12/2021 - jumlah : 171 hits
BERNAMA Timbalan ketua menteri itu berkata Ali dan penyokongnya perlu memberi sokongan penuh kepada calon GPS Friday Belik pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke 12 Bendera GPS dikibarkan pengusaha bot di Sarawak PRN Sarawak akan diadakan pada...
Menteri Kata Kenaikan Harga Masih Normal Rakyat Kata Menteri Tak Tahu Buat Kerja Atau Makan Gaji Buta

Menteri Kata Kenaikan Harga Masih Normal Rakyat Kata Menteri Tak Tahu Buat Kerja Atau Makan Gaji Buta

papar berkaitan - pada 26/11/2021 - jumlah : 229 hits
Tahun 2019 Zaman PH Dan Bandingkan Harga Sekarang Zaman BN PN RM 10 sekilo pon ada ManaWahai menteri kenaikan masih normal bagi pak menteri Sebab gaji pak menteri dan pemikiran pak menteri itu mudah sahaja kerana naik sedikit berbanding den...
Woiii Menteri Dan Timbalan Baik Letak Jawatan La Weyyyy Menyusahkan Rakyat Saja

Woiii Menteri Dan Timbalan Baik Letak Jawatan La Weyyyy Menyusahkan Rakyat Saja

papar berkaitan - pada 30/11/2021 - jumlah : 167 hits
Kenaikan harga barang keperluan harian yang seolah olah di luar kawalan tidak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia ketika keadaan aman Sehubungan itu Jawatankuasa Kos Sara Hidup Pakatan Harapan memandang serius kenaikan harga bahan makanan...
Tunku Pun Dapat Rumah Papan Saja Kata Dr M Pada Najib

Tunku Pun Dapat Rumah Papan Saja Kata Dr M Pada Najib

papar berkaitan - pada 23/11/2021 - jumlah : 169 hits
malaysiakini comDiterbitkan Nov 23 2021 4 43 PMPindaan terhadap Akta Saraan Ahli Parlimen 1980 bertujuan untuk memberi sedikit ganjaran kepada bekas perdana bukan memberikan kemewahan atau kekayaan kepada mereka kata Dr Mahathir Mohamad Dia...
Jenis Pelaburan Terbaik Di Malaysia

Kenaikkan Harga Hotel Bajet Bakal Jejaskan Industri Pelancongan Negara

Datin Thalia Terkilan Dengan Sikap Buruk Pembantu Rumahnya

Honor Lancar Empat Peranti Baharu Honor Pad 9 5g Honor X7b 5g Honor Magicbook X 16 Honor Band 9

Either You Are For The Working Class Or Against It Anwar You Can T Both Run With The Foxes And Hunt With The Hounds

Pm Political Stability Making Malaysia Valued Investment Destination

Persatuan Hotel Bajet Sarankan Penggunaan Pekerja Asing Untuk Industri Perhotelan

Kkb Polls Respect Mca S Decision To Boycott Campaign



8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Dan Umur Adik Tantari Penyanyi Lagu Viral Rindu Hatiku Rindu Pesilat Cilik


Time Crunched Car Care How Mobile Washes Save The Day

Semakin Ramai Kanak Kanak Masuk Hospital Akibat Vape E Rokok

Home Detention Najib Keputusan Lembaga Pengampunan Atau Bukan

Mainkan Peranan Anda Dan Gunakan Semangat Pasukan Untuk Menaikkan Piala Thomas

Tiga Lelaki Bakar Anak Kucing Diburu Polis

Prk Kkb Ini Soal Maruah Mca Wee Tetap Pendirian Tak Bantu Kempen