Dap Perlu Kompromi Kerusi Pkr Boleh Menang



KEADILAN Sarawak menyeru DAP negeri itu kembali ke meja rundingan melakukan pembahagian kerusi sebelum hari penamaan calon.
Menurut KEADILAN Sarawak, rundingan dan persetujuan yang diperolehi DAP negeri sebelum ini bersama Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN, Larry Sng tidak diketahui butirannya oleh parti dan tidak boleh dianggap keputusan parti.
“Selama berbulan-bulan kami cuba bertemu dengan pimpinan tertinggi DAP Sarawak untuk membincangkan perkara itu tetapi berhadapan dengan penolakan
“Kami telah menjelaskan berikutan pemergian bekas Pengerusi KEADILAN, Larry Sng pada Februari 2021, sebarang perjanjian peribadi yang dibuat oleh beliau dengan DAP Sarawak adalah terbatal dan tidak sah kerana dilakukan secara persendirian tanpa pengetahuan dan persetujuan pemimpin dan akar umbi KEADILAN Sarawak,” kata MPN Sarawak dalam kenyataan.
Menurut mereka, KEADILAN turut mempunyai calon yang berpotensi di beberapa kawasan yang dituntut untuk ditandingi tetapi telah dilepaskan begitu sahaja dalam persetujuan yang dilakukan oleh bekas pengerusi negeri.
“Sejak awal 2020, KEADILAN mengenal pasti calon Dayak yang berpotensi tinggi di DUN Kemena yang telah melakukan pelbagai aktiviti kebajikan komuniti dan bantuan yang meluas di seluruh Kemena semasa pandamik Covid-19. Beliau mendapat sokongan akar umbi yang sangat baik daripada masyarakat Iban tempatan.
“Apatah lagi asalnya kerusi Kemena adalah kerusi KEADILAN tetapi dipinjamkan kepada DAP pada pilihan raya 2016 yang kemudiannya DAP kalah.
“Dengan kekuatan dan prestasi calon yang ada sekarang, kami perlu mengembalikan kerusi ke pangkuan KEADILAN agar kami dapat bertanding di kerusi majoriti Dayak ini. Kami membentangkan KPI dan dokumen calon kami kepada Pengerusi PH Sarawak tetapi beliau enggan membaca atau meneliti fakta dan data.
“Apa yang lebih membingungkan ialah Pengerusi PH sendiri enggan memberitahu kami siapa yang dicadangkan sebagai calon DAP di Kemena. Sepanjang pengetahuan kami, tidak ada calon DAP memimpin akar umbi yang bergerak aktif di Kemena selama 3 tahun yang lalu,” kata mereka.
Selain itu, menurut MPN Sarawak, KEADILAN juga berpotensi di kerusi Senadin dan Piasau yang mana DAP kalah kepada SUPP dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) 2016.
Manakala calon DAP di DUN Pujut pula dibatalkan kemenangan kerana isu kewargenegaraan Australia.
“Oleh itu, kerusi Pujut kekal kosong sepanjang tempoh 3 tahun. Kami telah meminta DAP Sarawak membincangkan calon mereka dengan KEADILAN Sarawak agar kita dapat bersama-sama menyusun formula kemenangan di Kemena tetapi DAP Sarawak sekali lagi enggan berunding
“Faktanya, pada 2018, Ahli Parlimen Miri selama 2 penggal, Dr Michael Teo Yu Keng, telah memenangi kerusi Parlimen Miri dengan majoriti tinggi di Piasau, Senadin dan Pujut. KEADILAN Sarawak mendapat sokongan akar umbi yang kuat daripada masyarakat Cina dan Dayak di 3 kerusi DUN ini.
“Kami mempunyai barisan pimpinan pelbagai kaum termasuk Orang Ulu, Iban, Kedayan, Melayu dan Cina di kawasan Miri. DAP Sarawak ditawarkan formula kemenangan (“win-win situation”) di mana kita mahu mereka bertanding di Pujut dan KEADILAN bertanding di Senadin serta Piasau. Hasrat kami adalah untul menyediakan barisan pimpinan dan akar umbi yang kuat, bersatu-padu dan mampu mendukung aspirasi rakyat.
“Walau bagaimanapun, kami sangat kecewa apabila DAP Sarawak masih enggan terlibat dalam sebarang rundingan dan terus menuntut ketiga-tiga kerusi itu walaupun prestasi mereka kurang memuaskan,” kata mereka
Justeru, KEADILAN Sarawak bertanya kepada DAP Sarawak di manakah perpaduan dan setiakawan?
Kata mereka, perundingan PRN12 harus dilakukan secara terhormat, terbuka dan telus demi membina persefahaman yang kuat pada masa untuk sama-sama membawa pembaharuan dan perubahan secara efektif bukan sekadar menguasai kerusi majoriti Cina di kawasan bandar.
“Kita memerlukan pimpinan berbilang kaum, dengan sokongan akar umbi yang kuat untuk mendekati rakyat di kawasan pedalaman Sarawak,” kata mereka lagi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/33568

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prn Melaka Pkr Jangka Menang 6 Kerusi Dun

Prn Melaka Pkr Jangka Menang 6 Kerusi Dun

papar berkaitan - pada 14/11/2021 - jumlah : 346 hits
Meskipun terdapat pelbagai tinjauan mengenai Pilihan Raya Negeri Melaka terutama gabungan manakah yang akan membentuk kerajaan namun KEADILAN menjangkakan parti itu akan menang di 6 kerusi DUN pada 20 November nanti Menurut Pengerusi Majlis...
Prn Sarawak Pkr Dakwa Dap Tidak Telus Bincang Agihan Kerusi

Prn Sarawak Pkr Dakwa Dap Tidak Telus Bincang Agihan Kerusi

papar berkaitan - pada 27/11/2021 - jumlah : 207 hits
PRN Sarawak PKR dakwa DAP tidak telus bincang agihan kerusi PKR Sarawak mendakwa rakan sekutunya DAP Sarawak enggan berunding secara terbuka dan telus sekurang kurangnya membabitkan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri menjelang pilihan raya n...
Prn Sarawak Sarawak Pkr Accuses State Dap Colleagues Of Refusing To Negotiate

Prn Sarawak Sarawak Pkr Accuses State Dap Colleagues Of Refusing To Negotiate

papar berkaitan - pada 27/11/2021 - jumlah : 246 hits
PRN Sarawak Sarawak PKR accuses state DAP colleagues of refusing to negotiate A statement issued by the Council accused Sarawak DAP of refusing to negotiate in an open and transparent manner over certain seats and for not responding to requ...
Anggapan Umno Boleh Menang Jika Pru Diadakan Awal Boleh Bawa Maut Kata Kit Siang

Anggapan Umno Boleh Menang Jika Pru Diadakan Awal Boleh Bawa Maut Kata Kit Siang

papar berkaitan - pada 21/11/2021 - jumlah : 305 hits
freemalaysiatoday com November 21 2021 1 44 PMKeadaan politik di peringkat kebangsaan mungkin jauh berbeza daripada senario di Melaka kata Lim Kit Siang PETALING JAYA Para pemimpin Umno mungkin akan mendesak pilihan raya umum ke 15 disegera...
Ph Boleh Menang Jika Kadar Keluar Mengundi Lebih 80 Peratus Kata Ilham Centre

Ph Boleh Menang Jika Kadar Keluar Mengundi Lebih 80 Peratus Kata Ilham Centre

papar berkaitan - pada 20/11/2021 - jumlah : 284 hits
SITI NUR ZAWANI MISCONFirma penyelidikan Ilham Centre menjangkakan kemenangan buat Pakatan Harapan di Melaka jika kadar keluar mengundi melebihi 80 peratus Pengarah Eksekutif Ilham Centre Mohamad Hisomuddin Bakar berkata dengan hitungan mud...
Boleh Terima Syor Bumiputera Dap Tapi Dengan Syarat

Boleh Terima Syor Bumiputera Dap Tapi Dengan Syarat

papar berkaitan - pada 28/11/2021 - jumlah : 238 hits
BANGI Cadangan DAP yang mahukan kerajaan menggubal dasar perpaduan negara baharu boleh dilaksanakan sekiranya parti tamak haloba itu menerima dan akur dengan beberapa syarat Ketua Penerangan BERJASA Hazwan Mohamad berkata cadangan Setiausah...
Prn Sarawak Dap Minta Pkr Usah Bazir Masa Tenaga Lagi

Prn Sarawak Dap Minta Pkr Usah Bazir Masa Tenaga Lagi

papar berkaitan - pada 28/11/2021 - jumlah : 242 hits
Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jien meminta PKR negeri itu tidak membazir masa dan tenaga membicarakan isu agihan kerusi Pakatan Harapan yang didakwa mereka sebagai tidak sah Sebaliknya Chong berkata lebih baik untuk PKR memberi fokus p...
Tanding Banyak Kerusi Keadilan Bukan Tamak Elak Gps Menang Percuma

Tanding Banyak Kerusi Keadilan Bukan Tamak Elak Gps Menang Percuma

papar berkaitan - pada 1/12/2021 - jumlah : 511 hits
Strategi KEADILAN bertanding banyak kerusi dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak bukan kerana tamak tetapi bagi mengelakkan Gabungan Parti Sarawak yang dahulunya BN menang percuma Hal itu dijelaskan oleh Ketua Penerangan Majlis Pimpinan Negeri ...
Khutbah Dikuasai Dap Laporan Polis Dibuat Pada Pemimpin Pas

Urban Renewal Act The Good And The Not So Good

Arakurayama Sengen Park Fujiyoshida

Lirik Lagu Sesalku Edysport

Lelaki Oku Tetak Bapa Akhirnya Ditahan Setelah Dua Hari Menghilangkan Diri

The Latest Recall Alert For Kia Soul And Seltos Owners Engine Concerns

Zarina Anjoulie Dakwa Bekas Suami Culas Bayar Nafkah Zaman Sekarang Banyak Bapa Tak Guna Tengok Anak Pun Taknak

Perkeso Carsome Kerjasama Lancar Inisiatif Bantu Pencari Kerja


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bukan Sekadar Lafaz Musim 2 Slot Akasia TV3

Biodata Miki Ghazali Mikail Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Mia Elias

Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton


Koleksi Anuarfaizal Dan Royal Sembilan Di Cimb Merah Meriah Raya

Malaysia Iran Agree To Strengthen Bilateral Ties

Vips Dnaa Not About Issue Of Numbers

Siti Kasim Snubs Teo Kok Seong For His Slave Mentality By Wanting To Uphold Ketuanan Melayu

Makan Masakan Thai Di Arked Niaga Padang Besar Perlis

Drama Deejay Kampung