Tanda Tanda Sakit Dan Indeksnya




Assalamualaikum semua. Tanda-tanda sakit di badan memberi beberapa maksud tertentu. Kebanyakan orang salah faham akan perkara ini. Bacalah keterangan di bawah supaya anda memahaminya. Info di bawah ini antara info yang terbaik.

Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda kerana informasi ini cukup bagus sebagai bahan rujukkan. Apa apa pun, kalau ada masalah dengan tubuh badan cepat-cepat lah pergi ke klinik atau hospital walaupun sakit hanya datang sekejap saja kerana mungkin dengan datang sekejap adalah untuk memberi clue/hint yang kita ni sebenar nya sakit.

1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).

a) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
b) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
c) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
d) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
e) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.


2. HIDUNG (Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong).

a) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
b) Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
b) Bersin
   i) Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
   ii) Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.


3. BATUK

a) Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b) Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.
c) Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.


4. KERONGKONG

a) Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
b) Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.


5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)

a) Bibir pucat
   i) Sistem penghadaman yang lemah.
   ii) Perut mengandungi angin.
   iii) Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.
b) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.


6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.

a) Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
b) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
c) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.


7. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.

a) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
b) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.


8. KULIT BERPELUH :

a) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
b) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.


9. RUAM DAN BISUL : Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.


10. KULIT GATAL DENGAN RUAM : Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.


11. KULIT PECAH DAN BERAIR : Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.


12. RAMBUT GUGUR : Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.


13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI

a. Sakit Sendi
   i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
   ii) Tidak rasa panas Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).
   iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
b) KEBAS TANGAN : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
c) KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
d) KEBAS KAKI : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
e) SAKIT TAPAK KAKI : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
f) SAKIT TUMIT KAKI : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
g) RASA PANAS DI TAPAK KAKI : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
h) GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).


14. TANDA-TANDA DALAMAN

A. KEPALA. Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.

B. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.

C. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
a) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
b) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.

D. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :Menandakan penyakit migrain.

E. BISUL TERJADI DI KEPALA Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.

F. RASA PENING YANG MEMUSING Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.


15. MULUT/KERONGKONG/LIDAH

a) LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
b) MUNTAH DARAH
   i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
   ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.



16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.


17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT . Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman


18. KENCING

a) KERAP KENCING Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran
b) AIR KENCING BERKAPUR Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
c) AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
d) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
e) AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.


19. BUANG AIR BESAR

a) CIRIT-BIRIT/KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
b) SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.
c) NAJIS BERDARAH
   i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
   ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
d) NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.


20. BADAN

a) RASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
   i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
   ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
   iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
   iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.

b) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan
c) BADAN TERASA PANAS . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
d) BADAN TERASA RINGAN : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.


21. RASA TAKUT MENGEJUT : Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.


22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.


23. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.


24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :

a) Sistem jantung yang lemah.
b) Sistem saraf otak yang lemah.
c) Masalah pengaliran darah.


25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah.


Sumber
Pn. Rusnani Omar
Penolong Pendaftar
Unit Keselamatan & kesihatan Pekerjaan
Universiti Malaysia Perlis.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://gubukambe.blogspot.com/2013/07/tanda-tanda-sakit-dan-indeksnya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Punca Kucing Sakit Mata

Punca Kucing Sakit Mata

papar berkaitan - pada 29/9/2022 - jumlah : 236 hits
Sedihnya bila kucing mengalami sakit mata bila mata yang bertahi tidak dibersihkan ianya akan menjadi lebih teruk buat kucing tersebut jadi anda kenalah mengambil tindakan awal dan bertanggungjawab untuk merawat sakit mata kucing tersebut P...
Anak Tiba Tiba Tak Boleh Berjalan Hanya Mengadu Sakit Tekak Telinga Jangan Biarkan

Anak Tiba Tiba Tak Boleh Berjalan Hanya Mengadu Sakit Tekak Telinga Jangan Biarkan

papar berkaitan - pada 3/10/2022 - jumlah : 152 hits
Mak ayah mana yang tidak panik bila anak mengadu sambil menangis tidak boleh berjalan seperti selalu Apa puncanya Apa sebab anak sakit sampai tak boleh berjalan Pengalaman yang berdepan masalah sama bila anaknya secara tiba tiba tidak boleh...
Hiburan Ludah Sebab Rasa Renjatan Elektrik Pengurus Perjelas Tindakan Noh Salleh Sebab Mahu Alih Rasa Sakit

Hiburan Ludah Sebab Rasa Renjatan Elektrik Pengurus Perjelas Tindakan Noh Salleh Sebab Mahu Alih Rasa Sakit

papar berkaitan - pada 4/10/2022 - jumlah : 199 hits
Tular rakaman menunjukkan vokalis Hujan Noh Salleh meludah ke arah penonton ketika sedang membuat persembahan di satu konsert baru baru ini Tindakan Noh itu mengundang kritikan dan kecaman ramai pihak terutamanya di media sosial yang berpen...
Lagi Power Dari Sakit Nak Bersalin Kerap Keluar Masuk Hospital Isteri Fad Bocey Jalani Pembedahan

Lagi Power Dari Sakit Nak Bersalin Kerap Keluar Masuk Hospital Isteri Fad Bocey Jalani Pembedahan

papar berkaitan - pada 5/10/2022 - jumlah : 193 hits
Suami mana yang sanggup melihat isterinya menahan sakit Lagi lagi sakit yang mengundang bahaya kepada diri Penyampai radio dan pelawak Fad Bocey memuat naik satu video isterinya yang selamat menjalani pembedahan Menerusi Instagramnya Fad tu...
Diserang Sakit Belakang Sampai Nak Tercabut Pinggang

Diserang Sakit Belakang Sampai Nak Tercabut Pinggang

papar berkaitan - pada 29/9/2022 - jumlah : 122 hits
Assalamualaikum semua kalau korang perasan semalam mama ada blogwalking dan sempat juga visit semua peserta GA mama Sebenarnya semalam mama MC sehari sebab diserang lower back pain yang bukan calang sakitnya Baca sini juga Diserang Sakit Be...
Dr Sarankan Bila Anak Demam Sedia 10 Makanan Ini Bagus Untuk Lawan Sakit

Dr Sarankan Bila Anak Demam Sedia 10 Makanan Ini Bagus Untuk Lawan Sakit

papar berkaitan - pada 27/9/2022 - jumlah : 130 hits
Kalau anak demam memang rasa tak tenang hati Nak buat kerja pun serba tak kena Tambah pula bila anak anak demam makan pun kadang anak tak nak Risau anak tak ada tenaga jugak Kita kalau demam pun tak lalu makan Anak pun sama jugak kisahnya T...
Dulu Sakit Terpaksa Mohon Baitulmal Penerima Zakat Mohon Hentikan Bantuan Lepas Stabil Dengan Gaji Rm2 400

Dulu Sakit Terpaksa Mohon Baitulmal Penerima Zakat Mohon Hentikan Bantuan Lepas Stabil Dengan Gaji Rm2 400

papar berkaitan - pada 23/9/2022 - jumlah : 218 hits
Berkat bantuan bulanan yang diterima seorang individu yang selama ini bergantung kepada bantuan dari baitulmal kini mampu berdiri di kaki sendiri dan menjalani kehidupan lebih baik Menerusi perkongsian Majlis Agama Islam Negeri Johor di Fac...
Bob Lokman Adu Sakit Belakang Sebelum Menghembuskan Nafas Terakhir

Bob Lokman Adu Sakit Belakang Sebelum Menghembuskan Nafas Terakhir

papar berkaitan - pada 23/9/2022 - jumlah : 171 hits
Hari ini negara dikejutkan dengan berita pemergian penulis lirik tersohor Bob Lokman atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman 58 Difahamkan penulis lirik lagu Isabella yang dinyanyikan oleh kumpulan rock iaitu Search sempat mengadu sakit kepa...
Pasukan Bertindak Khas Proaktif Pantau Projek Sakit Kkm Khairy

Pasukan Bertindak Khas Proaktif Pantau Projek Sakit Kkm Khairy

papar berkaitan - pada 24/9/2022 - jumlah : 158 hits
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar bersama para kakitangan hospital selepas merasmikan Hospital Rembau hari ini Foto BERNAMAREMBAU Kementerian Kesihatan mengambil tindakan proaktif dalam menyelesaikan masalah projek sakit
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner