Tanda Tanda Penyakit Tibi Bagaimanakah Cara Rawatan Penyakit Tibi
Tanda Tanda Penyakit Tibi | Bagaimanakah Cara Rawatan Penyakit Tibi? | Salah satu penyakit berjangkit yang saya nak kongsikan pada hari ini adalah Tibi. Penyakit ini terjadi disebabkan oleh kuman Mycobacterium Tuberculosis.
Selalunya penyakit tibi akan menyerang bahagian paru paru tetapi ianya juga boleh menyerang bahagian badan yang lain contohnya buah pinggang & tulang. Penyakit Tibi tidak seharusnya dipandang enteng kerana ianya boleh membawa maut
Jadi, untuk artikel kali ini saya akan kongsikan beberapa info penting mengenai penyakit Tibi dengan korang semua
Bagaimana penyakit Tibi boleh berjangkit/merebak?Tanda tanda penyakit TibiCara rawatan penyakit TibiLangkah pencegahan penyakit Tibi
Bagaimanakah Penyakit Tibi Boleh Berjangkit?Sesiapa sahaja yang berada berdekatan dengan pesakit Tibi berkemungkinan akan dijangkiti penyakit tersebut ini kerana penyakit Tibi boleh berjangkit melalui cecair mulut atau hidung.
Apabila pesakit tibi batuk, bersin atau bercakap mereka akan melepaskan kuman tibi melalui udara menyebabkan individu yang berkomunikasi atau berada berdekatan dengan pesakit akan dijangkiti penyakit tersebut
Tanda Tanda Penyakit TibiAda beberapa tanda yang menunjukkan korang berkemungkinan menghidap penyakit Tibi. Antaranya adalah :Batuk berpanjangan melebihi 2 mingguMudah letih & lemah badanBatuk berdarahKurang selera makanDemam berpeluh (petang & malam)Berat badan menurunSekiranya korang mengalami tanda tanda yang saya kongsikan ini, korang perlu berjumpa dengan doktor di klinik atau hospital yang berdekatan supaya mereka dapat mengesan dan memastikan samada ianya penyakit Tibi atau pun tidak
Cara Untuk Merawat Penyakit Tibi Penyakit Tibi dirawat menggunakan "Directly Observed Treatment" (DOTS) dimana pengambilan ubat oleh pesakit Tibi akan dipantau oleh penyelia perubatan/kesihatan yang terlatih dan ianya akan direkodkan
Tempoh rawatan akan dilakukan sekurang kurangnya enam (6) bulan. Terdapat beberapa jenis ubat yang khas yang selalunya digunakan untuk merawat Tibi iaitu Isoniazid, Ethambutol, Rifamcipin & Pyrazinamide
Pada dua (2) bulan pertama, pesakit akan diberi rawatan rapi dimana mereka perlu makan ubat setiap hari. Selepas itu, empat (4) bulan seterusnya mereka akan makan buat 3 kali seminggu.
Cara Untuk mencegah Penyakit Tibi Cara paling mudah yang kita boleh buat untuk mencegah atau mengurangkan risiko terkena penyakit Tibi adalah dengan memakai penutup mulut/mask apabila berada berdekatan dengan pesakit tibi.
Selain itu, sekiranya orang terdekat dengan kita menghidapi penyakit tibi, langkah yang perlu kita buat adalah dengan mengunjungi klinik atau hospital berdekatan untuk melakukan pemeriksaan lanjut
Satu lagi langkah yang perlu diambil adalah dengan mendapatkan suntikan imunisasi BCG untuk bayi yang baru dilahirkan di hospital kerajaan atau swasta
Secara konklusinya, penyakit berjangkit seperti ini seharusnya diberikan perhatian yang lebih. Tindakan perlu diambil secepat mungkin sekiranya terdapat tanda tanda seperti yang dinyatakan kerana ianya akan membahayakan nyawa kita dan orang sekeliling
Semoga perkongsian ini akan membantu korang semua untuk mengambil langkah bijak dengan mengunjungi mereka yang lebih pakar dalam kesihatan bagi menentukan masalah yang dihadapi. Saya doakan semoga kita semua sentiasa berada dalam keadaan sihat selalu.
Rujukanhttps://www.infosihat.gov.my/images/media_sihat/buku_kecil/pdf/07_tibi.pdfhttp://www.moh.gov.bn/SiteCollectionDocuments/Health%20Topics/penyakittibi.pdf
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.luqmanzakaria.com/2020/12/penyakit-tibi.html