Cara Simpan Duit Untuk Kahwin Bakal Pengantin Wajib Baca



Dengar saja perkataan ‘kahwin’ semua pasangan akan tersenyum sampai ke telinga. Namun, bila memikirkan persiapan yang perlu dibuat, seram sejuk dibuatnya. Dari proses merisik sehinggalah berakhirnya majlis kedua-dua belah pihak, wang mengalir laju saja. Mana taknya, zaman sekarang semuanya serba mahal. Justeru, artikel ini akan menjelaskan kepada anda tentang cara simpan duit kahwin yang efektif di samping cuba membantu anda yang sedang dalam kekusutan simpan duit untuk kahwin. Jangan risau, tiada yang mustahil.
 
Cara simpan duit untuk kahwin Untuk anda yang inginkan tips tentang cara simpan duit untuk hantaran kahwin pula kami ada sediakan artikel khas untuk anda.
 
1. Tetapkan matlamat dan niat untuk kahwin Jika sudah bertemu pasangan yang dirasakan sesuai untuk jadi peneman hidup, tetapkan niat untuk berkahwin. Jangan sibuk dating saja. Hidup perlu ada impian dan matlamat. Mungkin anda boleh memasang niat untuk berkahwin dalam 2 tahun lagi. Oleh itu, anda ada masa yang mencukupi untuk simpan duit.
 
2. Kerjasama antara keluarga dan pasangan Pasangan yang akan berkahwin perlu bersikap lebih toleransi antara satu sama lain. Misalnya, keluarga belah perempuan janganlah minta jumlah hantaran di luar kemampuan lelaki. Janganlah sampai RM15,000 tapi kalau mampu tiada salahnya.
Hantaran tidak diwajibkan dalam Islam. Ia hanyalah budaya turun-temurun untuk bantu persiapan pihak perempuan sahaja. Bakal isteri juga janganlah terikut-ikut dengan orang lain sehingga bakal suami ikat perut setiap bulan.
 
3. Majlis kahwin yang sederhana Berbincanglah baik-baik untuk melangsungkan majlis yang sederhana dan ikut cara Islam saja. Buat yang perlu dan wajib sahaja, misalnya majlis nikah yang ringkas dan menjemput tetamu untuk meraikan.
Tetamu yang dijemput cukuplah sekadar ahli keluarga, saudara mara, jiran tetangga dan kenalan yang penting dan rapat. Tak perlu sehingga 2000 jemputan, sehingga tuan rumah pun tak kenal mereka.
 
4. Membuat persiapan awal Jika ahli keluarga kedua-dua belah pihak telah setuju tentang majlis, maka bakal pengantin perlu buat persiapan. Sebaik-baiknya dari awal lagi mereka perlu berfikiran jauh untuk simpan duit. Tak perlu tunggu selepas majlis risik.
Lelaki perlu fikir tentang rumah yang bakal diduduki, kenderaan dan sebagainya. Aset-aset ini tak perlu terus dibeli lepas kahwin. Tak perlu terburu-buru. Pada awal perkahwinan, boleh saja duduk bersama-sama keluarga lelaki. Malah, boleh juga gunakan kereta yang lama. Namun, jangan pula terus menyusahkan ibu bapa. Belajar hidup berdikari.
Antara yang boleh dibuat ialah membuat pinjaman Amanah Saham Bumiputera (ASB loan). Cara ini ialah paksaan ke atas diri untuk menyimpan secara disiplin dan sistematik.
Misalnya, anda membuat ASB loan sebanyak RM50,000.00 dan diikat selama 30 tahun. Jadi, bayaran bulanan yang anda perlu bayar ialah sebanyak RM300.00 dengan kadar faedah bank sebanyak 5.2%.
Jika dividen tahunan yang akan diperoleh ialah sebanyak 7.25%, maka anda akan dividen daripada simpanan ASB sebanyak RM3625,000.00 pada tahun itu. Jika anda bercadang untuk berkahwin lagi 2 tahun, maka anda akan dapat hampir RM7250,000.
Duit sebanyak ini sudah dapat membantu hampir separuh persiapan kahwin anda bukan? Itulah antara kebaikan membuat pelaburan ASB.
Selain itu, anda juga boleh membuat simpanan di Tabung Haji (TH). Setiap tahun, TH akan mengagihkan keuntungan yang diperoleh dalam bentuk hibah dan bonus. Malah, anda juga boleh membuat simpanan di bank lain seperti Maybank, AmBank, Affin, Hong Leong, Public Bank dan sebagainya.
Bila dah mula menyimpan, jangan gatal-gatal tangan untuk keluarkan wang pula. Cuba konsisten dalam menyimpan wang. Misalnya, setiap pasangan boleh kongsi duit untuk menyimpan. Jadi, tidaklah berat untuk satu pihak kan? Kalau takut tak tahan godaan, boleh saja berikan kad ATM pada ibu untuk memegangnya.
 
5. Buat kerja sampingan Ah, ini satu cara paling pantas untuk kumpul duit kahwin. Orang kata, biar susah-susah dahulu, barulah boleh bersenang-senang kemudian. Bukannya mudah untuk kumpul duit kan?
Sekurang-kurangnya segala kepayahan ini akan menjadi pengalaman manis untuk dikenang. Pasti anda dan pasangan akan tersenyum sendiri bila terkenangkan susah-payah kumpul duit sama-sama.
Bagi pihak perempuan, anda boleh menjadi dropship tanpa keluarkan modal. Misalnya, anda boleh jual baju kurung dan tudung. Anda menjadi orang tengah untuk buat promosi dan melayan pertanyaan pelanggan. Jika berjaya menjual produk tersebut, dapatlah komisyen.
Anda juga boleh mohon kerja sebagai tutor. Jika berbakat dalam jahitan, boleh ambil tempahan menjahit pakaian. Kalau masakan anda selalu dipuji, apa kata cuba jual makanan pula.
Bagi pihak lelaki, anda boleh jadi pemandu Grab. Bila ada masa terluang, baik bawa kereta. Boleh juga buat duit guna aset sendiri. Kalau berbakat dalam gunting rambut, cuba minta kerja di kedai gunting rambut. Pendek kata, ikutlah kemampuan, bakat dan minat sendiri. Janji dengan cara halal.
 
6. Buat tempahan majlis kahwin semasa ada promosi Cara simpan duit untuk kahwin yang berikutnya adalah buat tempahan semasa ada promosi. Sentiasa merajinkan diri ke Pameran Pengantin yang diadakan di kawasan anda. Biasanya promosi yang diberikan hebat dan harganya jauh lebih murah. Anda perlu membuat tempahan awal dan bayar sedikit deposit.
Di sini, anda boleh mencari pakej perkahwinan yang mengikut bajet termasuk katering, kad kahwin, perkhidmatan fotografi, pelamin, andaman dan sebagainya. Misalnya kalau hendak tempah kad kahwin, tak perlu ambil yang mahal-mahal. Sudahnya hujung nanti akan ke tong sampah juga. Membazir kan?
Malah, kini di media sosial seperti Facebook juga ada banyak page dan group yang memberikan tips dan perkhidmatan untuk majlis kahwin. Antaranya ialah:
https://www.facebook.com/groups/795969683851285/
https://www.facebook.com/groups/1492602804348185/
https://www.facebook.com/groups/192824198200030
 
7. Buat tabung kahwin Cara simpan duit untuk kahwin yang terakhir adalah membuat tabung khas untuk menyimpan duit kahwin. Tabung kahwin ni bukan maksudnya simpan di dalam bank. Simpanan itu anda yang pegang dan ikut kreativiti sendiri. Misalnya, jika anda bawa duit belanja ke tempat kerja sehari sebanyak RM30.00. Duit ini mungkin termasuk duit makan, duit minyak dan sebagainya.
Setiap hari, anda boleh simpan sebanyak RM5.00 iaitu baki dari wang harian itu. Paksa diri untuk menyimpan. Apa jadi pun, wang RM5.00 perlu disimpan. Jika perlu digunakan kerana terdesak atau kecemasan, esoknya gandakan jumlah itu menjadi RM10.00.
Maka, jika setiap hari anda menyimpan RM5, jadi dalam sebulan anda sudah mempunyai RM150. Untuk setahun dah jadi RM1,800, kalau 2 tahun RM3,600. Jika dicampurkan dividen ASB (RM7250,00.00) campur tabung kahwin (RM3,600.00), anda dah berjaya kumpul RM10,850.00.
Itu belum dicampur dengan simpanan gaji kerja tetap dan kerja sampingan serta pendapatan lain lagi. Jangan risau, pasangan yang hendak membina masjid dengan niat kerana Allah akan dimudahkan jalan dan rezekinya.
 
Akhir kalam
Tak dinafikan, bukannya mudah untuk kumpul duit dengan cara-cara yang disebutkan di atas. Namun, perlu ingat bahawa usaha tangga kejayaan. Jangan terlalu mengikut nafsu untuk melangsungkan majlis kahwin yang meriah.
Jika mampu, tak salah selagi tak melanggar batas syariah. Namun, jika sebaliknya lebih baik ukur baju di badan sendiri. Tak tenang hidup dibuatnya bila fikirkan hutang yang tak pernah habis.
Moga penulisan ini dapat meringankan sedikit beban kerisauan di hati bakal pengantin. Doa kami semoga perjalanan dalam membina masjid diredhai Allah dan dipermudahkan semua urusan.
Buat yang sedang merancang, ayuh mulakan dari sekarang usaha simpan duit. Yang masih sedang mencari-cari calon pilihan hati, tak salah untuk mula mengumpul duit kahwin dari sekarang. Kalau tiba-tiba jumpa jodoh di depan mata, taklah kalut simpan duit.
The post Cara Simpan Duit Untuk Kahwin [Bakal Pengantin Wajib Baca] appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/12/20/cara-simpan-duit-untuk-kahwin-bakal-pengantin-wajib-baca/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Simpan Duit Dalam Tin Habis Duit Nenek Rm300 000 Dimakan Serangga

Simpan Duit Dalam Tin Habis Duit Nenek Rm300 000 Dimakan Serangga

papar berkaitan - pada 9/12/2020 - jumlah : 322 hits
Sudah menjadi lumrah kehidupan untuk menabung demi masa depan Ada yang memilih untuk meyimpan duit di dalam bekas tin biskut tin milo dan lain lain Bagi golongan yang agak berumur mereka lebih gemar menyimpan di tempat sebegitu berbanding d...
Bercinta Sudah Lama Ajak Kahwin Beri Seribu Alasan Ini 5 Cara Tukar Fikiran Si Dia

Bercinta Sudah Lama Ajak Kahwin Beri Seribu Alasan Ini 5 Cara Tukar Fikiran Si Dia

papar berkaitan - pada 24/12/2020 - jumlah : 379 hits
Bercinta sudah lama ajak kahwin beri seribu alasan Ini 5 cara tukar fikiran si dia BERCINTA sudah lama tapi nampaknya impian mahu mendirikan rumah tangga seperti hanya angan angan apabila pasangan seperti belum bersedia untuk berkahwin Ibar...
4 Alasan Mutlak Kenapa Kamu Harus Mulai Mengandalkan Lip Gloss Di Banding Lip Matte Wajib Baca

4 Alasan Mutlak Kenapa Kamu Harus Mulai Mengandalkan Lip Gloss Di Banding Lip Matte Wajib Baca

papar berkaitan - pada 7/12/2020 - jumlah : 225 hits
Beda dengan lip matte yang masih berisiko bikin bibir kering lip gloss justru bisa melembapkan lebih lama
Cubaan Kreatif Pemuda Untuk Cari Duit Kahwin

Cubaan Kreatif Pemuda Untuk Cari Duit Kahwin

papar berkaitan - pada 11/12/2020 - jumlah : 230 hits
Serdang Jual keropok lekor sejuk beku semata mata untuk mengumpul wang belanja kahwin Demikian kesungguhan Tawfiq Azmi 26 dalam mencari rezeki dan kisahnya mula tular selepas gambarnya dimuat naik seorang pengguna Twitter pada Ahad lalu Gam...
Baki Duit Beli Barang Dapur Jumpa Dalam Mesin Basuh Cara Ibu Ni Buat Simpanan

Baki Duit Beli Barang Dapur Jumpa Dalam Mesin Basuh Cara Ibu Ni Buat Simpanan

papar berkaitan - pada 14/12/2020 - jumlah : 564 hits
Rezeki setiap orang tak sama Jika dapat hidup senang alhamdulillah Jika cara hidup keluarga kita bersederhana tetap kena bersyukur Asalkan seisi keluarga bahagia dan segala keperluan cukup Anak anak bahagia sihat sempurna pun dah satu nikma...
Bakal Berakhir Pengguna Simpan Memori Feri Pulau Pinang

Bakal Berakhir Pengguna Simpan Memori Feri Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 16/12/2020 - jumlah : 267 hits
Susulan pengumuman penamatan perkhidmatan feri yang menghubungkan bahagian pulau dan tanah besar Pulau Pinang bermula 1 Januari ini jumlah pengguna khususnya pemandu kenderaan empat roda yang menggunakan perkhidmatan itu dilihat bertambah a...
Bakal Pengantin Lelaki Dijadual Bernikah Hari Ini Dikhuatiri Lemas

Bakal Pengantin Lelaki Dijadual Bernikah Hari Ini Dikhuatiri Lemas

papar berkaitan - pada 26/12/2020 - jumlah : 244 hits
Marang Bakal pengantin lelaki dikhuatiri lemas selepas mandi di Pantai Kelulut di sini petang semalam Naim Hariri Kamaruddin 31 dari Cheras Kuala Lumpur datang bersama ahli keluarga ke daerah ini untuk melangsungkan pernikahan bersama pasan...
Mandi Pantai Sehari Sebelum Nikah Bakal Pengantin Hiiang Diteian Ombak

Mandi Pantai Sehari Sebelum Nikah Bakal Pengantin Hiiang Diteian Ombak

papar berkaitan - pada 26/12/2020 - jumlah : 265 hits
loading Marang Kegembiran seorang ahli Physio Therapist dari Cheras ke Marang Terengganu untuk melangsungkan majlis perkahwinan disana pada hari ini 26 Dec 20 berakhir dengan tr4gedi apabila didipercayai hiIang dilaut Iemas dibawa arus keti...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner