Tanda Tanda Kematian Yang Baik



SOALAN:
Apakah tanda-tanda untuk kita mengenali bahawa seseorang itu mati dalam keadaan husnul khotimah (حُسْنِ الْخَاتِمَة)? Mohon pencerahan.

JAWAPAN:
Allah SWT menjadikan kehidupan dan kematian untuk menguji manusia siapakah dalam kalangan mereka yang paling baik amalannya, sepertimana Allah SWT berfirman di dalam al-Quran:

الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ
“Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) -untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu, siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya, dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat).” (Surah al-Mulk: 2)

Terdapat banyak hadith ada menyebutkan tentang tanda-tanda seseorang itu meninggal dunia dalam keadaan husnul khotimah. Terlebih dahulu, antara syarat paling penting bagi seseorang itu mendapat husnul khotimah ialah mati dalam keadaan menganut agama Islam, beriman kepada Allah SWT dan melafazkan syahadah sebelum dia meninggalkan dunia. Ini kerana Allah SWT tidak mengampunkan dosa orang yang melakukan syirik kepada-Nya, firman Allah SWT:

إِنَّ اللَّـهَ لَا يَغْفِرُ أَن يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَٰلِكَ لِمَن يَشَاءُ وَمَن يُشْرِكْ بِاللَّـهِ فَقَدِ افْتَرَىٰ إِثْمًا عَظِيمًا
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukan-Nya (dengan sesuatu apa jua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut aturan Syariat-Nya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya dia telah melakukan dosa yang besar.” (Surah al-Nisa’: 48)

Justeru, terdapat tanda-tanda bagi kematian yang baik (husnul khatimah) terbahagi kepada dari sudut masa, tempat dan keadaan. Antaranya ialah:

1. Mati pada hari atau malam Jumaat. Ini berdasarkan hadith yang diriwayatkan daripada Abdullah Ibn ‘Amru, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَا مِن مُسْلِمٍ يَمُوتُ يَوْمَ الجُمْعَةِ أَوْ لَيْلَةَ الجُمْعَةِ إِلَّا وَقَّاه اللهُ فِتْنَةَ القَبْرِ
“Tidak ada orang Islam yang meninggal dunia pada hari atau malam Jumaat kecuali Allah SWT akan melindunginya daripada fitnah kubur.” [Riwayat al-Tirmidzi (1074)]

2. Mengucap dua kalimah syahadah sebelum menghembuskan nafas yang terakhir. Ini berdasarkan hadith yang telah disebutkan di atas bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَن كَانَ آخِرُ كَلَامِهِ لَا إِلَهَ إِلَّا الله دَخَلَ الجَنَّةَ
“Barangsiapa yang akhir perkataannya ‘Tiada tuhan melainkan Allah’, nescaya dia akan memasuki syurga.” [Riwayat Abu Daud (3316)]

3. Meninggal dunia dalam keadaan berpeluh di dahinya. Di dalam hadith yang diriwayatkan oleh Imam al-Tirmidzi, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَوْتُ المُؤْمِنِ بِعَرْقِ الجَبِينِ
“Tanda kematian bagi seorang Mukmin ialah dengan berpeluh dahinya.” [Riwayat al-Tirmidzi (982)]

4. Dia diberikan taufiq dan hidayah oleh Allah SWT beramal soleh sebelum dia meninggal dunia. Di dalam satu hadith bahawa Rasulullah SAW bersabda:

إِذَا أَرَادَ اللَّهُ بِعَبْدٍ خَيْرًا اسْتَعْمَلَهُ قَالُوا وَكَيْفَ يَسْتَعْمِلُهُ قَالَ يُوَفِّقُهُ لِعَمَلٍ صَالِحٍ قَبْلَ مَوْتِهِ
“Jika sekiranya Allah SWT menginginkan kebaikan terhadap hamba-Nya, maka Allah SWT menjadikannya sentiasa melakukan amal.” Para sahabat R.Anhum bertanya: “Bagaimana Dia menjadikannya sentiasa melakukan amal?” Rasulullah SAW bersabda: “Allah SWT akan memberikan taufiq padanya untuk melaksanakan amal soleh sebelum daripada kematiannya.” [Riwayat al-Tirmidzi (2142)]

5. Dia berasa gembira dan senang hati untuk bertemu dengan Allah SWT. Di dalam satu hadith yang diriwayatkan oleh Anas Bin Malik, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ أَحَبَّ لِقَاءَ اللَّهِ أَحَبَّ اللَّهُ لِقَاءَهُ وَمَنْ كَرِهَ لِقَاءَ اللَّهِ كَرِهَ اللَّهُ لِقَاءَهُ
“Barangsiapa gembira bertemu dengan Allah, maka Allah gembira bertemu dengannya. Dan barangsiapa merasa berat bertemu dengan Allah, maka Allah juga merasa berat untuk bertemu dengannya.” [Riwayat Muslim (2685)]

6. Meninggal dunia disebabkan oleh penyakit yang berkaitan dengan perut.

وَمَنْ مَاتَ فِي الْبَطْنِ فَهُوَ شَهِيْدٌ
“Barangsiapa yang mati akibat daripada penyakit berkaitan perut, maka dia mati dalam keadaan syahid.” [Riwayat Muslim (1915)]

7. Meninggal dunia dalam keadaan lemas tenggelam, jatuh bangunan dan syahid di jalan Allah SWT.

الشُّهَدَاءُ خَمْسَةٌ الْمَطْعُونُ وَالْمَبْطُونُ وَالْغَرِقُ وَصَاحِبُ الْهَدْمِ وَالشَّهِيدُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ
“Orang yang mati syahid itu ada lima iaitu orang yang meninggal kerana penyakit ta’un, sakit perut, tenggelam, orang yang jatuh daripada bangunan atau tebing dan syahid di jalan Allah.” [Riwayat al-Bukhari (652)]

8. Meninggal dunia dalam keadaan melahirkan anak.

قَتْلُ الْمُسْلِمِ شَهَادَةٌ وَالطَّاعُونُ شَهَادَةٌ وَالْبَطْنُ وَالْغَرَقُ وَالْمَرْأَةُ يَقْتُلُهَا وَلَدُهَا جَمْعَاءَ
“Seorang Muslim yang terbunuh dikira sebagai seorang syahid, kematian akibat wabak ta’un juga dikira sebagai syahid, kematian kerana sakit perut, mati lemas dan seorang wanita yang meninggal dunia kerana melahirkan anaknya dikira sebagai syahid.” [Riwayat Ibn Kathir (5869)]

9. Meninggal dunia kerana mempertahankan harta dan maruah dirinya.

جَاءَ رَجُلٌ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ : يَا رَسُولَ اللَّهِ ” أَرَأَيْتَ إِنْ جَاءَ رَجُلٌ يُرِيدُ أَخْذَ مَالِي قَالَ : فَلَا تُعْطِهِ مَالَكَ قَالَ : أَرَأَيْتَ إِنْ قَاتَلَنِي قَالَ : قَاتِلْهُ قَالَ : أَرَأَيْتَ إِنْ قَتَلَنِي قَالَ : فَأَنْتَ شَهِيدٌ قَالَ : أَرَأَيْتَ إِنْ قَتَلْتُهُ قَالَ : هُوَ فِي النَّارِ
Datang seorang lelaki kepada Rasulullah SAW lalu bertanya: “Wahai Rasulullah SAW, bagaimana kalau ada seseorang yang hendak mengambil hartaku?” Baginda SAW bersabda: “Jangan engkau berikan hartamu!” “Bagaimana kalau dia melawanku?” Baginda SAW bersabda: “Lawanlah dia!” “Bagaimana kalau dia membunuhku?” Baginda SAW bersabda: “Engkau syahid.” “Bagaimana kalau aku yang membunuhnya?” Baginda SAW bersabda: “Dia di neraka!” [Riwayat Muslim (140)]

10. Meninggal dunia dalam keadaan melaksanakan amalan soleh.

مَنْ قَالَ : لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ ابتِغَاءَ وَجْهِ اللَّهِ ، خُتِمَ لَهُ بهَا دَخَلَ الْجَنَّةَ ، وَمَنْ صَامَ يَوْمًا ابتِغَاءَ وَجْهِ اللَّهِ خُتِمَ لَهُ بهَا ، دَخَلَ الْجَنَّةَ ، وَمَنْ تَصَدَّقَ بصَدَقَةٍ ابتِغَاءَ وَجْهِ اللَّهِ خُتِمَ لَهُ بهَا ، دَخَلَ الْجَنَّةَ “
“Barangsiapa yang mengucap ‘Laa ilaaha illallah’ ikhlas kerana mencari keredhaan dia Allah SWT, dan diakhiri hayatnya dengan perkara tersebut nescaya dia akan masuk syurga. Barangsiapa yang berpuasa pada suatu hari kerana ingin mencari keredhaan Allah SWT, dan diakhiri hayatnya dengan perkara tersebut nescaya dia akan masuk syurga. Barangsiapa yang bersedekah ikhlas kerana Allah SWT kemudian dia meninggal dunia, maka dia akan masuk syurga.” [Riwayat Ahmad (23372)]

Berikut adalah antara tanda-tanda kematian yang baik (husnul khatimah) yang terdapat dalam hadith-hadith Nabi SAW. Akhirnya, marilah sama-sama kita berdoa kepada Allah SWT supaya kita dimatikan dalam keadaan husnul khotimah dan ditempatkan di sisi Rasulullah SAW serta dalam kalangan orang yang soleh.

اللَهُمَّ اخْتِمْ لنا بِحُسْنِ الْخَاتِمَة وَلاَ تَخْتِمْ عَلَيْنَا يَا الله بِسُوءِ الخَاتِمَة
“Ya Allah, matikanlah kami dalam keadaan husnul khotimah dan janganlah Engkau matikan kami dalam keadaan su’ul khotimah.”

Amin. Wallahua’lam.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media

Oh! Makan
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/09/tanda-tanda-kematian-yang-baik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hadis 40 10 Sesungguhnya Allah Ta Ala Itu Baik Tidak Menerima Kecuali Yang Baik

Hadis 40 10 Sesungguhnya Allah Ta Ala Itu Baik Tidak Menerima Kecuali Yang Baik

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 312 hits
Hadis 40 10 Sesungguhnya Allah ta ala itu baik tidak menerima kecuali yang baik Dan sesungguhnya Allah memerintahkan orang beriman sebagaimana dia memerintahkan para rasul Nya dengan firman Nya Wahai Para Rasul makanlah yang baik baik dan b...
Hiburan Lebih Baik Dungu Daripada Miliki Hati Busuk Perangai Hodoh Rita Rudaini

Hiburan Lebih Baik Dungu Daripada Miliki Hati Busuk Perangai Hodoh Rita Rudaini

papar berkaitan - pada 4/9/2019 - jumlah : 500 hits
Bengang rasanya kalau kita tidak pernah kacau kehidupan orang lain tetapi diri difitnah Memang panas hati tiba tiba dikaitkan dengan perkara negatif Itulah juga yang dirasakan oleh pelakon Rita Rudaini Menerusi akaun Instagramnya Rita melua...
Gugurnya Air Mata Isteri Anak Arwah Suami Cukup Baik Di Mata Kami Sekeluarga

Gugurnya Air Mata Isteri Anak Arwah Suami Cukup Baik Di Mata Kami Sekeluarga

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 702 hits
Majlis pengebumian Pegawai Komando 11 Rejimen Gerup Gerak Khas Mejar Mohd Zahir Armaya di Tanah Perkuburan Islam Tambun dilaksanakan dengan penuh adat istiadat ketenteraan pasukan itu bermula pada jam 7 45 pagi tadi Mohd Zahir 36 menghembus...
Pemergian Arwah Menyedihkan Tapi Cara Allah Sambut Arwah Aku Dah Nampak Rakan Baik Cerita Detik Akhir Arwah Zahir

Pemergian Arwah Menyedihkan Tapi Cara Allah Sambut Arwah Aku Dah Nampak Rakan Baik Cerita Detik Akhir Arwah Zahir

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 2474 hits
Pemergian arwah menyedihkan Tapi cara Allah sambut arwah aku dah nampak Rakan Baik Cerita Detik Akhir Arwah ZahirPilunya apabila bayi 6 bulan tidak lagi merasa pelukan si ayah Malah empat adik beradik yang lain juga tidak akan lagi merasa k...
Emma Dan Noki K Clique Dan Syed Hanya Berkawan Baik

Emma Dan Noki K Clique Dan Syed Hanya Berkawan Baik

papar berkaitan - pada 5/9/2019 - jumlah : 690 hits
Emma Maembong ulas hubungan dengan Noki tidak pernah bercinta dengan Syed AbdullahEmma menjelaskan dia tidak mempunyai hubungan istimewa dengan Noki dan Syed Abdullah Emma ditemui ketika malam Anugerah Stail Eh di Hotel EQ Equatorial Plaza ...
Berlapang Dadalah Khaled Akui Sahaja Kerajaan Ph Lebih Baik Dari Umno Bn

Berlapang Dadalah Khaled Akui Sahaja Kerajaan Ph Lebih Baik Dari Umno Bn

papar berkaitan - pada 4/9/2019 - jumlah : 245 hits
Pada 4 September 2019Saya merujuk laporan oleh Malaysiakini bertajuk di mana Datuk Seri Khaled Nordin yang juga naib presiden ketiga UMNO dikatakan telah menasihati Ahli Parlimen Iskandar Puteri Lim Kit Siang untuk bersara berdasarkan hujah...
Jangan Duk Tunjuk Tak Cridik Baik Duk Diye Diye

Jangan Duk Tunjuk Tak Cridik Baik Duk Diye Diye

papar berkaitan - pada 2/9/2019 - jumlah : 536 hits
Siapa la tuan director dan penulis skrip video pendek Presiden PAS ni Tak akan Presiden PAS tak tahu fakta sebenar juga Pak Lebai menerangkan 14 jalur di bendera tu melambangkan pelbagai kaum yang ada kat Malaysia Fakta yang diberikan tu sa...
Kerajaan Ph Lebih Baik Berbanding Bn Dr Aziz Bari

Kerajaan Ph Lebih Baik Berbanding Bn Dr Aziz Bari

papar berkaitan - pada 2/9/2019 - jumlah : 244 hits
Kerajaan PH lebih baik berbanding BN Dr Aziz BariOleh September Kerajaan Pakatan Harapan mampu menerajui pentadbiran negara lebih baik berbanding kerajaan sebelum ini Pakar Perlembagaan Dr Aziz Bari berkata keyakinan itu berdasarkan pengala...
Bahaya Bila Masuk Guardian Atau Watson Memacam Terbeli

Bayangkan Ejen Mossad Di Komtar Jb

Parts Of Klang Valley Hit By Flash Floods Due To Downpour

Ainz Tulpe Introduces Hince In Malaysia

Business Website Boosts Credibility

Pengalaman Pertama Kali Buat Pet Ct Scan

Queue Cutting Police Patrol Car Gets Called Out By Angry Netizens

Ahli Parlimen Pembangkang Cadang Kerajaan Sedia Pulau Tempatkan Pelarian


echo '';
Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 39 Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024 Persaingan Merebut Tiket Ke AJL Anugerah Juara Lagu

Biodata Terkini Fairuz Selamat Q Face Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Izinkanlah

Biodata Terkini Arrora Salwa Salwa Razak Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Ahmad

Biodata Terkini Penyanyi Liza Aziz Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Adik Beradik Kepada Azlina Aziz

Senarai Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Tonton Konsert Minggu 1 Pada 24 November Live Di Astro Ria Sooka Online


Johor Masjid Kota Iskandar Sederhana Tenang

Sekejap Tapi Bermakna Healing Di Qowiy Village Hulu Langat

Abdullah Bin Amr Bin Haram Bicara Dengan Allah Tanpa Hijab

Siap Tadbir Pahang Negeri Ke 5 Pn Ok Nyonya Jom Sama

Dessy Dian Umbang Diberi Isi Diambi Chord

Maybe Rafizi Is Busy Playing With The Coins In His Pocket