Berlapang Dadalah Khaled Akui Sahaja Kerajaan Ph Lebih Baik Dari Umno Bn



Pada 4 September 2019oleh Sheikh ‘Umar Bagharib Ali

Saya merujuk laporan oleh Malaysiakini bertajuk “Just retire YB, Khaled tells Kit Siang” di mana Datuk Seri Khaled Nordin yang juga naib presiden ketiga UMNO dikatakan telah menasihati Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang untuk bersara berdasarkan hujah bahawa ‘Malaysia Baharu’ hanya sekadar suatu retorik.
Saya menyifatkan pandangan Khaled sebagai sangat selektif sekali. Beliau lebih gemar mencari kelemahan dan ‘menjualnya’ sebagai publisiti murahan berbanding tampil memberi pandangan untuk membantu menyelesaikan ‘bala’ yang diwariskan oleh kerajaan BN yang sedang membelenggu kerajaan Pakatan Harapan (PH) sejak memerintah 15 bulan yang lalu. Ya 15 bulan lalu, bukan 15 tahun.
Beliau juga enggan melihat prinsip dasar dalam kerangka lebih besar, yang ingin diperkenalkan oleh PH dalam konteks mengeluarkan Malaysia dari kleptokrasi tinggalan UMNO. Dalam siri-siri serangan beliau, beliau begitu ghairah. Sebaliknya Khaled enggan menerima fakta dan hakikat bahawa pelbagai perkembangan yang memberansangkan telah dilakukan oleh kerajaan PH. 
Sebagai contoh, Khaled enggan menerima hakikat bahawa kos projek ECRL telah dapat dijimatkan sebanyak RM25.1 billion hasil rundingan semula kerajaan PH dengan pihak China.
Khaled juga enggan menyebut, apatah lagi bersyukur bila mana kos projek MRT2 dapat menjimatkan wang rakyat sebanyak RM8.8 billion. Khaled juga tak mahu menyebut bahawa kos projek LRT3 juga berjaya dijimatkan oleh kerajaan PH sebanyak RM15 billion.
Dalam semua perkembangan ini, Khaled juga enggan menerima hakikat bahawa laporan jumlah hutang yang ditanggung oleh kerajaan PH yang diwariskan oleh UMNO itu jauh lebih besar dari yang dijangkakan.
Semua fakta-fakta ini tidak ada nilai bagi seorang pemimpin seperti Khaled. Beliau lebih ghairah melihat dari dalam tempurung, seolah-olah PH ini terlalu naif untuk mentadbir. Selektif sekali pemikiran Khaled. Kasihan.
Senarai kebobrokan UMNO
Jika saya ingin senaraikan pula kebobrokkan kerajaan UMNO-BN, pasti saya akan dituduh cuba mengungkit kisah silam yang penuh gelap dan menyedihkan itu. 
Namun, jika kita senaraikan nama-nama yang sedang beratur dengan kes-kes di mahkamah akibat skandal-skandal yang dilakukan, pasti ia dapat membuka mata Khaled dan ahli-ahli parti beliau bagaimana segala bala yang ditanggung oleh kerajaan PH dan rakyat pada hari ini adalah dari dasar yang tempang tajaan pemimpin UMNO-BN.
Berdasarkan senarai nama para pemimpin UMNO, dari mantan presiden, isteri mantan presiden, presiden, ahli Majlis Tertinggi, semua ini telah membawa bahana kepada rakyat termasuk faktor yang menyebabkan kekalahan Khaled sendiri. Sedarkah beliau?
Justeru, mengapa Khaled tidak sanggup untuk memberi nasihat agar pemimpin-pemimpin UMNO ini bersara dari politik? Sebaliknya, mengapa pula Lim Kit Siang dinasihat untuk bersara? Apakah skandal yang Kit Siang telah lakukan? Boleh Khaled senaraikan?
Saya fikir, Khaled harus berlapang dada dan cuba menerima hakikat bahawa usaha-usaha kerajaan PH hari ini sedang berjalan, malah antara perkara yang beliau sepatutnya tumpang bangga dan bersyukur adalah apabila parlimen meluluskan RUU 668 untuk membolehkan anak-anak muda bukan sahaja dapat menjadi pengundi seawal usia 18 tahun, malah menjadi pengundi berdaftar secara automatik. Tak perlu susah-susah lagi semacam zaman Khaled dulu.
Bukan itu sahaja, malah anak-anak muda kini boleh menjadi calon bagi memimpin parti dan rakyat. Mereka inilah yang akan menggantikan pemimpin-pemimpin haprak UMNO yang lain.
Ini satu perkara paling asas dalam demokrasi yang tidak pernah mampu dibuat oleh UMNO sejak 62 tahun memerintah negara, saya ulangi – 62 tahun, bukan 15 bulan. 
Berlaku adil kepada diri sendiri
Bayangkanlah Khaled, mengapa benda paling asas ini pun kalian dan rakan-rakan ketika berkuasa, gagal menunaikannya. Kemudian, dituduh pula kerajaan PH hanya retorik. Retorik apa Datuk Seri?
Jika Khaled menuduh kerajaan PH sekadar beretorik, sedarkah beliau bahawa semua projek-projek kerajaan hari ini menggunakan dasar tender terbuka? Apakah ini bukan rangka asas ‘good governance’?
Sedarkah Khaled bahawa kerajaan PH telah menubuhkan Jawatankuasa Khas Kabinet mengenai pencegahan rasuah? Kita juga telah melancarkan Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019 -2023.

Selain daripada itu, kita juga sudah memperkasakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Audit Negara dan Perkhidmatan Awam. Kita turut menubuhkan Pusat Governan, Integriti dan Antirasuah Nasional (GIACC).
Malah, kerajaan PH juga telah melaksanakan dasar Pengisytiharan harta oleh anggota Kabinet dan ahli Parlimen PH. 
Sekarang, tidak ada lagi pengeluaran surat sokongan untuk projek dan kontrak. Termasuk memperkasakan Parlimen dengan menubuhkan enam jawatankuasa terpilih (select committees) malah Jawatankuasa Kira-kira wang Negara itu dipengerusikan oleh ahli dari parti Datuk Seri Khaled sendiri. Sedar atau tidak?
Justeru, ada baiknya Khaled berlaku adil kepada diri dan parti beliau sendiri. Itu sahaja nasihat kecil daripada saya insan kerdil ini. Saya tak minta pun Datuk Seri Khaled bersara. 
*Tulisan ini pertama kali disiarkan di Malaysiakini*Sheikh ‘Umar Bagharib Ali adalah Ketua DAPSY Johor, Adun Paloh merangkap pengerusi jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2019/09/berlapang-dadalah-khaled-akui-sahaja.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Yb Dr Siti Mariah Jika Tidak Mampu Pertahan Dr Zakir Naik Lebih Baik Berdiam Diri Sahaja

Yb Dr Siti Mariah Jika Tidak Mampu Pertahan Dr Zakir Naik Lebih Baik Berdiam Diri Sahaja

papar berkaitan - pada 24/8/2019 - jumlah : 357 hits
oleh Ustaz Mohd Ashrul Hisyam Bin Abdul JalilKetua Dewan Pemuda PAS Kawasan PuchongTarikh 20 Zulhijjah 1440H 21 Ogos 2019Saya memerhati dengan penuh minat serangan terbaru pemimpin tertinggi Parti Amanah Negara PAN terhadap tokoh perbanding...
Kerajaan Ph Lebih Baik Berbanding Bn Dr Aziz Bari

Kerajaan Ph Lebih Baik Berbanding Bn Dr Aziz Bari

papar berkaitan - pada 2/9/2019 - jumlah : 254 hits
Kerajaan PH lebih baik berbanding BN Dr Aziz BariOleh September Kerajaan Pakatan Harapan mampu menerajui pentadbiran negara lebih baik berbanding kerajaan sebelum ini Pakar Perlembagaan Dr Aziz Bari berkata keyakinan itu berdasarkan pengala...
Mana Yang Lebih Baik Kijang Innova Diesel Atau Bensin

Mana Yang Lebih Baik Kijang Innova Diesel Atau Bensin

papar berkaitan - pada 30/8/2019 - jumlah : 328 hits
Tentu Anda sudah mengetahui bahwa untuk beberapa mesin mobil konvensional menawarkan dua jenis mesin dengan jenis bahan bakar yang berbeda Salah satunya adalah pada All New Kijang Innova terbaru Semenjak generasi Kijang Kapsul mobil produks...
Kerjasama Umno Pas Anugerah Lebih Berharga

Kerjasama Umno Pas Anugerah Lebih Berharga

papar berkaitan - pada 26/8/2019 - jumlah : 265 hits
KANGAR 26 Ogos Kekalahan UMNO dan Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum Ke 14 sememangnya memedihkan namun di sebalik kekalahan tersebut Allah SWT telah memberikan anugerah yang lebih berharga iaitu penyatuan orang Melayu dan Islam Ketua...
Mahu Cuba Kerajaan Umno Pas Sejarah Telah Buktikan Kegagalannya

Mahu Cuba Kerajaan Umno Pas Sejarah Telah Buktikan Kegagalannya

papar berkaitan - pada 27/8/2019 - jumlah : 424 hits
Ada yg bgtahu kita mau cuba kerajaan baru Umno dan Pas pulak tentu lebih baik kata mereka Aku nak ingatkan mereka sejarah tahun 70 an Umno dan Pas pernah dalam satu kerajaan Apa yg Pas buat utk Islam waktu itu bersama Umno Perkembangan Isla...
Ekonomi Ri Masih Lebih Baik Dibanding Malaysia Hingga Rusia

Ekonomi Ri Masih Lebih Baik Dibanding Malaysia Hingga Rusia

papar berkaitan - pada 10/9/2019 - jumlah : 299 hits
Direktur Keuangan PT Bank Mandiri Tbk Panji Irawan menyebutkan meskipun tantangan ekonomi global semakin besar namun stabilitas ekonomi nasional dinilai masih terjaga Bahkan pertumbuhan ekonomi Indonesia relatif masih lebih baik dibandingka...
Pedagang Ponsel Lebih Baik Jual Yang Original Daripada Bm

Pedagang Ponsel Lebih Baik Jual Yang Original Daripada Bm

papar berkaitan - pada 7/9/2019 - jumlah : 200 hits
Merdeka com pun menemui beberapa pedagang ponsel di pusat perbelanjaan daerah Jakarta Pusat
Honor 20s Akan Dilancarkan Di China 4 September Ini Kirin 980 Kamera Mod Malam Yang Lebih Baik

Honor 20s Akan Dilancarkan Di China 4 September Ini Kirin 980 Kamera Mod Malam Yang Lebih Baik

papar berkaitan - pada 30/8/2019 - jumlah : 319 hits
Honor adalah sub jenama daripada Huawei yang kini bergerak dengan sendiri Produk produk mereka seringkali adalah lebih murah dari Huawei Tetapi dengan pelancaran Huawei Nova 5T peranti Honor 20 dilihat tenggelam Apa pula perancangan Honor s...
Kongsi Harapan Aspirasi Impian Jadikan Malaysia Lebih Baik

Kongsi Harapan Aspirasi Impian Jadikan Malaysia Lebih Baik

papar berkaitan - pada 2/9/2019 - jumlah : 286 hits
Rakyat Malaysia akan meraikan Hari Kebangsaan ke 62 pada 31 Ogos 2019 yang jatuh pada hari Sabtu ini Apabila merayakan Hari Kemerdekaan ini apa yang perlu kita fikirkan adalah tiga elemen penting yang dapat membantu kita menjadi negara yang...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Tidur Di Masjid Istimewa Pas Menjelas Kehidupan Saranan

178 House A Contemporary Architectural Marvel In Jalisco Mexico

18 Indonesian Cops Held For Alleged Extortion Of Malaysians At Concert

Jkr To Repair Four Sinkholes On Lojing Gua Musang Road

Umno Ns Harap Bahagi Kerusi Dun Sama Rata Untuk Pru

Myplayvip