Tanda Tanda Hamil Kenali Tanda Awal Kehamilan Yang Biasa Dan Yang Jarang Di Alami


Teringat waktu di awal perkahwinan dulu, memang umi noob sangat pasal tanda-tanda hamil ni. Mana taknya tak pernah hadapi morning sickness dan untuk 6 kali kehamilan hanya evening sickness, tidak la melepek sangat, cuma muntah dan loya lepas waktu kerja. Bijak sungguh anak-anak dalam perut umi dan sangat baik sekali dengan umi.


Kenali Tanda-Tanda HamilTidak ramai wanita yang sedar mereka hamil terutama mereka yang aktif dan tidak ada tanda-tanda loya atau mengidam nak makan segala macam makanan, cuma mungkin selera tu agak lebih dari biasa. Itu pun susah nak di perkatakan sebab selera kita tu kadang kala tu berubah-ubah.





Mungkin perkongsian dibawah ini dapat membantu anda untuk mengenal pasti apakah anda sedang hamil dengan tanda-tanda yang sering dialami oleh seorang wanita hamil.
Bagaimanapun setiap wanita punya pengalaman dan proses kehamilan yang berbeza dari anak pertama dan seterusnya dan ada beberapa perubahan mungkin sama yang terjadi pada tubuh badan setiap wanita apabila mereka hamil.


Bengkak dan sakit payudaraLazimnya rasa sakit dan sensitif pada bahagian sekeliling puting (areola), berubah menjadi lebih besar dan gelap disebabkan oleh tindakan hormon progesterone adalah tanda awal yang boleh dikesan.
Payudara akan membengkak kerana tubuh badan anda memerlukan lebih banyak air ketika hamil yang akan menyebabkan tubuh badan terasa kembung.
Sebaiknya anda perlu memakai baju dalam yang sesuai terutamanya ketika melakukan senaman.


Pening kepalaAda sesetengah wanita mungkin akan mengalami pening kepala hingga boleh menyebabkan pitam. Ini disebabkan oleh perubahan hormon atau tekanan darah yang rendah. Bagi mengelakkan masalah ini, anda perlu makan lebih kerap dalam satu hari.





Perubahan selera makanKetika trimester pertama, ada wanita yang mengidam sesuatu makanan yang sukar didapati atau makanan yang dulunya tidak disukainya. Ada yang mengalami perubahan pada deria seperti mual dengan bau suami, bau nasi yang ditanak atau sesuatu yang lebih pelik  


Muntah-muntah dan loyaGejala muntah-muntah atau loya tekak sering berlaku tanpa mengira waktu terutama waktu pagi, namun ada juga yang tidak mengalaminya. 
Punca sebenar ini berlaku masih tidak dapat dipastikan namun disyaki berkait rapat dengan perubahan hormon kehamilan.
Kebiasaannya gejala ini akan hilang dengan sendirinya ketika kehamilan mula mencecah sekitar 12 hingga 16 minggu.
Bagi mengurangkan gejala ini, anda perlu makan makanan kaya protein dengan lebih banyak dan kerap selain banyakkan minum air.


KeletihanKandungan hormon progesterone bukan sahaja akan menyebabkan payudara menjadi sakit malahan boleh mengakibatkan keletihan ketika trimester yang pertama.


Keletihan ini kebiasaannya akan berlaku satu minggu selepas wanita itu hamil. Oleh itu, anda perlu berehat dengan secukupnya.


Selain itu, makan makanan yang kaya dengan protein dan zat besi untuk mengawal keletihan ini.


Perubahan moodAdalah normal apabila hormon badan berdepan perubahan, ia juga akan mempengaruhi emosi anda, hinggakan mood swing boleh dianggap sebagai antara simptom mengandung paling sering dialami.
Emosi anda mungkin sukar untuk dikawal dan anda mudah tertekan. Ini disebabkan oleh perubahan neurotransmitter yang berlaku akibat perubahan hormon dalam tubuh badan anda. Perubahan emosi ini kebiasaannya akan dialami ketika trimester pertama dan trimester terakhir ketika badan anda mula bersedia untuk proses kelahiran.


Kerap membuang air kecilIni kebiasaannya akan berlaku sekitar 6 atau 8 minggu selepas hamil. Buah pinggang anda mula memproses urin dengan lebih aktif semasa kehamilan.


Rahim anda pula akan memberi lebih tekanan kepada pundi kencing anda yang akan menyebabkan anda lebih kerap terasa ingin membuang air kecil.


Kekejangan dan pendarahan, antara tanda mengandungKekejangan dan pendarahan mungkin akan berlaku sebelum waktu anda datang bulan.


Ini merupakan petanda persenyawaan telur anda dengan sperma telah berlaku dan mula melekat pada dinding rahim.


Selain daripada pendarahan, lelehan berwarna putih juga mungkin akan keluar daripada vagina anda.


Lelehan yang tidak berbahaya ini akan terus keluar ketika kehamilan dan tidak memerlukan sebarang rawatan.


Namun jika lelehan tersebut berbau busuk dan menyebabkan rasa sakit dan gatal, segera berhubung dengan doktor untuk memeriksa sama ada anda terinfeksi yis atau bakteria.


Tidak datang haidIni merupakan petanda paling jelas yang menunjukkan kehamilan. Namun begitu, tidak semua kes tidak datang atau lambat datang haid disebabkan oleh kehamilan.


Ini mungkin juga disebabkan oleh perubahan hormon, perubahan berat badan, keletihan atau tekanan.


Wanita hamil mungkin akan mengalami kesemua tanda tanda kehamilan ini atau mungkin hanya mengalami beberapa gejala sahaja.


Jika gejala kehamilan ini menjadi satu kebimbangan kepada anda, bebincanglah dengan doktor untuk mendapatkan khidmat nasihat atau rawatan.


KeputihanAda sesetengah wanita mengesan keputihan tebal pada awal kehamilan. Ia biasanya terjadi pada minggu-minggu pertama kehamilan apabila dinding faraj menebal atau mungkin berlaku sepanjang kehamilan. 


Jika terdapat bau tidak menyenangkan atau wujud sensasi terbakar dan kegatalan, lakukan pemeriksaan doktor.


Hidung dan gusi berdarahKedengaran pelik, tetapi ada wanita mengalami pendarahan hidung atau gusi semasa kehamilan dan ia dianggap sebagai tanda tanda mengandung minggu pertama.


Pendarahan berlaku disebabkan peningkatan tahap hormon dan biasanya terjadi ketika anda sedang menggosok atau flos gigi.


Seri muka & jerawatAda wanita yang nampak perubahan pada wajahnya yang lebih berseri atau ditumbuhi jerawat. Ini adalah disebabkan oleh peningkatan jumlah darah dan tahap hormon yang lebih tinggi. Keadaan tersebut sekali gus mendorong lebih banyak darah melalui saluran darah.





Dalam masa yang sama kelenjar minyak badan juga perlu bekerja lebih masa. Peningkatan aktiviti kelenjar minyak badan akan menjadikan kulit kelihatan berkilau dan kemerahan. 


Tekanan darah tinggi Dalam kebanyakan kes, tekanan darah tinggi atau normal akan turun pada peringkat awal kehamilan. 


Keadaan tersebut mungkin mendorong wujudnya rasa pening, kerana saluran darah anda melebar.




Rasa berdebar-debarSelain daripada mempunyai kaitan dengan penyakit kardiovaskular, rasa berdebar-debar juga merupakan salah satu tanda hamil minggu pertama.


Jumlah isipadu darah anda akan bertambah bagi menampung keperluan janin. Ini akan menyebabkan jantung anda berdegup 25% lebih laju berbanding dengan keadaan biasa. 




Pedih ulu hatiPerubahan hormon sewaktu hamil boleh menyebabkan otot sfinkter (bukaan pada hujung esofagus) mengendur.


Perkara ini akan memudahkan pengaliran asid di dalam perut untuk memasuki esofagus yang menyebabkan pedih ulu hati.


Jika anda mengalami keadaan ini, makan dengan bahagian yang kecil secara kerap. Jangan baring selepas makan dan beritahu doktor anda jika simptom tersebut kerap berlaku.




Hidung tersumbatPeningkatan tahap hormon dan penghasilan darah juga boleh mengakibatkan bahagian selaput lendir pada hidung membengkak, kering dan berdarah dengan mudah. 


Ia mungkin menjadi punca hidung tersumbat atau berair.


Sakit belakangWalaupun sering dianggap gejala kehamilan lewat, namun ia boleh bermula pada peringkat awal mengandung.


Bahkan, ada wanita yang mengalami rasa sakit belakang ini sepanjang kehamilan.


Kaki bengkakKeadaan bengkak yang terjadi melibatkan kaki dan pergelangan kaki. Biasanya disebabkan oleh tekanan dari rahim yang sedang membesar melambatkan aliran darah vena di kaki.


Sesak nafasPeningkatan keperluan oksigen tubuh (untuk menyokong tumbesaran janin) boleh menyebabkan sesetengah wanita berasa sesak nafas.


Walau bagaimanapun, simptom ini dikatakan lebih kerap terjadi pada peringkat kehamilan lewat.


Buat Pemeriksaan doktorJika anda mengalami sebarang gejala mengandung yang dikongsikan di atas, sebaiknya anda membuat pemeriksaan doktor untuk mengesahkan kehamilan anda.


Ada sesetengah wanita bergelut dengan kemurungan, kesedihan, kegelisahan mahupun tekanan, sebaiknya lakukan pemeriksaan doktor.
Tanda tanda kehamilan yang dikongsi hanyalah sekadar panduan berdasarkan pengalaman sendiri, rakan sekeliling dan orang ramai.


Bagi memastikan kandungan anda sihat dan tidak mengalami sebarang kecacatan, anda perlu mengambil vitamin pranatal dalam usaha mendapatkan nutrien yang secukupnya.


sumber : hellodoktor


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.iamfuzy.com/2023/10/tanda-tanda-hamil-kenali-tanda-awal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tanda Masalah Brek Kereta Yang Biasa Berlaku

Tanda Masalah Brek Kereta Yang Biasa Berlaku

papar berkaitan - pada 13/10/2023 - jumlah : 277 hits
1 Brek berbunyi nyaring kekadang masa sejuk selalu berbunyi kekadang bunyiBrek pad habisBrek pad jenis tiruan lebih teruk lagi jenis keras2 Tekan brek tapi kena kasarServo bocorBrek pad habisPaip minyak tersumbat3 Brek tak ada langsungMaste...
Elak Ambil Ubat Sebarangan Atasi Sembelit Usaha Cegah Sembelit Sejak Awal Kehamilan

Elak Ambil Ubat Sebarangan Atasi Sembelit Usaha Cegah Sembelit Sejak Awal Kehamilan

papar berkaitan - pada 30/9/2023 - jumlah : 267 hits
Bagi yang pernah melalui pasti berdepan trauma apabila berdepan masalah sembelit ketika waktu hamil Nak ambil ubat bimbang kesannya pada anak Malah nak meneran berlebih lebihan juga bimbang janin yang masih kecil turut terkesan Sudahnya apa...
3 Cabaran Biasa Penyusuan Susu Ibu

3 Cabaran Biasa Penyusuan Susu Ibu

papar berkaitan - pada 17/10/2023 - jumlah : 230 hits
Assalamualaikum wbt Penyusuan susu ibu adalah proses semulajadi selepas melahirkan anak Walau bagaimanapun bagi ibu yang pertama kali proses penyusuan mungkin ada sedikit cabaran Namun begitu ia boleh diatasinya sekiranya proses penyusuan i...
Video Keras Saldi Isra Ungkap Keanehan Luar Biasa Putusan Mk Bingung Sekelebat Berubah

Video Keras Saldi Isra Ungkap Keanehan Luar Biasa Putusan Mk Bingung Sekelebat Berubah

papar berkaitan - pada 17/10/2023 - jumlah : 165 hits
Anggota Hakim Mahkamah Konstitusi Saldi Isra menyatakan beda pendatan terhadap putusan usia capres cawapres 40 tahun
Video Jk Puji Hamas Serangan Ke Israel Luar Biasa Demi Kemerdekaan Dan Kebebasan Palestina

Video Jk Puji Hamas Serangan Ke Israel Luar Biasa Demi Kemerdekaan Dan Kebebasan Palestina

papar berkaitan - pada 10/10/2023 - jumlah : 258 hits
Jusuf Kalla memuji serangan Hamas ke Israel sebagai tindakan luar biasa dalam memperjuangkan kemerdekaan Palestina
Kusangkakan Oktober Lahir 21 Hari Lebih Awal Safawi Rashid Syifa Timang Bayi Lelaki

Kusangkakan Oktober Lahir 21 Hari Lebih Awal Safawi Rashid Syifa Timang Bayi Lelaki

papar berkaitan - pada 3/10/2023 - jumlah : 173 hits
Tahniah diucapkan buat pasangan selebriti Syifa Melvin dan Safawi Rasid yang telah selamat selamat menimang seorang cahaya mata lelaki pada Sabtu lalu Perkongsian khabar gembira itu dikongsiakan sendiri oleh Safawi menerusi Instagramnya Saf...
Palestin Bantuan Awal Rm100 000 Dap Madani Bagi Apa

Palestin Bantuan Awal Rm100 000 Dap Madani Bagi Apa

papar berkaitan - pada 11/10/2023 - jumlah : 151 hits
Palestin PASRelief salur bantuan awal RM100 000KUALA LUMPUR Perang yang dinamakan Taufan Al Aqsa lebih dahsyat berbanding perang sebelum ini apabila penduduk dan pejuang Palestin bangkit menuntut hak mereka selepas 75 tahun peristiwa Nakbah...
Pelbagai Isu Sejak Awal Siaran Produksi The Escape Of The 7 Umum Pengarah Undur Diri

Pelbagai Isu Sejak Awal Siaran Produksi The Escape Of The 7 Umum Pengarah Undur Diri

papar berkaitan - pada 13/10/2023 - jumlah : 178 hits
Tak semena mena drama The Escape Of The Seven mengalami isu tak disangka kini ARTIKEL BERKAITAN Menurut laporan eksklusif drama itu mengesahkan bahawa pengarah utama musim pertama Joo Dong min akan meninggalkan rancangan ini bermula dari mu...
New Year Wish A Pm For All Malaysians

Freeport A Famosa Outlet Melaka

Malaysia Heritage Studio Harga Tiket Acara Pesta Muda Mudi

Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan

Penutup Tahun 2024 Chess Checkmate Catur Game

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Chinese Freight Train Pops Another Surprise 6th Generation Jet


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Lirik Lagu Mungkin Ke Dayang Nurfaizah

Jom Asah Minda Dan Cabar Logik Ini 50 Teka Teki Paling Susah

Sadis Sanggup Abang Kandung Bunuh Adik Sendiri Berumur 3 Tahun

Selesai Majlis Tahlil Untuk Arwah Mak Pah

Menginap Satu Malam Di Muar Traders Hotel

Saya Larikan Diri Lee Minho Dedah Pernah Terima Tawaran Jadi Idola Di Sm Entertainment