3 Cabaran Biasa Penyusuan Susu Ibu


Assalamualaikum wbt,
Penyusuan susu ibu adalah proses semulajadi selepas melahirkan anak. Walau bagaimanapun bagi ibu yang pertama kali, proses penyusuan mungkin ada sedikit cabaran. Namun begitu, ia boleh diatasinya sekiranya proses penyusuan ini dilalui bersama sokongan dari pasangan dan orang-orang sekeliling. Terdapat beberapa cabaran yang akan dilalui oleh ibu semasa proses penyusuan ini berlaky. Berikut adalah tiga cabaran biasa berlaku semasa proses penyusuan susu ibu


3 Cabaran Utama Penyusuan Susu IbuTidak Cukup SusuPuting MelecetKebengkakan Payu Dara
Tidak Cukup SusuCabaran pertama bagi ibu yang menyusu adalah tidak cukup susu. Seawal kelahiran, pasti ibu dan orang sekeliling terutamanya menganggap ibu selepas bersalin tidak cukup susu. Ini dilihat apabila anak sering menangis dan menganggap ibu tidak cukup susu. Seterusnya mereka mengambil jalan mudah dengan mencampurkan susu formula

Apakah benar susu ibu tidak cukup untuk bayi? 
Ini adalah tidak benar sama sekali. Penghasilan susu ibu berkurangan adalah disebabkan oleh kurang stimulasi. Ia adalah akibat daripada perkara-perkara berikut:Ibu kurang memberi susu secara terus kepada bayi.Kedudukan bayi tidak betul dan bayi tidak dapat menyusu dengan berkesan.Ibu memberi susu formula lebih awal dan menyebabkan bayi kurang berminat dengan susu ibu.Ibu menyusu bayi hanya sebelah payu dara.Ibu mengalami tekanan emosi.Cara Atasi Kekurangan SusuSusukan bayi sekerap yang boleh mengikut kehendak bayi.Pastikan masa antara penyusuan tidak melebihi 2 jam.Pastikan bayi melekap dengan betul.Menyusu dari kedua-dua belah payu dara.Dapatkan rehat secukupnya dan cuba bertenang semasa menyusukan bayi.

Perbaiki pengambilan makanan anda. Makan makanan yang tinggi protein seperti ikan, ayam, daging, telur kekacang dan makanan yang tinggi vitamin seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Selain daripada itu, pengambilan supplemen untuk perbanyakkan susu ibu juga penting. 

Baca : Set Supplemen Perbanyakkan Susu Ibu
Bagaimana nak pastikan bayi cukup susu?Bayi menyusu sekurang -kurangnya 8 kali dalam masa 24 jam.
Bayi membuang air kecil sebanyak 6 kali atau lebih, air kecil berwarna kekuningan dan membuang air besar berwarna kekuningan 3 ke 8 kali dalam masa 24 jam.Berat badan bayi meningkat secara konsisten selepas berumur satu minggu dan mengikut graf pertumbuhan.Payudara anda mungkin rasa ringan selepas menyusu atau susu meleleh keluar dari payudara yang sebelah apabila bayi menyusu pada yang sebelah lagi.Bayi cergas dan kelihatan puas antara penyusuan.Bayi mempunyai otot yang pejal dan kulit yang sihat.Corak penyusuan bayi berubah-ubah, ibu boleh mendengar atau melihat bayi menelan.
Puting Melecet
Cabaran ibu menyusu yang baru pertama kali melaluinya, pasti akan mengalami masalah puting melecet. Ia juga pernah berlaku kepada saya sendiri, bila mana kita belum biasa dengan proses penyusuan ini. Puting melecet boleh menyebabkan emosi ibu terganggu kerana sakit, terlalu memikirkan tentang anak tidak boleh menyusu dan ketidak selesaan pada ibu

Puting melecet berlaku kerana beberapa faktor, antaranya adalah:Meletakkan bayi dalam posisi yang salah.Penjagaan puting yang tidak betul.Teknik penyusuan yang tidak betul.Mulut bayi tidak melekap dengan betul dibahagian areola payudara ibu.Cara Atasi Puting MelecetPastikan posisi ibu dan teknik meletakkan bayi ke payu dara adalah betul.Jangan menggunakan pelindung plastik pada payu dara kerana bahan tersebut tidak meresap peluh.Elakkan menggunakan coli yang diperbuat dari bahan sintetik kerana ia meningkatkan perpeluhan dan kurang aliran udara.Bersihkan payu dara dengan air sahaja, jangan guna sabun kerana boleh mengeringkan kulit.


Kebengkakan Payu Dara
Kebengkakkan payu dara adalah disebabkan peningkatan isipadu susu yang mengakibatkan kongesi (sesak) salur darah di dalam payu dara. Ia berlainan dengan kepadatan payu dara. Payu dara yang padat masih boleh ditekan, lembut dan fleksibel. Bengkak susu boleh menyebabkan susu tidak dapat keluar dan menyukarkan bayi untuk menyusu

Tanda-tanda Kebengkakan Payu DaraPayu dara menjadi keras dan sakit, kelihatan berkilat.Bahagian areola kelihatan pejal.Payudara mengalami bengkak, keras, ngilu dan sakit.Keadaan sekitar payudara mengalami kemerah-merahan, terasa panas dan terdapat benjolan keras apabila disentuh.Puting menjadi bengkak, bahagian areola mengeras sehingga menyukarkan bayi untuk menyusu.Kelenjar pada bahagian ketiak turut mengalami bengkak dan sakit.Cara Atasi Bengkak SusuSekiranya berlaku pembengkakan susu, apa yang perlu ibu lakukan adalah:Sebelum penyusuan dimulakan, keluarkan sedikit susu untuk melembutkan payu dara supaya mudah untuk bayi menghisapnya.Tuam payu dara dengan menggunakan tuala dan air suam untuk melancarkan pengaliran susu.Gunakan tuaman sejuk di antara penyusuan untuk mengurangkan sakit dan kebengkakkan.Selepas penyusuan, jika payu dara masih bengkak, keluarkan susu yang ada.Susukan bayi anda dengan kerap.Sewaktu bengkak, perah susu dengan tangan. Perbuatan ini dapat membantu mengekalkan kelembutan areola.Menuam (tuam) payudara anda dengan air batu sebelum dan selepas menyusukan bayi.

Cara Elak Bengkak SusuBengkak susu boleh dielakkan jika ibu mengamalkan tips-tips dibawah:Menyusukan bayi dengan kerap, sekurang-kurangnya 10-12 kali sehari.Teknik penyusuan yang betul.Jika masalah bengkak yang dialami terlalu menyakitkan, anda boleh memakan ubat yang bersesuaian. Namun, pastikan anda mendapat nasihat dan rundingan daripada doktor terlebih dahulu.


Selain daripada itu juga, ibu-ibu perlu mengamalkan supplemen lecithin daripada shaklee, kerana ia sangat membantu menghilangkan bengkak susu dengan cepat dan berkesan. Lecithin membantu mengemulsi (memecahkan lemak-lemak) dibahagian payu dara menjadi kecil dan memudahkan pengaliran susu ibu

Elakkan Lakukan Dua Perkara Ini Sekiranya Mengalami Bangkak Susu1. Daun Kubis
Dikatakan apabila bengkak susu, kita perlu meletak daun kubis untuk menyejukkan payu dara dan mengurangkan rasa sakit. Namun, dalam masa yang sama di dalam kubis mengandungi enzim yang boleh menyebabkan ‘kilang pengeluaran’ susu mengecut dan ini boleh mengakibatkan pengeluaran susu ibu berkurangan. Seandainya anda masih mahu meletakkannya, disarankan untuk meletakkan dalam tempoh yang sekejap sahaja

2. Pam Susu Ketika Payu Dara Bengkak
Sememangnya bengkak susu ini berlaku kerana susu yang berlebihan tidak dikeluarkan. Tetapi sebaiknya, anda elakkan daripada mengepam susu ketika payudara masih terlalu bengkak. Ini kerana ada yang mengatakan ia boleh menyebabkan bengkak lambat surut dan berisiko mengakibatkan keadaan semakin melarat

Pilihlah untuk menggunakan tangan. Tangan anda boleh merasai setiap satu saluran pada payudara. Malah, keadaan tangan yang panas juga dipercayai dapat melancarkan aliran susu yang tersumbat. Apabila keadaan bengkak pada payudara sudah berkurangan, anda boleh memilih untuk menggunakan pam susu. Namun, pastikan anda menggunakan mod mengepam yang paling ringan










Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.vitaminwawa.com/2023/10/3-cabaran-biasa-penyusuan-susu-ibu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Susu Bayi Juga Saya Sediakan Mulianya Hati Ibu Ni Bina Pondok Sedekah Bantu Keluarga Kurang Mampu

Susu Bayi Juga Saya Sediakan Mulianya Hati Ibu Ni Bina Pondok Sedekah Bantu Keluarga Kurang Mampu

papar berkaitan - pada 19/10/2023 - jumlah : 238 hits
Susu Bayi Juga Saya Sediakan Mulianya Hati Ibu Ni Bina Pondok Sedekah Bantu Keluarga Kurang Mampu Umumnya bagi sesiapa yang hidup dalam kesusahan bukan semua selesa untuk meminta minta secara terbuka kepada orang lain Lantaran itu bagi kita...
Leaking Dari Petang Sampai Malam Bersyukur Jadi Ibu Syifa Melvin Kongsi Cerita Kelahiran Baby Saif

Leaking Dari Petang Sampai Malam Bersyukur Jadi Ibu Syifa Melvin Kongsi Cerita Kelahiran Baby Saif

papar berkaitan - pada 11/10/2023 - jumlah : 336 hits
Baru sahaja selamat melahirkan cahaya mata pertamanya pada 30 September yang lalu isteri kepada pemain bola sepak Safawi Rashid iaitu Syifa Melvin berkongsi pengalamannya melahirkan cahaya mata sulungnya Saif Sulaiman Menerusi perkongsianny...
Jet Israel Bedil Ibu Pejabat Bulan Sabit Merah Palestin

Jet Israel Bedil Ibu Pejabat Bulan Sabit Merah Palestin

papar berkaitan - pada 12/10/2023 - jumlah : 238 hits
Jet Israel membedil ibu pejabat Bulan Sabit Merah Palestin di utara Semenanjung Gaza lapor Agensi Berita Jerman memetik kenyataan perkhidmatan penyelamat pada Rabu Tiada laporan mengenai kecederaan atau kematian setakat ini Kementerian Kesi...
Syahrul Yasin Limpo Batal Penuhi Panggilan Kpk Izinkan Saya Lebih Dulu Temui Ibu Di Kampung

Syahrul Yasin Limpo Batal Penuhi Panggilan Kpk Izinkan Saya Lebih Dulu Temui Ibu Di Kampung

papar berkaitan - pada 11/10/2023 - jumlah : 261 hits
Syahrul kembali ke kampung halaman terlebih dulu karena kondisi orang tuanya yang telah berusia 88 tahun dalam keadaan sakit
Hiburan Mak Tak Hina Syada Amzah Minta Maaf Pada Ibu Kontroversi Adik Beradik Semakin Panas

Hiburan Mak Tak Hina Syada Amzah Minta Maaf Pada Ibu Kontroversi Adik Beradik Semakin Panas

papar berkaitan - pada 12/10/2023 - jumlah : 170 hits
Viral sejak kebelakangan ini isu tentang tiga beradik termasuk seorang penyanyi terkenal Shila Amzah yang dikatakan telah menghalau adiknya keluar dari rumah sendiri Syada Amzah adik bongsu kepada penyanyi itu telah mengeluarkan penyataan t...
Cium Kening Momen Syahrul Yasin Limpo Jenguk Sang Ibu Terbaring Sakit Di Makassar

Cium Kening Momen Syahrul Yasin Limpo Jenguk Sang Ibu Terbaring Sakit Di Makassar

papar berkaitan - pada 11/10/2023 - jumlah : 145 hits
Momen Syahrul Yasin Limpo menjenguk ibunya itu diungkapkan keponakannya yang bernama Devo
Hiburan Ibu Mentua Juga Tanya Kenapa Post Macam Tu Yonnyboii Pertahankan Isteri Hantaran Ig Story Cuma Salah Faham

Hiburan Ibu Mentua Juga Tanya Kenapa Post Macam Tu Yonnyboii Pertahankan Isteri Hantaran Ig Story Cuma Salah Faham

papar berkaitan - pada 9/10/2023 - jumlah : 189 hits
Baru baru ini melalui sesi temubual bersama pihak Kosmo penyanyi rap YonnyBoii mengakui berlaku salah faham mengenai nbsp posting isterinya Nik Nazira Narriman sebelum ini mengenai cara pemilihan pakaian Kata YonnyBoii hantaran itu merupaka...
Anak Diberhentikan Prasekolah Ibu Bapa Tuntut Permohonan Maaf Ganti Rugi Rm100 000

Anak Diberhentikan Prasekolah Ibu Bapa Tuntut Permohonan Maaf Ganti Rugi Rm100 000

papar berkaitan - pada 10/10/2023 - jumlah : 253 hits
Peguam Muhammad Hariz Md Yusoff menunjukkan laporan polis oleh seorang wanita mengenai sebuah pusat prasekolah antarabangsa di sini kerana didakwa memberhentikan anak lelakinya yang bersekolah di situ atas alasan kurang munasabah di perkara...
Pop Culture Jeopardy A New Era For Trivia Enthusiasts

Strategi Trading Saat Non Farm Payroll Untuk Trader Pemula

Dampak Kebijakan Tarif Dagang Donald Trump Terhadap Ekonomi Indonesia

Siri 1 2025

Tanda Tanda Cyst Ovari Yang Perlu Diketahui Kenali Gejalanya Sebelum Terlambat

Medx Back Machine A Game Changer For Strengthening Weak Low Back Muscles

Eyka Farhana Biodata Kerjaya Perkahwinan

Lomba Trading Pontianak 2025 Buktikan Skillmu Di Akun Demo Dan Live


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sabah S Elephant Champion

What Is The Difference Between Cempedak And Jackfruit

Biar Biduk Berlalu Asalkan Kiambang Bertaut

Ayam Masak Kicap Masakan Pertama Di London

Pokok Dan Cabang Agama Telaah Kritis Terhadap Pembagian Ushul Furu

Breakfast Dengan Roti Canai Sarang Burung Di Sup Tulang Zz Taman Bukit Dahlia Pasir Gudang