Elak Ambil Ubat Sebarangan Atasi Sembelit Usaha Cegah Sembelit Sejak Awal Kehamilan


Bagi yang pernah melalui pasti berdepan trauma apabila berdepan masalah sembelit ketika waktu hamil. Nak ambil ubat bimbang kesannya pada anak. Malah nak meneran berlebih-lebihan juga bimbang janin yang masih kecil turut terkesan. Sudahnya apa pilihan ibu hamil?
Menurut Dr Maiza Tusimin, Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi daripada Prince Court Medical Centre, elakkan mengambil sebarang ubat-ubatan dari farmasi sebaliknya dapatkan pandangan dari pakar terlebih dahulu. Inilah yang sebaiknya dilakukan ibu hamil.

S: Saya berusia 36 tahun dan mengandung anak pertama. Kesukaran yang saya alami semasa mengandung adalah masalah sembelit sehingga tidak dapat membuang air besar pada tempoh yang lama sehingga 19 hari. Hal ini membuatkan pergerakan saya amat sukar dan tidak selesa sepanjang waktu. Masalah kembung perut, angin dan pedih ulu hati dan sembelit membuatkan saya takut untuk makan. Bolehkah saya menggunakan enema untuk melegakan masalah saya dan apa tip untuk mudahkan pembuangan?
Masalah sembelit ketika hamil bukanlah sesuatu yang jarang berlaku, sebaliknya 38% daripada ibu-ibu hamil akan mengalami sembelit.
Sembelit didefinisikan sebagai kesukaran untuk membuang air besar atau kekerapan membuang air besar yang berkurangan berbanding biasa. Sebanyak 35% masalah sembelit berlaku pada trimester pertama, 39% pada trimester kedua, 21% pada trimester ketiga dan 17% semasa dalam pantang.

Perubahan hormon
Penyebab utama yang menyumbang kepada masalah sembelit adalah paras hormon yang berubah ketika hamil. Salah satu perubahan fisiologi kehamilan adalah kenaikan paras hormon Progesteron yang menyebabkan pergerakan otot usus menjadi perlahan.
Manakala paras hormon Motilin iaitu hormon yang membantu mengawal saluran usus kecil pula menurun.
Kombinasi perubahan hormon ini menyebabkan otot di usus berubah menjadi keadaan ‘berehat’ dan sisa makanan di dalam usus bergerak perlahan.
Situasi ini membolehkan lebih banyak penyerapan nutrien berlaku tetapi juga boleh menyebabkan perut menjadi tidak selesa dan sembelit. Di samping itu, peningkatan paras aldosterone menyebabkan air banyak diserap dari usus dan ini menyebabkan najis menjadi keras dan turut menyumbang kepada sembelit.
Terdapat pelbagai faktor lain termasuk cara hidup dan perubahan kehamilan yang turut menyumbang kepada masalah sembelit. Antaranya:

1. Tumbesaran bayi
Semakin bayi membesar, tekanan dalam usus akan bertambah dan ini melambatkan proses pencernaan makanan. Pergerakan otot di dalam usus akan menjadi sukar dan menyebabkan sisa makanan juga akan bergerak perlahan semasa melalui usus besar.
2. Perubahan diet
Tabiat pemakanan ketika hamil berubah disebabkan oleh morning sickness atau mengidam makanan yang jarang dimakan. Perubahan drastik kepada diet ibu ditambah dengan makanan yang kurang serat akan mengundang masalah sembelit ketika hamil.
3. Suplemen Tambahan
Kesatuan Kesihatan Sedunia menggariskan pengambilan suplemen prenatal seperti zat besi, folik asid dan kalsium untuk menyokong pertumbuhan bayi. Peningkatan zat-zat terutama zat besi cenderung menyebabkan sembelit semasa kehamilan.
4. Makan berlebihan pada waktu makan
Saiz hidangan yang besar atau makan banyak semasa waktu makan boleh menambahkan beban terhadap saluran penghadaman ibu. Oleh kerana itu, ibu disarankan untuk mengamalkan makan enam mini-saiz hidangan makanan sehari berbanding tiga saiz hidangan yang besar. Ini juga membantu perut ibu agar kurang kembung.
5. Aktiviti fizikal
Kajian menunjukkan bahawa kurang pergerakan fizikal boleh melambatkan kekerapan pergerakan usus ibu. Morning sickness dan keletihan ketika hamil menyebabkan ibu-ibu kurang aktif secara fizikal dan ini memudahkan sembelit berlaku.
Apa yang perlu ibu lakukan?
Ibu dinasihatkan untuk mendapatkan pemeriksaan doktor sebelum bertindak untuk mengambil preskripsi sendiri seperti enema. Doktor akan menjalankan pemeriksaan rapi untuk memastikan ibu tidak mengalami masalah medikal yang lebih kompleks seperti anal fissure, colorectal strictures, neoplasia, hypothyroidism, hypercalcaemia atau masalah neurologi sebelum membuat konklusi bahawa sembelit ibu adalah disebabkan oleh faktor yang dinyatakan di atas.
Ada segelintir ibu yang mempunyai masalah medikal tersebut perlu dirujuk dan dirawat oleh pakar endokrinologi atau pakar bedah.

Tips remedi di rumah:
· Tingkatkan pengambilan air kosong, jus buah-buahan terutama jus buah prune yang boleh melembutkan najis.
· Konsum makanan yang mempunyai kandungan serat yang tinggi seperti roti wholemeal, bijirin sarapan pagi, buah-buahan dan sayur-sayuran yang boleh melancarkan pencernaan dan mengurangkan sembelit.
· Amalkan senaman ringan seperti berjalan kaki atau senam robik ringan. Dapatkan nasihat doktor tentang senaman yang selamat semasa mengandung.
· Lakukan senaman Kegel yang boleh membantu menguatkan otot pelvik dan rektal dan secara tidak langsung membantu masalah sembelit.
 
The post Elak Ambil Ubat Sebarangan Atasi Sembelit, Usaha Cegah Sembelit Sejak Awal Kehamilan! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/elak-ambil-ubat-sebarangan-atasi-sembelit-usaha-cegah-sembelit-sejak-awal-kehamilan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cegah Stunting Sejak Dini Kemenkominfo Ajak Gen Z Ubah Perilaku

Cegah Stunting Sejak Dini Kemenkominfo Ajak Gen Z Ubah Perilaku

papar berkaitan - pada 27/9/2023 - jumlah : 137 hits
Genbest Talk di Kabupaten Tanah Datar ini adalah salah satu rangkaian dari kampanye Genbest
Ibu Dan Anak Tewas Di Cinere Depok Tinggalkan Pesan Sejak 2017 Berikut Isinya

Ibu Dan Anak Tewas Di Cinere Depok Tinggalkan Pesan Sejak 2017 Berikut Isinya

papar berkaitan - pada 7/10/2023 - jumlah : 209 hits
Penyelidikan kematian Grace Arijani Harapan dan David Arianto Wibowo itu dihentikan polisi setelah tidak ditemukan tindak pidana
Talian Menghadapi Masaalah Sejak Jam 9 Pagi

Talian Menghadapi Masaalah Sejak Jam 9 Pagi

papar berkaitan - pada 3/10/2023 - jumlah : 155 hits
Pengunjung yang budiman Talian terganggu sejak jam 9 pagi tadi Blog ini akan di update dalam masa 1 jam selepas kestabilan talian Harap maaf
September Bulan Paling Kering Di Australia Sejak 1900

September Bulan Paling Kering Di Australia Sejak 1900

papar berkaitan - pada 3/10/2023 - jumlah : 299 hits
September bulan paling kering di Australia sejak 1900 Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 2 Oct 2023 10 00PM
Sprm Siasat Kes Rasuah Cetak Buku Sejak Sebulan Lalu Kata Azam Baki

Sprm Siasat Kes Rasuah Cetak Buku Sejak Sebulan Lalu Kata Azam Baki

papar berkaitan - pada 27/9/2023 - jumlah : 262 hits
SPRM siasat kes rasuah cetak buku sejak sebulan lalu kata Azam Baki Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 27 Sep 202
Twincafe Sup88 Penang Sup Kaw Resepi Turun Temurun Sejak Tahun 1988

Twincafe Sup88 Penang Sup Kaw Resepi Turun Temurun Sejak Tahun 1988

papar berkaitan - pada 29/9/2023 - jumlah : 171 hits
Lama rasanya kita dah terperap dalam rumah daripada satu PKP kepada satu PKP Kini nampaknya situasi sudah semakin terkawal dan yang penting dah boleh rentas negeri Bila dah boleh merentas negeri ni pastiya ramai yang mula rancang trip untuk...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Hiking Gunung Bubu Gerik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Restoran Teppan Maru Take Menyediakan Hidangan Autentik Osaka Jepun Chef Takeshi Wada

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Lirik Lagu Aiman Tino Wani Kayrie

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep