Tanda Tanda Autisme
Assalammualaikum
Setiap ibu bapa pasti mahukan anak yang sihat dan cerdas. Untuk mencapai matlamat ini, penjagaan rapi diberikan dari sudut kesihatan dan pemakanan mereka
Di sebalik tubuh badan yang sihat, aspek pembelajaran juga menjadi salah satu fokus utama ibu bapa dalam membesarkan anak-anak
Oleh itu, selain masalah fizikal, simptom masalah kognitif dan pembelajaran anak-anak turut diberikan perhatian oleh golongan ibu bapa
Sebut sahaja tentang masalah pembelajaran dan perkembangan kognitif anak-anak, tentu sekali penyakit seperti autisme akan bermain di fikiran
Salah satu simptom utama atau tanda autisme adalah tingkah laku berulang-ulang. Namun, adakah simptom ini khususnya untuk autisme sahaja
Apa itu Autisme?
Autisme, atau lebih tepat lagi gangguan spektrum autisme (ASD), adalah sejenis penyakit neuro-perkembangan yang mempengaruhi aspek pembelajaran, interaksi sosial (lisan dan bukan lisan) dan tingkah laku seseorang
Terma ‘spektrum’ bermakna terdapat pelbagai tahap keterukan dan juga jenis diagnosis autisme yang berbeza
Gejala atau perubahan yang menunjuk ke arah ASD sudah boleh mula dilihat seawal usia 2 hingga 3 tahun
Menggunakan MHCAT (Mental Health Computerized Adaptive Testing), satu kajian dalam kalangan kanak-kanak berusia 18 hingga 36 bulan di klinik kesihatan Ibu & Anak-Anak Kementerian Kesihatan Malaysia mendapati insiden ASD di Malaysia berada sekitar 1.6 dalam 1000 kanak-kanak
Kajian juga mendapati kebarangkalian ASD adalah sebanyak 4 hingga 5 kali ganda lebih tinggi dalam kalangan lelaki berbanding perempuan
Punca sebenar ASD masih tidak dapat dipastikan
Namun yang demikian, terdapat beberapa faktor risiko yang dapat meningkatkan kemungkinan untuk ASD berlaku
Antaranya adalah usia ibu dan bapa yang meningkat, masalah lahir pramatang (< 33 minggu), sejarah autisme dalam keluarga, masalah perkembangan otak disebabkan faktor genetik, masalah kesihatan semasa mengandung atau masalah ketika proses bersalin.
Gejala Autisme pada anak?
Antara gejala untuk ASD adalah:
Hubungan mata yang terhad atau tidak wujud ketika berinteraksiTidak boleh berkawan atau tidak bermain dengan orang lainKesukaran dalam memahami isyarat sosial atau bukan lisanTingkah laku berulang-ulangBermain dalam dunia sendiri dan tidak melihat perkara yang ditunjukkan kepada merekaPerbualan satu pihakMengulang percakapan mengenai perkara yang samaTidak main olok-olokMengibas-gibaskan tanganSuka memutar objek Tidak suka akan perubahanSuka menyusun objek
Lakukan perkara berulang-ulang, adakah ia tanda autisme?
Satu lagi perbezaan penting adalah penghidap ASD gemar melakukan sesuatu, khususnya sesuatu yang mereka suka, berulang-ulang kali
Namun, penghidap ADHD tidak gemar akan perkara rutin khususnya untuk jangka lama
Untuk gejala tingkah laku berulang-ulang, mungkin ramai yang akan perasan bahawa ia mirip gejala penyakit Obsessive Compulsive Disorder (OCD). Ia adalah satu pemerhatian yang bagus
Secara asasnya, seseorang yang menghidap ASD berupaya untuk mendapat tingkah laku obsesisif dan kompulsif yang berulang-ulang, persis gejala dalam penyakit OCD
Namun yang demikian, keterukan simptom obsesif dan kompulsif ini adalah jauh lebih teruk dalam OCD berbanding ASD
Jenis obsesif dan kompulsif dalam kalangan penghidap OCD juga adalah lebih rumit berbanding penghidap ASD
Tambahan lagi, penghidap OCD tidak mempunyai gangguan bahasa dan komunikasi seperti yang dialami oleh penghidap ASD
till then
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.anilwanina.com/2020/09/tanda-tanda-autisme.html