Hiburan Cepatlah Kahwin Bersemut Sangat Ni Wan Sharmila Merajuk Syazwan Zulkifly Hadiahkan Cincin Sebagai Tanda Pujuk
Seakan kembali menghangatkan lagi gosip yang kononnya kedua-dua mereka menjalinkan hubungan cinta, pelakon Syazwan Zulkifly sekali lagi mencuri perhatian netizen khususnya para peminat selepas beliau bertindak menghadiahkan sebentuk cincin kepada aktres Wan Sharmila.
Syazwan juga khabarnya tidak ketinggalan berkongsi momen manis sewaktu memberikan kejutan kepada Wan Sharmila atau lebih mesra dipanggil Lala selepas beliau dilihat tampil memuat naik video tersebut kepada umum di laman Instagram miliknya.
Menerusi video yang dikongsi Syazwan di akaun Instagramnya, aktor itu menjelaskan hadiah tersebut merupakan inisiatif dirinya untuk memujuk Lala yang sedang merajuk.
View this post on InstagramSehari gak kakak korang ni merajuk.Aihhh.Thank you @leleecincincouple sebab jadi penyelamat keadaan sebab suggest aku amik set cincin yang ni.Asalnya aku nak amik satu cincin je,tapi kalau amik pair lagi untung pula,Aku amik la pair punya set.Banyak sebenarnya benda hang akan dapat kalau beli cincin dengan diaorang ni.Siapa-siapa yang nak minta maaf macam gua juga,boleh la tengok dekat IG diaorang
hehehe Sehari juga kakak korang @lala.wansharmila ni merajuk tak reply whatsapps and korang tengok la muka dia masa awal2 live tu,masam jer kan?Ini dia dah boleh senyum balik, kira ok la tu kan?hehe
A post shared by Syazwan Zulkifly (@syazwanzulkifly) on Sep 20, 2020 at 7:22am PDT
“Sehari juga kakak korang @lala.wansharmila ni merajuk tak balas WhatApps dan korang tengoklah muka dia masa awal-awal live tu, masam je kan? Ini dia dah boleh senyum balik, kira okay lah tu kan? Hehe.”
Meskipun sebelum ini menegaskan hubungan mereka hanyalah sekadar kawan, namun menejengah ke ruangan komen rata-rata peminat berharap Syazwan dan Lala menjadi pasangan.
Malah, wujud juga segelintir peminat fanatik mereka yang tidak putus-putus mendoakan hubungan mereka berakhir hingga ke jinjang pelamin.
Terdahulu, Lala sebelum ini mengakui ramai dalam kalangan peminat yang menginginkan mereka menjadi pasangan suami isteri sama seperti dalam drama 7 Hari Mencintaiku 2 yang dibintangi mereka.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://superterkini.blogspot.com/2020/09/hiburan-cepatlah-kahwin-bersemut-sangat.html