Anak Dijangkiti Penyakit Hfmd Ini Cara Cegah Yang Anda Wajib Tahu


Anak Dijangkiti Penyakit HFMD? Ini Cara Cegah Yang Anda ‘Wajib’ Tahu
Penyakit tangan, kaki dan mulut atau lebih dikenali sebagai HFMD merupakan sejenis penyakit yang kebiasaannya akan menyerang kanak-kanak bawah umur 6 tahun termasuk bayi.
Namun begitu, penyakit ini juga boleh terkena pada orang dewasa namun keberangkaliannya adalah sangat rendah.
Penyakit ini tidak memerlukan tempoh masa yang lama untuk sembuh ia hanya memerlukan 7-10 hari sahaja.
Walaupun begitu, sebagai ibu bapa semestinya pasti akan merasa risau sekiranya terdapat kesan melepuh yang muncul disebabkan HFMD pada tubuh anak mereka.
Oleh itu, sebagai ibu bapa wajib tahu cara untuk mencegah penyakit ini. Jadi SK akan berkongsi dengan anda cara untuk mencegah penyakit HFMD menerusi perkongsian portal Hello Doktor.
Adakah penyakit HFMD berjangkit? Tabiat si kecil yang suka memasukkan setiap benda ke dalam mulut boleh meningkatkan risiko mereka untuk dijangkiti penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).
Penyakit yang saban tahun menular ini amat mudah berjangkit, namun masih terdapat ramai ibu bapa yang tidak begitu jelas mengenai tanda tanda HFMD dan apa yang perlu dilakukan.
Bagi membantu pemahaman ibu bapa mengenai HFMD, Ketua Jabatan Pediatrik Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), Dr Erwin Khoo berkongsikan tiga fakta penting mengenainya bersama panduan berguna yang boleh diamalkan.
Gambar: Hello Doktor Fahami tanda tanda HFMD dan berapa hari tempoh jangkitan HFMD HFMD adalah contoh viral exanthem, iaitu ruam atau radang pada kulit yang disebabkan jangkitan virus.
Antara tanda tanda HFMD yang biasa terjadi adalah demam, luka di dalam mulut dan ruam yang cenderung muncul pada tangan, kaki, lutut, siku dan punggung.
Menurut Dr Erwin, virus adalah punca HFMD dan biasanya ia adalah virus Coxsackie A16 dan Enterovirus 71.
Berapa hari tempoh jangkitan HFMD? “Virus-virus yang menjadi punca HFMD ini boleh ditemui dalam saluran pernafasan dan najis, serta di dalam lepuh berair yang terbentuk pada tangan dan kaki. Virus tersebut kekal mudah berjangkit pada permukaan keras untuk beberapa hari,” ujarnya.
Beliau menjelaskan, tempoh eraman biasanya antara 3 hingga 7 hari dan boleh berlanjutan sehingga 2 minggu.
Situasi tersebut menjadikan HFMD mudah merebak dalam kalangan kontak rapat, perkongsian perkakasan atau barangan mainan mahupun apabila kebersihan tangan tidak diamalkan dengan baik, khususnya selepas rutin menukar lampin.
HFMD sering dikaitkan dengan kanak-kanak, kerana kebanyakan kes jangkitan melibatkan si kecil di bawah usia 6 tahun. Namun hakikatnya, ia turut boleh menjangkiti individu dewasa dan boleh menularkan virus kepada yang lain.
Tiada ubat atau rawatan khusus untuk cara merawat HFMD Dr Erwin menjelaskan lagi, walaupun terdapat virus berbeza yang menyebabkan HFMD, namun tiada rawatan khusus atau ubat untuk mengurangkan gejalanya. Cuma terdapat kaedah bagi melegakan simptom dan tanda tanda HFMD.
Berikut adalah beberapa cara merawat HFMD dengan cepat di rumah yang ibu bapa boleh cuba:
Bagi mengurangkan tanda tanda HFMD seperti demam, kesakitan dan radang pada ulser mulut, anda boleh memberikan anak paracetamol atau ubat antiradang bukan steroid (NSAIDs). Namun pastikan anda mendapat nasihat doktor pakar kanak-kanak sebelum memberikan NSAIDs kepada si kecil Berikan anak makanan yang senang ditelan seperti sup atau bubur nasi untuk menggantikan makanan pejal yang perlu dikunyah Berikan anak air minuman atau jus kesukaan bagi mencegah dehidrasi Legakan ulser mulut dengan kudapan sejuk seperti aiskrim, yogurt dan agar-agar. Penggunaan ubat kumur tanpa alkohol dan gel mulut juga boleh membantu Mandi dengan kerap dan lap secara lembut menggunakan tuala bagi mengelakkan lepuh daripada pecah (jika ada). Elakkan sabun mandi dan penyental kasar yang boleh merengsakan kulit Jika boleh, elakkan memasang penyaman udara pada waktu malam. Ini kerana ulser mulut boleh menjadi semakin sakit disebabkan kurangnya pengeluaran air liur kerana persekitaran lebih kering Sekiranya cuaca panas, gunakan alat pelembap (humidifier) atau letakkan mangkuk berisi air untuk memastikan udara sentiasa lembap Jika rasa sakit menghalang anak berehat, dapatkan nasihat doktor mengenai penggunaan ubat penahan sakit walaupun mereka tidak demam.
Wujud risiko komplikasi jika abaikan tanda tanda HFMD Dalam kebanyakan kes, pemulihan di rumah dengan penggunaan ubat kaunter adalah memadai untuk melegakan gejala seperti demam, ruam atau bintik-bintik merah pada tapak tangan atau kaki, mahupun ulser mulut.
Kata Dr Erwin, biarpun bintik tersebut tidak gatal, namun ulser di dalam mulut boleh menyakitkan dan menghalang anak daripada makan dan minum.
“Keadaan tersebut jika dibiarkan boleh membawa kepada dehidrasi dan dalam kes serius, memerlukan rawatan perubatan,” ujar beliau lagi.
Gambar: Hello Doktor Bagaimana untuk mencegah HFMD? Bagi mencegah penularan jangkitan HFMD ini, ibu bapa dan penjaga dinasihatkan untuk mengamalkan kebersihan diri yang baik seperti
Membasuh tangan dengan kerap Sentiasa lap peralatan rumah dengan pembasmi kuman Elakkan berkongsi makanan atau perkakasan Tidak menyentuh mata atau hidung Mandi selepas keluar ke tempat awam atau sesak Bagi anak yang mempunyai tanda tanda HFMD, mereka disarankan untuk berehat di rumah bagi mencegah penyebaran jangkitan.
Namun, langkah ekstrem seperti pengasingan anak sendirian di dalam bilik adalah agak melampau dan tidak diwajibkan kerana virus punca HFMD tidak merebak melalui udara seperti jangkitan saluran pernafasan lain.
Kepentingan membasuh tangan menggunakan sabun & menjaga kebersihan Mencuci tangan dengan kerap dan mandi adalah antara amalan kebersihan yang digalakkan untuk melindungi diri daripada pelbagai jangkitan penyakit terutamanya HFMD.
Walau bagaimanapun, mencuci tangan dan mandi menggunakan air sahaja tidak dapat menyingkirkan bakteria yang ada pada anggota tubuh badan anda.
Menurut kajian, mencuci tangan dengan sabun dan air dapat mengurangkan bakteria pada tangan anda sebanyak 92% berbanding mencuci dengan air sahaja yang hanya dapat menghilangkan 77% bakteria.
Malah, mencuci tangan dengan sabun juga dapat mengurangkan risiko masalah kesihatan berikut:
Jangkitan saluran pernafasan akut Pneumonia Jangkitan neonatal Masalah cirit-birit Perhatikan tanda tanda HFMD serius Ibu bapa perlu mengenal pasti simptom dehidrasi teruk pada anak seperti kurang kencing, mulut kering dan kurang air mata apabila menangis. Pastikan anda membawa mereka untuk mendapatkan rawatan perubatan segera.
Bawa si kecil untuk pemeriksaan doktor jika mereka mengalami tanda tanda HFMD yang serius seperti pernafasan cepat, kebingungan, mengantuk, pening-pening, leher kebas, sawan, demam melebihi 3 hari dan jika anak tidak mahu makan atau minum.
Dalam kes jarang berlaku, HFMD boleh menyebabkan meningitis virus. Sebaiknya, ibu bapa disarankan membawa anak berjumpa doktor untuk mencegah komplikasi ini.
BACA: Dinding Berkulat? Ini Trik Bijak Untuk Cegah Sebelum Terlambat BACA: Storage Laptop Selalu Penuh? Cuba Trik Bijak Ini Sumber: Hello Doktor
The post Anak Dijangkiti Penyakit HFMD? Ini Cara Cegah Yang Anda ‘Wajib’ Tahu appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/09/18/anak-dijangkiti-penyakit-hfmd-ini-cara-cegah-yang-anda-wajib-tahu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sarang Anai Anai Dalam Rumah Cara Kenal Cegah Dan Atasi Masalah Besar Ini

Sarang Anai Anai Dalam Rumah Cara Kenal Cegah Dan Atasi Masalah Besar Ini

papar berkaitan - pada 8/9/2025 - jumlah : 3209 hits
Ramai orang hanya sedar tentang kewujudan sarang anai anai dalam rumah apabila kerosakan sudah parah Padahal anai anai adalah serangga yang bekerja secara senyap dan perlahan merosakkan kayu perabot malah struktur rumah tanpa disedari Kalau...
Anak Nampak Sihat Tapi Rupanya Hidap Cah Penyakit Rare Yang Ibu Ayah Perlu Tahu

Anak Nampak Sihat Tapi Rupanya Hidap Cah Penyakit Rare Yang Ibu Ayah Perlu Tahu

papar berkaitan - pada 4/9/2025 - jumlah : 3161 hits
Bayangkan saat yang ditunggu tunggu akhirnya tiba Si kecil lahir ke dunia dengan tangisan pertama yang cukup mengharukan hati ibu dan ayah Semua kelihatan normal sehinggalah beberapa hari kemudian bayi mula muntah berulang kali hilang seler...
Cara Buat Paspor Terbaru 2025 Hal Hal Yang Wajib Kamu Ketahui

Cara Buat Paspor Terbaru 2025 Hal Hal Yang Wajib Kamu Ketahui

papar berkaitan - pada 15/9/2025 - jumlah : 4420 hits
Mau ke luar negeri Kamu wajib punya paspor lho ya Cara buat paspor pun sekarang sangatlah mudah Asalkan kamu menyiapkan berbagai dokumen penting ini sebagai syarat syaratnya
Hamil Lagi Di Usia 58 Tahun Wanita Ini Selamat Lahirkan Anak Kedua Cara Ivf

Hamil Lagi Di Usia 58 Tahun Wanita Ini Selamat Lahirkan Anak Kedua Cara Ivf

papar berkaitan - pada 8/9/2025 - jumlah : 3195 hits
Pada usia di mana kebanyakan wanita sudah menumpukan kehidupan kepada anak anak yang meningkat dewasa atau cucu kisah seorang ibu yang masih mampu menimang cahaya mata sendiri benar benar mengagumkan Bayangkan pada usia 58 tahun masih diber...
Amway Wangsa Maju Panduan Lengkap Lokasi Produk Dan Cara Daftar Ahli

Amway Wangsa Maju Panduan Lengkap Lokasi Produk Dan Cara Daftar Ahli

papar berkaitan - pada 20/9/2025 - jumlah : 3757 hits
Bagi mereka yang ingin mula perniagaan atau membeli produk Amway Amway Wangsa Maju adalah lokasi strategik yang ramai kunjungi Kedai ini bukan sahaja menawarkan pelbagai produk kesihatan kecantikan dan rumah tangga tetapi juga kemudahan unt...
Lecithin E Amway Panduan Lengkap Manfaat Cara Penggunaan Dan Kelebihan Untuk Kesihatan

Lecithin E Amway Panduan Lengkap Manfaat Cara Penggunaan Dan Kelebihan Untuk Kesihatan

papar berkaitan - pada 20/9/2025 - jumlah : 2839 hits
Bagi mereka yang menjaga kesihatan dan ingin mengekalkan tenaga harian lecithin e amway menjadi pilihan popular di Malaysia Produk ini terkenal dengan fungsi untuk mengekalkan tahap kolesterol normal menyokong kesihatan jantung dan meningka...
Standing Pouch Premium Cara Tingkatkan Identiti Jenama Dengan Packaging Moden

Standing Pouch Premium Cara Tingkatkan Identiti Jenama Dengan Packaging Moden

papar berkaitan - pada 20/9/2025 - jumlah : 669 hits
Dalam dunia bisnes yang penuh dengan persaingan packaging produk bukan sekadar pembungkus Ia adalah alat pemasaran yang berkuasa untuk menarik perhatian pelanggan Salah satu pilihan packaging yang semakin popular ialah standing pouch premiu...
Cara Buat Banana Pudding Viral Mudah Je Rupanya

Cara Buat Banana Pudding Viral Mudah Je Rupanya

papar berkaitan - pada 21/9/2025 - jumlah : 1622 hits
Sekarang tengah hype banana pudding viral sana sini Jadi saya rancang nak buat banana pudding guna yang sedang elok dah masak Cara buat banana pudding viral mudah je rupanya Saya olahkan resipi ikut versi selera saya sendiri Ada bermacam ma...
9 Cara Nak Buat Bateri Laptop Anda Tahan Lama

9 Cara Nak Buat Bateri Laptop Anda Tahan Lama

papar berkaitan - pada 22/9/2025 - jumlah : 2332 hits
9 Cara Nak Buat Bateri Laptop Anda Tahan Lama Ramai jugak aku dengar yang merungut sebab bateri laptop diorang tak tahan lama Tapi takpe aku nak kongsikan sedikit cara nak bagi bateri laptop tu bertahan lama 1 Elakkan guna high performance ...
Pengalaman Guna Medical Card

Punca Bil Melambung 4 Masalah Ini Jadi Punca Aircond Makan Lebih Tenaga Elektrik

Spm Tidak Ditangguh Meskipun Banjir Ops Payung Diaktifkan

Ltat Kembali Strategik Pengurangan Pendedahan Dalam Affin

Albert Teams Up With Dr M To Expose Mastermind Behind Sabah Scandal

Pgdm Participates In Segi University S Sosure Media 2025 Campaign With The Theme Be So Sure Be So Safe

Security Alert Unusual Login Notification

How Licenselounge24 De Helps Small Businesses Choose The Right Windows Setup


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Baru Tahu Pisang Hanya Berbuah Sekali Ini Ceritanya

Makan Tengah Hari Di Richiamo Pajam Nilai

Tauhu Wrap Daging Resipi Sihat Mudah Yang Paling Padu

Brasil Satu Satunya Negara Yang Sentiasa Lolos Statistik Penampilan Piala Dunia

Back In The Game A Grigio Silverstone Moto Guzzi V35 From New Zealand

Cara Hitung Diskon Potongan Harga Saat Musim Sale Tanpa Pusing