Myniise Panduan Pendaftaran Cara Guna Fungsi


Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (MyNIISe) akan dilaksanakan secara percubaan (trial run) bermula 22 September 2025 hingga 28 Februari 2026 khususnya di Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) dan Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Johor.  Maklumat rasmi mengenai MyNIISe boleh dirujuk di portal Kementerian Dalam Negeri, www.moha.gov.my. 
Percubaan ini akan diteruskan secara berperingkat di lima Lapangan Terbang Antarabangsa (LTA) utama negara iaitu KLIA Terminal 1 dan Terminal 2, Bayan Lepas, Pulau Pinang, Kuching, Sarawak dan Kota Kinabalu, Sabah dalam tempoh masa tersebut.
Pengguna juga boleh muat turun aplikasi MyNIISe untuk memudahkan urusan imigresen secara digital melalui platform Apple App Store, Google Play Store dan Huawei App Gallery.
Baca info lebih lanjut mengenai Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe) dan maklumat lain yang berkaitan di bawah. 
Apa Itu Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe)? Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe) adalah inisiatif transformasi digital utama di Malaysia yang menggabungkan semua perkhidmatan imigresen di bawah satu platform bersepadu.
Sistem ini menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk meningkatkan kecekapan dan kemudahan urusan imigresen, termasuk pengurusan pelawat, warga asing dan pintu masuk negara secara automatik dan tersusun.
Apa Itu NIISe? NIISe juga diintegrasikan dengan data daripada agensi kerajaan lain seperti Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), menjadikan proses verifikasi identiti lebih tepat dan cepat.
Dengan pelaksanaan NIISe, hampir 90% perkhidmatan imigresen kini boleh dilakukan secara digital. Kalau sebelum ini kita guna sistem lama (myIMMs) yang sering menghadapi masalah teknikal dan kelewatan, NIISe hadir sebagai pengganti yang lebih canggih.
16 modul utama dalam NIISe Sistem ini dirancang untuk mengurangkan kesesakan di pintu masuk utama negara seperti lapangan terbang dan sempadan darat, mempercepatkan proses pemeriksaan imigresen melalui autogate dan penggunaan kod QR, serta menggalakkan penggunaan e-perkhidmatan seperti permohonan pas lawatan, pembaharuan pasport dan visa secara dalam talian.
Sistem NIISe dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2028 dengan fasa pertama pelaksanaan pada tahun 2026. 
Kenyataan Rasmi  PELAKSANAAN SISTEM IMIGRESEN BERSEPADU NASIONAL (NIISe) BAGI URUSAN KEMASUKAN DAN PERLEPASAN IMIGRESEN DI PINTU-PINTU MASUK UDARA DAN DARAT KE MALAYSIA SECARA PERCUBAAN MULAI  22 SEPTEMBER 2025
Kenyataan Rasmi NIISe Kenyataan Rasmi NIISe Kenapa NIISe Diperkenalkan? Tujuan utama NIISe diperkenalkan adalah untuk: 
Mempercepatkan dan memudahkan urusan imigresen dengan menggunakan teknologi digital dan automasi, menjadikan proses kemasukan dan pelepasan lebih lancar tanpa perlu beratur lama. Menggabungkan semua perkhidmatan imigresen di bawah satu sistem bersepadu, termasuk integrasi data dari agensi lain seperti Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), supaya proses pengesahan identiti lebih tepat dan cekap. Meningkatkan tahap keselamatan negara melalui sistem pemeriksaan yang lebih canggih menggunakan kecerdasan buatan (AI), yang dapat mengesan risiko keselamatan dengan lebih berkesan. Mengurangkan kesesakan dan masa menunggu di pintu masuk sempadan seperti lapangan terbang dan sempadan darat, terutamanya dengan penggunaan autogate dan kod QR. Menggalakkan perkhidmatan secara digital dengan lebih 90% proses imigresen dilakukan secara dalam talian, termasuk permohonan visa, pembaharuan pasport, dan permohonan pas lawatan kerja sementara. Menyokong reformasi kerajaan dalam meningkatkan kecekapan, keselamatan dan pengalaman pengguna dalam sistem imigresen negara. Kelebihan NIISe Tempoh Percubaan  Percubaan Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe) akan bermula pada 22 September 2025 dan dijadualkan berlangsung sehingga 28 Februari 2026. 
Tempoh ini bertujuan untuk menguji keberkesanan sistem NIISe di beberapa lokasi strategik di Malaysia sebelum pelaksanaan penuh dilaksanakan kelak. 
Sepanjang tempoh percubaan ini, pengguna masih boleh menggunakan sistem Kod QR dan aplikasi MyBorderPass yang sedia ada. 
Walaubagaimanapun, pengguna digalakkan untuk memuat turun aplikasi MyNIISe bagi kemudahan urusan imigresen di laluan-laluan yang telah diaktifkan.
Lokasi Percubaan  Percubaan sistem ini dilaksanakan di beberapa lokasi utama, termasuk:
Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), Johor Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Johor Lima Lapangan Terbang Antarabangsa utama Malaysia iaitu: Kuala Lumpur International Airport (KLIA) Terminal 1 & Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (Bayan Lepas) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Sarawak Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Sabah Lokasi Percubaan MyNIISe Pendekatan berperingkat pada lokasi ini membolehkan Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Imigresen memantau prestasi sistem dan membuat penambahbaikan sebelum pengembangan ke lokasi lain.
Aplikasi MyNIISe Kerajaan turut memperkenalkan aplikasi MyNIISe untuk memudahkan rakyat mengakses perkhidmatan imigresen terus dari hujung jari.
Sistem NIISe adalah satu platform bersepadu yang menggabungkan pelbagai perkhidmatan imigresen dalam satu sistem tunggal menggunakan teknologi terkini. 
Berbanding sistem lama yang menggunakan kod QR dan aplikasi MyBorderPass, NIISe menawarkan kelancaran dan kecekapan yang jauh lebih tinggi. 
MyNIISe direka untuk pengguna dari golongan rakyat Malaysia, pelawat asing, dan pekerja asing, mempercepatkan urusan imigresen dengan penggunaan biometrik dan data terintegrasi.
Melalui aplikasi ini, pengguna boleh melakukan pelbagai urusan penting seperti:
Pendaftaran dan pengurusan profil perjalanan secara digital dengan memuat naik dokumen perjalanan rasmi seperti pasport atau MyKad terus melalui aplikasi. Penjanaan kod QR unik untuk urusan imigresen di pintu masuk negara yang membolehkan perjalanan lancar tanpa perlu menunggu lama di kaunter. Pengimbasan kod QR secara kumpulan bagi pelancong berkumpulan atau keluarga, yang mempercepatkan proses pemeriksaan pada pintu masuk seperti di sempadan Johor dan lapangan terbang. Pengesahan identiti digital secara automatik menggunakan teknologi biometrik dan pengesanan wajah yang meningkatkan keselamatan dan ketepatan proses imigresen. Kemaskini maklumat pasport dan identiti secara mudah tanpa perlu hadir ke kaunter. Memantau status permohonan visa dan pas perjalanan secara langsung dalam aplikasi. Memudahkan urusan imigresen melalui pintu autogate menggunakan aplikasi di lapangan terbang dan sempadan darat yang disediakan dengan kemudahan NIISe. Mendapatkan notifikasi dan makluman penting berkenaan status imigresen dan perjalanan Cara Muat Turun Aplikasi MyNIISe Pengguna boleh memuat turun aplikasi MyNIISe melalui tiga platform utama:
Apple App Store: KLIK SINI Google Play Store: KLIK SINI Huawei AppGallery: KLIK SINI Aplikasi MyNIISe Panduan Pendaftaran MyNIISe Aplikasi rasmi terbaru Jabatan Imigresen Malaysia, 𝗠𝘆𝗡𝗜𝗜𝗦𝗲, kini memudahkan anda untuk mendaftar dengan tiga kaedah berbeza mengikut keselesaan anda:
MyDigital ID – Pendaftaran pantas dengan pengesahan identiti digital. MyKad – Guna kad pengenalan anda untuk proses yang mudah & selamat. Pasport – Sesuai untuk warganegara & bukan warganegara, hanya gunakan maklumat pasport anda. Panduan Pendaftaran MyNIISe Cara Daftar MyNIISe Guna MyDigital ID Buka aplikasi MyDigital dan log masuk menggunakan MyDigital ID. Log masuk akaun MyDigital ID anda. Masukkan kata laluan akaun MyDigital ID anda. Teruskan proses pendaftaran akaun. Ambil gambar suafoto untuk pendaftaran. Cipta kata laluan anda. Selesai. Cara Daftar MyNIISe Guna MyKad Buka aplikasi MyNIISe dan pilih ‘sign up’. Pilih butang ‘mula untuk membuat profil’. Pilih kategori profil. Imbas bahagian depan dan belakang MyKad anda. Sahkan maklumat anda dan teruskan. Ambil gambar swafoto untuk pengesahan. Cipta kata laluan akaun anda. Selesai. Cara Daftar MyNIISe Guna Passport Buka aplikasi MyNIISe dan pilih ‘sign up’. Pilih butang ‘mula untuk membuat profil’. Pilih kategori profil. Imbas halaman passport anda. Imbas pasport anda dengan NFC. Sahkan maklumat anda dan teruskan. Ambil gambar swafoto untuk pengesahan. Cipta kata laluan akaun anda. Selesai. Penggunaan Percubaan Kod QR di Laluan MyNIISe Bermula 22 September 2025, pengguna boleh menggunakan Kod QR MyNIISe di:
Penggunaan Percubaan Kod QR di Laluan 𝗠𝘆𝗡𝗜𝗜𝗦𝗲 @ Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) Singapura – Malaysia >> Kereta Masuk Kaunter
Kaunter Zon D: D19 – D21 Kaunter Zon C: C16 – C18 Malaysia – Singapura >> Kereta Keluar Kaunter
Kaunter Zon D: D19- D21 Kaunter Zon C: C16 – C18 Penggunaan Percubaan Kod QR di Laluan MyNIISe Penggunaan Percubaan Kod QR di Laluan 𝗠𝘆𝗡𝗜𝗜𝗦𝗲 @ Bangunan Sultan Iskandar (BSI) Singapura – Malaysia >> Kereta Masuk
Kaunter Zon D: D1 – D8 Malaysia – Singapura >> Kereta Keluar
Kaunter Zon B: B1 – B8 Penggunaan Percubaan Kod QR di Laluan MyNIISe Cara Guna Aplikasi MyNIISe Muat Turun dan Daftar Akaun Muat turun aplikasi MyNIISe di Apple App Store, Google Play Store atau Huawei App Gallery. Buka aplikasi dan daftar akaun menggunakan MyKad, pasport ataupun MyDigital ID. Isi maklumat peribadi dan maklumat perjalanan seperti jenis dokumen serta tujuan ke luar negara. Kemaskini & Imbas Dokumen Imbas dokumen perjalanan (seperti pasport) atau kad pengenalan menggunakan fungsi NFC atau kamera telefon untuk pengesahan identiti. Pastikan dokumen perjalanan sah dan sesuai dengan ketetapan Akta Imigresen 1959/63. Penjanaan dan Penggunaan Kod QR Setelah pendaftaran lengkap, aplikasi akan menjana kod QR unik untuk digunakan di kawalan imigresen di lokasi yang diaktifkan, seperti sempadan Johor dan lapangan terbang utama. Tunjukkan kod QR melalui aplikasi di kaunter imigresen untuk mempercepatkan proses kemasukan atau perlepasan tanpa perlu beratur panjang. Tambah Ahli Kumpulan Tambah ahli keluarga atau pelawat lain jika bergerak secara berkumpulan bagi memudahkan kemasukan bersama. Kemaskini Maklumat & Semakan Status Sentiasa kemas kini aplikasi dan maklumat perjalanan untuk akses ciri terkini serta menyemak status permohonan atau kemasukan melalui paparan aplikasi. Sekiranya menghadapi masalah teknikal, hubungi pusat bantuan aplikasi melalui info yang disediakan di aplikasi berkenaan.
Cara Guna Aplikasi MyNIISe Penggunaan Sistem Semasa Tempoh Percubaan NIISe Sepanjang fasa percubaan NIISe, penggunaan sistem Kod QR serta aplikasi MyBorderPass sedia ada masih diteruskan bagi urusan keluar masuk imigresen. Namun begitu, orang ramai termasuk pelawat asing digalakkan untuk memuat turun dan menggunakan aplikasi MyNIISe di laluan yang sudah pun diaktifkan bagi memudahkan perjalanan.
Dalam masa yang sama, dokumen perjalanan atau pasport yang sah tetap PERLU dibawa untuk tujuan kemasukan dan pelepasan imigresen seperti yang ditetapkan di bawah Akta Imigresen 1959/63.
Apabila tempoh percubaan tamat kelak, sistem NIISe akan mengambil alih sepenuhnya penggunaan Kod QR bagi meningkatkan kecekapan serta menambah baik sistem semakan keselamatan automatik di pintu masuk antarabangsa negara.
Maklumat Lanjut Untuk info terkini dan maklumat lanjut mengenai MyNIISe, sila layari:
Portal Kementerian Dalam Negeri: www.moha.gov.my Portal Jabatan Imegresen Malaysia: www.imi.gov.my/ Facebook NIISe: https://www.facebook.com/niiseofficial Instagram: instagram.com/niiseofficial Tiktok: tiktok.com/@niiseofficial Muat Turun 𝗠𝘆𝗡𝗜𝗜𝗦𝗲 di pautan: https://www.imi.gov.my/index.php/kini-lebih-mudah-dengan-niise/
Soalan Lazim MyNIISe Apakah MyNIISe? MyNIISe ialah aplikasi digital rasmi Malaysia yang memudahkan urusan imigresen termasuk kemasukan dan perlepasan di pintu masuk negara menggunakan kod QR dan data biometrik.
Di mana boleh saya muat turun aplikasi MyNIISe? Anda boleh memuat turun aplikasi MyNIISe di Apple App Store, Google Play Store, atau Huawei App Gallery secara percuma.
 Siapa yang boleh menggunakan MyNIISe? Semua rakyat Malaysia dan pelawat asing (termasuk Singapura & 63 negara lain) boleh menggunakan aplikasi MyNIISe untuk urusan imigresen digital di lokasi terpilih.
Adakah dokumen perjalanan masih diperlukan? Ya, pasport atau dokumen perjalanan sah tetap diperlukan seperti yang ditetapkan dalam Akta Imigresen 1959/63.
Lokasi manakah yang terlibat semasa tempoh percubaan MyNIISe? Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), Bangunan Sultan Iskandar (BSI), dan lima lapangan terbang antarabangsa utama Malaysia.
Apa kelebihan menggunakan MyNIISe? Proses pemeriksaan imigresen lebih pantas, mudah, dan selamat; boleh guna kod QR untuk pemeriksaan individu/kumpulan; aplikasi sentiasa dikemas kini dengan ciri terbaru.
Apa yang berlaku selepas tempoh percubaan? Sistem MyNIISe akan menggantikan penggunaan sistem Kod QR lama untuk semakan imigresen automatik.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/myniise/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=myniise

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Guna Touch N Go Ewallet Untuk Isi Petrol Budi95 Panduan Lengkap Mudah

Cara Guna Touch N Go Ewallet Untuk Isi Petrol Budi95 Panduan Lengkap Mudah

papar berkaitan - pada 26/9/2025 - jumlah : 2517 hits
Cara Guna Touch n Go eWallet untuk BUDI95 Panduan Lengkap Mudah BUDI95 atau Budi Madani RON95 ialah inisiatif subsidi petrol yang disasarkan untuk rakyat Malaysia Kini anda boleh gunakan Touch n Go eWallet untuk menebus dan membayar petrol ...
Panduan Mudah Faham Cara Guna Google Drive Di Komputer Telefon

Panduan Mudah Faham Cara Guna Google Drive Di Komputer Telefon

papar berkaitan - pada 8/9/2025 - jumlah : 6023 hits
Google Drive ni sebenarnya macam almari awan atau cloud untuk kita simpan fail Semua dokumen gambar video atau tugasan boleh diletakkan di situ Bestnya bila kita simpan di Google Drive kita boleh buka semula di mana mana sama ada guna kompu...
Lecithin E Amway Panduan Lengkap Manfaat Cara Penggunaan Dan Kelebihan Untuk Kesihatan

Lecithin E Amway Panduan Lengkap Manfaat Cara Penggunaan Dan Kelebihan Untuk Kesihatan

papar berkaitan - pada 20/9/2025 - jumlah : 2656 hits
Bagi mereka yang menjaga kesihatan dan ingin mengekalkan tenaga harian lecithin e amway menjadi pilihan popular di Malaysia Produk ini terkenal dengan fungsi untuk mengekalkan tahap kolesterol normal menyokong kesihatan jantung dan meningka...
Amway Wangsa Maju Panduan Lengkap Lokasi Produk Dan Cara Daftar Ahli

Amway Wangsa Maju Panduan Lengkap Lokasi Produk Dan Cara Daftar Ahli

papar berkaitan - pada 20/9/2025 - jumlah : 3596 hits
Bagi mereka yang ingin mula perniagaan atau membeli produk Amway Amway Wangsa Maju adalah lokasi strategik yang ramai kunjungi Kedai ini bukan sahaja menawarkan pelbagai produk kesihatan kecantikan dan rumah tangga tetapi juga kemudahan unt...
Ini Cara Guna Budi Madani Ron95 Dengan Tng Ewallet

Ini Cara Guna Budi Madani Ron95 Dengan Tng Ewallet

papar berkaitan - pada 24/9/2025 - jumlah : 2799 hits
Seperti diketahui kerajaan Malaysia kini beralih daripada subsidi petrol menyeluruh kepada subsidi bersasar untuk RON95 yang dinamakan BUDI MADANI RON95 Melalui inisiatif ini warganegara Malaysia berumur 16 tahun ke atas dengan lesen memand...
Cara Buat Cinnamon Roll Paling Senang Guna Roti Paratha Saja

Cara Buat Cinnamon Roll Paling Senang Guna Roti Paratha Saja

papar berkaitan - pada 17/9/2025 - jumlah : 3930 hits
Cinnamon roll memang sedap jadi hidangan waktu petang Memang boleh buat sendiri tapi mengenangkan nak membuatnya kena uli doh bagai ramai yang lebih suka membelinya Tapi sebenarnya ada saja cara mudah buat cinnamon rolls ini tanpa buat atau...
Banyak Khasiat Ini Cara Buat Kompos Tanaman Guna Kulit Pisang

Banyak Khasiat Ini Cara Buat Kompos Tanaman Guna Kulit Pisang

papar berkaitan - pada 6/9/2025 - jumlah : 4734 hits
Banyak Khasiat Ini Cara Buat Kompos Tanaman Guna Kulit Pisang Menjaga tanaman bukan sesuatu yang mudah terutama apabila baja yang digunakan kadang kala tidak berkesan kepada pertumbuhannya Banyak baja yang dijual di pasaran namun ada sesete...
Cara Sahkan Mykad Dalam Setel Untuk Guna Budi95

Cara Sahkan Mykad Dalam Setel Untuk Guna Budi95

papar berkaitan - pada 24/9/2025 - jumlah : 3258 hits
Cara Sahkan MyKad Dalam Setel Untuk Guna BUDI95 Ketika ini ramai yang menanti untuk menggunakan inisiatif BUDI95 yang ditetapkan pada harga RM1 99 seliter khas buat warganegara Malaysia yang mempunyai lesen memandu yang sah Bermula 25 Septe...
Cara Guna Setel Untuk Subsidi Ron95 Tak Payah Scan Mykad Lagi

Cara Guna Setel Untuk Subsidi Ron95 Tak Payah Scan Mykad Lagi

papar berkaitan - pada 22/9/2025 - jumlah : 4170 hits
Sahkan akaun Setel anda sekarang untuk dapatkan subsidi Petrol BUDI MADANI RON95 Tak perlu guna MyKad setiap kali masa nak isi nanti Ya betul tu anda boleh dapatkan BUDI95 dengan aplikasi Setel pada 30 September 2025 Ikut panduan di atas un...
Football Citizenship Scandal Puts Malaysia S Political Past Back In Play

Sekolah Tutup Kkm Kpm Bincang Keperluan Jika Kes Influenza Meningkat Dr Dzulkefly

Rafizi Tak Setuju Kerajaan Libatkan Glc Glic Dalam Belanjawan

Ex Mp Presses Wisma Putra On Claims Of Backing Myanmar Elections

Cuepacs Hails Madani Budget 2026 As A True Show Of Appreciation For Civil Servants

Sempat Tangkap Beberapa Gambar View Pagi Ni Langit Biru Cantik Betul

Flavorful Healthy Recipes For Dinner Low Carb

Belanjawan 2026 Senarai Pelepasan Cukai Pendapatan Individu


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kitted Jvb Moto Revisits The Yamaha Xsr900

Tetty Kadi Siapa Pernah Jatuh Cinta Chord

Zynakal Benzooloo Dani Kurama Ian J Harry Caprice Namira Warzone Chord

Lemon Law Malaysia Maksud Kepentingan Pelaksanaan

Sarapan Nasi Lemak Silver Fish

Kepulangan Penuh Air Mata Rakyat Gaza Menyusuri Runtuhan Untuk Kembali Ke Rumah Selepas Gencatan Senjata