Tanda Serangan Jantung Yang Tak Patut Diabaikan


Apakah tanda serangan jantung yang selalu orang terlepas pandang atau ambil sambil lewa tetapi memberi kesan cukup serius kepada kesihatan diri?
Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda tentang tanda serangan jantung yang perlu anda tahu.
Baca juga:
Tanda Penyakit Berkaitan Jantung Tanda Sakit Jantung Skim Rawatan Jantung Selangor Apa itu serangan jantung? Apollo Hospitals Blog – AskApollo Serangan jantung, juga dikenali sebagai infark miokard atau serangan koroner terjadi ketika ketika aliran darah ke jantung terhambat atau terputus secara tiba-tiba.
Ini sering disebabkan oleh penyumbatan pembuluh darah koroner yang membawa darah ke jantung.
Penyebab umum penyumbatan tersebut adalah pengumpulan lemak, kolesterol dan bahan lain di dalam pembuluh darah koroner, yang dapat menyebabkan pembuluh darah tersumbat atau pecah.
Jenis serangan jantung Terdapat beberapa jenis serangan jantung bermula dari peringkat yang ringan sehingga yang paling teruk.
1. Coronary Artery Spasm (CAS)
CAS atau dikenali sebagai Variant angina atau Prinzmetal angina akan menyebabkan anda berasa sesak dada dalam tempoh masa tertentu.
Puncanya adalah kerana penyempitan pembuluh darah di sekitar jantung. Punca lain yang memberi risiko kepada CAS termasuklah seperti tabiat merokok, stres berlebihan, penggunaan ubat-ubatan stimulan, dan terdedah dengan suhu yang sejuk.
CAS dikategorikan sebagai jenis serangan jantung umum yang ringan. Kebanyakkan mereka yang menghidap CAS tidak mempunyai risiko umum penyakit jantung seperti tekanan darah dan kadar kolesterol yang tinggi.
2. ST Segment Elevation Myocardial Infarction (STEMI)
STEMI adalah salah satu dari jenis serangan jantung yang paling kerap terjadi dan serius kerana darah terhalang untuk mengalir ke jantung dalam waktu yang lama.
Puncanya adalah penyumbatan secara penuh dan menyeluruh pada arteri koroner yang dapat mengakibatkan kerosakan pada sebahagian besar bahagian jantung.
Punca lain yang memberi risiko kepada STEMI termasuklah seperti hipertensi, tabiat merokok, diabetes, obesiti, genetik keluarga, dan kadar lemak dalam darah yang tinggi.
3. Non-ST Segment Elevation Myocardial Infarction (NSTEMI)
NSTEMI seakan-akan hampir sama dengan STEMI. Bezanya, NSTEMI tidak berlaku penyumbatan sepenuhnya dalam arteri dan oksigen dalam darah masih ada.
Tetapi NSTEMI juga dapat merosakkan pembuluh darah secara kekal.
Punca yang memberi risiko kepada NSTEMI termasuklah seperti tabiat merokok, diabetes, kurangnya aktiviti fizikalal, genetik keluarga, dan kadar kolesterol yang tinggi.
Tanda serangan jantung Setiap orang mungkin akan mengalami tanda serangan jantung yang berbeza-beza. Namun antara tanda serangan jantung yang paling umum adalah seperti berikut:
1. Sakit dada
Sakit dada adalah tanda serangan jantung yang paling biasa namun tidak ramai yang menyedarinya.
Sakit dada yang memicu kepada serangan jantung biasanya akan memberi rasa berat, sesak atau tekanan di dada.
Namun sekiranya, sakit dada berlaku semasa anda melakukan senaman, tetapi hilang apabila anda berhenti, itu lebih cenderung ke arah simptom angina.
2. Sakit perut atau senak
Sakit perut atau rasa terbakar di dada atau perut boleh menjadi tanda serangan jantung atau masalah lain yang berkaitan jantung.
3. Berpeluh dingin
Berpeluh selepas keluar dari sauna, pergi ke gim, atau ketika cuaca panas adalah perkara normal kepada setiap orang.
Tetapi berpeluh dingin atau sejuk tanpa melakukan apa-apa aktiviti atau faktor cuaca yang panas, itu mungkin petanda amaran yang berbahaya kepada kesihatan jantung anda.
Mereka yang mengalaminya akan menyebabkan kulit berubah menjadi pucat atau biru dan disertai dengan rasa lemah.
4. Sakit kaki
Sekiranya anda mengalami kekejangan di betis semasa berjalan, mungkin ia adalah salah satu dari gejala PAD (Pripheral Artery Disease).
Ia paling biasa perlaku kepada golongan perokok dan orang yang menghidap diabetes.
5. Sakit lengan
Pasti anda tertanya-tanya apakah kaitan antara tanda serangan jantung dan sakit lengan.
Pasti ada kaitannya. Jika sakit anda turun ke bawah lengan, terutamanya lengan kiri, atau ke leher yang menjadikannya lebih berkemungkinan berkaitan jantung daripada senak.
Jika ia tidak hilang, atau jika anda tahu anda menghidap penyakit jantung dan telah menggunakan semburan GTN (glyceryl trinitrate) dua atau tiga kali tanpa kesan yang ketara, anda harus mendapatkan nasihat doktor.
6. Sukar bernafas dan pening
Jika anda berasa seperti baru sahaja berlari maraton, tetapi anda hanya menaiki tangga, itu mungkin tanda jantung anda tidak dapat mengepam darah ke seluruh badan.
Sesak nafas boleh berlaku dengan atau tanpa sakit dada, dan ia adalah tanda biasa serangan jantung senyap.
Ada kalanya simptom ini akan datang bersama rasa pening dan menyebabkan pengsan.
Walaupun ini boleh berlaku kepada lelaki dan wanita, adalah lebih biasa bagi wanita untuk mengalami sesak nafas.
7. Keletihan yang melampau
Rasa letih sepanjang masa boleh menjadi gejala kegagalan jantung. Jika anda letih dan anda telah bekerja berjam-jam atau berjaga sehingga lewat, ia mungkin perkara yang normal.
Tetapi jika anda mula mengalami keletihan yang melampau dan gaya hidup anda tidak berubah, segeralah berkonsultasi dengan doktor untuk tindakan lanjut.
8. Mual atau muntah
Beberapa orang yang mengalami serangan jantung juga mengalami mual, muntah, atau berasa badan tidak sihat secara umum.
Individu yang berisiko terkena serangan Banyak perkara yang boleh dikaitkan dengan risiko serangan jantung. Di mana sesetengahnya boleh dielakkan dan yang lain tidak boleh. Ia termasuklah seperti:
Cara hidup: Pilihan gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok, minum alkohol, penggunaan dadah, tidak bersenam boleh meningkatkan risiko mendapat serangan jantung.
Jantina dan umur: Peluang untuk mendapat serangan jantung meningkat apabila usia juga meningkat.
Penyakit: Keadaan kesihatan terten tu juga boleh menegangkan jantung dan membawa kepada serangan jantung. Antaranya seperti tekanan darah tinggi, tabiat pemakanan yang tidak sihat, kencing manis, dan obesiti.
Sejarah kesihatan keluarga: Ada ahli keluarga yang menghidap sakit jantung.
Berat badan berlebihan atau obesiti: Berat badan yang berlebihan adalah satu lagi faktor risiko yang dikaitka dengan serangan jantung.
Etnik: Orang Asia Selatan lebih berisiko mendapatkan serangan jantung.
Kehamilan: Kehamilan dan serangan jantung ada kaitannya. Bahkan ia boleh berlaku semasa mengandung dan selepas bersalin.
Tekanan: Apabila anda mengalami tekanan, badan anda akan mengeluarkan hormon yang dipanggol kortisol. Dari semasa ke semasa, kortisol ini akan meningkatkan gula daran dan tekanan darah lalu merendahkan tahap HDL. Tekanan yang berterusan boleh menyebabkan arteri anda menjadi sempit dan mengubah cara pembekuan darah anda, meningkatkan risiko strok. Bila perlu jumpa doktor Segera berjumpa dengan doktor atau hubungi talian kecemasan 999 dengan segera untuk meminta ambulans, jika anda mengalami simptom serangan jantung yang teruk, semakin teruk atau rasa sakit yang lama daripada 10 minit.
Rawatan awal boleh menyelamatkan nyawa anda. Adalah lebih baik di peringkat awal, anda jumpa doktor dengan kerap untuk menguruskan kesihatan anda. 
Dokto boleh menguji faktor risiko penyakit jantung dan membantu anda mengambil langkah untuk mencegah serangan jantung dengan lebih awal.
Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan tanda serangan jantung dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.
Sumber:
What is a heart attack? Heart Foundation Heart Attack Warning Signs Not to Ignore. Healthline

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/tanda-serangan-jantung/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=tanda-serangan-jantung

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tanda Tanda Sakit Phenomia

Tanda Tanda Sakit Phenomia

papar berkaitan - pada 22/2/2024 - jumlah : 221 hits
Secara amnya jangkitan kuman di tisu paru paru dikenali sebagai pneumonia Tanda tanda pneumonia adalah batuk demam dan susah bernafas Namun demikian pesakit yang mempunyai pneumonia boleh menjadi lebih teruk sehingga tekanan darah jatuh yan...
Tugas Terakhir Seorang Pembunuh Bayaran Bertalenta Yang Mengidap Penyakit Jantung

Tugas Terakhir Seorang Pembunuh Bayaran Bertalenta Yang Mengidap Penyakit Jantung

papar berkaitan - pada 5/3/2024 - jumlah : 179 hits
Misi terakhir seorang pembvnuh upahan handal yang menderita penyakit jantung THE ASSASSIN Siapa minat genre Sageuk korang boleh try layan filem ni Mengisahkan tentang seorang pembvnuh upahan yang selama ini hidupnya gah ditakuti semua orang...
Jbpm Terbangkan Organ Jantung Dari Melaka Ke Kuala Lumpur

Jbpm Terbangkan Organ Jantung Dari Melaka Ke Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 26/2/2024 - jumlah : 170 hits
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menerbangkan organ jantung yang didermakan seorang pesakit dari Lapangan Terbang Melaka ke Hospital Kuala Lumpur pada pagi Ahad Organ tersebut telah didermakan oleh keluarga pesakit dari Hospital Melaka
Sudirman Said Nilai Indonesia Dalam Masa Mencemaskan Berbahaya Hukum Dan Etik Diabaikan

Sudirman Said Nilai Indonesia Dalam Masa Mencemaskan Berbahaya Hukum Dan Etik Diabaikan

papar berkaitan - pada 2/3/2024 - jumlah : 140 hits
Dia menyebut seorang pemimpin yang berpikir sangat legalistik bakal mementingkan kemauan diri sendiri
Tanda Tanda Menopause

Tanda Tanda Menopause

papar berkaitan - pada 24/2/2024 - jumlah : 203 hits
Pejam celik dari blog ni wujud masa saya di usia 25tahun dan tahun ni saya dah 40tahun dah dari zaman sekarang anak 3 dan anak anak pun dah makin membesar Berjasa sungguh blog ni Bila dah masuk 40an ni macam macam perubahan terjadi dan pali...
Foto Momen Senyum Tipis Prabowo Kembali Berseragam Tni Dengan Bintang 4 Dan Sederet Tanda Kehormatan

Foto Momen Senyum Tipis Prabowo Kembali Berseragam Tni Dengan Bintang 4 Dan Sederet Tanda Kehormatan

papar berkaitan - pada 28/2/2024 - jumlah : 112 hits
Prabowo tampil dengan seragam TNI dan sederet tanda kehormatan ketika menerima pangkat Jenderal TNI Kehormatan
Tiga Tanda Tanda Bersalin Mama Kena Tahu Perlu Cepat Cepat Ke Hospital

Tiga Tanda Tanda Bersalin Mama Kena Tahu Perlu Cepat Cepat Ke Hospital

papar berkaitan - pada 7/3/2024 - jumlah : 150 hits
Bakal melahirkan anak pertama pastinya membuatkan bakal ibu tertunggu tunggu bilakah masanya yang paling tepat untuk bersalin Pelbagai pertanyaan dan rasa keliru bermain di minda Sakit yang bagaimana dan apa tanda tandanya yang ibu perlu se...
Hancurkan Kerjaya Bercinta Dengan Lee Jaewook Peminat Hantar Trak Tanda Protes Buat Karina Aespa

Hancurkan Kerjaya Bercinta Dengan Lee Jaewook Peminat Hantar Trak Tanda Protes Buat Karina Aespa

papar berkaitan - pada 5/3/2024 - jumlah : 199 hits
Satu hantaran di komuniti atas talian telah melaporkan bahawa dua trak bantahan buat Karina aespa telah di hantar di luar bangunan SM Entertainment ARTIKEL BERKAITAN Di mana trak trak tersebut mengandungi mesej yang menggesa ahli aespa itu ...
9 Tanda Tanda Penyakit Batu Karang Dan Cara Buang Batu Karang Tanpa Pembedahan

9 Tanda Tanda Penyakit Batu Karang Dan Cara Buang Batu Karang Tanpa Pembedahan

papar berkaitan - pada 2/3/2024 - jumlah : 307 hits
9 Tanda tanda Penyakit Batu Karang dan Cara Buang Batu Karang Tanpa Pembedahan 5 adalah objek keras yang diperbuat daripada bahan kimia dalam air kencing Ramai pesakit di Malaysia mengalami penyakit batu karang Namun ada antara kita masih t...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri