Tanda Tanda Menopause


Pejam celik dari blog ni wujud masa saya di usia 25tahun dan tahun ni saya dah 40tahun dah. dari zaman belum kahwin sekarang anak 3 dan anak anak pun dah makin membesar. Berjasa sungguh blog ni. Bila dah masuk 40an ni macam macam perubahan terjadi. dan paling semua wanita takuti adalah menghadapi menopause. Jom la kita study apa tanda tanda menopause.
Umur menopause wanita selalunya adalah di antara 45 hingga 55 tahun. Walau bagaimanapun, ada wanita yang alami menopaus seawal usia 30 hingga 40 tahun.
Namun, menurut The Global Library of Women’s Medicine, usia purata ialah 51 tahun.
Secara normal, wanita tidak akan alami menopaus secara tiba-tiba. Simptom juga akan datang secara perlahan-lahan.
Apa itu Menopaus
Menopaus menandakan berakhirnya tempoh bulanan dan berakhirnya hayat pembiakan wanita. Ia adalah tanda bahawa folikel dalam ovarinya telah menghentikan pengeluaran estrogen dan progesteron, dua hormon utama untuk wanita.
Seorang wanita putus haid apabila dia tidak datang haid selama 12 bulan penuh.
Terminologi lain untuk menopaus adalah seperti berikut (mengikut klasifikasi STRAW).
Peralihan menopaus: Masa sebelum menopaus apabila badan mula menyediakan dirinya untuk peralihannya. Pada masa ini, seorang wanita mungkin mengalami gejala vasomotor menopaus bersama-sama dengan perubahan dalam kitaran haid.
Umur sebenar peralihan bermula mungkin berbeza dari wanita ke wanita. Sesetengah wanita mula mengalami perubahan pada pertengahan tiga puluhan manakala ramai yang lain sebenarnya bermula pada usia empat puluhan.
Fasa ini juga boleh dipanggil klimakterik
a) Awal (Peringkat -2): Kitaran haid mungkin berbeza selama + 7 hari
b) Lewat (Peringkat -1): Berlangsung selama 1-3 tahun dengan selang kitaran > 60 hari.
Perimenopause:
Ini adalah tempoh masa serta-merta sekitar menopaus dan tahun pertama selepas menopaus. Ciri-ciri endokrinologi (hormonal), biologi dan klinikal menopaus lebih jelas
Selepas menopaus: Tempoh masa dari haid terakhir hingga akhir hayatnya. Selepas menopaus dibahagikan kepada:
a) Postmenopause Awal: 5 -6 tahun pertama sejak haid terakhir.
b) Lewat Postmenopause: selepas 5 tahun menopaus sehingga akhir hayatnya.
 
menopaus berlaku kepada semua wanita dan setiap orang mungkin mengalaminya secara berbeza.
Ia juga boleh berlangsung selama beberapa tahun dan terdapat 3 peringkat:
Perimenopause adalah masa peralihan yang bermula sebelum menopaus dan merangkumi 12 bulan yang mengikuti haid terakhir seseorang Menopaus bermula sama ada 12 bulan selepas haid terakhir atau apabila haid berhenti atas alasan klinikal, seperti penyingkiran ovari Postmenopause merujuk pada tahun-tahun setelah menopaus Tanda Tanda Menopause
Sebenarnya, gejala menopause sudah mulai terlihat ketika wanita sedang berada pada masa perimenopause. Ini adalah fasa peralihan selama beberapa tahun sebelum memasuki masa menopause. Ketika sedang berada pada fasa ini, ovaritelah mulai mengalami penurunan produksi hormon estrogen.
Biasanya, fasa perimenopause terjadi selama kurang lebih 4 tahun, tetapi ianya boleh jadi lebih lama atau lebih singkat. Antara Tanbda tanda Menopause adalah :-
Haid tidak teratur Menjelang  menopause, seorang wanita akan mengalamai perubahan haid. Gejalanya yang biasalah adalah haid berubah atau menjadi tidak teratur.
Haid yang sebelum ini datang secara teratur juga boleh berlaku lambat laun dengan tempoh yang lebih singkat. Isipadu darah yang keluar juga boleh kurang, lebih, malah hanya dalam bentuk bintik-bintik.
Gangguan pada saluran kencing Selain itu, wanita juga mudah mengalami masalah saluran kencing, contohnya sukar menahan air kencing , kencing lebih kerap, atau rasa tidak senang atau sakit ketika membuang air kecil.
Gangguan ini berlaku kerana tisu dalam saluran kencing dan faraj menjadi lebih nipis dan tidak lagi anjal. Kemudian, tahap estrogen mula merosot memasuki menopaus, yang akan menjadikan wanita lebih berisiko untuk mengalami jangkitan, termasuk jangkitan saluran kencing.
Hot flashes Hot flashes yang dirasai pada leher dan muka dan merebak ke badan, juga merupakan gejala menopaus yang paling biasa. Sesetengah wanita mengalami gejala ini lebih awal, apabila kitaran haid masih berlaku.
Kejadian hot flash selalunya secara tiba-tiba dan tiada siapa yang tahu apa yang menyebabkannya. Bukan sahaja rasa panas, anda juga akan rasa simptom lain seperti kemerahan, badan berpeluh, dan dada terasa berdebar-debar.
Insomnia Wanita yang memasuki menopause juga sering mengalami insomnia atau sukar tidur. Ini berkaitan dengan rasa pedih atau hot flashes, terutamanya pada waktu malam, yang merupakan satu lagi gejala menopaus.
Keadaan ini berlaku disebabkan oleh penurunan tahap hormon progesteron dan estrogen yang terus berlaku semasa peringkat awal menopaus. Sukar tidur juga menyebabkan tidur tidak berkualiti. Jangan terkejut jika badan anda masih berasa letih.
Vagina menjadi kering Penurunan tahap hormon progesteron dan estrogen juga boleh menyebabkan penurunan dalam pengeluaran pelincir faraj. Akibatnya, faraj akan menjadi kering, gatal, tidak selesa, malah sakit. Keadaan ini akan menyebabkan kesakitan ketika melakukan hubungan seks.
Selain itu, wanita yang memasuki menopause juga mengalami penurunan keinginan seksual dan perubahan mood. Beberapa gejala menopaus lain termasuk penambahan berat badan, sakit otot dan sendi, peningkatan kolesterol, kulit kelihatan kering, dan perubahan dalam bentuk payudara.
Tanda Tanda Menopause : Apa Patut kita Buat Untuk Hadapi Menopause?
Berikut adalah beberapa tip untuk mengekalkan gaya hidup sihat:
1. Makan kacang soya – Bijirin ini mengandungi phytoestrogens. Sumber terbaik kacang soya adalah tauhu, susu tepung berasaskan soya, kacang soya dan tempe. Supplement ESP ni wajib ambil 
2. Bersenam – Menjalani kehidupan aktif boleh mengurangkan risiko melalui proses menopaus awal. Sekurang-kurangnya aerobik selama 30 minit, dengan rutin tiga kali seminggu adalah amalan yang baik.
3. Suplemen multivitamin – Ia bagi memastikan badan anda menerima khasiat secukupnya seperti Vitamin D, E, zat besi dan megnesium.
4. Jamah makanan yang kaya dengan kalsium seperti keju, badam, sayur-sayuran hijau, susu, bijirin seperti bran kismis dan emping jagung.
5. Tidur secukupnya.
6. Latihan pengurusan stres
7. Kurang atau elak mengambil minuman beralkohol.
Wanita yang akil baligh pada umur 11 tahun atau lebih awal berisiko mengalami putus haid awal Kajian membuktikan bahawa wanita yang akil baligh seawal umur 11 tahun mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat putus haid awal. Malah, risiko ini lebih tinggi dalam kalangan wanita yang tidak mempunyai anak kandungan.
Putus haid awal tidak patut diambil mudah kerana ia boleh meningkatkan risiko penyakit lain termasuk penyakit kronik. Wanita yang telah putus haid boleh mengambil HRT untuk mengurangkan gejala putus haid, di samping menjalankan gaya hidup lebih sihat termasuk makan makanan berkhasiat, bersenam, dan tidak merokok.
 
The post Tanda Tanda Menopause appeared first on Ainul Mustafa.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ainulmustafa.com/tanda-tanda-menopause/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kebas Kaki Sakit Normal Atau Tanda Penyakit Berkaitan Jantung

Kebas Kaki Sakit Normal Atau Tanda Penyakit Berkaitan Jantung

papar berkaitan - pada 17/2/2024 - jumlah : 183 hits
Ramai orang yang duduk bersimpuh bersila atau baring terlalu lama boleh menyebabkan kebas kaki atau kesemutan Namun sejauh manakah rasa kebas yang dirasakan itu hanya sekadar gejala normal yang berlaku kerana tekanan pada bahagian tertentu ...
Beras Malaysia Madani Cetus Tanda Tanya

Beras Malaysia Madani Cetus Tanda Tanya

papar berkaitan - pada 15/2/2024 - jumlah : 266 hits
Mohamad FadliPETALING JAYA Kerajaan digesa memberikan penjelasan lanjut di sebalik pengumuman pemansuhan beras putih tempatan dan beras putih import yang akan digantikan beras putih Malaysia Madani berkuat kuasa 19 Feb ini Pengarah Urusan M...
7 Tanda Kamu Telah Menemukan The One

7 Tanda Kamu Telah Menemukan The One

papar berkaitan - pada 18/2/2024 - jumlah : 153 hits
Mencari 8216 The One 8217 adalah pencarian yang penting dalam kehidupan manusia Ia bukan sahaja berkaitan dengan cinta romantik tetapi juga sejauh mana seseorang itu merasakan keharmonian dan sekufuan yang mendalam dengan individu yang mere...
Tanda Tanda Phone Menguasai Diri

Tanda Tanda Phone Menguasai Diri

papar berkaitan - pada 20/2/2024 - jumlah : 118 hits
Tanda tanda phone sudah masuk ke dalam hati adalah 1 Lepas solat terus cari phone 2 Baca Quran pun dah tak ada keghairahan 3 Bangun tidur terus capai phone 4 Waktu Tahajjud dilengahkan kerana melayan phone lagi 5 Nabi rehat dengan solat kit...
Foto Momen Senyum Tipis Prabowo Kembali Berseragam Tni Dengan Bintang 4 Dan Sederet Tanda Kehormatan

Foto Momen Senyum Tipis Prabowo Kembali Berseragam Tni Dengan Bintang 4 Dan Sederet Tanda Kehormatan

papar berkaitan - pada 28/2/2024 - jumlah : 112 hits
Prabowo tampil dengan seragam TNI dan sederet tanda kehormatan ketika menerima pangkat Jenderal TNI Kehormatan
Tanda Tanda Sakit Phenomia

Tanda Tanda Sakit Phenomia

papar berkaitan - pada 22/2/2024 - jumlah : 221 hits
Secara amnya jangkitan kuman di tisu paru paru dikenali sebagai pneumonia Tanda tanda pneumonia adalah batuk demam dan susah bernafas Namun demikian pesakit yang mempunyai pneumonia boleh menjadi lebih teruk sehingga tekanan darah jatuh yan...
Mak Ayah Perlu Ada Ilmu Periksa Tanda Tanda Bahaya Ni Pada Bayi Baru Lahir

Mak Ayah Perlu Ada Ilmu Periksa Tanda Tanda Bahaya Ni Pada Bayi Baru Lahir

papar berkaitan - pada 28/2/2024 - jumlah : 229 hits
Melahirkan anak pertama sememangnya saat yang dinanti nantikan oleh yang baru bergelar ibu dan ayah Namun dalam rasa teruja itu banyak perkara yang perlu dikisahkan terutama permasalahan pada bayi yang baru lahir Sedikit demi sedikit ibu be...
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Worldcoin Dan Ai

Hopes Of The Chinese For Pn

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Morning View Kundasang

Jamrud Telat 3 Bulan Chord

Cara Masak Mee Calong Terengganu Sedap Dimakan Panas Panas

Langkawi Cruise Pilihan Pakej Cara Tempah

The Bamboo Flute En Ber Ttelse Om K Rlek F Rlust Och Musikens Makt Fr N 8 E Rhundradets Iran

Panas Express Di Lalaport