Tanda Sakit Buah Pinggang Kronik Perkongsian Dari Pesakit Buah Pinggang


Salam semua, lama dah nak cerita pasal penyakit buah pinggang ni, asyik peram sampai naik tahun tak tertulis kat blog. Sis rasa patut tulis kat blog untuk bagi awareness untuk pembaca yang singgah sini. 
Ikutkan apa yang sis baca penyakit buah pinggang kronik adalah sangat membimbangkan. Mengikut statistik, ramai pesakit baru disahkan menghidap penyakit buah pinggang kronik setiap tahun. 
Jadi, penyakit buah pinggang tidak boleh dipandang ringan. 

Penyakit Buah Pinggang Kronik (Chronic Kidney Disease) Untuk korang yang baru kali pertama dengar, penyakit buah pinggang kronik (CKD) adalah apabila buah pinggang tidak lagi dapat membersihkan toksin dan bahan buangan daripada darah dan melaksanakan fungsinya dengan baik.
Betapa pentingnya fungsi buah pinggang ini untuk badan kita. Sekiranya buah pinggang dah mula sakit buah pinggang tidak mampu "bekerja" dengan baik. 

Sebenarnya, ramai pesakit yang tak sedar mereka mempunyai masalah dengan buah pinggang mereka. Sis boleh katakan penyakit buah pinggang ni macam pembunuh senyap. 
Bila check dekat hospital tahu - tahu dah tahap satu ataupun tahap dua. Ada juga dah sampai tahap empat dan lima. 
Kebanyakan pesakit ni, mereka tak sedar dengan perubahan yang ada dalam diri mereka. Sebab itu, kena sentiasa berwaspada dengan simptom - simptom penyakit buah pinggang kronik ni. 
Kronologi Macam Mana Mak Boleh Kena Sakit Buah Pinggang Sebenarnya kat sini, sis nak kongsi perkongsian apa yang mak sis lalui, sebab mak adalah pesakit buah pinggang tahap 3A dan mak memang ada sejarah kencing manis. 
Sis cerita la sikit kronologi macam mana mak boleh dapat sakit buah pinggang ni. Semuanya bermula pada tahun 2021.  Mak mula sakit saraf dikesan pada bulan 7. 
Kemudian masa bulan 10, kaki mak mula jadi sembap. Sampai sis pun tak perasan kaki mak sembap. Pergi ke hospital 2 kali, doktor check pun tak boleh nak cari punca apa. 
Doktor tak bagi ubat tapi doktor bagi ubat antibiotik sebab toksik tinggi dalam darah. Masuk tahun 2022, doktor kesan jantung mak bengkak sebab punca kaki sembap tu la. 
Simptom kaki sembap ni kalau berlaku, ada la tu yang organ yang tak kena dalam badan. Buat masa ni detect jantung mak bengkak. 
Bulan 10 tahun 2022, baru akhirnya tahu buah pinggang mak dah tahap 3. Macam mak sis, dia kena buah pinggang sebab kesan dari ada kencing manis. Bila dah tak terkawal. 
Buat masa sekarang buah pinggang mak dalam keadaan statik tak naik dan tak turun 
Kepentingan Mengetahui Tahap Penyakit Buah Pinggang Buat korang yang belum tahu penyakit buah pinggang ni, ia terbahagi kepada 5 tahap ke semuanya. Kalau dah masuk tahap 5 tu memang dah kena dialisis. 
GFR ( glomerular filtration rate ) ataupun kadar penurasan glomerular ini boleh dianggap seperti pengukur buah pinggang. Jika buah pinggang tidak bermasalah, proses penapisan akan menjadi laju

Untuk bagi lebih mudah faham contohnya jika GFR anda adalah 26, ini bermakna buah pinggang  berfungsi pada kira-kira 26 peratus daripada kadar normal


1. Ringan 
Penyakit Buah Pinggang Kronik Peringkat 1, GFR >90
-  Kerosakan Buah Pinggang Yang Kecil-  Buah pinggang berfungsi sama seperti buah pinggang biasa

2. Penyakit Buah Pinggang Kronik Peringkat 2, GFR 89-60
- Kerosakan buah pinggang dengan kehilangan fungsi buah pinggang yang ringan.
- Sedikit atau tiada simptom.
- Dapat diurus melalui diet yang sihat dan regulasi tekanan darah

2. Sederhana
Penyakit Buah Pinggang kronik Peringkat 3A, GFR 59-45
- Kerosakan buah pinggang ringan hingga sederhana.
- Buah pinggang tidak berfungsi dengan baik sebagaimana sepatutnya

Penyakit Buah Pinggang Kronik Peringkat 3B, GFR 44-30
- Mungkin mengalami keletihan, perubahan membuang air kecil, masalah tidur dan rasa sakit di buah pinggang.
- Dapatkan nasihat doktor tentang diet mesra buah pinggang, pengurusan tekanan darah tinggi dan preskripsi ubat yang mungkin membantu meredakan sakit dan gejala 
3. TerukPenyakit Buah Pinggang Kronik Peringkat 4, GFR 29-15

- Mungkin mengalami tekanan darah tinggi, anemia, penyakit tulang atau penyakit kardiovaskular.
- Gejala termasuk keletihan, loya, perubahan rasa, masalah saraf, sukar tidur serta kurang selera makan dan tenaga.
- Dapatkan nasihat doktor mengenai sebab penyakit buah pinggang menjadi semakin teruk, cara untuk menjaga, dan bertanya tentang pemindahan buah pinggang.
- Pakar diet juga boleh membantu menguruskan diet anda.

Penyakit Buah Tahap Akhir / End-Stage Renal Disease ( ESRD)Penyakit Buah Pinggang Kronik Peringkat 5, GFR <15
- Gejala termasuk kehilangan selera makan, loya, gatal-gatal, bengkak serta perubahan air kecil menjadi sedikit atau tiada
- Pilihan rawatan termasuk dialisis atau pemindahan buah pinggang

Jadi, sangatlah penting korang perlu tahu tahap kesihatan buah pinggang macam mana. Kalau nak check tahap kesihatan buah pinggang, memang kena buat ujian saringan perubatan berkala. 
Boleh pergi mana - mana klinik, nak buat di klinik berbayar pun boleh. Kena buat ujian darah dan air kencing untuk mengesan sama ada buah pinggang sihat ke tidak. 
Tak semestinya, pesakit yang ada kencing manis yang kena penyakit buah pinggang. Yang tak ada sejarah kencing manis pun boleh ada penyakit ini. 
Sebab kawan mak sis pun ada penyakit buah pinggang ni  dah tahap 2 tapi tak ada sejarah kencing manis pun. 
Kalau pesakit yang buah pinggang dah tahap 1 dan tahap 2, mereka tidak sedar buah pinggang dah bermasalah. 
Sebabnya untuk 2 tahap terawal, gejala tu tak nampak. Jika dapat dikesan dengan lebih awal, pesakit boleh dapatkan rawatan awal. 
Tanda Sakit Buah Pinggang Apa yang perlu dibuat adalah kena peka dengan perubahan pada badan masing - masing. Simptom bila dah ada CKD, adalah badan terasa cepat letih, lesu dan mengah. 
Macam mak, kaki dia dah mula sembap, kadang - kadang dia mengadu cepat penat.  Kalau dapat rasa kaki tu dah nampak sembap, cepat - cepat pergi hospital ok


Mesti ada yang tak kena, jangan tunggu lama - lama takut makin melarat. Bila kaki sembap ni nak berjalan susah sikit sebab terasa sakit

CKD tak nanti golongan warga emas yang kena. Orang yang muda pun dah ramai kena penyakit buah pinggang sekarang. 
Selain itu, faktor pemakanan yang tidak terkawal pun boleh menyumbang kepada risiko untuk menghidap penyakit buah pinggang

Ramai yang tidak peka tentang pengambilan makanan yang diambil. Berapa banyak dah telan garam dan gula yang tersembunyi dalam makanan sehari - hari. 
Kesimpulan Apabila ada yang tak kena dengan buah pinggang, ia boleh mengganggu sistem dalam tubuh kita. Buah pinggang kan salah satu organ penting dalam tubuh

Penting untuk membuang toksin dalam badan, bahan buangan dan lebihan cecair dalam badan. Bermula Mak dah ada CKD, satu - satu sis nampak, mak dah ada masalah saraf disebabkan bila buah pinggang dah tak berfungsi dengan betul

Alhamdulillah mak masih bertahan walaupun buah pinggang mak dah tahap 3 A, follow-up dekat hospital tak miss ikut date. Kadang - kadang ada satu masa jumpa dengan pakar nefrologi. 
Yang penting pemakanan kena jaga dah. Bila dah ada CKD ikut tahap - tahap tertentu bukan apa tau. Kalau boleh doktor tak nak la pesakit sampai pergi ke tahap dialisis. 
Bila dah sampai tahap dialisis tu dah tahap akhir. Sebab itu, kalau boleh ikut nasihat doktor

Jadi, memang kena betul - betul kena jaga. Terutamanya bab pemakanan.  Banyak lagi nak cerita ni pasal CKD ni, nanti sis sambung lain kali ya. 
Sumber 1. https://www.bharian.com.my/hujung-minggu/sihat/2024/03/1223460/kerap-sakit-kepala-sesak-nafas-tanda-buah-pinggang-tahap2. https://davita.com.my/bm/sakit-buah-pinggang/stages-of-kidney-disease3. https://www.bharian.com.my/hujung-minggu/sihat/2023/09/1158297/penyakit-buah-pinggang-kronik-semakin-membimbangkan4. https://www.bharian.com.my/bhplus-old/2016/04/148796/waspada-penyakit-buah-pinggang-kronik



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.wanisukarno.com/2024/09/tanda-sakit-buah-pinggang-kronik-perkongsian-dari-pesakit-buah-pinggang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Buah Naga Tidak Sesuai Untuk Pesakit Ginjal

Buah Naga Tidak Sesuai Untuk Pesakit Ginjal

papar berkaitan - pada 6/9/2024 - jumlah : 69 hits
BUAH NAGA TIDAK SESUAI UNTUK PESAKIT GINJAL Assalamualaikum Dr Zubaidi Saya seorang pesakit CKD Saya ingin bertanya Berapa kandungan potassium dalam buah naga Adakah buah naga berbahaya pada pesakit CKD stage 5 Terima kasih Waalaikumsalam B...
Perkongsian Fazura Tentang Kesabaran Cetus Tanda Tanya You Amp Allah Cinta Sejati

Perkongsian Fazura Tentang Kesabaran Cetus Tanda Tanya You Amp Allah Cinta Sejati

papar berkaitan - pada 4/9/2024 - jumlah : 52 hits
Perkongsian Fazura tentang kesabaran cetus tanda tanya selepas beberapa unggahannya di media sosial menjadi perhatian ramai Dia yang berkongsi qoutes berkaitan kesabaran itu turut meninggalkan emoji jambangan bunga tanpa sebarang kenyataan ...
Video Suara Keras Anggota Dpr Cantik Galak Melotot Cecar Anak Buah Menag Yaqut Di Pansus Haji

Video Suara Keras Anggota Dpr Cantik Galak Melotot Cecar Anak Buah Menag Yaqut Di Pansus Haji

papar berkaitan - pada 29/8/2024 - jumlah : 59 hits
Dalam rapat Selly tajam mencecar Direktur Bina Haji Khusus dan Umrah Kementerian Agama Jaja Jaelani
Video Panas Pansus Haji Dpr Emosi Cecar Irjen Anak Buah Menag Yaqut Soal Otak Atik Aturan

Video Panas Pansus Haji Dpr Emosi Cecar Irjen Anak Buah Menag Yaqut Soal Otak Atik Aturan

papar berkaitan - pada 29/8/2024 - jumlah : 67 hits
Irjen Kementerian Agama Faisal Ali Hasyim dihadirkan panitia khusus haji DPR sebagai saksi dalam rapat
Tembikai Buah Syurga Dan Hapuskan Keburukan

Tembikai Buah Syurga Dan Hapuskan Keburukan

papar berkaitan - pada 5/9/2024 - jumlah : 72 hits
PEJABAT MUFTI WILAYAH PERSEKUTUANTIDAK ada satu pun hadis yang menceritakan berkenaan kelebihan makan tembikai Saya ada terlihat satu video yang menerangkan bahawa buah tembikai ini digalakkan untuk makan kerana air dan manisnya langsung da...
Sakit Hati Tengok Kami Tak Jadi Cerai Sila Unfollow Fara Salleh

Sakit Hati Tengok Kami Tak Jadi Cerai Sila Unfollow Fara Salleh

papar berkaitan - pada 27/8/2024 - jumlah : 53 hits
Selepas memilih untuk berbaik dengan suaminya Fara Salleh menerima pelbagai respon daripada warganet kerana sebelum ini dia menyebarkan cerita dalam kain rumah tangganya di media sosial Malah ada yang mengkritiknya seperti sudah ludah dijil...
Peminat Tergamam Lihat Baju Mencolok Mata Jessi Sampai Ternampak Buah Kismis

Peminat Tergamam Lihat Baju Mencolok Mata Jessi Sampai Ternampak Buah Kismis

papar berkaitan - pada 7/9/2024 - jumlah : 165 hits
nbsp rata rata pengikutnya menegur pakaian Jessi yang terlalu menjolok mata sehingga menampakkan puting dadanya Dia memakai bikini dengan seluar jeans yang lebar dan bertopi koboi
Pengerusi Dap Pahang Dakwa Tutup Kasino Genting Jejaskan Ekonomi Mata Pencarian Umat Islam

5 Best Electric Pickup Trucks That Will Break The Market In 2025

Gsk Lancar Shingrix Vaksin Kayap Untuk Rakyat Malaysia

Zulries D Pojok

Wanita Diuji Bila Lelaki Tak Punya Apa Apa Lelaki Diuji Bila Punya Segalanya Betul Ke

Kelas Offline Totiq Batch 3 Putrajaya 15 September 2024

Ssm Vs Sspa Perbezaan Kelebihan Soalan Lazim

Kereta Bergoyang Tanpa Henti Petugas Kesihatan Ditangkap Basah Di Tempat Parking Hospital


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

Biodata Acap S Peserta Muzikal Lawak Superstar 2024 Musim 4 Yang Juga Personaliti Tiktok Live Viral

Senarai Peserta Muzikal Lawak Superstar 2024 Musim 4 Astro Warna

Info Dan Sinopsis Filem How To Make Millions Before Grandma Dies 2024 Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

10 Fakta Biodata Reedzwann Penyanyi Lagu Tercipta Satu Senyuman Cinta Pandang Pertama Yang Terpalit Kemalangan


Pattani

Punctuality And Professionalism The Hallmarks Of Second City Livery Chauffeurs

Tindakan Penguatkuasaan Yang Sesuai Akan Diambil Terhadap Gisbh

Lelaki Meninggal Dunia Tunggu Ambulans Empat Jam

Certot Mekap

Tpm Dedah Draf Mou Peruntukan Ahli Parlimen Pembangkang