Tanah Rizab Jangan Sampai Merempat Di Bumi Sendiri


PADA Januari lalu, tular dakwaan tanah rizab Melayu (TRM) seluas 641.6 hektar di mukim Sitiawan, daerah Manjung, Perak dipindah milik kepada orang bukan Melayu sejak 2005. Lebih menyedihkan apabila pegawai Melayu sendiri dipercayai menjadi dalang penyelewengan itu.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) segera membuat siasatan terperinci. Menteri Besar Perak pada Februari lalu menyampaikan berita melegakan, iaitu tanah berkenaan yang digazetkan pada Januari 1930 masih kekal statusnya. Rentetan peristiwa yang mendebarkan dan memeranjatkan ini, ada saranan supaya Enakmen TRM dimodenkan bagi mengelak sebarang bentuk penyelewengan oleh mana-mana pihak. Tambahan pula, dalam Kongres Kembalikan Hak Yang Hilang di Ipoh pada April lalu, didedahkan TRM semakin banyak hilang dan kini hanya tinggal sebanyak 11.9 peratus di seluruh negara.

Sebenarnya, perihal TRM terkandung juga dalam Wasiat Raja-raja Melayu yang ditandatangani pada 5 Ogos 1957. Raja-raja Melayu dari sembilan negeri sudah sedia meletakkan syarat demi memastikan akan kekal terjamin beberapa hak orang Melayu termasuk status agama Islam, kedudukan istimewa dan tanah rizab.

Mengikut Wasiat Raja-raja Melayu 1957, sepatutnya orang Melayu menjadi pemegang 50 peratus tanah rizab. Saya menghuraikan hal ini dalam buku Malaiur Manikam (2015).

Elok juga kita bersikap ambil tahu dan prihatin tentang Enakmen TRM yang mula-mula diperkenalkan oleh British di Negeri-negeri Melayu Bersekutu (Perak, Selangor, Pahang, Negeri Sembilan) pada 1913. Enakmen itu mengalami perubahan pada 1933, masih digunakan sehingga kini dengan pindaan dari semasa ke semasa. Bagi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (Kedah, Perlis, Terengganu, Kelantan, Johor) pula terdapat enakmen TRM tersendiri.

Kita faham TRM dikhaskan bagi orang Melayu sahaja. Akan tetapi, sekiranya diteliti, definisi ‘Melayu’ mengalami perubahan mengikut negeri. Misalnya di Kelantan, orang Melayu dari negeri-negeri lain tidak boleh membeli dan memiliki TRM.

ARAB
Bagi Perlis dan Kedah, kategori ‘Melayu’ termasuk orang berketurunan Arab, malah orang keturunan Siam (bumiputera) juga boleh memiliki TRM.

Hal ini sedikit berbeza dengan Enakmen TRM di Johor. Jika seorang lelaki keturunan Arab menikahi wanita Melayu, anak-anak mereka berstatus Melayu dan berhak menikmati segala hak yang ditetapkan Perlembagaan Malaysia. Akan tetapi, anak-anak kacukan Arab-Melayu itu tidak layak memiliki TRM.

Apabila saya membaca pelbagai dokumen, buku, kertas kerja dan bahan arkib berkaitan TRM, memang ada hal-hal yang rumit untuk difahami orang awam. Malah ada semacam kelonggaran pada bahagian tertentu yang mungkin memberi kesan kepada pelaksanaan Enakmen TRM serta membuka ruang bagi penyelewengan tanah rizab (simpanan) oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Sebenarnya, undang-undang khas bagi melindungi tanah milik orang Melayu digubal oleh penjajah British dengan niat murni. British tidak mahu orang Melayu menjual tanah pusaka milik mereka dan akhirnya merempat di tanah sendiri.

Tambahan pula mulai 1900 apabila penanaman getah semakin berkembang, terdapat trend orang bukan Melayu membeli tanah dan ladang milik orang Melayu untuk diusahakan sebagai ladang getah atau melombong bijih timah.

PERGI HAJI
Tentulah urusan jual-beli ini melibatkan kedua-dua pihak iaitu orang Melayu menjual dan bukan Melayu membeli. Ramai orang Melayu didapati menjual tanah untuk menampung kos majlis perkahwinan atau untuk pergi haji.

Menerusi rencana Sumbangan Chettiar kepada negara dalam Utusan Malaysia pada 5 Jun lalu, diterangkan bagaimana golongan Chettiar (ceti) memberi pinjaman kepada orang Melayu yang menggadai tanah pusaka.

Sejak 1908, pihak British mula memikirkan cara untuk menghalang, mengawal dan menyekat orang Melayu melepaskan tanah milik mereka kepada orang bukan Melayu.

Ada kes orang Melayu yang meminta tanah daripada kerajaan (British) dan kemudian dijual kepada orang lain untuk mendapat keuntungan segera.

Pembeli bukan Melayu pula bersedia menawarkan harga tinggi yang sukar ditolak. Maklum balas daripada Residen British di Negeri-negeri Melayu Bersekutu menunjukkan memang banyak kes jualan tanah berlaku, khususnya di Perak dan Selangor.

Salah satu langkah yang difikirkan mampu mengawal seterusnya menyekat trend membimbangkan ini adalah dengan mewujudkan TRM.

Persidangan Residen British pada November 1911 bersetuju supaya satu undang-undang khas digubal bagi mengatasi masalah hak milik tanah orang Melayu jatuh ke tangan bukan Melayu.

Sultan diberi hak mewartakan kawasan tanah kampung khusus bagi orang Melayu. Tanah itu tidak boleh dijual kepada orang bukan Melayu tanpa perkenan sultan.

Walaupun cadangan undang-undang itu mendapat tentangan dan kritikan beberapa pegawai British dan bukan Melayu, Enakmen Tanah Simpanan Melayu diluluskan pada November 1913. Pada waktu itulah juga diperkenalkan definisi Melayu yang diguna pakai sehingga kini, iaitu berbangsa Malayan (lahir di Malaya), bertutur bahasa Melayu (termasuk Jawa, Bugis dan sebagainya), mengamalkan adat Melayu, dan beragama Islam.

Secara mudah, sebelum Wasiat Raja-raja Melayu ditandatangani pada 1957, sudah ada langkah diambil pada 1913 bagi melindungi tanah milik orang Melayu. Enakmen TRM secara jelas mahu melindungi hak orang Melayu serta menghalang usaha memindahkan hak milik tanah itu kepada orang bukan Melayu.

Perak memulakan kerja-kerja pewartaan TRM pada 1914 manakala Selangor pada 1916. Bagi Pahang, Pulau Tioman mula-mula diisytiharkan sebagai TRM pada 1916. Bagi Negeri Sembilan pula, proses pelaksanaan Enakmen TRM lebih mudah kerana sudah sedia ada Undang-undang Pusaka Tanah Adat yang berperanan melindungi tanah milik orang Melayu.

Walaupun sudah ada Enakmen TRM serta perlindungan di bawah Wasiat Raja-raja Melayu dan Perlembagaan Persekutuan, kita tidak boleh bersikap lewa dalam memastikan kesinambungan usaha yang dimulakan pada 1913.

Orang ramai khususnya orang Melayu pada semua peringkat dan taraf sosioekonomi perlu sentiasa dididik tentang kandungan dan kepentingan Enakmen TRM. Tambahan pula apabila kebelakangan ini ada dakwaan orang dalam sendiri menjadi dalang penyelewengan TRM.

PENULIS ialah pengasas Kumpulan Sasterawan Kavyan


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/11/tanah-rizab-jangan-sampai-merempat-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Suka Suap Makanan Sendiri Ibu Jangan Halang Jangan Rasa Anak Membazir

Anak Suka Suap Makanan Sendiri Ibu Jangan Halang Jangan Rasa Anak Membazir

papar berkaitan - pada 26/11/2021 - jumlah : 251 hits
Bayi makan sendiri adalah kemahiran asas yang perlu bermula sejak awal Tetapi apakah kepentingan si manja belajar makan dengan sendiri jika anda ada untuk menyuap mereka Kepentingan bayi makan sendiri Kenapa pentingnya untuk anak belajar me...
Tanah Rizab Ruu Tanah Kampung Baru Beri Jaminan Kepada Pemilik

Tanah Rizab Ruu Tanah Kampung Baru Beri Jaminan Kepada Pemilik

papar berkaitan - pada 26/11/2021 - jumlah : 225 hits
Draf Rang Undang Undang tanah Kampung Baru yang dijangka dibentang di Parlimen pada awal tahun depan diharap akan memberi jaminan perlindungan seumur hidup kepada pemilik tanah Kampung Baru Menurut Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr ...
Ini Betul Betul Kata Najib Bukan Pelesu Lagi Tobat Lahom Dia Tak Mau Dah Tanah Tu Hangpa Jangan Dok Buat Lece

Ini Betul Betul Kata Najib Bukan Pelesu Lagi Tobat Lahom Dia Tak Mau Dah Tanah Tu Hangpa Jangan Dok Buat Lece

papar berkaitan - pada 22/11/2021 - jumlah : 272 hits
Keputusan muktamad saya tak mahu tanah kediaman itu kata Najib November 21 2021Najib Razak berkata RM100 juta itu boleh dimasukkan dalam tabung khas untuk diberikan sebagai pinjaman tanpa faedah atau kos perkhidmatan PETALING JAYA Najib Raz...
Mana Suara Hadi Awang Lepas Dapat Tan Sri Nama Arak Kekal Timah Hadi Awang Dan Pimpinan Pas Jangan Tidur

Mana Suara Hadi Awang Lepas Dapat Tan Sri Nama Arak Kekal Timah Hadi Awang Dan Pimpinan Pas Jangan Tidur

papar berkaitan - pada 14/11/2021 - jumlah : 273 hits
Panas Kabinet setuju nama arak Timah kekal Menteri Pas bersubahatNovember 14 2021 Kerajaan bersetuju membenarkan arak keluaran tempatan Timah mengekalkan namanya kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Alexander Nanta L...
Jangan Lalai Patuh Sop Elak Terus Dibelenggu Covid 19 Kata Pm

Jangan Lalai Patuh Sop Elak Terus Dibelenggu Covid 19 Kata Pm

papar berkaitan - pada 14/11/2021 - jumlah : 300 hits
Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata berbanding tahun lalu sambutan perayaan Deepavali tahun ini lebih meriah dalam suasana norma baharu KUALA LUMPUR Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengingatkan rakyat Malaysia tidak lalai dalam ...
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Fishing As A Stress Reliever

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco