Mana Suara Hadi Awang Lepas Dapat Tan Sri Nama Arak Kekal Timah Hadi Awang Dan Pimpinan Pas Jangan Tidur


 

Panas! Kabinet setuju nama arak Timah kekal, Menteri Pas bersubahat

November 14, 2021 Kerajaan bersetuju membenarkan arak keluaran tempatan, Timah mengekalkan namanya, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Alexander Nanta Linggi.
Bagaimanapun, pengeluar arak itu, Winepak Corporation Sdn Bhd dikehendaki menyertakan label tambahan pada botolnya bagi menjelaskan nama Timah merujuk kepada bijih timah dan bukannya menyerupai nama sesiapa, menurut laporan Sin Chew Daily.
“Saya berjumpa dengan pengeluar alkohol terbabit dan berbincang mengenai cara menyelesaikan isu ini.
“Saya kemudian membentangkan cadangan syarikat itu kepada Kabinet dan Kabinet bersetuju dengannya,” kata Alexander.
Justeru, Ahli Parlimen Kapit itu berharap kontroversi mengenai jenama arak Timah dapat dihentikan.
“Saya telah cuba sedaya upaya untuk menyelesaikan isu ini,” katanya.
Sementara itu, ketika dihubungi FMT, Pengarah Winepak Kenny Yeo mengesahkan perkara berkenaan sambil menambah ia dipersetujui ketika mesyuarat Kabinet minggu ini.
Namun, beliau enggan mengulas lanjut.
Pada Oktober, Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man ketika berucap merasmikan Muktamar Pemuda PAS berkata, Kabinet membuat keputusan bahawa sebarang pengeluaran minuman keras di negara ini tidak boleh menimbulkan “keresahan rakyat” dalam konteks bangsa atau agama.
Menurut Tuan Ibrahim, keputusan itu dicapai kerajaan berdasarkan usaha dilakukan PAS dalam menyatakan bantahan mereka terhadap penggunaan nama Timah oleh pengeluar arak berkenaan.
Kenyataan itu bagaimanapun bertentangan dengan Alexander apabila beliau menjelaskan Kabinet belum membuat sebarang keputusan berhubung kontroversi berkenaan.
Sebelum ini, Mufti Pulau Pinang Wan Salim Wan Mohd Noor mencadangkan label atau nama Timah pada botol arak berkenaan ditukar kepada “Kapten Speedy” selepas jenama arak buatan Malaysia itu tular di media sosial. Pandangan itu turut dipersetujui Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad.
Pengkritik mendakwa, imej Kapten Speedy pada label arak berkenaan menyerupai lelaki berjanggut dan memakai penutup kepala, seolah-olah lelaki Islam memakai kopiah.
Warganet turut mempersoalkan nama Timah yang dikatakan ringkasan bagi nama Fatimah, anak kepada Nabi Muhammad.
Pengurusan Winepak dalam kenyataan di Facebook menjelaskan beberapa kekeliruan di sebalik penggunaan nama Timah bagi arak keluaran mereka.
Katanya, nama jenama itu merujuk kepada logam timah bersempena industri perlombongan bijih timah ketika Tanah Melayu ditadbir oleh British.
Gambar lelaki berjanggut dengan penutup kepala pula adalah Kapten Speedy, yang memperkenalkan budaya minum wiski pada zaman itu.
Akhir bulan lalu, Winepak bersetuju mempertimbangkan untuk menukar imej pada botol yang didakwa pengkritik sebagai menghina atau mengelirukan umat Islam.
Alexander kemudian dilaporkan berkata, persetujuan itu dicapai semasa mesyuarat antara kementerian dengan wakil Winepak serta pegawai daripada Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM).
“Melalui perbincangan itu, Winepak telah meminta selama seminggu untuk berbincang dengan pemegang saham dan lembaga pengarahnya untuk menukar nama dan imej jenama pada label wiski,” katanya.
Mesyuarat itu turut disertai Menteri Komunikasi dan Multimedia Annuar Musa, Idris dan Menteri Perpaduan Negara Halimah Mohamed Sadique.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/11/mana-suara-hadi-awang-lepas-dapt-tan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prnmelaka Calon Pas Setuju Nama Arak Timah

Prnmelaka Calon Pas Setuju Nama Arak Timah

papar berkaitan - pada 15/11/2021 - jumlah : 132 hits
Oleh Megat Terawih Mana maruah pemimpin PAS di dalam isu jenama arak TIMAH Mana maruah PAS kerana mereka kononnya parti yang perjuangkan Islam di negara ini Laungan hudud sudah hilang ketika mereka menjadi sebahagian kerajaan pusat pada har...
Selepas Bergelar Tan Sri Hadi Berpantun Dakwa Ph Tipu Di Melaka

Selepas Bergelar Tan Sri Hadi Berpantun Dakwa Ph Tipu Di Melaka

papar berkaitan - pada 15/11/2021 - jumlah : 328 hits
ARIF ATANPresiden Pas Abdul Hadi Awang yang kini sudah bergelar Tan Sri menyampaikan dua rangkap pantun menjelang kurang seminggu berlangsungnya Pilihan Raya Negeri Melaka Duta Khas ke Timur Tengah bertaraf menteri berkenaan dalam pantunnya...
Ketua Pemuda Pas Serah Hala Tuju Mn Pada Hadi Awang

Ketua Pemuda Pas Serah Hala Tuju Mn Pada Hadi Awang

papar berkaitan - pada 7/11/2021 - jumlah : 199 hits
KUALA TERENGGANU Pemuda PAS mengingatkan semua ahlinya supaya tidak perlu bimbang dengan hala tuju perjalanan parti Islam itu untuk bekerjasama sama ada dengan rakan dalam Muafakat Nasional atau Perikatan Nasional bagi menghadapi Pilihan Ra...
Isu Judi Arak Anwar Tidak Bantu Masa Dia Menteri Kewangan Kata Hadi Awang

Isu Judi Arak Anwar Tidak Bantu Masa Dia Menteri Kewangan Kata Hadi Awang

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 240 hits
Presiden PAS Abdul Hadi Awang hari ini mengenang perjuangan parti itu mengehadkan judi dan jualan arak termasuk di Kelantan yang dipimpin mereka sekian lama Katanya ketika memulakan di Kelantan pada tahun 1990 ketika pentadbiran allahyarham...
Moral Tan Sri Hadi

Moral Tan Sri Hadi

papar berkaitan - pada 14/11/2021 - jumlah : 204 hits
Kata Haji Hadi tindakan menjatuhkan kerajaan sendiri adalah sesuatu yang TIDAK BERMORAL Hadi merujuk kepada tindakan beberapa Adun Umno yang menarik sokongan di Melaka sehingga dibubarkan Dewan Undangan Negeri Hadi juga merujuk kepada tinda...
Mana Suara Dap Bila Mahathir Terima 13 Ahli Parlimen Umno Soal Pkr

Mana Suara Dap Bila Mahathir Terima 13 Ahli Parlimen Umno Soal Pkr

papar berkaitan - pada 7/11/2021 - jumlah : 185 hits
November 7 2021 Dr Mahathir Mohamad ketika menjadi Pengerusi Bersatu menerima bekas ahli Umno ke partinya pada Februari 2019 PETALING JAYA Seorang pemimpin PKR menyelar DAP atas ketidakhadiran pemimpin parti itu pada sidang akhbar Pakatan H...
Ucapan Muktamar Pas Hadi Pesongkan Sejarah

Ucapan Muktamar Pas Hadi Pesongkan Sejarah

papar berkaitan - pada 7/11/2021 - jumlah : 183 hits
Besar hati umat Islam mendengar ucapan Presiden PAS Abdul Hadi Awang yang merumuskan bahawa Islam Menyatukan Ummah ketika merasmikan Muktamar ke 67 parti itu semalam Hadi bercakap mengikut fakta dan keyakinan bahawa Islam mempunyai solusi p...
Pesanan Buat Sang Suami

Hari Pekerja 2024 Sejarah Tema Sambutan

Optimizing Your Twitter Feed Strategies For Positive Content Filtering

Adapting To Consumer Behavior

Rm232mil Road Project Awarded To Nepturis Witness Tells Wan Saiful Trial

There Is An Awakening

Kisah Bekas Pekerja Kfc Dan Boikot

App Inarah



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Ngedate

Al Qur An Sebagai Obat Dan Faktor Yang Mempengaruhi Berhasilnya Ruqyah

Untukmu Shayang

Pesanan Buat Sang Suami

Lfl Should Defend The Victims Too

1 500 Berarak Ke Dataran Merdeka Tuntut Hak Pekerja