Tamrin Tun Ghafar Sabtu 06 06 2020




1. Pesanan terakhir Megat Seri Rama, Laksamana Bentan sebagai balasan kekejaman Sultan terhadap isterinya Dang Anum sebelum menikam mati Sultan ialah ungkapan kata-kata:-“RAJA ADILRAJA DISEMBAHRAJA ZALIMRAJA DISANGGAH”2. Sejak peristiwa itu yang diingati sebagai ‘Sultan Mahmud Mangkat Di Julang’, Melaka tidak lagi mempunyai sebarang Sultan sehingga ke hari ini.3. Namun Melaka terus membangun dan maju, malah lebih maju dan pesat dari negeri – negeri lain walaupun ianya tidak mempunyai sumber asli seperti balak dan bijih timah.4. Seolah – olah tidak dipedulikan, bukan sahaja kehilangan Sultan tapi yang sedihnya sejak negara mencapai Kemerdekaan 63 tahun dahulu , AKHIRNYA buat pertama kali anak Melaka jati diangkat sebagai Tuan Yang Terutama ( TYT ) atau Gabenor Negeri Melaka.5. Bagaikan :‘Belut PulangKe Lumpur ,Haruan PulangKe Lubuk ,Sirih PulangKe Gagang’perlantikan Muhd. Ali bin Muhd. Rastam atau Ali Rastam pada hari Khamis 4hb Jun 2020 SEMEMANGNYA menjadi kebanggaan rakyat Melaka yang telah lama menunggu dan menunggu tak ubah seperti :‘PunggukRindukanBulan’akhirnya segala mimpi dan harapan telah menjadi kenyataan.6. Perlantikan Ali ( Tun ) mengingatkan kita sejarah kira – kira 1400 tahun dahulu apabila seorang Penghulu yang kebetulan mempunyai nama yang sama, Ali ( Tun Ali ) dilantik sebagai Bendahara ke-4 bagi Kesultanan Negeri Melaka.7. Hanya yang membezakan kedua – dua insan ini ialah bapa Tun Ali adalah seorang saudagar yang kaya berasal dari India bernama Mani Purindam sedangkan TYT kita berasal dari keluarga miskin.8. Perlantikan anak jati Melaka ini sebagai TYT ke-7 adalah satu lagi sejarah Melaka yang seharusnya dicatat dengan tinta emas kerana sebelum ini KESEMUA TYT Melaka adalahyang ‘di import’ dari negeri lain :i. Tun Leong Yew Koh( Perak )31/08/1957 –30/08/1963ii. Tun Abdul MalekYusof( N.Sembilan )31/08/1963 –30/08/1971iii. Tun Dr. Hj AbdulAziz Abdul Majid( Selangor )31/08/1971 –09/05/1975iv. Tun SyedZahiruddinSyed Hassan( Perak )25/05/1975 –30/11/1984v. Tun Syed AhmadSyed MahmudShahabuddin( Kedah )04/12/1984 –03/06/2004vi. Tun Mohd KhalilYaakob( Pahang )04/06/2004 –03/06/20209. Berbekalkan pengalaman luas sebagai Ketua Menteri Melaka selama 14 tahun iaitu dari 1999 hingga 2013 sudah pasti Ali selaku TYT yang baru beliau boleh memberi pandangan dan nasihat baik kepada Kerajaan Negeri.10. Saya mula mengenali Ali apabila Othman Muhammad, Naib Ketua Pemuda, dan kemudiannya dilantik oleh Ali sebagai Speaker Dewan Negeri, membuat cadangan kepada saya selaku Ketua Pemuda UMNO Bahagian Batu Berendam ketika itu untuk melantik beliau ( Ali ) sebagai Bendahari Pemuda Bahagian.11. Selaku Ketua Menteri beliau sering mendapatkan pandangan dan nasihat ayah kami, Tun Abdul Ghafar Baba ( Alfatihah ) walaupun ketika itu beliau tidak lagi menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO.12. SAYA DAN RAKYAT MELAKA AMAT TERHARU DAN MENDOAKAN AGAR ALLAH SWT MERAHMATI SEGALA APA YANG BELIAU LAKUKAN SEBAGAI TYT MELAKA YANG BARU.13. Semoga perlantikan anak jati Melaka ini akan dijadikan amalan yang berterusan selepas ini.14. TAHNIAHSAHABATKU !!15. Selamat Menyambut Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin.WassalamTerima Kasih.





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/06/tamrin-tun-ghafar-sabtu-06062020.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tamrin Tun Ghafar Malaysia Israel

Tamrin Tun Ghafar Malaysia Israel

papar berkaitan - pada 1/6/2020 - jumlah : 348 hits
Ahad 31 05 20201 Belum lagi reda malah suhu makin hari makin bertambah panas keadaan politik negara khususnya Parti BERSATU dan kedudukan Muhyiddin sendiri selaku Perdana Menteri PINTU BELAKANG tiba tiba kita dikejutkan dengan satu berita y...
Fam Batal Saingan Piala Presiden Belia Mpfl Musim 2020

Fam Batal Saingan Piala Presiden Belia Mpfl Musim 2020

papar berkaitan - pada 2/6/2020 - jumlah : 390 hits
unable to retrieve full text content KUALA LUMPUR 1 JUN Persatuan Bolasepak Malaysia hari ini mengumumkan pembatalan tiga pertandingan di bawah kelolaannya iaitu Piala Presiden Piala Belia dan Liga Futsal Perdana Malaysia bagi musim 2020 be...
Malaysian Company Sells Plushies That Reflect How We Re Feeling About 2020 So Far

Malaysian Company Sells Plushies That Reflect How We Re Feeling About 2020 So Far

papar berkaitan - pada 2/6/2020 - jumlah : 264 hits
small Cover image via Life WareHouse Malaysia span span small This year has been quite a roller coaster ride and it s only March While staying home is the best solution right now at least you can do some online retail therapy in the meantim...
Gambar Raya Di Pagi Raya 1 Syawal 2020

Gambar Raya Di Pagi Raya 1 Syawal 2020

papar berkaitan - pada 2/6/2020 - jumlah : 779 hits
Assalamualaikum Hi korang Terlebih dahulu Lyssa nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca setia blog Lyssa ni Hari ni baru berkesempatan nak tepek gambar gambar raya di blog sempena raya semasa PKP ni kan hahaha Tahu...
58 Laporan Gratifikasi Lebaran 2020 Masuk Ke Kpk Total Rp62 8 Juta

58 Laporan Gratifikasi Lebaran 2020 Masuk Ke Kpk Total Rp62 8 Juta

papar berkaitan - pada 2/6/2020 - jumlah : 300 hits
Barang gratifikasi masih seputar parsel makanan barang pecah belah voucher dan uang dengan nilai laporan terendah Rp50 000 hingga Rp10 juta
Melangkah Ke Setengah Tahun 2020 Selamat Datang Jun

Melangkah Ke Setengah Tahun 2020 Selamat Datang Jun

papar berkaitan - pada 1/6/2020 - jumlah : 482 hits
Assalammualaikum wbtMELANGKAH KE SETENGAH TAHUN 2020 SELAMAT DATANG JUN Allahu Masing masing masih berada dalam suasana Syawal Ya masih lagi meraikan walau dengan cara dan tradisi yang berbeza tahun ini Tidak mengapalah Alhamdulillah apa se...
Cj S Tenure Not Tied To Pm S Feelings Ambiga Schools Nazri On Judiciary

Gain In Demand Skills With An Sap Training Course In Malaysia

Suka Makan Ikan Salmon Di Daily Coffee Keningau

Teoh Beng Hock A Tragedy That Pushed Malaysia Toward Legal Reform

Pekerja Kilang Anggota Tentera Maut Kemalangan Berasingan Di Melaka Malam Tadi

Cara Buat Bebola Ayam Homemade Yang Sedap Simple Mudah

Aktiviti Majlis Kesyukuran Doa Selamat Ulang Tahun Ke 100 Tun M Ppim 10 07 2025

Dame Un Grr Versi Fattah Amin Irfan Haris Buatkan Ramai Cair Melihatnya Video


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kedah Fashion Week 2025 1 3 Ogos 2025 Bertemakan Berlian Di Aman Central Alor Setar

Otak Penuh Dengan Idea

Random Photo Stories

A Love Letter To My Blog Goodbye For Now

Sup Sayur Campur Daging Dan Kes Jenayah Di London

Breathing Easier How Smart Sensors Stop Vaping In Schools