Tambadau Miliki Lebih Dari 11 Pemain Sandaran


Tambadau miliki lebih dari 11 pemain sandaran
JELIUS semasa mengendalikan latihan terakhir di Kompleks Sukan Kota Kinabalu pada Isnin.
Tambadau Sabah miliki lebih dari 11 pemain yang boleh disandarkan sebagai kesebelasan utama untuk tidak merisaukan ketiadaan beberapa pemain.

"Esok (hari ini) kita akan kehilangan khidmat Jipun (Rawilson Batuil) kerana menjalani penggantungan dua permainan manakala kedudukan Azizan (Nordin) samar ekoran kecederaaan yang dialami ketika menentang Negeri Sembilan, Sabtu lalu.

"Bagaimanapun ketiadaan satu atau dua pemain ini bukan masalah kerana kami ada lebih dari 11 pemain yang boleh disandarkan sebagai kesebelasan utama. Pasukan tidak bergantung kepada seorang individu kerana ini adalah permainan berpasukan.

"Setiap pemain mempunyai peranan dan kita gabungkan kebolehan mereka untuk mengemudi pasukan kita secara berpasukan," kata ketua jurulatih Tambadau, Jelius Ating ketika dihubungi pada Selasa.

Beliau berkata demikian ketika mengulas perlawanan menentang Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Stadium Hang Jebat, Melaka malam ini di mana Tambadau tanpa khidmat Rawilson yang juga ketua pasukan dan salah satu tonggak pertahanan.

Tempat Rawilson yang digantung dua perlawanan ekoran telah mengumpul enam kad kuning akan diisi Mafry Balang.

Jelius yakin Mafry mampu menggalas tugas sebagaimana dalam beberapa perlawanan sebelum ini apabila diberikan tugas sama ketika ketiadaan Rawilson atau Park Tae Su.

"Sebelum ini, kalau Park tiada, Mafry akan bergandingan dengan Rawilson, kalau Rawilson tiada, Mafry bergandingan dengan Park dan prestasi pasukan tidak terjejas. Ketiga-tiga mereka ini sama sahaja," kata Jelius.

Mafry dan Park dijangka akan dibantu Randy Baruh dan Evan Wensley di kiri dan kanan.

Jelius berkata, Randy yang diketepikan pada saat akhir ketika menentang Negeri Sembilan kerana tidak sihat akan mengambil semula tempatnya dari Dendy Lowa.
PASUKAN Tambadau sedang memanaskan badan sebelum latihan terakhir di Kompleks Sukan Kota Kinabalu pada Isnin. Gambar ihsan Media SAFA.
"Kecederaan Azizan pula tidak begitu serius tetapi dia tidak berlatih kelmarin (Isnin). Beliau bagaimanapun dalam senarai dan kita akan tengok keadaannya petang ini (kelmarin) dan pagi esok (hari ini).


"Kalau `ok', dia akan bermula sebagai kesebelasan, kalau tidak, akan bermula di bangku simpanan dan tempatnya akan diisi Ricco Nigel Milus," katanya.

Jelius berkata, Mafry, Randy, Dendy, Ricco dan beberapa pemain lagi juga adalah pemain kesebelasan tetapi kadang-kadang mereka bermula di bangku simpanan kerana hanya 11 pemain bermain dalam setiap perlawanan.

Azizan atau Ricco akan mengemudi bahagian tengah bersama Ahmet Atayev serta dibantu Jenius Karib dan Alto Linus di bahagian sayap manakala jentera serangan akan disandarkan kepada gandingan Rodoljub Paunovic dan Aguinaldo Mendes. Tugas penjaga gol utama dijangka terus dipikulkan kepada Rozaimie Rohim.

Turut dibawa adalah Robson Rendy, Mohd Azwan Fattah, Ummareng Bacok, Mohd Safar, Rahman Shah Marajeh dan Mazlan Yahya.

Untuk perlawanan malam ini katanya, mereka akan meneruskan misi mengutip mata penuh.


"Bukan tugas mudah walaupun kita menang 3-1 ke atas mereka pada pusingan pertama kerana PDRM telah menunjukkan peningkatan baik di pusingan kedua. Apapun, kami sudah bersedia dan akan berusaha sebaik mungkin membawa balik tiga mata penuh. Saya yakin ini boleh dicapai jika pemain dapat memberikan persembahan terbaik sebenar mereka.

"Belum dibolosi pada pusingan kedua dan kini berada di landasan terbaik memburu sasaran naik ke Liga Super musim depan adalah motivasi terbaik. Kami sedar bahawa kami perlu terus menang supaya peluang naik ke Liga Super itu tidak terjejas.

"Saya telah ingatkan pemain supaya tidak leka dan sudah merasa selesa dengan pencapaian setakat ini yang memang baik kerana masih ada enam baki perlawanan dan dalam tempoh ini banyak yang boleh berlaku.

"Bagi saya, selagi belum sah ke Liga Super atau belum dinobatkan sebagai juara, selagi itu kita belum berjaya. Oleh itu kami kena terus berkerja keras," katanya.

Tambadau kini di kedudukan kedua dengan 28 mata selepas 14 perlawanan manakala PDRM kini di tangga ketujuh dengan 18 mata.

Dua perlawanan berlangsung semalam di mana pendahulu JDT II (29 mata) menentang Kelantan (10 mata) serta Negeri Sembilan (19 mata) menentang Selangor United (18 mata).

Hari ini, selain pertemuan antara Tambadau dan PDRM, dua lagi perlawanan berlangsung iaitu Sarawak menentang UKM FC dan UiTM FC menentang Pulau Pinang


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sabahanviral.blogspot.com/2019/06/tambadau-miliki-lebih-dari-11-pemain.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ibu Anak Tiga Miliki Jam Tidur Yang Lebih Sebentar Dibanding Ibu Anak Lima Kok Bisa

Ibu Anak Tiga Miliki Jam Tidur Yang Lebih Sebentar Dibanding Ibu Anak Lima Kok Bisa

papar berkaitan - pada 20/6/2019 - jumlah : 464 hits
Sebuah penelitian yang dilakukan Amerisleep menemukan hasil bahwa ibu dengan tiga anak memiliki jam tidur paling sedikit dibanding lainnya Mengejutkannya ibu dengan lima anak ternyata memiliki jam tidur yang lebih banyak dibanding lainnya
Liga Premier Henry Yakin Tambadau Lebih Garang Di Pusingan Kedua

Liga Premier Henry Yakin Tambadau Lebih Garang Di Pusingan Kedua

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 357 hits
Liga Premier Henry yakin Tambadau lebih garang di pusingan keduaHENRY SAIMPONPengurus pasukan Henry Saimpon yakin Tambadau Sabah akan tampil dengan lebih gagah pada pusingan kedua Liga Premier yang akan bermula minggu ini Semua anggota pasu...
Apa Yang Allah Simpan Itu Lebih Baik

Apa Yang Allah Simpan Itu Lebih Baik

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 642 hits
Biasakan diri dengan tidak diberi Kerana yang disimpan untuk kita jika tidak diberi adalah lebih baik Sifat redha itu sifat orang yang kembali kepada Allah Jika kamu rasa buruk sangka dengan Allah maka bangkitlah dari kelalaian kamu sendiri...
Terkini Lebih 50 Maut Dalam Serangan Bersenjata Di Las Vegas Paling Dasyat Dalam Sejarah As

Terkini Lebih 50 Maut Dalam Serangan Bersenjata Di Las Vegas Paling Dasyat Dalam Sejarah As

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 466 hits
Amerika Lebih 50 terbunuh dan 200 cedera dalam satu serangan bersenjata di Mandalay Bay Resort and Casino di Las Vegas dalam kejadian hari ini Kejadian itu menjadikannya sebagai insiden tembakan paling dahsyat dalam sejarah A S moden Menuru...
Lelaki Bujang Lebih Memilih Janda Untuk Dijadikan Pasangan Hidup

Lelaki Bujang Lebih Memilih Janda Untuk Dijadikan Pasangan Hidup

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 627 hits
Banyak perkongsian dari pihak lelaki mengatakan mereka lebih suka berkahwin dengan wanita yang lebih berumur Malah ada di antara mereka yang menyukai bekas isteri orang atau janda untuk dijadikan sebagai pasangan hidup Agaknya kenapa ya Ya ...
Muka Dia Pon Mcm Tak Pernah Nmpak Tapi Bdn Dia Rambut Dia Lebih Kurang Mcm M Kisah Seram Mendiami Bilik Arwah

Muka Dia Pon Mcm Tak Pernah Nmpak Tapi Bdn Dia Rambut Dia Lebih Kurang Mcm M Kisah Seram Mendiami Bilik Arwah

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 981 hits
Aku Cik Kisah yang aku nak kongsikan ni dah hampir 5 tahun berlalu di mana sekarang aku dah habis belajar Aku bekas pelajar ipta nun jauh di utara Tapi kisah ni bukan kisah seram di ipta tu tp kisah seram ni aku dan kawan2 aku alami saat2 a...
Penyelesaian Sengketa Pilpres Di Mk Bisa Lebih Cepat Dari Jadwal

Penyelesaian Sengketa Pilpres Di Mk Bisa Lebih Cepat Dari Jadwal

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 281 hits
Mahkamah Konstitusi membuka kemungkinan untuk memutus sengketa Pilpres lebih cepat dari jadwal yang telah ditetapkan Semua tergantung yang terjadi di persidangan Sidang sengketa Pilpres akan dimulai 14 Juni 2018 dan dijadwalkan selesai pada...
Ainul Mungkin Di London Sebulan Mungkin Lebih Mungkin Kurang

Ainul Mungkin Di London Sebulan Mungkin Lebih Mungkin Kurang

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 297 hits
Ainul mungkin di London sebulan mungkin lebih mungkin kurang Kejayaan pembedahan mengeluarkan tumor seberat 200 gram daripada mulut adik Ainul Mardhiah turut diraikan oleh rakyat Malaysia yang sentiasa ternanti nanti khabar terbaru perkemba...
Psm Vows To Defend Workers After Lawyer Threatens To Sue Over Coconuts

Lirik Lagu Malaysia Madani Rakyat Disantuni Dato Sri Siti Nurhaliza

Lain Kali Sensitif Sikit Awak Tu Ada Pengaruh Pempengaruh Mohon Maaf Dakwa Ada Plot Twist Dalam Kes Zara Qairina

Hiburan Baru Nikah 3 Bulan Suami Tergamak Jual Isteri Di Michat Servis Harga Rm44 Sehingga Rm98

Berpolitik Jangan Sampai Meruntuhkan Negara Harus Ada Pertimbangan

Kejohanan Akuatik Dunia Elvis Tersingkir Di Separuh Akhir 10m Platform Bernama

Perlu Ada Sinergi Kukuh Antara Kerajaan Bagi Pembangunan Sektor Pertanian Pm Berita Harian

The Colours Of Life Malaysia Madani Rakyat Disantuni


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Impak Pantas Diouf

245 Penumpang Pemandu Bas Ekspres Gagal Pakai Tali Pinggang Keledar Jpj Kelantan

Perbezaan Hiking Dan Trekking

Pasaran Saham As Bersedia Untuk Pembetulan Selepas Tiga Bulan Kenaikan Berterusan

Kerajaan Pahang Minta Peneroka Negeri Ini Guna Sebaik Mungkin Peruntukkan Rm100 000 Untuk Kampung Felda

31 Tahun Terpisah Polis Kacukan Filipina Korea Bertemu Semula Ibu Kisah Tular Cetus Emosi