Liga Premier Henry Yakin Tambadau Lebih Garang Di Pusingan Kedua


Liga Premier: Henry yakin Tambadau lebih garang di pusingan kedua

HENRY SAIMPON
Pengurus pasukan Henry Saimpon yakin Tambadau Sabah akan tampil dengan lebih gagah pada pusingan kedua Liga Premier yang akan bermula minggu ini

"Semua anggota pasukan telah dan akan terus berkerja keras mempertingkatkan prestasi pasukan. Barisan jurulatih yang diketuai Jelius Ating telah melaksanakan tugas dengan baik dan saya yakin kami akan lebih mantap mengharungi pusingan kedua.
"Saya fikir pencapaian pasukan pada pusingan pertama boleh dibanggakan dan telah meletakkan kita di landasan yang baik bagi meneruskan misi membawa pasukan naik ke Liga Super musim depan," katanya dalam kenyataannya pada Isnin.
Beliau berkata, kempen sepanjang pusingan pertama juga banyak memberi pengajaran terutama keperluan untuk mempertingkatkan lagi prestasi pasukan

"Persiapan kita musim ini sebenarkan agak lewat di mana hanya bermula selepas pentadbiran dan pengurusan baru mengambil alih pada penghujung tahun.
"Sebab itu ada beberapa isu termasuk persefahaman agak kurang pada awal musim tetapi semua itu telah kita atasi satu persatu sehinggalah sekarang saya lihat pasukan ini masih boleh terus meningkat," katanya.
Sabah mencari pemain import baharu
Ditanya sama ada merombak pasukan adalah antara usaha memantapkan pasukan, Henry berkata, ia antara yang dipertimbangkan terutama dengan jendela perpindahan pemain dibuka pada 2-29 Mei depan

"Seperti yang saya katakan sebelum ini, usaha memantapkan pasukan adalah proses yang berterusan. Maknanya, apa juga tindakan yang kita ambil, ia adalah demi kemajuan pasukan.
"Kalau merombak pasukan itu boleh menjadikan kita lebih kuat...kenapa tidak (kita buat rombakan). Bagaimanapun, harus diingat bahawa sebarang tindakan itu juga perlu mengambil kira faktor lain seperti dari segi kemampuan kewangan," katanya.
Beliau berkata, kehilangan khidmat pemain utama, Sabri Sahar sepanjang musim ini kerana kecederaan serta keadaan Maxsius Musa yang masih boleh beraksi juga disebabkan kecederaan juga adalah faktor yang diambil kira dalam memantapkan pasukan

"Tambahan atau pertukaran pemain akan dibincangkan dengan jurulatih dan sebarang cadangan akan kemukakan dengan pemangku presiden untuk tindakan selanjutnya," kata Henry.
Katanya, pasukan sangat bertuah kerana pemangku presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA), Datuk Peter Anthony sentiasa memahami dan telah berusaha memenuhi keperluan pasukan

"Kepimpinan dan keprihatinan Datuk (Peter) terutama menjaga kebajikan anggota pasukan membolehkan kami lebih fokus kepada tugas masing-masing sama ada sebagai pegawai pasukan mahupun pemain," katanya.
Tambadau Sabah akan memulakan kempen pusingan kedua melayani kunjungan Selangor United di Stadium Likas pada 4 Mei dan tanpa perlawanan kira-kira dua minggu sebelum perlawanaan kedua menentang UKM FC di tempat lawan pada 18 Mei. Tambadau Sabah akan memulakan pusingan kedua di tangga ketiga selepas kedudukannya di tempat kedua sebelumnya dipintas UiTM FC. Sepuluh perlawanan pusingan pertama menyaksikan Sabah mengumpul 18 mata dengan rekod lima menang, tiga seri dan dua kalah manakala UiTM di tangga kedua dengan 20 mata sementara JDT II mendahului dengan 24 mata. Tempat ke Liga Super untuk pasukan dari Liga Premier diperuntukkan kepada dua pasukan teratas




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sabahanviral.blogspot.com/2019/04/liga-premier-henry-yakin-tambadau-lebih.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tambadau Yakin Naik Liga Super Musim Depan

Tambadau Yakin Naik Liga Super Musim Depan

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 260 hits
Tambadau yakin naik Liga Super musim depanPETER ANTHONYSkuad Tambadau Sabah boleh menentukan nasibnya sendiri bagi merealisasikan sasaran naik ke Liga Super musim depan Lapan baki perlawanan akan jadi penentu tetapi kami kini di kedudukan b...
Pasukan Sabah Harus Menang Untuk Kekal Sebagai Pencabar Utama Liga Premier 2019

Pasukan Sabah Harus Menang Untuk Kekal Sebagai Pencabar Utama Liga Premier 2019

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 465 hits
Pasukan Sabah harus menang untuk kekal sebagai pencabar utama Liga Premier 2019Pemain Tambadau Sabah semasa sesi pemanasn badan sebelum latihan di Stadium Likas pada Khamis Hanya kemenangan pilihan terbaik Tambadau Sabah untuk terus menjadi...
Kedudukan Carta Liga Premier Futsal Malaysia 2019

Kedudukan Carta Liga Premier Futsal Malaysia 2019

papar berkaitan - pada 11/6/2019 - jumlah : 613 hits
Kedudukan Carta Liga Premier Futsal Malaysia 2019 NANTIKAN satu kejohanan yang ditunggu tunggu iaitu Liga Premier Futsal Malaysia atau dikenali sebagai Malaysia Premier Futsal League 2019 bakal membuka tirai mulai 22 Jun 2019 hingga 29 Sept...
Rakyat Lebih Yakin Polis Jangan Takut Ipcmc

Rakyat Lebih Yakin Polis Jangan Takut Ipcmc

papar berkaitan - pada 31/5/2019 - jumlah : 241 hits
IPCMC sebuah badan siasatan bebas yang bukan hanya mendakwa tetapi juga menyerlahkan pasukan polis Foto oleh Hari AnggaraKUALA LUMPUR 30 Mei Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis yang dicadangkan mempunyai peranan penting dalam menin
Perpindahan Pemain Jendela Kedua Liga Malaysia Catat Penurunan

Perpindahan Pemain Jendela Kedua Liga Malaysia Catat Penurunan

papar berkaitan - pada 31/5/2019 - jumlah : 279 hits
Jendela perpindahan kedua pemain Liga Malaysia 2019 dilihat mengalami penurunan perpindahan pemain paling minima pada musim ini berbanding tahun tahun sebelumnya selepas berakhirnya proses pendaftaran pemain pada Rabu Jelas Ketua Pegawai Op...
Sabah Naik Tangga Kedua Liga Perdana Malaysia

Sabah Naik Tangga Kedua Liga Perdana Malaysia

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 298 hits
PEMAIN Sabah Rodoljub Paunivic melakukan jaringan pertama bagi Pasukan Sabah menewaskan penjaga gol Selangor United Muhamad Nuraizat Abdul Aziz pada saingan Liga Perdana di Stadium Likas Kota Kinabalu Foto Edmund Samunting Sabah naik tangga...
Tambadau Miliki Lebih Dari 11 Pemain Sandaran

Tambadau Miliki Lebih Dari 11 Pemain Sandaran

papar berkaitan - pada 19/6/2019 - jumlah : 402 hits
Tambadau miliki lebih dari 11 pemain sandaranJELIUS semasa mengendalikan latihan terakhir di Kompleks Sukan Kota Kinabalu pada Isnin Tambadau Sabah miliki lebih dari 11 pemain yang boleh disandarkan sebagai kesebelasan utama untuk tidak mer...
Keputusan Liga Super Malaysia Pusingan Ke 16

Keputusan Liga Super Malaysia Pusingan Ke 16

papar berkaitan - pada 15/6/2019 - jumlah : 478 hits
Keputusan empat perlawanan bola sepak Liga Super Malaysia yang berlangsung pada pukul 9 00 malam 14 Jun 2019 pusingan ke 16 KEPUTUSAN PENUHKedah 0 0 PahangFelda United 5 4 PKNS FCPetaling Jaya City FC 0 1 PerakPKNP 1 1 Johor DT
Ketua Polis Selangor Mengesahkan Tiada Unsur Khianat Dikesan Dalam Siasatan Letupan Gas Putra Heights

The Salt March Of 1930 Gandhi S Peaceful Revolution That Shook An Empire

Lg Ai Home Promo Gives You Rm2 800 Ewallet Credits

The Science Behind Stress Sips How Breakthrough Boosts Hormonal Harmony

Which Snack Is Better For Health Chips Or Biscuits

Rihanna Drops Fenty X Puma Smurfs Collab

Apa Sudah Jadi Madani

Udang Goreng Dengan Kacang Dan Karot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Penipuan Sekuriti Bekas Pegawai Bank Pelaburan Dipenjara 2 Tahun Denda Rm1 Juta

Ucapan Hari Jadi Birthday Wishes Yang Sweet

Simple Birthday Celebration Untuk Encik Suami

Resipi Kuih Puteri Ayu Lembut Gebu Begini Cara Buatnya

Monolog Jiwa Disebalik Senyum 2

Syazwan Syahmi Luka Dalam Diam Chord