Tamat Sudah Kelas Phop Batch 27
Tamat Sudah Kelas PhoP Batch 27 | It’s a wrap up.
Alhamdulillah. Cepat betul masa tu berlalu. Sedar sedar genap sebulan lebih bersama dengan Ticer. Actually, ni kelas PhoP yang kesembilan Fizah repeat. Wowww kesembilan kali dah rupanya daku repeat kelas PhoP ni.
Kenapa repeat?
Sebab setiap kelas tu tak sama ilmu yang ticer share. Ada je benda baru yang Fizah dapat setiap kali repeat. Memandangkan setiap batch tu ticer berikan task yang berlainan, maka ilmu yang kitorang dapat pun konfem lain dari batch batch sebelum ni.
Malangnya, Fizah tak submit kesemua task yang ticer bagi. Fizah berjaya submit 2 task sahaja dan Alhamdulillah salah satu task Fizah tersenarai dalam Top 40.
Okay jom layan 2 gambar yang Fizah submit untuk Batch 27 ni.
Task 1 : Product
Kali ni Fizah pilih Hand Dish Wash Shaklee ni pulak. Alhamdulillah gambar ni tersenarai dalam Top 40 lagi kali ni. Cuma Ticer suruh tukar warna untuk font Header tu sebab warna yang Fizah letak ni nampak suram.
So, Fizah tukar warna font tu ke warna hijau, ikut apa yang Ticer suggest. And memang betul, font tu nampak lebih naik warna dan serinya. Ticer punya komen memang superb!
Task 2 : Street Photography - Unique Space
Okay, yang ni pulak task kedua kami. Biasanya task kedua ni memang agak struggle sebab ia task outdoor. Nampak macam senang tapi kita bukan boleh main snap je. Ticer nak gambar yang kita hantar tu ada story dia. Setakat Fizah join kelas PhoP ni la kan, baru 2 atau 3 kali macam tu gambar Fizah terpilih untuk Top 40. Hmmm susah tau nak bagi ticer feel the soul untuk gambar yang dihantar.
Task kali ni Fizah pilih tangga berpusing ni. Fizah rasa tangga berpusing macam ni agak unik. Fizah shoot gambar ni di Timurbay Residence. Masa Ticer bagi task ni, terus teringat tangga ni. So, waktu pergi ke Timurbay, terus snap gambar tangga ni.
Alhamdulillah Ticer komen nampak unik tangga ni cuma, sepatutnya gambar ni kena nampakkan sekali tempat pemegang tangga kat bahagian tepi tu, then Ticer cakap cara Fizah edit gambar pun salah. Makanya, gambar ni tak terpilih untuk Top 40 😂
..
Untuk Task ketiga pulak, Ticer bagi Task Pickles. Fizah dah siap beli pickles nak snap tapi tak dan jugak nak submit. Task keempat (Food Photography) pun Fizah tak sempat nak submit sebab dalam tempoh 2 minggu tu Fizah punya jadual agak pack. So, Fizah just tengok je kawan-kawan submit gambar diorang.
Tak happy tau bila tak dapat submit task sebab ramai student yang repeat kelas PhoP ni sebab nak dengar Ticer komen gambar yang kita submit. Daripada komen Ticer tu lah, baru kita dapat belajar apa yang betul, apa yang salah.
Akhir kata, terima kasih tak terhingga buat Ticer Lini Mohd atas segala ilmu yang ticer curahkan buat saya dan juga kami semua di Batch 27. Sesungguhnya, banyak sangat dah ilmu yang saya dapat dari Ticer.
In Shaa Allah jumpa lagi di Batch 28 😃
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.fizahabdulhalim.com/2020/10/tamat-sudah-kelas-phop-batch-27.html