Taman Tema Air Sunway Lagoon Kini Dibuka
TAMAN TEMA AIR SUNWAY LAGOON KINI DIBUKA
MENGIKUT SOP YANG TELAH DITETAPKAN OLEH KEMENTERIAN KESIHATAN
Pada 4 Julai 2020, AlongMurni (AM) sempat singgah ke Taman Tema Air Sunway Lagoon rentetan pembukaan semula pintunya selepas ditutup sejak 18 Mac susulan pandemik COVID-19. Pelbagai hadiah istimewa kepada 1,000 pengunjung pertama dan pembeli pas Quack Xpress secara dalam talian untuk kunjungan yang datang selama 2 hari ini.
AM dimaklumkan yang pihak Sunway Lagoon telah melakukan persediaan menyeluruh terutama dari segi kebersihan dan keselamatan bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan.
Untuk pengetahuan semua, suhu badan pengunjung yang datang diambil di pintu masuk dan perlu mengisi borang deklarasi diri secara digital sebelum memasuki Sunway Lagoon manakala pemakaian pelitup muka adalah digalakkan. Pihak Sunway Lagoon hanya akan membenarkan kemasukan 50 peratus daripada kapasiti pengunjungnya bagi memastikan penjarakan sosial.
Sepanjang berada d Sunway Lagoon telah tersedia Sanitizer di setiap check point. Menurut pandangan doktor pakar penyakit berjangkit, Dr Aaron E Glatt, membasuh tangan menggunakan air dan sabun sepatutnya dijadikan sebagai satu prioriti buat setiap individu. Hand sanitizer boleh digunakan namun perlulah digunakan sebagai cecair tambahan bagi mencegah penyebaran kuman kepada individu yang lain.
Bakteria seperti Clostridium difficile tidak boleh dibasmi dengan hanya menggunakan hand sanitizer, begitu juga dengan Norovirus. Oleh itu, amat penting bagi kita untuk memahami bahawa fungsinya ini adalah seperti suplemen makanan. Kebersihan tangan boleh diperkuatkan dengan penggunaan hand sanitizer.
Jadi apalagi, setiap check point atau selesei je boleh sanitizer je tangan.. Di mana-mana check point dan lokasi aktiviti di Sunway Lagoon terdapat Sanitizer. Segalanya telah tersedia, jadi terpulang pada individu samada nak tengok sahaja atau ambil tindakan untuk menggunakan Sanitizer. Jaga kesihatan diri agar tidak memudaratkan orang lain
Berikut AM siapkan video AM bersama rakan-rakan di Sunway Lagoon
View this post on Instagram
Memori di @sunwaylagoonmalaysia 2020A post shared by ALONGMURNI (@murni4485) on Jul 6, 2020 at 5:39am PDT
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://alongmurni.blogspot.com/2020/07/taman-tema-air-sunway-lagoon-kini-dibuka.html