Panggung Wayang Taman Tema Prasekolah Tadika Banyak Lagi Sektor Mula Beroperasi Hari Ini Bernama


KUALA LUMPUR, 1 Julai –  Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang memasuki hari ke-106 dan hari ke-22 Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) hari ini menyaksikan lebih banyak sektor ekonomi termasuk subsektor pelancongan dibenarkan beroperasi.
Apa yang menjadi tumpuan adalah semua sektor yang dibenarkan ini berjaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Ini kerana, pematuhan SOP menjadi pengukur kepada proses pemulihan negara menuju ke arah negara bebas pandemik COVID-19 sekali gus membolehkan kerajaan melaksanakan strategi keluar setelah lebih tiga bulan dibelenggu virus tidak bervaksin ini.
Jika sebelum ini terdapat kekhuatiran dalam kalangan masyarakat terhadap kelonggaran demi kelonggaran yang diberikan kerajaan akan mencetuskan gelombang baharu, namun kes baharu positif COVID-19 nampaknya semakin terkawal.
Perkara ini diakui Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dengan menyatakan bahawa walaupun pelbagai sektor ekonomi dibenarkan beroperasi sepenuhnya, namun penularan kes dalam komuniti adalah terkawal.
Beliau dipetik sebagai berkata bagi memastikan proses pemulihan negara berjalan lancar, kerajaan menyediakan SOP untuk kesemua sektor memandangkan pematuhan kepada SOP menjadi faktor utama dalam memutuskan rantaian penularan pandemik COVID-19.
Jika diimbas kembali, selain kebenaran operasi kepada sektor ekonomi dan subsektor pelancongan, kerajaan turut membenarkan prasekolah dan Taman Didikan Kanak-Kanak (TADIKA) dibuka sepenuhnya bermula hari ini setelah kebenaran sama diberikan kepada pelajar tingkatan lima dan enam pada 24 Jun lepas.
Bagaimanapun, kesemua sektor tersebut perlu mematuhi SOP selain amalan kebersihan diri yang perlu diutamakan setiap masa walau di mana sahaja berada dan terpakai kepada semua peringkat usia.
Selain itu, dalam keghairahan mereka yang sekian lama tidak melakukan aktiviti rekreasi dan riadah termasuk membawa anak-anak ke taman tema air, kawalan kendiri menjadi perkara yang penting bagi memastikan penularan COVID-19 diputuskan sebagaimana dihasrat kerajaan.
Demikian juga mereka yang mahu ‘memanjakan diri’ di pusat spa, ‘wellness’ dan urut kaki, mereka perlu memastikan premis yang dikunjungi tidak hanya mengambil bacaan suhu tetapi melaksanakan semua langkah pencegahan yang ditetapkan.
Tidak dilupakan peringatan kepada ‘mok de dan pok de’ yang dijemput menghadiri pelbagai majlis termasuk majlis perkahwinan pada hujung minggu ini, sebagai warga emas yang berisiko, golongan ini diharap menjaga jarak sosial selain memakai pelitup muka dan tidak bersalam-salaman dengan tetamu lain.
 
Sumber: Bernama
The post Panggung Wayang, Taman Tema, Prasekolah, TADIKA & Banyak Lagi Sektor Mula Beroperasi Hari Ini – BERNAMA appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/07/01/panggung-wayang-taman-tema-prasekolah-tadika-banyak-lagi-sektor-mula-beroperasi-hari-ini-bernama/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tangguhkan Pembukaan Prasekolah Tadika Kerana Banyak Yang Belum Bersedia Untuk Beroperasi Ikut Sop Nutp

Tangguhkan Pembukaan Prasekolah Tadika Kerana Banyak Yang Belum Bersedia Untuk Beroperasi Ikut Sop Nutp

papar berkaitan - pada 23/6/2020 - jumlah : 583 hits
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia meminta agar kerajaan menangguhkan pembukaan prasekolah dan tadika yang dijadual bermula 1 Julai ini Presiden NUTP Aminudin Awang berkata pihaknya mendapati kebanyakan prasekol...
Taman Tema Air Boleh Beroperasi Bermula 1 Julai 2020 Ismail Sabri

Taman Tema Air Boleh Beroperasi Bermula 1 Julai 2020 Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 29/6/2020 - jumlah : 490 hits
PUTRAJAYA Sebanyak 54 taman tema termasuk taman tema air di seluruh negara dibenarkan beroperasi bermula Rabu ini kata Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Beliau berkata kebenaran operasi pada 1 Julai itu membabitkan lebih 10 000 t...
Pasar Tani Kuala Besut Kembali Beroperasi Hari Ini

Pasar Tani Kuala Besut Kembali Beroperasi Hari Ini

papar berkaitan - pada 29/6/2020 - jumlah : 498 hits
Oleh Saifullah JusohBESUT 29 Jun Para peniaga Pasar Tani Kuala Besut menarik nafas lega apabila pasar berkenaan sudah dibenarkan kembali beroperasi mulai hari ini Hampir tiga bulan Pasar Tani Kuala Besut ditutup untuk urusan jual beli susul...
Taman Burung Kuala Lumpur Dah Mula Beroperasi Jangan Lupa Follow Sop Ni

Taman Burung Kuala Lumpur Dah Mula Beroperasi Jangan Lupa Follow Sop Ni

papar berkaitan - pada 24/6/2020 - jumlah : 534 hits
Mesti korang tengah bingung lagi kan taktahu nak jalan kemana Lagi lagi yang ada anak tu takde idea nak bawa diorang kemana yang selamat dan dah bukak So ni salah satu cadangan apa kata korang jalan jalan ke Taman Burung Kuala Lumpur Facts ...
Belum Bersedia Nutp Minta Kerajaan Tangguh Buka Prasekolah Tadika

Belum Bersedia Nutp Minta Kerajaan Tangguh Buka Prasekolah Tadika

papar berkaitan - pada 23/6/2020 - jumlah : 378 hits
June 23 2020 Presiden NUTP Aminudin Awang berkata kebanyakan prasekolah dan tadika belum bersedia untuk beroperasi berikutan kekangan infrastruktur dalam memenuhi SOP yang ditetapkan KUALA LUMPUR Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan S...
Garis Panduan Pembukaan Semula Prasekolah Tabika Tadika Kpm Dan Swasta Pada 1 Julai 2020

Garis Panduan Pembukaan Semula Prasekolah Tabika Tadika Kpm Dan Swasta Pada 1 Julai 2020

papar berkaitan - pada 22/6/2020 - jumlah : 675 hits
Garis Panduan Pembukaan Semula Prasekolah sumber BernamaGaris Panduan Pembukaan Semula Prasekolah sumber BernamaKenyataan Media KPM pembukaan semula Prasekolah Tabika Tadika kendalian kerajaan dan swasta pada 1 Julai 2020 RabuKenyataan Medi...
Taman Tema Air Sunway Lagoon Kini Dibuka

Taman Tema Air Sunway Lagoon Kini Dibuka

papar berkaitan - pada 7/7/2020 - jumlah : 625 hits
TAMAN TEMA AIR SUNWAY LAGOON KINI DIBUKAMENGIKUT SOP YANG TELAH DITETAPKAN OLEH KEMENTERIAN KESIHATANPada 4 Julai 2020 AlongMurni sempat singgah ke Taman Tema Air Sunway Lagoon rentetan pembukaan semula pintunya selepas ditutup sejak 18 Mac...
Prasekolah Dan Tadika Dibuka Pada Rabu

Prasekolah Dan Tadika Dibuka Pada Rabu

papar berkaitan - pada 29/6/2020 - jumlah : 265 hits
Menjelang pembukaan prasekolah tabika serta tadika kerajaan dan swasta yang dijadual bermula Rabu ini ibu bapa semestinya sibuk menguruskan persiapan anak anak selepas lebih tiga bulan tidak ke sekolah susulan pelaksanaan Perintah Kawalan P...
Pkpp Prasekolah Tadika Dibuka Rabu Ini Persiapan Rapi Buat Si Cilik

Pkpp Prasekolah Tadika Dibuka Rabu Ini Persiapan Rapi Buat Si Cilik

papar berkaitan - pada 29/6/2020 - jumlah : 308 hits
KUALA LUMPUR 29 Jun Menjelang pembukaan prasekolah tabika serta tadika kerajaan dan swasta yang dijadual bermula Rabu ini ibu bapa semestinya sibuk menguruskan persiapan anak anak selepas lebih tiga bulan tidak ke sekolah susulan pelaksanaa...
Dugaan Pagi Khamis

Insentif Mahasiswa Johor Sesi 1 2025

A Noble Idea But Can A Non Islamic Religious Affairs Advisory Board Strengthen National Unity

Sambal Bendi Goreng

Utp Breaks Into Top 50 In Asia University Rankings

A Country Residence In Moscow By Ariana Ahmad Where Refined Design Meets Artful Living

Photoshoot Raya 2025 Di Rizq Production

Lajnah Baru Tok Hepi Dapat Berita Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Muda Yan

Brownies Monster Merbok

Peringatan Domain Blog Tamat Tempoh

Top Metal Recycling Companies In Malaysia Hydro Metal

Viu Tampilkan Penamat Alternatif Bidaah Mungkin Setup Musim Kedua

Ulasan Filem Blood Brothers Bara Naga