Taman Rekreasi Gunung Lang Salah Satu Tempat Menarik Di Ipoh Perak


Taman Rekreasi Gunung Lang Salah Satu Tempat Menarik Di Ipoh Perak | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Alhamdulillah hari sudah hari ke 5 kita berpuasa di bulan Ramadan semoga kita terus kuat dalam menjalani ibadah dan memperbanyakkan amalan sunat di bulan mulia ini. Hari ini Sha nak kongsikan kenangan bersama keluarga kecil Sha di Taman Rekreasi Gunung Lang baru-baru ini yang pastinya sebelum kita menyambut bulan Ramadan 1440H iaitu pada 4 mei 2019 (Sabtu).
 
Gunung Lang terletak kira-kira 5 kilometer sahaja daripada Bandar Ipoh menjadi pilihan untuk warga Ipoh dan pelancong luar singgah untuk menikmati pemandangan dan beriadah dan pastinya menjadi tempat kegemaran kepada pecinta fotografi untuk bermain dengan kreativiti masing-masing. Pada hari Sha berada di sini terdapat ramai orang Pantai Timur berkunjung ke sini

 
Daripada jeti bot yang mempunyai air terjun buatan kita akan menaiki bot untuk ke taman tersembunyi yang mempunyai kemudahan tempat pejalan kaki, taman permainan kanak-kanak, menara pandang jauh, rumah trasional perak, pergola, binatang, tandas dan surau


Adk Nur dihadapan Menara Pandang Jauh


Di sini juga terdapat rumah sewaan basikal, ada basikal biasa dan ada basikal berkembar jadi pada yang tak larat nak pusing taman berjalan kaki, boleh menyewa basikal di sini

Taman permainan kanak-kanak Gunung Lang yang luas untuk anak-anak bermain bersebelahan dengan menara pandang jauh.


Abang Zaryth bergaya dengan landskap yang ada di Taman Rekreasi Gunung Lang. Pada yang suka kepada fotografi memang sesuai sangat kerana di sini korang boleh pilih dan bermain dengan kemahiran fotografi masing-masing.


Abang Zaryth di hadapan Menara Tinjau yang menjadi tempat bergambar kepada pengunjung di sini. Pada pendapat Sha tempat ini sangat sesuai bagi yang sedang mencari tempat atau lokasi fotografi untuk perkahwinan sekitar ipoh. Jadi bakal pengantin boleh pilih tempat ini untuk merakam kenangan perkahwinan korang di sini nanti.


Sejarah Gunung Lang yang merupakan tasik buatan daripada belas lombong berkeluasan 14 hektar. Taman Rekreasi Gunung Lang diklasifikasikan sebagai Taman Bandar Ipoh dengan kemudahan untuk pengunjung yang mana kemudahan diuruskan oleh pihak Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).


Kemudahan yang ada di jeti bot seperti kaunter tiket, makanan ikan, mesin air, tandas, kaunter gambar kenangan, kedai makan dan kedai runcit. Selain itu parking kereta adalah percuma


Taman permainan kanak-kanak yang ada ada berhampiran tempat parking. Kebiasaanya bagi warga Ipoh sendiri jika tidak mahu menyeberangi tasik untuk ke taman sebelah sana, mereka akan beriadah melayan kerenah anak-anak di sini sahaja.


Antara binatang yang dijaga di Taman Rekreasi Gunung Lang adalah seperti Landak Bunga, Rusa, Kuda Poni, Lembu, Burung Unta dan beberapa spesis burung lain lagi


Abang Zaryth bergambar di Mural Taman Rekreasi Gunung Lang yang ada di laluan pejalan kaki. Sha terlepas pandang untuk tengok dinding batu kapur yang menyerupai muka gorila. Jadi nanti jika korang ke sini jangan lupa cari muka gorila tersebut.


Untuk tahu tempat yang perlu korang jelajahi di Taman Rekreasi Gunung Lang Ipoh ini korang boleh ikut tanda arah yang ada bagi memudahkan perjalanan korang.

*********************************************************************************
Tempat Menarik Di Perak
Movie Animation Park Studios (MAPS) IpohThe Cedar Villa Bidor Perak Bandar Agacia Kampar - Lokasi Fotografi
*********************************************************************************


Untuk pengetahuan korang air terjun buatan yang ada di sini mempunyai waktu tertentu dan mengikut jadual jadual yang ditetapkan dan dikawal selia oleh Jabatan Landskap MBI seperti ketetapan di atas.

Waktu Operasi BotIsnin - Khamis
8.30 pagi hingga 6.00 petang
Jumaat
8.30 pagi hingga 11.30 pagiRehat 12.00 tengahari hingga 2.45 petang3.00 petang hingga 6.00 petang
Sabtu/Ahad
8.30 pagi hingga 6.00 petang
Harga Tiket BotDewasa (Umur 13 hingga 54 tahun) - RM 3.00 / orangKanak-Kanak (Umur 2 hingga 12 tahun) - RM 1.50/ seorangWarga Emas (umur 55 tahun ke atas) - RM 1.50/seorang
Oleh kerana agak lama Sha dan suami tak bawa anak-anak berjalan-jalan di sini mereka agak teruja terutamanya Abang Zaryth yang memang mood baik pada hari itu. Jadi untuk korang yang berniat nak jalan-jalan ke Ipoh bolehlah memasukkan Taman Rekreasi Gunung Lang ini sebagai salah satu destinasi singgahan korang nanti. Semoga hari-hari korang terus ceria selalu

Terima kasih


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.shalimaryusof.com/2019/05/taman-rekreasi-gunung-lang-salah-satu-tempat-menarik-di-ipoh-perak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Senarai 5 Restoran Yang Menyediakan Buffet Ramadan 2019 Di Sekitar Ipoh Perak

Senarai 5 Restoran Yang Menyediakan Buffet Ramadan 2019 Di Sekitar Ipoh Perak

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 802 hits
Senarai Restoran Yang Menyediakan Buffet Ramadan 2019 Di Sekitar Ipoh Perak Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Seperti tahun tahun sebelumnya kebanyakkan hotel dan tempat makan akan mengadakan promosi awal sebelum bermulanya bulan Ramadan ...
Putrade Allsuites At Rpgc Pilihan Penginapan Terbaik Di Ipoh Perak

Putrade Allsuites At Rpgc Pilihan Penginapan Terbaik Di Ipoh Perak

papar berkaitan - pada 2/5/2019 - jumlah : 842 hits
Ana ni nama sahaja orang Perak jati tapi bukan selalu ke Bandaraya Ipoh ibu negeri Perak Darul Ridzuan Sebabnya kalau balik Perak tu ana terus ke kampung halaman di Teluk Intan dah sampai kampung tu faham faham ajer laa masak makan dengan k...
Facebook Buka Suara Atas Kritik Keras Salah Satu Pendirinya

Facebook Buka Suara Atas Kritik Keras Salah Satu Pendirinya

papar berkaitan - pada 14/5/2019 - jumlah : 363 hits
Salah satu pendiri Facebook Chris Hughes belum lama ini mengkritik keras CEO Facebook Mark Zuckerberg beserta sejumlah keputusannya
Dengan Pertanian Indonesia Akan Jadi Salah Satu Negara Perekonomian Terbesar

Dengan Pertanian Indonesia Akan Jadi Salah Satu Negara Perekonomian Terbesar

papar berkaitan - pada 10/5/2019 - jumlah : 231 hits
PDB pertanian kita menempati posisi 5 di dunia saat ini Pembangunan pertanian terbukti telah ikut andil dalam mendorong pertumbuhan ekonomi Indonesia baik dalam jangka pendek maupun jangka panjang Demikian disampaikan Menteri Pertanian RI A...
Viralkan Aishah Frozen Food Pasaraya 100 Milik Muslim Di Ipoh Perak

Viralkan Aishah Frozen Food Pasaraya 100 Milik Muslim Di Ipoh Perak

papar berkaitan - pada 13/5/2019 - jumlah : 2032 hits
Aisha Frozen FoodProduk Muslim Halalan Thoyyibah Jom ke Aisha Frozen Food Menjual pelbagai produk makanan frozen muslim dari ayam peladang daging burger Ramly Al Khaleed kuih muih dan pelbagai lagi Turut menjual pelbagai produk muslim lain ...
Berbuka Puasa Di Restoran Ipoh Hainan Chicken Rice Ipoh Perak

Berbuka Puasa Di Restoran Ipoh Hainan Chicken Rice Ipoh Perak

papar berkaitan - pada 18/5/2019 - jumlah : 1013 hits
Berbuka Puasa Di Restoran Ipoh Hainan Chicken Rice Ipoh Perak Alhamdulillah ada rezeki lebih suami jadi suami Sha mempelawa Sha untuk berbuka puasa di luar sahaja Pada pagi semalam kami pun sama samalah fikir lokasi berbuka puasa yang berpa...
Tips Dan Tempat Menarik Travel Di Pulau Jeju

Tips Dan Tempat Menarik Travel Di Pulau Jeju

papar berkaitan - pada 15/5/2019 - jumlah : 431 hits
Aku personally lebih suka cerita pasal Busan sebab my parents live there and in fact aku lebih familiar dengan tempat tempat di Busan berbanding Seoul atau Jeju Island Tetapi aku takut orang bosan sebab asyik baca pasal Busan je kat blog ak...
Janda Anak Satu Ini Akui Skandal Aliff Aziz Jadi Tempat Mengadu Masalah Rumah Tangga

Janda Anak Satu Ini Akui Skandal Aliff Aziz Jadi Tempat Mengadu Masalah Rumah Tangga

papar berkaitan - pada 17/5/2019 - jumlah : 1622 hits
Wanita yang dikenali sebagai Meri Meifina yang ditemui mStar mengakui mengenali Aliff Aziz di sebuah kelab malam kira kira setahun yang lalu Menurutnya penyanyi kelahiran Singapura itu pernah meminta bantuan membeli tiket penerbangan selain...
Salah Satu Sumber Gratifikasi Pejabat Kemenpupr Dari Proyek Di Istana Negara

Salah Satu Sumber Gratifikasi Pejabat Kemenpupr Dari Proyek Di Istana Negara

papar berkaitan - pada 16/5/2019 - jumlah : 295 hits
Dalam surat dakwaan yang dibacakan jaksa hari ini proyek SPAM di istana negara Jakarta dan Cipanas menjadi salah satu sumber gratifikasi Anggiat
Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation