Japanese Encephalitis Kes Terbaru Di Pulau Pinang


JAPANESE ENCEPHALITIS (JE) : KEJADIAN KES JAPANESE ENCEPHALITIS DI PULAU PINANG

Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) ingin memaklumkan bahawa terdapatnya wabak Japanese Encephalitis (JE) yang sedang berlaku di dalam negeri dengan sebanyak dua (2) kes telah didaftarkan. Kedua-dua kes berkenaan dikenal pasti dari lokaliti Sungai Bakap, daerah Seberang Perai Selatan. Kes terakhir penyakit bawaan nyamuk ini dilaporkan di Pulau Pinang adalah pada tahun 2018.

Sehubungan itu, semua fasiliti kesihatan mengambil langkah waspada dan meningkatkan tahap kesiapsiagaan dalam pengesanan kes baharu Japanese Encephalitis (JE) khususnya dari lokaliti Sungai Bakap dan amnya daerah Seberang Perai Selatan. Fasiliti kesihatan akan melaporkan segera kes-kes yang disyaki kepada Pejabat Kesihatan Daerah bagi membolehkan aktiviti kawalan dilaksanakan secepat mungkin bagi membendung penularan wabak penyakit ini.

Kakitangan Pejabat Kesihatan Daerah Seberang Perai Selatan juga turut melaksanakan pengesanan kes secara aktif dengan melakukan kunjungan ke rumah-rumah di sekitar kes dan mengenal pasti sekiranya terdapat individu yang mengalami demam berserta dengan simptom neurologi seperti sakit kepala, tanda meningisme, pengsan, disorientasi, koma, gegaran anggota, lumpuh, kekejangan otot dan kehilangan koordinasi yang bermula daripada tarikh 12 Mei 2020.

Memandangkan penyakit ini disebarkan melalui gigitan nyamuk Culex, kegiatan pemusnahan tempat pembiakan nyamuk, semburan larvasiding dan semburan kabus akan dilaksanakan di lokaliti berkenaan bagi memutuskan rantaian jangkitan penyakit dengan membunuh jentik-jentik dan juga nyamuk dewasa.

Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang ingin menasihati masyarakat umum untuk mengambil langkah-langkah bagi menghentikan penularan penyakit JE seperti berikut :

i)  Melakukan pemeriksaan dalam rumah dan kawasan sekitar bagi menghapuskan tempat-tempat pembiakan nyamuk. Ubat pembunuh jentik-jentik nyamuk boleh diperolehi daripada klinik-klinik kesihatan kerajaan.

ii) Menjalankan gotong-royong pembersihan di kawasan rumah sendiri dan sekitar sambil mengamalkan prinsip 3S iaitu elakkan sesak, sempit serta sembang secara dekat bagi menghapuskan bekas atau tempat berpotensi pembiakan nyamuk.

iii) Memberikan kerjasama dengan membenarkan anggota kesihatan membuat pemeriksaan dan menjalankan semburan kabus di dalam rumah.

iv) Mencegah gigitan nyamuk dengan menggunakan mosquito repellent atau baju/seluar panjang berwarna cerah semasa menjalankan aktiviti di luar rumah dan melakukan semburan aerosol di dalam rumah atau memasang skrin pada tingkap.

v) Mendapatkan rawatan segera di klinik atau hospital apabila mengalami demam dan tanda-tanda penyakit seperti yang dinyatakan di atas.

#jknpenang
#JE

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2020/06/japanese-encephalitis-je-kes-terbaru-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sprm Buka Semula Kes Terowong Dasar Laut Pulau Pinang

Sprm Buka Semula Kes Terowong Dasar Laut Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 732 hits
Meskipun telah wujud Jambatan Ke 2 Projek terowong dasar laut dan 3 lebuh raya bernilai RM6 3 bilion ini dicadangkan kerajaan Pulau Pinang untuk mengurangkan lalu lintas di jambatan pertama more Tetapi dalam masa yang sama projek ini juga j...
Terowong Bawah Laut Pulau Pinang Perkembangan Terkini Kes Guan Eng Saman Raja Petra

Terowong Bawah Laut Pulau Pinang Perkembangan Terkini Kes Guan Eng Saman Raja Petra

papar berkaitan - pada 1/7/2020 - jumlah : 624 hits
Bekas menteri kewangan Lim Guan Eng akan memberi keterangan pada prosiding menaksir jumlah ganti rugi saman fitnah beliau terhadap penulis blog Raja Petra Raja Kamarudin berhubung dakwaan rasuah dalam projek terowong dasar laut Pulau Pinang...
Kes Chikungunya Meningkat Di Pulau Pinang

Kes Chikungunya Meningkat Di Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 18/6/2020 - jumlah : 393 hits
Kes chikungunya di Pulau Pinang merekodkan peningkatan mendadak dalam tempoh seminggu dengan 55 kes dicatatkan bagi tempoh 7 hingga 13 Jun lepas Gambar The StarGEORGE TOWN Kes chikungunya di Pulau Pinang merekodkan peningkatan mendadak dala...
Pulau Pinang Tidak Lagi Hadkan Jumlah Jemaah Solat Bersandar Jarakan Sosial

Pulau Pinang Tidak Lagi Hadkan Jumlah Jemaah Solat Bersandar Jarakan Sosial

papar berkaitan - pada 24/6/2020 - jumlah : 391 hits
GEORGE TOWN 23 Jun Pulau Pinang membenarkan solat fardu berjemaah solat Jumaat solat sunat Aidiladha dan solat jenazah bukan pesakit COVID 19 serta aktiviti kuliah disertai bilangan jemaah mengikut keluasan ruang solat masjid dan surau meng...
Pulau Pinang Ketepi Caj Hotel Selama 6 Bulan Bermula Julai

Pulau Pinang Ketepi Caj Hotel Selama 6 Bulan Bermula Julai

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 534 hits
Industri pelancongan bergelut untuk pulih susulan kesan wabak Covid 19 GEORGE TOWN Kerajaan Pulau Pinang memutuskan untuk mengecualikan caj penginapan di hotel selama 6 bulan bermula 1 Julai ini dalam usaha untuk merangsang industri perhote...
Taman Negara Pulau Pinang Rentis Ke Pantai Kerachut

Taman Negara Pulau Pinang Rentis Ke Pantai Kerachut

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 881 hits
Ahad 21 Jun 2020Inilah destinasi tujuan saya dan suami ke Teluk Bahang TAMAN NEGARA PULAU PINANG Taman Negara ini terletak di bawah seliaan Jabatan PERHILITAN dan mula dibuka semula kepada pelawat pada 15 Jun lalu Kami ke sana berpandukan G...
Kerajaan Cina Dap Luluskan Pembukaan Masjid Di Pulau Pinang

Kerajaan Cina Dap Luluskan Pembukaan Masjid Di Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 24/6/2020 - jumlah : 395 hits
TUAH REEZAL YBAlhamdulillah I LOVE DAP Kerajaan Cina DAP Pulau Pinang dah luluskan pembukaan semula Masjid2 di seluruh Pulau Pinang Macam mana dengan Kerajaan Melayu Islam PAS Kedah Kelantan dan Terangganu bila nak bagi kebenaran untuk buka...
Hotel 40 Tahun Di Pulau Pinang Gulung Tikar

Hotel 40 Tahun Di Pulau Pinang Gulung Tikar

papar berkaitan - pada 24/6/2020 - jumlah : 497 hits
Holiday Inn Resort yang telah beroperasi lebih daripada 40 tahun di Pulau Pinang menjadi hotel The post appeared first on
Solat Fardu Berjemaah Ceramah Di Pulau Pinang Dibenarkan

Solat Fardu Berjemaah Ceramah Di Pulau Pinang Dibenarkan

papar berkaitan - pada 24/6/2020 - jumlah : 437 hits
Bilangan jemaah solat fardu solat jenazah bukan pesakit Covid 19 kuliah dan ceramah di Pulau Pinang yang dibenarkan mulai esok perlu mengikut keluasan ruang solat masjid atau surau Ia juga dilaksanakan dengan mengambil kira penjarakan sosia...
Lirik Lagu Untuk Yang Bersamanya Mahalini

Austrian Avalanche Our 7 Favorite Custom Ktm Motorcycles

Sarapan Sa Pagi Ini Jumaat 19 Dec 2025

Penyakit Jantung Iskemia Terus Jadi Punca Utama Kematian Di Malaysia Selangor Catat Jumlah Tertinggi

Diskaun Tol 50 Hari Krismas 2025 Tarikh Waktu Pelaksanaan

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pahang Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pahang Perhebat Usaha Cegah Rasuah

Kejayaan Mihas Shanghai Jualan Melonjak Melebihi Jangkaan

Paper Cup Viral Kenapa Rekaan Simple Lebih Menarik Pelanggan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


The Lodge Maribaya Bandung Lokasi Aktiviti Menarik Dan Spot Bergambar Cantik

Anugerah Rekod Nilam

Reset Hidup Untuk Tahun 2026 Cara Mulakan Semula Tanpa Tekanan

The Roi Of A Coffee

Fungsi Sleeve Paper Cup Dalam Industri Kafe F B

Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan