Taman Mini Di Tepi Rumah Ros Jepun
assalamualaikum 😊kembali bersiaran
beberapa hari tak blogging - 😄 holiday ke Bangkok
siang tadi baru selamat jejak kaki di rumah ni
alas kaki yg gojes beli di Romantika.
alas kaki luar rumah pun mesti gojes, kan 😍 😄.
sgt la bersyukur sebab balik rumah dgn selamat. setelah 4.5 hari berjauhan dgn keluarga
kembali ke pangkuan mr.asben dan anak-anak. rindu!!
dpt peluk Ijat. cium Ijat... rindu!!
dpt tgk muka kakak-kakak Ijat. peluk diorang. rindu!!
then, wajiblah jengah taman mini di tepi sliding door
💙💚💜 taman mini ros jepun ku yg menyamankan fikiran
4.5 hari ku tinggalkan korang. sihatkah ros jepun ku?
3 pasu ni adalah ros jepun paling awal saya miliki. kira nyer ros jepun otai ler ni.
beli dari kawan - RM30 tunai 😊. kawan jaga sampai subur anak-anak pokoknya, baru la diberikan kepada saya 👌.
2 pasu - ros jepun carnation.
1 pasu - ros jepun duna / selapis.
pelbagai kaler tau 😍 indah bila time diorang kembang.
sgt la cantik ciptaan Allah ni, kan?
sekarang ni saya sedang survey rak kayu yg cantik dan affordable utk letak ros jepun saya.
nampaknya semakin byk dah ni. sedang giat saya biakkannya.
ada plan utk hiasi laman saya dgn hanya pokok ros jepun ni. kecil. warna-warni. akan nampak manis jer la laman saya.
2 gambar ni 👆 saya snap pagi-pagi sekitar jam 8 - 9 pagi beberapa weekend yg lepas, tak ingat bila...
pagi-pagi saya siram. belek. dah start nak kembang. tu yg amik peluang snap gambar 💜. hari kerja memang tak dpt la snap gambar kan.
3 pasu otai ni dah pun saya kerat-kerat utk replant. dah masuk kali ketiga saya kerat utk replant. dah byk pasu kecik-kecik saya biakkan ros jepun ni
batang yg dah dikerat tu, saya rendamkan dulu dlm secawan air
bagi berakar dulu. then only saya tanam dlm tanah. tanah hitam biasa je
nanti la saya tunjukkan prosesnya ye 😉
batang yg dikerat - da segar semuanya membesar mengeluarkan bunga 😊😍.
ok. time to 😴😴😴
jam dah pun tunjuk kul 10.25 mlm. dah terlebih 25 minit waktu tidur saya
pen off di sini ye
bye
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.adianiez.com/2020/01/taman-mini-di-tepi-rumah-ros-jepun.html