Sayu Anak 5 Tahun Pandai Masak Buat Kerja Rumah Rupanya Ibu Dah Meninggal Akibat Kanser


Hana-chan yang tinggal di Fukuoka, Jepun kelihatan seperti kanak-kanak lain yang berusia 5 tahun. Dia pergi ke sekolah pada siang hari dan membuat kerja rumahnya pada waktu malam.

Bagaimanapun, tidak seperti rakan-rakannya, Hana-Chan adalah seorang kanak-kanak berdikari yang membantu menjaga keluarganya.
Rutin paginya tidak hanya menyiapkan diri dan bersarapan. Dia juga memberi makan anjing peliharaan, berjalan-jalan dengan anjingnya, dan belajar alat musik piano sebelum dia pergi ke prasekolah.

Sebaik sahaja dia pulang ke rumah selepas sekolah, Hana-Chan melakukan kerja rumah seperti membasuh baju, melipat baju, membersihkan tab mandi dan rumah, dan juga memasak makan malam untuk ayahnya.

Dia sangat mahir membuat Miso sup, resipi milik neneknya dan diajar kepadanya.

Ibu Hidap Barah Payudara

Ibu Hana penghidap barah payudara sejak 20011. Selepas itu ibu dan bapa Hana mendirikan rumahtangga. Ibu Hana, Chie tidak menyangka dia mengandungkan Hana kerana kesihatan dirinya yang tidak mengizinkan.

Sebelum ibu Hana meninggal, dia menulis sesuatu di blognya. Dia suka menulis tentang perasaanya terhadap keluarga terutama kepada Hana-chan.
Chie menulis “Memiliki anak perempuan adalah keajaiban dalam hidup, saya sayangkan Hana lebih daripada nyawa saya sendiri”
Kanser Kembali Menyerang Chie
Chie tak pernah terfikir kansernya akan kembali menyerang. Chie mengalami episod hitam dalam hidup apabila kansernya semakin merebak di dalam badan dan ketika itu Hana berusia 9 bulan.

Walaupun sedang bertarung dengan maut, Chie masih tetap aktif menulis di blog. Antara penulisannya;
“Tak kira sama ada saya ada kanser atau tidak, saya tahu saya akan mati dulu sebelum anak saya. Tak mengapa. Tapi saya tak mahu mati sia-sia. Saya akan didik Hana sebaiknya.”
Sejak itu, Chie berubah. Dia tahu masanya semakin singkat jadi dia mengajar Hana sesuatu yang bermakna untuk hidupnya.

“Saya mahu Hana boleh buat semua benda dengan sendiri. Saya mahu dia berdikari dan pandai menjaga diri sendiri. Suatu hari nanti, saya akan pergi meninggalkanya. Dia harus bersedia.”
Chie mula fikir yang dia perlu ajar Hana untuk lakukan kerja rumah dan memasak. Kemahiran memasak penting untuk anaknya. Walaupun berpendidikan tapi kalau Hana tak pandai menjaga diri sendiri semua itu tak bermakna.
Chie mahu anaknya tetap boleh berdikari walaupun dimana berada. Sebaik sahaja Hana berusia 4 tahun, dia sudah mampu memegang pisau. Chie kemudian memberikan anaknya apron dan mula belajar memasak.
Ibu Hana Meninggal Dunia
Namun, pada 2018 Chie akhirnya pergi buat selama-lamanya. Dia meninggalkan suami & anaknya Hana namun semangat dan didikan Chie tetap mengalir dalam darah Hana.

Ketika Hana berusia 5 tahun, dia sudah pandai melakukan segala-galanya. Dia mula mengingati semua yang diajar oleh ibunya dan dia pandai mengemas rumah.
Hana Mampu Menguruskan Diri & Keluarga
Hana mengatakan – “Ada benda saya nak bagitahu ibu, saya dah pandai masak bento. Terkejut tak? saya tak menangis lagi. Saya tengah cuba sehabis baik, ibu”

Kisah sedih ini meruntun hati ramai. Banyak pengajaran yang boleh diambil oleh ibu bapa menerusi kisah ibu dan anak ini. Walaupun masih kecil, Hana berjaya dididik oleh Chie dengan baik.
Sumber: GOOD TIMES
The post Sayu, Anak 5 Tahun Pandai Masak & Buat Kerja Rumah Rupanya Ibu Dah Meninggal Akibat Kanser appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/sayu-anak-5-tahun-pandai-masak-buat-kerja-rumah-rupanya-ibu-dah-meninggal-akibat-kanser/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ada Baiknya Ibu Kena Jadi Malas Sekurangnya Anak Tahu Buat Kerja Rumah

Ada Baiknya Ibu Kena Jadi Malas Sekurangnya Anak Tahu Buat Kerja Rumah

papar berkaitan - pada 26/12/2019 - jumlah : 441 hits
Mengajar anak buat kerja rumah di usia awal sangat digalakkan namun ia perlu mengikut peringkat umur Dalam tempoh ini ibu bapa tak boleh terlalu menekan anak cukup sekadar memberi panduan asas agar mereka faham dan perlahan lahan menjadikan...
Anak 2 3 Tahun Tak Pandai Urus Diri Bebas Lampin Yang Patut Mak Ayah Risau Bukan Tak Pandai Abc

Anak 2 3 Tahun Tak Pandai Urus Diri Bebas Lampin Yang Patut Mak Ayah Risau Bukan Tak Pandai Abc

papar berkaitan - pada 28/12/2019 - jumlah : 428 hits
Memandangkan tahun 2020 sudah semakin dekat pasti ada mak ayah yang meletakkan target untuk anak bebas diaper pada tahun depan Disini dikongsikan tentang artikel berkaitan semoga bermanfaat untuk mak ayah yang memerlukan Selamat berjaya MEL...
Gadis 13 Tahun Meninggal Saat Lahirkan Anak Bapa Kandung

Gadis 13 Tahun Meninggal Saat Lahirkan Anak Bapa Kandung

papar berkaitan - pada 31/12/2019 - jumlah : 549 hits
Seorang gadis berusia tiga belas tahun dilaporkan meninggal dunia ketika melahirkan anaknya Lebih menyedihkan anak yang dilahirkan dipercayai zuriat kepada bapa kandungnya sendiri Kejadian yang berlaku di Brazil itu bermula apabila bapa kan...
Ummi Sakit Ibu Seriau Tengok Lidah Anak Terkoyak Kerana Tergigit Akibat Terjatuh

Ummi Sakit Ibu Seriau Tengok Lidah Anak Terkoyak Kerana Tergigit Akibat Terjatuh

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 669 hits
Malang tak berbau seorang kanak kanak perempuan cedera di bahagian lidah akibat terjatuh selepas terpijak selimutnya Kejadian yang berlaku pada Ahad lalu menyebabkan mangsa tergigit lidah dan berlaku pendarahan yang banyak Menurut ibunya Pu...
Tak Perlu Sental Ibu Ini Tunjuk Cara Mudah Basuh Baju Sekolah Anak Putih Sampai Akhir Tahun

Tak Perlu Sental Ibu Ini Tunjuk Cara Mudah Basuh Baju Sekolah Anak Putih Sampai Akhir Tahun

papar berkaitan - pada 1/1/2020 - jumlah : 733 hits
Bagi mak mak tip ni kena kena simpan sangat berguna bila sesi persekolahan baru bermula tahun depan Maklumlah kan waktu tu baju anak masih putih baru Kalau tak memang tiga bulan baju baru dah jadi kedam Cara yang dikongsi Puan Leena Hassan ...
Bocah 16 Tahun Setir Mobil Plat Merah Berujung Kecelakaan Maut Tabrak Motor Tewaskan Ibu Anak

Bocah 16 Tahun Setir Mobil Plat Merah Berujung Kecelakaan Maut Tabrak Motor Tewaskan Ibu Anak

papar berkaitan - pada 24/12/2019 - jumlah : 287 hits
Remaja 16 tahun menjadi supir sebuah mobil dinas APV berplat merah hingga berujung kecelakaan maut Aksi tersebut berujung kecelakaan maut yang melibatkan sepeda motor dan menewaskan dua penumpangnya Diduga pengemudi mobil mengantuk hingga t...
Ibu Bapa Yang Ada Anak 6 Tahun Jangan Lupa Daftar Anak Darjah Satu Bermula Mac Ini

Ibu Bapa Yang Ada Anak 6 Tahun Jangan Lupa Daftar Anak Darjah Satu Bermula Mac Ini

papar berkaitan - pada 6/1/2020 - jumlah : 483 hits
Sesiapa yang mempunyai anak yang lahir pada 2014 yang lahir pada 2015 atau yang lahir pada 1 1 2016 wajib ambil tahu Sebaran info yang dikongsi oleh ibu ini tentang pendaftaran online murid tahun satu untuk sesi 2021 2022 Ibu bapa perlu ale...
Diseruduk Bus 2 Anak Meninggal Dan Ibu Kritis Di Batubara Sumut

Diseruduk Bus 2 Anak Meninggal Dan Ibu Kritis Di Batubara Sumut

papar berkaitan - pada 8/1/2020 - jumlah : 248 hits
Dua korban meninggal dunia yakni Vanessa Adelia dan adiknya Alfiansyah Sementara ibu mereka Novianti kritis dan harus dilarikan ke RSUP H Adam Malik Medan Mereka merupakan warga Desa Benteng Kecamatan Sei Balai Batubara
Pengakuan Ibu Di Malang Yang Sekap 4 Putrinya Selama 20 Tahun Di Rumah

Pengakuan Ibu Di Malang Yang Sekap 4 Putrinya Selama 20 Tahun Di Rumah

papar berkaitan - pada 5/1/2020 - jumlah : 268 hits
Artimunah ibu di Malang yang diduga tega melakukan penyekapan terhadap empat putrinya selama 20 tahun mengaku tidak pernah merasa menyekap anak anaknya Menurutnya ia masih sering mengajak mereka untuk keluar rumah meski tidak bersama sama A...
Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan

Penutup Tahun 2024 Chess Checkmate Catur Game

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Mufti Perlis Sebat Kesalahan Khalwat Di Khalayak Pilihan Penguasa Semata

Hiburan Tidak Akan Berhenti Bersalin Anak Anak Itu Akan Meneruskan Jihad

Flooding Of Kepong Road Upsets Motorists

Telemovie Larian Terakhir Lakonan Fattah Amin Amyra Rosli


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Dinner Dengan Siakap 3 Rasa

Hukuman Sebat Enam Sebatan Buat Pesalah Khalwat Berulang

Mana Satu Betul Tnb Maklum Pada Bursa Malaysia Kenaikan Diluluskan Kerajaan

Why Did The Bmw 428i Engine Overheating Light Turn On How Do I Fix The Issue

The Trophy Rat An All Conquering Rat Rod From America S Northwest

Budak Akmal Ni Agak Bangang Sikit Maaf Cakap Jujur