Talyah London Jenama Kosmetik Halal Terbaik Dari London


Talyah, Jenama Kosmetik Halal Terbaik dari London | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Aku selalu tengok kawan-kawan yang minat barang mekap macam aku, kami suka beli barang kosmetik dari luar negara. Mesti korang pun familiar dengan jenama seperti MAC, Clinique dan Dior. Semua nama ini memanglah gah, tapi kita yakin tak barang-barang yang kita apply pada bibir atau kuku kita itu, HALAL?
Susah juga kalau barang dah cantik, tapi buat kita rasa syubhah,; Eh, boleh guna ke tidak ni? Halal ke tidak ni? Kena basuh dulu tak sebelum berwudhuk? Kalau tak basuh, sah ke wudhuk? Jujurnya, benda ni selalu bermain dalam kepala aku. Tambah-tambah, kalau tertinggal wet tissue masa nak solat kat shopping mall. Selalunya, aku mesti end up basuh dengan air je. Lepas habis solat, barulah nampak warna lipstick dan bedak yang masih melekat. *sigh
Aku tahu, ramai yang lebih percaya dan lebih suka beli barang kosmetik dari luar negara. Ini semua sebab barang tempatan yang menimbulkan banyak kontroversi dan keraguan daripada segi keselamatan. Muka jadi berjerawatlah, bernanahlah. Yang paling menakutkan, ada yang merosakkan buah pinggang. Memang ngeri!
Jadi, apa kata kalau kita mula guna barang-barang kosmetik dari luar negara yang memang dijamin halal seperti jenama Talyah London? Aku memang recommend sangat sebab produk dari Talyah London dijamin Halal dan Vegan Friendly!
 
TALYAH LONDON, Jenama Kosmetik Halal Yang Sesuai Untuk Orang Islam dan Vegan
TALYAH LONDON adalah jenama kosmetik yang dijamin 100% HALAL dan 100% MESRA VEGAN. Jadi, semua Muslim dan Vegan boleh menggunakan produk dari Talyah London tanpa ragu-ragu. Aku tengok kat website Talyah, siap ada promosi Ramadan dan Aidilfitri tau. Macam mana nak beli dengan harga promosi? Baca blogpost ini sampai habis dulu.
TALYAH LONDON Matte Lipsticks:
• 100% HALAL dan 100% MESRA VEGAN
o TANPA alkohol
o TANPA pigmen haiwan
o TANPA ujian ke atas haiwan
• Ultra-High Pigmented
• Hadir dalam 10 warna yang SANGAT CANTIK!
o 5 warna dalam Gold Container-Tubes
 Yang ni untuk warna-warna yang pekat, menyerlah dan garang.
o 5 warna dalam White Diamond-Etched Tubes
 Yang ni pula untuk warna-warna yang lebih natural, ala-ala nude colour.
Ramai peminat lipstick sekarang mula memilih lipstick jenis matte. Memang sudah menjadi trend sebab hasilnya memang cantik dan kesan penggunaanya sangat tahan lama. Kalau kena dengan caranya, boleh tahan seharian tanpa perlu tambah lipstick setiap sejam. Tapi, kebanyakkan buat bibir jadi kering dan pecah-pecah.
Lain pula dengan Talyah London Matte Lipstick. Jom kita tengok hasilnya.
 
Lawa kan? Dengan lipstick dari Talyah London, bibir nampak gebu dan penuh. Tak nampak kering walaupun guna lipstick jenis matte. Bibir lagi nampak sihat dan segar. Merekah gitu.
 
Yang paling penting, 10 pilihan warnanya memang cantik. Siap ada shiny effect sikit. Barulah bersinar bila kena cahaya lampu. Bibir pun nampak lagi seksi dan mekar.
 
Ada 10 pilihan warna uols. Semua cantik-cantik. Bolehlah pilih mana-mana warna yang paling menawan hati. Harga pun berpatutan walaupun datang nun jauh dari United Kingdom. Best tau feeling pakai produk dari luar negara. Halal lagi. So, double best!
TALYAH LONDON O2M Breathable Nail Enamel
• 100% HALAL dan 100% MESRA VEGAN
o TANPA alkohol
o TANPA pigmen haiwan
o TANPA ujian ke atas haiwan
• Mesra wudhuk
o tidak kalis air.
o air boleh melalui sehingga sampai ke kuku untuk berwudhuk.
• Senang untuk dicuci tanpa menggunakan bahan kimia keras dan berbahaya.
o tahan lama seperti pewarna kuku lain cuma
o kita boleh mencabutnya dari kuku tanpa sebarang nail polish remover. senangkan?
• Hadir dalam 20 warna yang sangat cantik!
 
Testimoni Talyah Matte Lipstick dan Talyah Nail Enamel
Aku rasa cukup bertuah sebab berpeluang mencuba 2 jenis Talyah Matte Lipstick dan 2 pewarna kuku. Jauh datang dari United Kindom. Tak berpeluang lagi pergi London, guna produk kosmetik dari London kita okay la kan?
 
 
Aku dah cuba satu lipstick in white diamond-etched tube dan satu lagi dalam gold container-tube. Aku suka sangat dengan packaging dia sebab aku suka warna black and white. Nampak elegan.
 
 
Aku dah cuba semua produk yang aku dapat ni tau. My favourite would be the lipstick of course sebab bolehlah aku pakai pergi sekolah. Yes, the school is my runway. Kih3
 
Muja in Amore 004 Matte Lipstick
Muja in B Kartel 030 Matte Lipstick
Dua-dua jenis aku dah pakai pergi sekolah. Bila share kat Facebook, ramai pula yang komen cakap suka. Mana tak suka kalau warnanya memang cantik menarik. Rasa seksi and at the same time sweet je. Memang rasa yakin semacam je bila pakai. Tekstur dia memang smooth je. Senang sangat nak apply pada bibir.
Tip aku, korang apply lipbalm dulu. Lagi umphh hasilnya. Sangat ringan dan tahan lama. Rasa yang sangat selesa. Dari pagi sampailah balik sekolah, memang macam tu je rupanya. Tak senang luntur. Yang paling penting, Talyah Matte Lipstick tak buat bibir aku menggelupas macam lipstick yang aku selalu guna sebelum ni.
 
Untuk pewarna kuku yang wudhuk-friendly, aku ada buat video tau. Barulah korang nampak yang pewarna kuku daripada Talyah London memang senang untuk dicabut. Cubit-cubit sikit, dah boleh bersihkan. Kalau ikutkan, berwudhuk tanpa cabut pun ok je sebab pewarna kuku Talyah London memang water-permeable, air boleh lalu sampai ke kuku.
– VIDEO TALYAH LONDON WATER PERMEABLE NAIL POLISH –
Untuk maklumat lanjut tentang rangkaian produk kosmetik daripada Talyah London, korang bolehlah lawati laman web mereka, TALYAH atau layari
Facebook- Talyah London CosmeticsInstagram- Talyah LondonYouTube- Talyah London
Korang juga boleh menghubungi Talyah London melalui emel, [email protected] .
Banyak lagi produk kosmetik Talyah yang sangat cantik. Korang boleh guna untuk pergi kerja atau mekap ke mana sahaja. Memang sesuai. Jangan lupa tau. Produk kosmetik daripada Talyah London dijamin halal dan vegan-friendly. Memang boleh digunakan oleh semua umat Islam dan bukan Islam tanpa ragu-ragu. Selamat mencuba!
Wassalaam.
The post Talyah London, Jenama Kosmetik Halal Terbaik dari London first appeared on Mujadafewa.
The post Talyah London, Jenama Kosmetik Halal Terbaik dari London appeared first on Mujadafewa.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mujadafewa.my/talyah-london-jenama-kosmetik-halal-terbaik-dari-london/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
6 Restoran Cina Halal Terbaik Untuk Foodie Muslim Di Pulau Pinang

6 Restoran Cina Halal Terbaik Untuk Foodie Muslim Di Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 18/7/2021 - jumlah : 313 hits
6 Restoran Cina Halal Terbaik untuk Foodie Muslim di Pulau Pinang Terdapat pelbagai jenis menu makanan cina yang boleh di cuba sebenarnya Ada juga di kalangan menu ini yang boleh dinikmati selalu sepanjang masa Makanan cina di Malaysia tida...
Beli Cctv Rumah Terbaik Jenama Tapo C210 Dengan Harga Bawah Rm150

Beli Cctv Rumah Terbaik Jenama Tapo C210 Dengan Harga Bawah Rm150

papar berkaitan - pada 17/7/2021 - jumlah : 557 hits
Sediakan payung sebelum hujan Jadi kami sekeluarga decide untuk dapatkan sebuah CCTV Rumah yang dapat memantau 24 jam Jadi aku beli lah jenama TAPO daripada TP Linkmodel C210 dengan harga bawah RM150 sahaja Berbaloi beb Kita tidak tahu apa ...
Sumber Pendapatan Pasif Terbaik Di Malaysia Untuk Semua Dengan Pulangan 6 12 Setiap Bulan

Sumber Pendapatan Pasif Terbaik Di Malaysia Untuk Semua Dengan Pulangan 6 12 Setiap Bulan

papar berkaitan - pada 19/7/2021 - jumlah : 431 hits
Jom Mulakan Pelaburan Anda Untuk Pasif Income Setiap Hari Di Platform Terbaik Dan Selamat Bersama B4U Trades Investment Dari B4U Global MalaysiaPeluang Menjana Income Pasif Untuk Semua Tanpa Perlu Menaja Sesiapa Jika Mahu Dan Minat Untuk Me...
Evas Char Char Argan Oil Hair Care Set Shampoo Argan Oil Terbaik Untuk Rambut Gugur Kering Tak Terurus Rosak

Evas Char Char Argan Oil Hair Care Set Shampoo Argan Oil Terbaik Untuk Rambut Gugur Kering Tak Terurus Rosak

papar berkaitan - pada 18/7/2021 - jumlah : 589 hits
EVAS Char Char Argan Oil Hair Care Set Shampoo Argan Oil Terbaik Untuk Rambut Gugur Kering Tak Terurus Rosak Dengan keadaan rambut yang mula gugur ni teringin juga untuk kuatkan semula tekstur rambut dari akar umbi Lagipun pemakaian tudung ...
Rci Langkah Terbaik Selesai Persepsi Negatif Terhadap Th

Rci Langkah Terbaik Selesai Persepsi Negatif Terhadap Th

papar berkaitan - pada 18/7/2021 - jumlah : 209 hits
Semua pihak wajar bersikap terbuka dan beri kerjasama sebaiknya KUALA LUMPUR Penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat isu isu berbangkit mengenai Lembaga Tabung Haji adalah langkah terbaik bagi menyelesaikan segala tuduhan dan p...
Himpunan Doa Dan Zikir Yang Terbaik Di Hari Arafah

Himpunan Doa Dan Zikir Yang Terbaik Di Hari Arafah

papar berkaitan - pada 18/7/2021 - jumlah : 980 hits
Himpunan Doa Dan Zikir Yang Terbaik Di Hari Arafah Hari Arafah adalah hari di mana seluruh umat islam yang berada di tanah suci Mekah melaksanakan rukun haji iaitu wukuf di padang Arafah Umat islam dari seluruh dunia yang berkumpul pada wak...
Doa Yang Terbaik Pada Hari Arafah Disediakan Oleh Jakim

Doa Yang Terbaik Pada Hari Arafah Disediakan Oleh Jakim

papar berkaitan - pada 19/7/2021 - jumlah : 718 hits
DOA YANG TERBAIK PADA HARI ARAFAH OLEH JAKIM 1 Ya Allah kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus 2 Ya Allah masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan yg beriman yang menerima kitab amal d...
Tidak Timbul Isu Vaksin Mana Yang Terbaik

Tidak Timbul Isu Vaksin Mana Yang Terbaik

papar berkaitan - pada 21/7/2021 - jumlah : 268 hits
Gambar hiasan Ada pihak yang cuba putar belit kenyataan Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan yang menyatakan suntikan vaksin Sinovac di Kelantan sudah tamat Lantas mereka menuduh Sinovac adalah vaksin tidak berkualiti dan sebab itu kerajaan me...
Tips Memulakan Bisnes Air Balang Bonus 6 Resepi Terbaik

Tips Memulakan Bisnes Air Balang Bonus 6 Resepi Terbaik

papar berkaitan - pada 23/7/2021 - jumlah : 303 hits
Tips Memulakan Bisnes Air Balang Bonus 6 Resepi Terbaik Apabila menjelang bulan Ramadhan ramai yang mahu mengambil peluang untuk menambah pendapatan sampingan Tidak dapat dinafikan berniaga di Bazar Ramadhan sangat membantu meningkatkan jua...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord