6 Restoran Cina Halal Terbaik Untuk Foodie Muslim Di Pulau Pinang
6 Restoran Cina Halal Terbaik untuk Foodie Muslim di Pulau Pinang || Terdapat pelbagai jenis menu makanan cina yang boleh di cuba sebenarnya. Ada juga di kalangan menu ini yang boleh dinikmati selalu sepanjang masa. Makanan cina di Malaysia tidak semuanya non halal kerana sudah ada banyak restoran cina muslim yang dibuka di sana sini. Malah, restoran cina muslim ini turut muncul di Pulau Pinang.
Dan antara beberapa tempat makan yang menawarkan menu chinese food halal untuk muslim di sekitar Pulau Pinang adalah seperti yang di senaraikan di bawah ini.
1. China Muslim Restaurant 3.0 (CMR)
Image credits : pinkypigletland.blogspot
Kini, anda tidak perlu lagi untuk membuat perjalanan yang jauh ke China untuk menikmati makanan di sana kerana anda boleh mencuba makanan Cina yang halal di Pulau Pinang.
Bertempat di D’Piazza Mall, CMR 3.0 tidak hanya menyajikan makanan Cina tetapi mereka juga turut menyajikan makanan Cina yang asli dari Cina. Bagi mewujudkan perkara tersebut mereka meminta chef Muslim yang mahir daripada China untuk memastikan pelanggan mereka dapat menikmati makanan China yang sedap di sini.
2. Radzidah Hokkien Mee
Image credits : zolkifli.blogspot.com
Gerai yang sederhana tanpa papan tanda ini telah mula beroperasi sejak tahun 2001 lagi dan mereka sangat terkenal di kalangan tempatan. Antara hidangan yang sangat digemari ramai adalah Char Hor Fun dan Hokkien Mee mereka dengan maklum balas yang ianya sangat sedap.
Apabila anda berada hampir dengan gerai ini, anda akan dapat menghidu bau kuah Hokkien Mee yang dimasak dan direbus dalam periuk yang sangat besar.
3. Kungfu Kitchen
Image credits : crispoflife.com
Terletak di Jalan Anson, Kungfu Kitchen ini telah menjadi salah satu tempat kegemaran rakyat Malaysia untuk menikmati masakan Cina yang Halal. Chef mereka yang berasal daripada China telah menjadi kunci utama kepada rasa makanan Cina yang sangat hebat dan asli di Kungfu Kitchen ini.
Antara hidangan mereka yang mesti dicuba adalah Hometown Beef Noodles mereka yang sememangnya sedap. Hidangan ini adalah sup jernih yang digabungkan dengan cili pedas dan daging lembu yang sangat lembut yang pasti dapat memenuhi selera sesiapa sahaja yang mencubanya.
4. KOTA Dine & Coffee, When Francis Meets Rempah
Image credits : crispoflife.com
Kepada instagrammer yang suka menikmati makanan, Kota Dine & Coffee adalah tempat yang sesuai untuk anda. Bukan saja anda dapat menikmati hidangan Peranakan yang halus, tetapi anda juga boleh menemui tempat yang sesuai untuk insta pada masa yang sama.
Antara hidangan yang dicadangkan untuk anda cuba adalah Jumbo Platter mereka supaya anda dapat mencuba hampir semua makanan khas Kota Dine & Coffee ini. Hidangan Jumbo Platter ini hadir dengan pelbagai jenis makanan seperti Tandoori Chicken, Samosa, Kerabu Mangga dan juga Turmeric Chicken.
5. Anna’s Chinese Muslim Kitchen
Image credits : travelmalaysia.com
Sekiranya anda tidak mengetahui tempat yang baik untuk mendapatkan Dim Sum yang Halal, Anna’s Chinese Muslim Kitchen adalah tempat yang terbaik untuk anda kunjungi. Bermula dari sarapan hingga makan malam, mereka tetap berusaha untuk memenuhi keinginan anda.
Terdapat pelbagai jenis pilihan Dim Sum untuk anda membuat pilihan. Ketika anda sedang menikmati Dim Sum di sini, jangan lupa untuk untuk mencubanya bersama sos manis mereka. Ianya sangat mengiurkan sehingga anda pasti tidak dapat menahan untuk gigitan yang seterusnya.
6. Muhamad Loh Restaurant
Image credits : penangfoodie.com
Rasa makanan di Restoran Muhamad Loh ini tidak perlu diragukan lagi kerana restoran ini pernah disiarkan dalam rancangan Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM). Restoran ini juga telah mendapat ulasan yang hebat dari pelanggan mereka.
Antara hidangan mereka yang paling diminati oleh para pelanggan mereka adalah Hong Kong Grouper, Butter Prawn dan juga Ketam yang dihidangkan dengan sos yang istimewa. Anda semestinya tidak boleh melepaskan peluang untuk mencuba hidangan yang dihidangkan oleh mereka.
Yang paling mudah, boleh pesan secara online melalui aplikasi Foodpanda. Dengan aplikasi Foodpanda ini, setiap menu boleh dilihat infonya sama ada halal atau tidak. Dengan cara begini, pelanggan muslim boleh tahu dan tidak akan tersalah saat membuat pesanan tersebut.
Makanan yang dipesan juga akan terus dihantar sehingga ke tangan pelanggan mengikut lokasi pilihan jadi tidak perlu lagi bersusah payah seperti dulu hanya kerana ingin menikmati sesuatu hidangan.
SENYUM SAJA
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.nonasani.com/2021/07/6-restoran-cina-halal-terbaik-untuk.html