Talentcorp Memperkasa Belia Sabah Melalui Yes Rock The School Mega 2025


TalentCorp Memperkasa Belia Sabah Melalui Yes! Rock The School Mega 2025
KOTA KINABALU, 25 SEPTEMBER 2025 – Lebih separuh pelajar sekolah di Sabah memilih bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) pada tahun 2024, sekali gus menetapkan satu penanda aras yang kukuh dalam menyokong seruan YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk meningkatkan penyertaan dalam bidang-bidang kritikal ini.
Selaras dengan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) yang meletakkan Sabah sebagai pusat ekonomi biru yang berpotensi tinggi merangkumi sektor perikanan, akuakultur, pembinaan kapal, pelancongan pantai, dan tenaga laut boleh diperbaharui, program YES! Rock the School Edisi Mega Sabah 2025 menyediakan pelajar dengan kemahiran, pendedahan, dan laluan kerjaya yang diperlukan untuk merebut peluang dalam sektor-sektor yang sedang berkembang pesat.
Sebagai sebuah agensi dan badan pemikir strategik di bawah Kementerian Sumber Manusia (KESUMA), Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp), dengan kerjasama Kementerian Pendidikan dan Kerajaan Negeri Sabah melaksanakan inisiatif ini untuk memperkasa belia Sabah dengan kesedaran kerjaya awal dan penglibatan industri.
Berucap semasa majlis perasmian program tersebut di Universiti Malaysia Sabah, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, menekankan bahawa pendidikan, sahsiah, dan ketahanan adalah pemangkin utama dalam membuka potensi penuh generasi muda Sabah. 
Gambar: TalentCorp Ucapan tersebut telah disampaikan oleh Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah, YB Datuk Nizam Abu Bakar Titingan.
“Kami tahu bahawa industri hari ini dan masa depan amat memerlukan pekerja yang berkemahiran tinggi. Cabaran ini tidak dapat diatasi hanya oleh sekolah dan universiti sahaja. Industri mesti bekerjasama untuk menyediakan latihan, bimbingan, dan peluang pekerjaan yang sepadan dengan keperluan pasaran,” katanya.
YB Wong Shu Qi, Pengerusi Lembaga Pengarah TalentCorp, menekankan bahawa permintaan untuk Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) serta peranan yang berkaitan dengan STEM adalah sangat kritikal, terutamanya dalam bidang petroleum, mekanikal, dan kejuruteraan elektrik.
“Itulah sebabnya program hari ini sangat penting. Ia memberi peluang kepada pelajar untuk meneroka keperluan kemahiran masa depan dan menemui laluan kerjaya yang paling sesuai dengan minat dan potensi mereka. Pada masa yang sama, ia memastikan mereka dilengkapi dengan kemahiran yang relevan dan bersedia menghadapi cabaran dunia kerja yang sentiasa berkembang,” katanya.
Gambar: TalentCorp Program YES! Rock the School Edisi Mega Sabah 2025, yang berlangsung selama dua hari satu malam tersebut memberikan pendedahan kepada pelajar sekolah menengah tentang laluan kerjaya yang muncul, wawasan industri, dan aktiviti yang berfokuskan STEM. Program ini meningkatkan kebolehpasaran sambil memupuk minat yang lebih kuat terhadap STEM dalam kalangan belia Malaysia.
Edisi kali ini telah mengumpulkan lebih daripada 500 pelajar dari 28 sekolah di seluruh Sabah. Ia susulan kepada kejayaan pelaksanaan program YES! Rock the School Edisi Mega Melaka 2025 yang diadakan pada bulan Ogos lalu, yang juga merupaka program edisi mega ke-enam untuk program tersebut. 
Pada masa yang sama, TalentCorp turut menyumbang sebanyak RM20,000 sebagai dana bantuan banjir untuk menyokong pelajar sekolah di Sabah yang terkesan oleh banjir baru-baru ini. Ini mencerminkan komitmen TalentCorp bukan sahaja untuk membangunkan bakat masa depan, tetapi juga untuk memberi perhatian dan bantuan kepada komuniti yang memerlukan.
Untuk maklumat lanjut berhubung inisiatif ini, sila layari: www.talentcorp.com.my/rts/
The post TalentCorp Memperkasa Belia Sabah Melalui Yes! Rock The School Mega 2025 appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/09/26/talentcorp-memperkasa-belia-sabah-melalui-yes-rock-the-school-mega-2025-menyokong-aspirasi-stem-dan-ekonomi-biru/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rare Tribute From Perlis Mufti We Criticise Chinese Schools But What S The Quality Of Tahfiz School Kids

Rare Tribute From Perlis Mufti We Criticise Chinese Schools But What S The Quality Of Tahfiz School Kids

papar berkaitan - pada 18/9/2025 - jumlah : 4777 hits
PERLIS mufti Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin a k a Dr MAZA who has occasionally ruffled feathers of non Muslims has recently taken to task tahfiz school founders who run what he deemed as half baked educational establishments Caveating tha...
Student Suspended Over Bullying Incident At Sabah School

Student Suspended Over Bullying Incident At Sabah School

papar berkaitan - pada 15/9/2025 - jumlah : 2383 hits
The state education director said the school took immediate action and has also referred the student for guidance and counselling The state education department said it would not compromise with bullying misconduct and would ensure the safe...
Rm67 62 Juta Untuk Bmt 2025 Pekebun Kecil Sabah Ahmad Zahid

Rm67 62 Juta Untuk Bmt 2025 Pekebun Kecil Sabah Ahmad Zahid

papar berkaitan - pada 28/9/2025 - jumlah : 469 hits
RM67 62 Juta Untuk BMT 2025 Pekebun Kecil Sabah Ahmad Zahid KOTA BELUD 27 Sept Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM67 62 juta bagi melaksanakan Program Bantuan Musim Tengkujuh Sabah 2025 yang bakal memberi manfaat kepada 84 534 pekebun kecil...
Waspada Penumpuan Angin Dijangka Berlanjutan Di Timur Sabah Sehingga 18 September 2025

Waspada Penumpuan Angin Dijangka Berlanjutan Di Timur Sabah Sehingga 18 September 2025

papar berkaitan - pada 18/9/2025 - jumlah : 2241 hits
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia Analisis terhadap model model ramalan cuaca terkini menunjukkan penumpuan angin dijangka berlanjutan di timur Sabah sehingga 18 September 2025 Keadaan ini berpotensi menghasilkan ribut pe
The Colours Of Life Selamat Menyambut Hari Malaysia 2025

The Colours Of Life Selamat Menyambut Hari Malaysia 2025

papar berkaitan - pada 17/9/2025 - jumlah : 6403 hits
Bangga jadi rakyat Malaysia yang berbilang kaum satu hati satu jiwa Jom kita terus hargai keamanan dan kebersamaan yang kita ada Satu hati satu jiwa Malaysia MADANI Rakyat Disantuni HariMalaysia2025 MalaysiaMADANI mknaceunlimited mknace the...
Genkru The Finale Icon Amp Kru Raikan Peminat Tutup Tirai 2025 Dengan Kenangan Terindah

Genkru The Finale Icon Amp Kru Raikan Peminat Tutup Tirai 2025 Dengan Kenangan Terindah

papar berkaitan - pada 30/9/2025 - jumlah : 515 hits
KUALA LUMPUR 29 September Setelah sekian lama mencipta fenomena dalam dunia hiburan tanah air ICON dan KRU kembali sekali lagi untuk meraikan para peminat yang setia bersama mereka Konsert genKRU The Finale One More Time dijadualkan berlang...
Legoland School Challenge 2025 Kreativiti Pelajar Malaysia Cipta Sejarah

Legoland School Challenge 2025 Kreativiti Pelajar Malaysia Cipta Sejarah

papar berkaitan - pada 24/9/2025 - jumlah : 1554 hits
LEGOLAND School Challenge 2025 Kreativiti Pelajar Malaysia Cipta Sejarah Assalammualaikum semua Tak sangka kan sekarang dah ada pertandingan LEGO peringkat sekolah yang melibatkan pelajar dari seluruh Asia Ruby sendiri akui lebih suka berma...
The Ai Pop Alchemy How Artificial Intelligence Is Remixing Pop Music In 2025

The Ai Pop Alchemy How Artificial Intelligence Is Remixing Pop Music In 2025

papar berkaitan - pada 2/10/2025 - jumlah : 394 hits
In 2025 pop music is undergoing a radical transformation not just in how it s consumed but in how it s created Artificial intelligence is moving from the margins into the studio as co creator AI is no longer a gimmick or afterthought but a ...
Bahaya Jering Rebus Masalah Kencing

Pengalaman Guna Medical Card

Catatan Hujung Minggu 23 November 2025

Pak Choy Goreng Telur Resipi Simple Tapi Luar Biasa Sedap

Punca Bil Melambung 4 Masalah Ini Jadi Punca Aircond Makan Lebih Tenaga Elektrik

Spm Tidak Ditangguh Meskipun Banjir Ops Payung Diaktifkan

Kempen Beli Barangan Malaysia 2025 Lokal Lagi Gempak Dorong Ekonomi Produk Tempatan

Good Morning


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Dinner Dengan Nasi Lemak Atas Bukit Tg Puteri Pasir Gudang

Perbandingan Metal Detector Vlf Vs Pi Mana Lebih Sesuai Untuk Cari Emas

Solat Ketika Musafir Buku Ringkas Tapi Padat

Sakaratul Maut Dan Penyesalan Atas Kesempatan Yang Luput

Jbl Welcomes A Brand New Addition To Its Iconic Portable Speaker Lineup

Gambar Aku 6 Tahun Tadika