Rm67 62 Juta Untuk Bmt 2025 Pekebun Kecil Sabah Ahmad Zahid


RM67.62 Juta Untuk BMT 2025 Pekebun Kecil Sabah – Ahmad Zahid
KOTA BELUD, 27 Sept (Bernama) –– Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM67.62 juta bagi melaksanakan Program Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) Sabah 2025, yang bakal memberi manfaat kepada 84,534 pekebun kecil dan penoreh getah di negeri itu.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata daripada jumlah itu, 3,746 penerima adalah di bawah seliaan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), manakala 80,788 lagi melalui Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS).
Beliau berkata setiap penerima akan menerima bantuan sebanyak RM800 seorang yang dibayar secara berperingkat bermula November 2025, bagi meringankan beban kehilangan pendapatan sepanjang musim tengkujuh.
“Sejak diperkenalkan pada 2018, BMT menjadi wadah penting kerajaan mempergiat bantuan kepada masyarakat desa agar seluruh warga luar bandar menikmati limpahan hasil pembangunan negara yang inklusif dan adil,” katanya ketika berucap merasmikan RISDA MADANI (PRISMA) Sabah 2025 di Padang Pekan Kota Belud, di sini hari ini.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata kerajaan turut memperuntukkan RM44.42 juta tahun ini khusus bagi pembangunan lebih 30,000 pekebun kecil di Sabah.
“Ia bukan sekadar angka, tetapi amanah untuk membina masa depan komuniti pekebun kecil di negeri ini. Peruntukan ini bukti nyata keprihatinan kerajaan dalam membangunkan komuniti pekebun kecil getah.
“LIGS sebagai rakan strategik RISDA membolehkan pembangunan sosioekonomi pekebun kecil dilaksana dengan lebih strategik, berfokus dan mampan,” katanya.
Mengulas mengenai PRISMA, beliau berkata ia mencerminkan usaha murni RISDA memastikan setiap inisiatif sistem perkhidmatannya sampai secara langsung dan meluas kepada rakyat.
“Seperti yang saya sering tekankan, inisiatif seperti peningkatan produktiviti getah, peluasan penjualan kayu getah terawat, pemerkasaan syarikat RISDA serta peluasan hab pemasaran produk usahawan melalui rangkaian RisSMart mesti dilaksanakan secara sistematik, strategik dan inklusif,” katanya.
Ahmad Zahid turut berharap PRISMA tidak dilihat hanya sebagai program tahunan semata-mata, sebaliknya menjadi platform pemerkasaan usahawan desa Sabah untuk memperluas pasaran, meningkatkan daya saing produk dan membina ekonomi tempatan yang mapan.
Pada majlis itu, RISDA melancarkan logo baharu yang melambangkan aspirasi transformasi agensi tersebut selepas lebih lima dekad beroperasi, sekali gus menjadi simbol identiti moden yang berdaya saing serta mencerminkan iltizam memacu transformasi sektor komoditi.
Sebagai tanda keprihatinan, RISDA juga menyalurkan sumbangan tanggungjawab sosial korporat (CSR) Yayasan RISDA bernilai RM73,000 kepada 600 penerima yang terjejas akibat bencana banjir dan tanah runtuh baru-baru ini.
Sumber: BERNAMA
BACA: Janji Turun Harga Petrol Direalisasi Hasil Tatakelola Baik, Pembersihan Amalan Ketirisan – PM Anwar BACA: Kenyataan Rasmi America de Cali Berhubung Hukuman FIFA Kepada Rodrigo Holgado
The post RM67.62 Juta Untuk BMT 2025 Pekebun Kecil Sabah – Ahmad Zahid appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/09/27/rm67-62-juta-untuk-bmt-2025-pekebun-kecil-sabah-ahmad-zahid/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dpm Ahmad Zahid Warns Of Drugs Reaching Primary Schools

Dpm Ahmad Zahid Warns Of Drugs Reaching Primary Schools

papar berkaitan - pada 25/9/2025 - jumlah : 578 hits
PUTRAJAYA Drug addiction is now claiming children as young as ten in primary schools Deputy Prime Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi says He demanded immediate national attention over this critical threat pointing to an insidious tac...
Ini Yang Dikatakan Masa Berkuasa Nasib Pekebun Kecil Tak Terbela

Ini Yang Dikatakan Masa Berkuasa Nasib Pekebun Kecil Tak Terbela

papar berkaitan - pada 29/9/2025 - jumlah : 565 hits
Alif Jamil Bila kita bercakap soal pekebun kecil antara isu yg paling besar ialah harga getah yg turun naik ikut pasaran dunia Tanpa campur tangan kerajaan penoreh akan jadi mangsa setiap kali harga jatuh Sebab itu wujudnya Insentif Pengelu...
Talentcorp Memperkasa Belia Sabah Melalui Yes Rock The School Mega 2025

Talentcorp Memperkasa Belia Sabah Melalui Yes Rock The School Mega 2025

papar berkaitan - pada 26/9/2025 - jumlah : 1280 hits
TalentCorp Memperkasa Belia Sabah Melalui Yes Rock The School Mega 2025 KOTA KINABALU 25 SEPTEMBER 2025 Lebih separuh pelajar sekolah di Sabah memilih bidang Sains Teknologi Kejuruteraan dan Matematik pada tahun 2024 sekali gus menetapkan s...
Ptptn Sasar Rm220 Juta Deposit Simpan Sspn Menerusi Bulan Menabung 2025

Ptptn Sasar Rm220 Juta Deposit Simpan Sspn Menerusi Bulan Menabung 2025

papar berkaitan - pada 28/9/2025 - jumlah : 567 hits
PTPTN tawar pelbagai keistimewaan dan manfaat dalam inisiatif memperkasa masyarakat dan mengurangkan kebergantungan pada pinjaman FMT
Sabah S East Coast On Alert For Strong Winds Zahid Urges Preparedness

Sabah S East Coast On Alert For Strong Winds Zahid Urges Preparedness

papar berkaitan - pada 18/9/2025 - jumlah : 2297 hits
Deputy Prime Minister Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi visits evacuees at the Keramat Putatan PPS in Sabah Photo BernamaPUTATAN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi has urged residents in Sabah s east coast districts to be prepared for possible ev...
Waspada Penumpuan Angin Dijangka Berlanjutan Di Timur Sabah Sehingga 18 September 2025

Waspada Penumpuan Angin Dijangka Berlanjutan Di Timur Sabah Sehingga 18 September 2025

papar berkaitan - pada 18/9/2025 - jumlah : 2225 hits
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia Analisis terhadap model model ramalan cuaca terkini menunjukkan penumpuan angin dijangka berlanjutan di timur Sabah sehingga 18 September 2025 Keadaan ini berpotensi menghasilkan ribut pe
Sabah Flood Cuts Off Access In Papar Dpm Zahid Orders Emergency Bridge Works

Sabah Flood Cuts Off Access In Papar Dpm Zahid Orders Emergency Bridge Works

papar berkaitan - pada 17/9/2025 - jumlah : 271 hits
Deputy Prime Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi has ordered the immediate installation of a Bailey bridge across Sungai Kaiduan Papar Sabah after the existing structure collapsed due to flooding cutting off access to the area Bernama...
Qalif Dari Terengganu Juara Kemuncak Bintang Kecil 2025 Rtm

Qalif Dari Terengganu Juara Kemuncak Bintang Kecil 2025 Rtm

papar berkaitan - pada 23/9/2025 - jumlah : 413 hits
Pertandingan nyanyian kanak kanak berprestij Kemuncak Bintang Kecil 2025 anjuran Jabatan Penyiaran Malaysia kembali menghiasi pentas hiburan yang telah berlangsung di Auditorium P Ramlee pada 20 September 2025 Sejak diperkenalkan pada 1986 ...
Hari Terbuka Tvet Yrms Ilkbs 2025 Memperkasa Belia Melalui Kemahiran Dan Peluang

Cara Jana Income Tanpa Perlu Kedai Ebook Bisnes Makanan Delivery Untuk Semua

Pengarah Jaip Dakwa Hanya 22 Daripada 166 Pusat Penyembelihan Ayam Di Negeri Pahang Memiliki Sijil Halal

Road Tested Aio 5 Play Navigation By Chigee

Kenali Josh Robinson Mengenai Susur Galurnya Memiliki Keturunan Berdarah Malaysia

Radiohead Let Down Chord

Maritim Malaysia Aktifkan Operasi Carilamat Mangsa Bot Karam Di Perairan Langkawi

Roti Paung Terengganu Terlajak Lembut Gebu Resipi Homemade Wajib Cuba


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sekadar Celoteh Prk Sabah 2025

Grindelwald Day 7 2

Welcome To The Age Of Autonomy How Ai Is Quietly Taking Over The World

Raja Charles Uk Menghormati Anggota Tentera Yang Terkorban Di Negara Ini

Tiba Tiba Semua Orang Nak Kurus Rahsia Menjadi Sihat Tanpa Diet Dan Senaman

Kedah Lelaki Baru Dua Hari Kahwin Ditemui Tidak Bernyawa