Talam Dua Muka Dan Tak Setia Dua Hujah Presiden Umno Tolak Berbaik Semula Dengan Pas


 
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pandangan PAS yang masih menganggap konsep penyatuan ummah digagaskan parti itu dan Umno di bawah payung Muafakat Nasional (MN) adalah formula terbaik bagi menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU15), sebagai ‘talam dua muka’.
“Itu pandangan PAS… daripada awal itulah pendirian kita tetapi mereka sudah memperlihatkan sikap talam dua muka.
“Kita tidak mengambil kira bahawa soal kononnya politik matang sebagai organisasi apatah lagi pertubuhan politik yang siang cakap lain dan malam berubah bercakap lain pula apatah lagi esoknya.
“Kita mahu rakan yang setia dan kesetiaan itu bukan hanya kata-kata tetapi dari segi tindakan dan juga keputusan yang dilakukan,” katanya menurut laporan Berita Harian.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Kompleks Umno Bagan Datuk, di sini, hari ini.
Zahid berkata, Umno tidak mahu sahabat yang tidak mempunyai pendirian tetap dalam setiap tindakan dan keputusan yang dilakukan.
Semalam media melaporkan, Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan menegaskan pemahaman PAS berdasarkan Piagam MN dan penyatuan ummah bukan hanya terhad kepada parti tertentu saja, sebaliknya dalam piagam itu jelas menyatakan MN boleh disertai mana-mana parti politik, badan bukan kerajaan (NGO) atau individu yang mempunyai matlamat sama iaitu ke arah penyatuan ummah.
Beliau dilaporkan berkata, disebabkan itu PAS masih lagi menyeru supaya penyatuan ummah membabitkan semua pihak terutama parti Melayu Islam, parti Bumiputera dan parti bukan Melayu yang tidak ekstrem sebagaimana yang disebut oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang.Mengulas lanjut, Zahid berkata, strategi menghadapi PRU15 secara solo adalah yang sebaiknya selepas cubaan dan peluang yang diberikan tidak dimanfaatkan dengan baik.
“Saya fikir itulah (bergerak secara solo) yang sebaiknya sebab kita sudah mencuba beberapa kali untuk memberikan ruangan yang secukupnya bagi mereka untuk terus mempersetujukan apa juga perkara yang terkandung dalam piagam penyatuan ummah.
“Tetapi, sikap mereka tidak begitu maka eloklah kalau kita lupakan saja hasrat yang dinyatakan oleh mereka itu,” katanya.
Mengenai status kerjasama Umno dan PAS setakat ini, jika terdapat dua dasar kerjasama yang berlainan iaitu di negeri dan persekutuan, Zahid berkata, perkara itu perlu menghormati keputusan yang sudah dibuat oleh parti masing-masing.
“Saya fikir elok kita hormat keputusan yang sudah dibuat oleh Majlis Kerja Tertinggi dan kita juga menghormati keputusan yang Majlis Syura PAS dan Jawatankuasa PAS Pusat, eloklah kita saling menghormati keputusan parti masing-masing,” katanya.
Sementara itu, ditanya mengenai Umno Terengganu tidak akan bekerjasama dengan PAS pada PRU15 dan akan meletakkan calon bertanding di 32 kerusi DUN serta lapan kerusi Parlimen, Zahid berkata, beliau menghormati keputusan yang dibuat oleh Umno negeri itu.
Sumber –






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/05/talam-dua-muka-dan-tak-setia-dua-hujah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pas Bersikap Talam Dua Muka

Pas Bersikap Talam Dua Muka

papar berkaitan - pada 8/5/2022 - jumlah : 151 hits
agendaily com7 5 2022Presiden UMNO yang juga Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata PAS telah menunjukkan sikap talam dua muka dan tidak setia dalam persahabatan Itu pand...
Penyatuan Ummah Lebih Penting Tuan Ibrahim Jawab Zahid Selepas Dakwa Pas Talam Dua Muka

Penyatuan Ummah Lebih Penting Tuan Ibrahim Jawab Zahid Selepas Dakwa Pas Talam Dua Muka

papar berkaitan - pada 9/5/2022 - jumlah : 164 hits
freemalaysiatoday com May 8 2022 9 45 PMPresiden Umno Zahid Hamidi perlu membaca dan menghayati semula apa yang disepakati dalam Muafakat Nasional kata Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man PETALING JAYA Penyatuan ummah lebih besar da...
Muafakat Nasional Sukar Jika Pas Terus Bersikap Talam Dua Muka Ahmad Zahid

Muafakat Nasional Sukar Jika Pas Terus Bersikap Talam Dua Muka Ahmad Zahid

papar berkaitan - pada 8/5/2022 - jumlah : 202 hits
Muafakat Nasional Sukar Jika Pas Terus Bersikap Talam Dua Muka Ahmad Zahid BAGAN DATUK Presiden UMNO Datuk Seri Dr memberi bayangan mustahil untuk gagasan Muafakat Nasional diteruskan jika Pas terus memperlihat sikap talam dua muka Ahli Par...
Ishh Ishhh Issshhh Hangpa Baru Kenai Pas Dah Talam Dua Muka Pulak Dah Keh Keh Keh Rakit Pun Depa Kata Feri

Ishh Ishhh Issshhh Hangpa Baru Kenai Pas Dah Talam Dua Muka Pulak Dah Keh Keh Keh Rakit Pun Depa Kata Feri

papar berkaitan - pada 8/5/2022 - jumlah : 145 hits
PAS talam dua muka siang cakap lain malam berubah cakap lain kata Zahid May 7 2022 Zahid Hamidi berkata Umno tidak mahu sahabat yang tidak mempunyai pendirian tetap dalam setiap tindakan dan keputusan yang dilakukan PETALING JAYA Presiden U...
Adakah Islam Benarkan Pas Bersifat Talam Dua Muka Hipokrit Dan Khianat

Adakah Islam Benarkan Pas Bersifat Talam Dua Muka Hipokrit Dan Khianat

papar berkaitan - pada 8/5/2022 - jumlah : 216 hits
TALAM DUA MUKA ITULAH PERUMPAAN YANG PALING TEPAT BUAT PAS Isu kerjasama Muafakat Nasional antara UMNO BN dan PAS sekali lagi cuba disemarakkan lagi oleh beberapa pihak terutama di kalangan mereka yang masih mahu meletakkan harapan kepada k...
Gelombang Rakyat Nak Tolak Pas Memang Ada Umno Amanah Kelantan

Gelombang Rakyat Nak Tolak Pas Memang Ada Umno Amanah Kelantan

papar berkaitan - pada 11/5/2022 - jumlah : 161 hits
malaysiakini comKeutuhan PAS menguasai Kelantan sejak lebih 30 tahun lalu dilihat bakal tergugat apabila datangnya pilihan raya umum ke 15 yang dijangka tidak lama lagi Ketua Pemuda Umno Kelantan Noor Hariri Mohamed Noor berkata andaian itu...
Pas Patut Usahakan Untuk Ds Ismail Sabri Diangkat Sebagai Pengerusi Perikatan Nasional Bukan Menyerang Presiden Umno

Pas Patut Usahakan Untuk Ds Ismail Sabri Diangkat Sebagai Pengerusi Perikatan Nasional Bukan Menyerang Presiden Umno

papar berkaitan - pada 13/5/2022 - jumlah : 296 hits
ISU MN HENTIKAN SALAH UMNO ATAU PRESIDENNYASemalam YB Senator Ir Ts Khairil Nizam Ketua Penerangan PAS menyatakan bahawa PAS menjamin agenda penyatuan ummah akan diteruskan walaupun Presiden UMNO menolak agenda ini Pertama ini kenyataan tid...
Biar Pun Di Tolak Umno Pas Teruskan Agenda Penyatuan Ummah Menerusi Wadah Politik

Biar Pun Di Tolak Umno Pas Teruskan Agenda Penyatuan Ummah Menerusi Wadah Politik

papar berkaitan - pada 12/5/2022 - jumlah : 141 hits
KUALA LUMPUR PAS hari ini memberi jaminan untuk meneruskan agenda penyatuan ummah melalui wadah politik meskipun Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi secara total menolak pakatan terbabit Ketua Penerangan PAS Khairil Nizam Khirudi...
Eloklah Bubar Umno Bukannya Pas Kata Tuan Ibrahim

Eloklah Bubar Umno Bukannya Pas Kata Tuan Ibrahim

papar berkaitan - pada 12/5/2022 - jumlah : 180 hits
Tuan Ibrahim Tuan Man berkata Umno yang patut dibubarkan memandangkan dasar Islam sudah lama menjadi dasar PAS PETALING JAYA Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata cadangan Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan supaya parti itu di...
Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

Asan Lembu The Movie

Di Masjid Muhammadiyah Nurul Yakin Paus Quran Dan Sains By Dr Hm Raki

Hospital Kuala Pilah

Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars

Saya Dan Rafizi Tiada Isu Peribadi Kata Puad

Hallway Wall Art Mockup For A Sophisticated Look



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Menu Sahur

Terkejut Jumpa Segenggam Paku Dalam Lemang

Pemain Newcastle Tonali Dituduh Melanggar Peraturan Pertaruhan Bahasa Inggeris

Akmal Sokong Mb Johor Tularkan Isu Kesesakan Tambak Johor

Tanding Solo Pilihan Akhir Jika Umno Mahu Kembali Tadbir Sabah Kata Penganalisis

Netizen Sebak Tengok Anak Lap Air Mata Bella Astillah Ayden Macam Dah Biasa Mesti Mak Dia Selalu Nangis