Takut Termuntah Minum Air Gula Ini Tipsnya Tarik Nafas Dalam Dalam Habiskan Dengan Satu Nafas


Prosedur pemeriksaan gula dalam darah atau lebih biasa disebut ‘minum air gula’ oleh para ibu. Ramai yang bimbang melaluinya kerana takut termuntah!
Mungkin bagi sesetengah ibu ia adalah perkara biasa. Namun ada juga yang menghadapi masalah untuk menghabiskannya. Terutama sekali apabila masih dalam keadaan alahan atau morning sickness. Apa sahaja yang masuk mudah dimuntahkan!
Dr Nurul Azwa Hasny, Konsultan Obstetrik & Ginekologi, Salam Specialist Hospital berkongsi info mengenai prosedur ini.
Menurutnya, para ibu yang dikehendaki melalui prosedur Modified Glucose Tolerance Test (MGTT) perlu berpuasa sekurang-kurangnya lapan jam sebelum prosedur. Sekiranya ibu berasa terlampau haus, air kosong dibenarkan untuk membasahkan tekak.

DIWAJIBKAN KEPADA IBU BERISIKO KENCING MANIS
Prosedur ini diwajibkan kepada ibu mengandung yang berisiko kencing manis. Ia dilakukan pada awal kandungan semasa booking dan perlu diulangi pada usia kandungan 24 hingga 28 minggu sekiranya ujian pertama adalah normal.
PEMAKANAN BIASA & AKTIVITI NORMAL 3 HARI BERTURUT-TURUT
Ibu-ibu perlu memastikan diri makan dan menjalani aktiviti harian secara normal selama tiga hari berturut-turut sebelum prosedur. Ibu juga perlu memastikan tahap kesihatan baik pada tempoh tersebut. Sekiranya ibu berkenaan mengalami masalah kesihatan, bolehlah menghubungi klinik atau hospital bagi memaklumkan dan mengubah tarikh prosedur.
MINUM AIR GULA
Setelah berpuasa, ibu digalakkan datang awal ke klinik untuk pengambilan darah pertama semasa puasa. Air gula akan diberikan dan perlu minum sehabisnya tanpa muntah.
Selepas itu ibu berkenaan perlu meneruskan berpuasa selama 2 jam lagi untuk pengambilan darah kali kedua. Setelah selesai, puan baru dibenarkan makan dan minum.
Ujian darah yang pertama menentukan kandungan gula badan semasa puasa manakala ujian yang kedua pula menentukan kemampuan badan puan memposes kandungan gula yang tinggi.
SEKIRANYA MUNTAH, UJIAN PERLU DIULANG SEMULA
Sekiranya ibu muntah semasa prosedur, ujian ini perlu diulang semula. Oleh sebab itu, penting bagi ibu untuk bersedia secara mental dan fizikal bagi menghadapi prosedur ujian ini.
Menurut Dr Nurul Azwa, ibu-ibu perlu dalam keadaan sihat pada hari tersebut. Kurangkan makanan pedas atau berempah malam sebelumnya. Datang awal supaya tidak perlu menunggu lama.

TARIK NAFAS DALAM-DALAM & CUBA MINUM DALAM SATU NAFAS
Dr Nurul Azwa menyarankan ibu-ibu untuk melakukan beberapa perkara  ini untuk mengelakkan termuntah selepas meminum air gula.
Tarik nafas dalam-dalam dan cuba minum air gula dengan satu nafas. Jangan fikir! Terus sahaja minum sampai habis. Selepas minum, berkumurlah supaya rasa gula tidak melekat pada mulut. Basahkan sedikit muka dan rambut agar rasa lebih segar. Cari tempat duduk selesa untuk berehat. Ibu boleh menyapu minyak angin atau minyak aromaterapi sekiranya rasa pening dan loya. Ibu boleh membuat urutan akupresur tangan untuk elakkan muntah. The post Takut Termuntah Minum Air Gula, Ini Tipsnya. Tarik Nafas Dalam-Dalam, Habiskan Dengan Satu Nafas. appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/takut-termuntah-minum-air-gula-ini-tipsnya-tarik-nafas-dalam-dalam-habiskan-dengan-satu-nafas/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kisah Sedih Dari Pesisir Bocah 2 Tahun Minum Air Teh Buat Pengganti Susu

Kisah Sedih Dari Pesisir Bocah 2 Tahun Minum Air Teh Buat Pengganti Susu

papar berkaitan - pada 26/3/2019 - jumlah : 291 hits
Penghasilan Thalib tidak cukup memenuhi seluruh kebutuhan keluarga kecilnya Bahkan untuk sekedar membeli susu secara rutin pun uang yang dititip Thalib kepada istrinya tidak cukup
Kebaikan Minum Air Putih Pada 4 Waktu Yang Betul Baru Cantik Dan Sihat

Kebaikan Minum Air Putih Pada 4 Waktu Yang Betul Baru Cantik Dan Sihat

papar berkaitan - pada 26/3/2019 - jumlah : 300 hits
Kebaikan Minum Air Putih Pada 4 Waktu Yang Betul Baru Cantik Dan Sihat Minum air pun ada caranya bukan ma in sebarang je Sebab tu orang tua pesan jangan minum air selepas makan kerana akan menyebabkan perut bunc it Sebenarnya pan tang laran...
Kenapa Perlu Minum Air Lemon Untuk Kurus Dan Sihat

Kenapa Perlu Minum Air Lemon Untuk Kurus Dan Sihat

papar berkaitan - pada 3/4/2019 - jumlah : 491 hits
Ramai yang percaya air rendaman lemon sangat bermanfaat untuk kesihatan dan kecantikan Air rendaman lemon juga dikatakan satu material yang baik untuk detoksifikasi dan membantu mengurangkan berat badan Kebaikan Buah Lemon 1 Meneutralkan As...
Khasiat Minum Air Kunyit Pada Tubuh Anda

Khasiat Minum Air Kunyit Pada Tubuh Anda

papar berkaitan - pada 4/4/2019 - jumlah : 555 hits
Siapa sangka rempah kuning yang berasal dari Asia Selatan ini sangat berkuasa Kunyit adalah sebahagian daripada keluarga halia tetapi ia bukan sahaja berfungsi untuk melazatkan lagi masakan anda tetapi juga baik untuk tubuh anda Malahan kun...
Rakyat Malaysia Perlu Minum Satu Sudu Minyak Kelapa Sawit Setiap Hari Tun M

Rakyat Malaysia Perlu Minum Satu Sudu Minyak Kelapa Sawit Setiap Hari Tun M

papar berkaitan - pada 25/3/2019 - jumlah : 911 hits
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir berharap semua rakyat Malaysia supaya meminum satu sudu kelapa sawit setiap hari sebagai menyahut kempen Sayangi Sawitku Beliau turut memberikan contoh satu negara berpenduduk 1 billion yang tidak dinamakan j...
Tanda Tanda Yang Anda Perlu Tahu Bila Badan Kurang Air Dan Perlu Minum

Tanda Tanda Yang Anda Perlu Tahu Bila Badan Kurang Air Dan Perlu Minum

papar berkaitan - pada 23/3/2019 - jumlah : 350 hits
Cuaca panas sekarang memang sangat terasa Bukan saja waktu siang Malah waktu malam juga bahang panas masih tetap terasa Bagi anda yang tak ada pasang pendingin hawa kat rumah tu memang rasa lemas duduk dalam rumah Nak tidur waktu malam agak...
Lafaz Akad Nikah Betul Ke Wajib Satu Nafas Mufti Perjelas Hukum Sebenar

Lafaz Akad Nikah Betul Ke Wajib Satu Nafas Mufti Perjelas Hukum Sebenar

papar berkaitan - pada 31/3/2019 - jumlah : 955 hits
Perkahwinan sudah tentu merupakan saat yang menjadi impian setiap pasangan Merupakan satu kehidupan baru setiap teruna dan dara ke arah hidup berkeluarga seperti orang lain yang sudah berkeluarga Di dalam proses perkahwinan Akad Nikah merup...
Ahli Umno Lompat Bersatu Boleh Tarik Nafas Lega

Ahli Umno Lompat Bersatu Boleh Tarik Nafas Lega

papar berkaitan - pada 18/3/2019 - jumlah : 370 hits
Umno dilaporkan tidak akan meneruskan saman terhadap bekas wakil rakyatnya yang keluar parti susulan kekalahannya dalam PRU ke 14 Menurut The Malaysian Insight yang memetik sumber keputusan itu kerana Umno tidak mahu menanggung kos tinggi u...
Tak Elok Rupanya Minum Banyak Air Ni Bahana Korang Kena Tahu

Tak Elok Rupanya Minum Banyak Air Ni Bahana Korang Kena Tahu

papar berkaitan - pada 20/3/2019 - jumlah : 284 hits
Drink lots of water it s healthy Mungkin ramai beranggapan minum air dalam kuantiti yang banyak adalah lebih baik untuk badan mereka Malah kekurangan air akan menyebabkan dehidrasi yang merbahaya pada badan Tapi pernah kita terfikir apa aka...
Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut