Takut Tengok Dorang Gaduh Wanita Ini Imbas Saat Ayah Pukul Ibunya Kalau Bertengkar


Didikan ibu bapa memainkan peranan yang penting untuk tumbesaran anak-anak yang sihat dan positif. Ibu bapa merupakan role model pertama yang dilihat oleh anak-anak sepanjang proses pembentukan personaliti dan jati diri mereka.
Sekiranya ibu bapa menunjukkan contoh yang positif, maka anak-anak akan membesar menjadi individu yang cemerlang. Malangnya sesetengah ibu bapa yang gemar bergaduh di depan anak-anak akan mempengaruhi emosi serta meninggalkan kesan negatif dalam diri mereka.
Ikuti pengakuan wanita ini yang selalu menyaksikan ibu bapanya bergaduh semasa kecil.
Assalamualaikum semua. Entah kenapa terasa nak confess disini. Mungkin musim PKP ni terbaca kes penderaan meningkat mengingatkan aku peristiwa ketika aku kecil.
Aku tak pandai sangat nak mengarang ayat, tapi harap pembaca semua boleh faham. Sedikit pengenalan, aku kini berumur awal 30 an, sudah berumah tangga dan dikurniakan anak anak yang sihat dan comel.
Ketika aku kecil aku dibesarkan oleh atuk dan nenek, diambil semula oleh papa dan mama ketika mula bersekolah.
Aku Yang Paling Pendiam Antara Semua Adik-Beradik Perasaan ketika itu, Allah sahaja yang tahu, tiap malam menangis nak pulang ke rumah nenek. Yang aku tahu mama papa dahulu sibuk, kerja tak tentu masa, sebab itu aku dan adik beradik ditinggalkan di kampung, dan diambil semula bila mula bersekolah.
Aku yang paling pendiam berbanding adik beradik yang lain. Aku tak tahu kenapa aku sangat takut kepada papa dan mama. Cuma dengan mama aku boleh berkomunikasi, dengan papa memang aku kaku.
Takut Dengan Papa. Mula Salam Mama Papa Waktu Dah Besar, Sebab Ustazah Kata Dapat Pahala Untuk pengetahuan pembaca, keluarga aku ni tak macam keluarga di luar sana, yang boleh berpeluk, malah aku mula salam mama papa secara rutin untuk ke sekolah masa aku dah darjah 4 atau 5, sebab ustazah kata salam mak ayah dapat pahala.
Aku sangat takut dengan papa, hari hari aku harap papa outstation. Atau keluar lama lama dengan kawan kawannya. Memang papa jarang ada di rumah. Selalu habiskan masa entah di mana.
Mama memang selalu bising suruh papa duduk rumah, jangan habiskan duit di luar. Aku boleh buka confession lain pulak kalau nak cerita pasal mama papa ni.

Nak cerita punya aku takut dengan papa, kalau papa naik suara marah abang atau kakak, aku yang mengigil². Satu family tahu aku takut papa. Tapi papa jarang marah/pukul aku.
Benda ni berkurangan lepas aku pun jarang ada rumah sebab masuk asrama, uni dan kemudian berkahwin dan duduk rumah sendiri.
Bergaduh Teruk, Sampai Papa Ambil Pisau Nak Bunuh Mama Aku ingat lagi masa di uni, aku tertengok berita pasal suami pukul isteri dalam lif, dan dalam lif tu ada anak anak pasangan ni yang sedang tengok. Masa tengok ni aku menangis dan menggigil, baru aku teringat sesuatu. Peristiwa lama yang aku dah terlupa atau memori aku pilih untuk lupakan.
Mama dan papa pernah bergaduh besar di rumah atuk nenek. Aku tak ingat apa punca, yang aku tahu, aku menangis teruk, menyorok bawah katil, abang kakak menangis meraung, atuk nenek pun sama.
Yang aku ingat papa kata “aku bunuh kau, aku bunuh kau”. Papa ke dapur nak cari pisau. Teriakan mama dan nenek jelas masa tu. Aku menangis dan menggigil. Aku dah terbayang darah memancut, mama mati, aku doa atuk nenek tak diapa apakan papa. Dahsyat imiginasi aku masa tu.
Aku tak ingat bagaimana pergaduhan itu selesai. Tapi aku tahu papa pukul mama. Malam itu juga papa, mama, abang kakak pulang semula. Tinggal aku di rumah atuk nenek.
Aku Membesar Dalam Ketakutan, Ada PTSD Sejak tu aku baru teringat kenapa aku sangat takut dengan papa. Papa memang garang. Kalau dia naik suara memang aku takut. Malah aku sangat takut tiap kali mama papa bergaduh. Kebetulan aku ada belajar pasal PTSD. Baru aku sedar aku mengalaminya.
Kesannya, aku membesar dengan keadaan yang low self esteem, mungkin aku tak rasa selamat ketika terpaksa tinggal dengan mama papa.
Aku tak dapat nak luahkan apa yang aku rasa, jadi aku lebih suka pendam. Aku juga sangat takut bila ada yang marah/tinggikan suara sampai kadang kadang tu boleh keluar air mata.
Sekarang mama papa pun dah tua. Aku dah mula boleh berkomunikasi dengan papa. Rasa sayang? Aku tak tahu, tapi aku memang paksa untuk sayang mama papa, doa untuk mereka memang aku tak pernah tinggal sebab ustaz pesan doa takkan makbul kalau tak doakan mak ayah.
Peluk? Masih kekok, aku pun pelik, aku boleh salam dan peluk kawan², tapi bila dalam keluarga kami bila salam setakat salam, cium tangan, memang tak peluk.
Sikap Ibu Bapa Boleh Pengaruhi Anak-Anak Bagi aku keluarga ni asas dalam pembentukan jati diri anak, mama papa ni agak hebat di kalangan kawan kawan mereka. Zaman dulu ilmu parenting mungkin tak ada, jadi papa mama tak alert macam mana sikap diorang boleh pengaruhi anak anak.
Sekarang aku memang cuba elak bertengkar dengan suami depan anak anak. Selalunya bila ada yang tak puas hati kami selesaikan masa anak ke sekolah atau masa diorang tidur.
Aku tak nak anak anak aku rasa apa yang aku rasa. Aku cuba galakkan anak anak aku luahkan apa perasaan diorang. Setiap hari peluk dan cium diorang, sebab semua tu aku tak pernah rasa.
Jadi aku harap untuk parents kat luar sana, kalau ada masalah suami isteri jangan sesekali libatkan anak.
– Ana (Bukan nama sebenar) via IIUM Confession
The post “Takut Tengok Dorang Gaduh.” Wanita Ini Imbas Saat Ayah Pukul Ibunya Kalau Bertengkar appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/takut-tengok-dorang-gaduh-wanita-ini-imbas-saat-ayah-pukul-ibunya-kalau-bertengkar/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wanita Pemudik Di Solo Marah Marah Saat Akan Didata Satgas Covid 19

Wanita Pemudik Di Solo Marah Marah Saat Akan Didata Satgas Covid 19

papar berkaitan - pada 6/4/2020 - jumlah : 194 hits
Seorang wanita warga Kelurahan Sondakan Kecamatan Laweyan Solo memarahi sejumlah petugas satgas Covid 19 mendatangi rumahnya Para petugas bermaksud mendata wanita yang baru saja pulang dari Jakarta itu
Hiburan Tuju K Clique Didakwa Pukul Teman Wanita Loca B

Hiburan Tuju K Clique Didakwa Pukul Teman Wanita Loca B

papar berkaitan - pada 31/3/2020 - jumlah : 851 hits
Sejak semalam kecoh di laman Twitter mengenai kontroversi salah seorang anggota kumpulan hip hop K Clique iaitu Tuju yang didakwa telah memukul teman wanitanya yang juga seorang penyanyi Loca B Pendedahan mengejutkan itu dibuat sendiri oleh...
Cerita Ayah Kesha Ratuliu Menikah Saat Wabah Virus Corona Hanya Dihadiri 15 Orang

Cerita Ayah Kesha Ratuliu Menikah Saat Wabah Virus Corona Hanya Dihadiri 15 Orang

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 218 hits
Kabar bahagia datang dari artis cantik Kesha Ratuliu Sang ayah Donny telah melepas masa dudanya Menikah di tengah wabah virus corona pernikahan ayah Kesha pun memiliki cerita menarik
Viral Sedihnya Wanita Yang Ibunya Wafat Karena Corona Dikubur Tanpa Pelayat

Viral Sedihnya Wanita Yang Ibunya Wafat Karena Corona Dikubur Tanpa Pelayat

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 165 hits
Unggahan pilu wanita bernama Eva Rahmi Salama lewat akun Instagramnya evarahmisalama ini viral Dalam unggahannya Eva mengungkapkan kesedihannya atas kepergian sang ibu yang meninggal karena virus Corona dan dikubur tanpa pelayat Eva mengung...
Video Lempar Duit Kepada Peniaga Gara Gara Takut Dijangkiti Covid 19 Dikecam Wanita Mohon Maaf

Video Lempar Duit Kepada Peniaga Gara Gara Takut Dijangkiti Covid 19 Dikecam Wanita Mohon Maaf

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 364 hits
Tular di media sosial mengenai satu video dipercayai daripada Indonesia menunjukkan seorang wanita melempar duit keluar daripada tingkap keretanya kepada seorang peniaga jalanan di sana Menurut laporan media tempatan wanita itu dipercayai t...
Due Date Dah Dekat Jangan Stres Takut Lakukan Persediaan Bersalin Ini Di Saat Covid 19

Due Date Dah Dekat Jangan Stres Takut Lakukan Persediaan Bersalin Ini Di Saat Covid 19

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 294 hits
Proses melahirkan anak adalah 1 waktu yang paling tidak sabar ditunggu oleh bakal ibu bapa Namun dalam penularan wabak COVID 19 ini sudah tentu ia adalah perkara yang turut menyebabkan kebimbangan Pastinya banyak persoalan akan bermain di f...
Takut Dijangkiti Covid 19 Tindakan Wanita Ini Pada Peniaga Jalanan Dikecam

Takut Dijangkiti Covid 19 Tindakan Wanita Ini Pada Peniaga Jalanan Dikecam

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 285 hits
Ekoran wabak Covid 19 tindakan wanita ini yang takut dijangkiti covid 19 ketika membeli sesuatu dari peniaga dijalanan ini undang kecaman ramai Ada video Takut Dijangkiti Covid 19 Tindakan Wanita Ini Pada Peniaga Jalanan Dikecam
Sistem Ekonomi Yang Dianut Indonesia Saat Ini

Sistem Ekonomi Yang Dianut Indonesia Saat Ini

papar berkaitan - pada 1/4/2020 - jumlah : 364 hits
Apa sih sistem ekonomi itu Yang dimaksud sistem ekonomi adalah suatu cara untuk mengatur dan mengorganisasi segala aktivitas ekonomi dalam masyarakat baik yang dilakukan oleh pemerintah atau swasta berdasarkan prinsip tertentu dalam rangka ...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids