Takkan Bahasa Melayu Mati Di Dunia


 

Baru-baru ini saya menonton sebuah video tular memapar dua orang pemuda berbangsa Jepun berbual dalam bahasa Melayu. Terdapat banyak komentar netizen yang menyatakan mereka terkejut dan ada yang kagum dengan kemahiran berbahasa yang ditunjukkan oleh mereka selaku orang asing. Ini dilakukan dalam waktu relatif singkat.
Video atau paparan begini datang dan pergi, dan apabila ia mendapat sedikit kehebohan pasti akan membangkitkan rasa ghairah dalam kalangan generasi muda terutama kerana ia menjelma di media sosial, seperti antara lain di platform TikTok. Ia akan mendorong pertanyaan mengapa ada sesetengah rakyat Malaysia enggan berbahasa Melayu, atau tidak begitu berahi dengan bahasa kebangsaan sendiri. Persoalan ini agak subjektif dan harus dijawab dalam tulisan yang lain, yakni setelah ada survei atau dapatan yang meyakinkan.
Apa pun, video-video yang menunjukkan warga asing fasih berbangsa Melayu ini sedikit sebanyak juga menjadi petunjuk bahawa bahasa Melayu boleh bersaing, masih mempunyai potensi, dan senang dikuasai. Bahkan ia juga dapat memberi gambaran bahawa bahasa kita yang kecil penuturnya ini (berbanding bahasa Indonesia) memiliki keindahan, atau magis dan keistimewaan tersendiri untuk dipasarkan.
Malah jika kita rajin menerokai ruang ini kita akan mendapati ada beberapa figur dan pempengaruh luar (baca: warga asing) menggunakan bahasa Melayu dengan yakin dan megah. Sebagai contoh terdapat personaliti masakan YouTube, Rhys William yang petah berbahasa Melayu tatkala mengulas makanan Melayu kegemarannya.
Rhys menetap di Malaysia sejak 2013, dan mula dikenali ramai pada 2015 dengan kebolehan berbahasa Melayu. Hampir sedekad kini berbahasa Melayu, Rhys malah boleh mengarang buku dalam bahasa kita. Asalnya beliau sekadar bercuti di Kuala Lumpur pada 2011.
Selain itu terdapat juga model Sudan Selatan, Afrika bernama Tanya Mikes yang mendapat perhatian pengguna TikTok kerana gelagatnya yang suka meniru dialog dalam bahasa Melayu. Menerusi akaun ‘lady long legs’ (wanita berkaki panjang) Tanya pasti mengejutkan sesiapa pun kerana kepetahannya bertutur dalam bahasa Melayu dengan canggih.
Sebetulnya, meskipun menetap di Malaysia lebih sedekad lalu sejak 2010, Tanya yang dibesarkan di Nairobi, Kenya hanya mula belajar bahasa Melayu semasa PKP (perintah kawalan pergerakan). Di kala pandemik itu Tanya menghabiskan masa membaca buku dan mengikuti laman YouTube tertentu bagi membantu sebutannya. Seterusnya Tanya membiasakan diri menonton filem-filem dalam bahasa Melayu, sembari membaca sarikata untuk lebih menangkap. Kini beliau ikut menjadi personaliti sebuah saluran televisyen digital. Memerhatikan perkembangan ini tentu membuatkan kita teruja. Bahawa bahasa Melayu tidaklah akan mati.
Sebetulnya di Institut Alam dan Tamadun Melayu (Atma) Universiti Kebangsaan Malaysia saya mengetuai sebuah program yang membekalkan tuisyen bahasa dan budaya kepada penutur asing. Program ini dinamai KIKBM atau nama panjangnya Kursus Intensif Keterampilan Bahasa Melayu yang asal-muasalnya ditubuhkan hasil daripada Konsortium Pengajaran Indonesia dan Melayu (Cotim) pada 1999.
Pada awalnya kami hanya mengajarkan bahasa Melayu kepada dua orang pelajar sahaja dari Amerika Syarikat. Akan tetapi kini kami boleh berbangga kerana lebih 500 orang pelajar dari pelbagai negara, termasuk Australia, Kanada, England, Finland, Jerman, Perancis, Jepun, Hong Kong, Iran, New Zealand, Filipina, Singapura, Korea Selatan, Amerika Syarikat, dan Vietnam telah menamatkan kursus pada tahap yang berbeza.
Perlahan-lahan kami meraih nama kecil-kecilan di mana program ini turut diiktiraf oleh Universiti Sains Gunaan Konstanz (Jerman), La Trobe University (Australia), Universiti Pengajian Asing Tokyo (Jepun), Universiti Setsunan (Jepun) dan Pertubuhan Pelancongan Korea (Korea Selatan).
Di KIKBM, kami memberikan penutur asing enam tahap dalam kursus yang ditawarkan. Ia bermula dengan tahap 1 dan berakhir di aras tinggi iaitu tahap 6. Kursus ini terdiri daripada 100 jam dengan mengandungi beberapa kaedah iaitu 80 jam (termasuk kaedah membaca, bercakap dan kemahiran menulis), dan 20 jam lagi praktikal (termasuk bengkel, bersiar-siar dan lawatan lapangan).
Guru-guru kami terdiri daripada mereka yang berbangsa Melayu yang akan membawa semua peserta melalui pengajian intensif selama 4-5 minggu atau lebih. Apa yang menjadi kami unik ialah setiap kursus ini disesuaikan mengikut keperluan pelajar. Bukan itu sahaja, kami juga memberikan pengalaman budaya di mana pelajar ini akan didedahkan dengan adat budaya Melayu apabila ditempatkan bersama-sama keluarga angkat.
Terdapat para pelajar lepasan KIKBM kami yang terdiri daripada para diplomat; tentera diraja Australia; siswa dari universiti terkemuka di Barat seperti dari Stanford, dan Cornell; dan warga asing yang menghuni Malaysia di bawah program Malaysia sebagai ‘rumah kedua’. Sejak akhir-akhir ini pelajar dari Australia, China, Korea, dan Jerman sangat tertarik dengan kami.
Sejak mengepalai program ini saya mendapati pelajar kami di KIKBM memang dengan mudah menguasai bahasa Melayu, dengan syarat membuka diri seluas-luasnya. Menjelang tahap ketiga, pelajar kami boleh bertutur secara asas, dan pada akhir tahap enam mereka biasanya boleh membentangkan sesuatu atau menulis dalam bahasa Melayu. Ada beberapa pelajar kami yang dari asal sifar pengetahuan dalam bahasa Melayu kini boleh menulis tesis sarjana dan doktorat dalam bahasa kebangsaan. Ini jelas membuktikan bahasa Melayu jika diajari dengan cara betul, akan mudah dikuasai dan boleh disebarluaskan secara rapi dan berkesan.
Oleh demikian setiap kali menemukan video tular warga asing yang reti dan mahir berbahasa Melayu saya hanya akan tersenyum. Lebih geli hati jika netizen parah-parah berasa takjub dengan mereka.
Sebetulnya bahasa Melayu tidak kalah dengan bahasa lain. Percayalah bahawa kekuatan bahasa Melayu ialah ia mudah dipelajari, cepat dikuasai, dan membumi. Tiga pra-syarat ini sahaja memadai menjadi inti untuk ia merebak dengan pantas jika betul-betul diberi peluang dan kesempatan. Hanya pihak berkuasa bahasa dan kesusasteraan Melayu kita agak pemalas, bermuka-muka, sambil lewa dan tiada kreativiti serta kemahiran inovasi.
Tontonlah video-video tular ini, dan atas alasan ini sahaja saya percaya bahasa Melayu tidak akan mati di dunia, kalaupun kelak tidak akan sampai menjadi bahasa di syurga. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/02/takkan-bahasa-melayu-mati-di-dunia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penggunaan Mana Yang Betul Bahasa Melayu Atau Bahasa Malaysia

Penggunaan Mana Yang Betul Bahasa Melayu Atau Bahasa Malaysia

papar berkaitan - pada 12/2/2024 - jumlah : 414 hits
Imej hiasan KUALA LUMPUR 12 Feb Sepanjang dekad sejak pembentukan Malaysia rakyatnya telah menyaksikan nama bahasa kebangsaannya berubah beberapa kali antara Bahasa Malaysia dan Bahasa Melayu Di tengah tengah perbincangan mengenai pentadbir...
Tak Sangka Alien Dalam Filem Senario Xx Rupanya Cakap Bahasa Melayu

Tak Sangka Alien Dalam Filem Senario Xx Rupanya Cakap Bahasa Melayu

papar berkaitan - pada 17/2/2024 - jumlah : 293 hits
Seorang pengguna TikTok berjaya mencuri perhatian ramai selepas mendedahkan perkara yang mengejutkan mengenai filem komedi sains fiksyen Senario XX Menurut pemilik akaun TikTok ZD Studio itu makhluk asing yang muncul dalam filem tersebut se...
Bila Dunia Berputar Di Sekeliling Orang Melayu

Bila Dunia Berputar Di Sekeliling Orang Melayu

papar berkaitan - pada 24/2/2024 - jumlah : 256 hits
1 Dalam dunia ni ada 195 buah negara 8 billion manusia Masalahnya kadang orang Melayu Malaysia ni ingat macam kita je hidup atas muka bumi ni Rasa macam dunia ni hanya berkisar di sekeliling kita 2 Bila ada isu yang tengah viral kat negara ...
Hiburan Terkini Bekas Yang Di Pertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud Meninggal Dunia

Hiburan Terkini Bekas Yang Di Pertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 21/2/2024 - jumlah : 300 hits
Bekas Yang di Pertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud dilaporkan menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 4 28 pagi tadi di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur Berita duka itu turut disahkan Timbala Perdana Menteri Datuk Seri Fadilah...
Taib Mahmud Meninggal Dunia

Taib Mahmud Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 21/2/2024 - jumlah : 178 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Ketua menteri Sarawak yang paling lama berkhidmat Abdul Taib Mahmud 87 meninggal dunia Taib merupakan ketua eksekutif kerajaan negeri yang paling lama berkhidmat memimpin Sarawak selama 33 tahun dari 1981 hingga 2...
Tun Abdul Taib Mahmud Meninggal Dunia

Tun Abdul Taib Mahmud Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 21/2/2024 - jumlah : 250 hits
Bekas Yang di Pertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud meninggal dunia sekitar jam 4 28 pagi tadi di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur Berita duka pemergian Abdul Taib ke rahmatullah disahkan anak bongsu beliau Datuk Hanifah Hajar T...
Doa Hari Lahir Memohon Keberkatan Umur Kebaikan Dunia Akhirat

Doa Hari Lahir Memohon Keberkatan Umur Kebaikan Dunia Akhirat

papar berkaitan - pada 22/2/2024 - jumlah : 289 hits
Doa Hari Lahir Memohon Keberkatan Umur Kebaikan Dunia Akhirat Hari lahir adalah adalah merupakan hari yang istimewa untuk setiap individu Terdapat pelbagai cara untuk meraikan hari istimewa ini salah satunya ialah dengan memanjatkan doa seb...
Prabowo Terima Ucapan Selamat Dari Pemimpin Dunia Ini Respons Anies

Prabowo Terima Ucapan Selamat Dari Pemimpin Dunia Ini Respons Anies

papar berkaitan - pada 20/2/2024 - jumlah : 234 hits
Capres nomor urut 01 Anies Rasyid Baswedan berharap semua pihak menunggu hasil penghitungan resmi Pemilu dari KPU
Mendagri Minta Dukcapil Kebut Urus Surat Kematian Petugas Pemilu Meninggal Dunia

Mendagri Minta Dukcapil Kebut Urus Surat Kematian Petugas Pemilu Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 20/2/2024 - jumlah : 220 hits
Data KPU per Senin 19 Februari 2024 mencatat jumlah petugas Pemilu meninggal dunia mencapai 71 orang
Entire Malaysia Coming To Standstill Amid Pak Lah S State Funeral And Monumental Xi Jinping S State Visit

Michelle Yeoh Berhijab Tercantik Di Funeral Negara Pak Lah Untuk Memberi Hormat Terakhir

Understand Your Target Audience

Johan Pakai T Shirt Topi Di Istiadat Pengebumian Allahyarham Pak Lah Ditegur Netizen Macam Tak Tahu Hormat Majlis

Tema Hijau Menjadi Pilihan

Saya Sudah Berjanji Saya Tidak Boleh Mungkir Janji Pak Lah

Inilah Cerita Bagaimana Pak Lah Bantu Selamatkan Nyawa Anwar

3 Lagu Untuk Ana


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Apa Itu Auto Brewery Syndrome

Masak Ketupat Goreng Untuk Sarapan Pagi

Flava Kenapa Singgah Kalau Tak Masuk Chord

Air Mineral Spritzer Sebundle Murah

Lirik Lagu Chand Chupa Badal Mein

Hukum Guna Duit Raya Anak Cara Simpan Duit Raya