L Or Al Rai 30 Tahun Di Malaysia Sumbang Rm13 6 Bilion Kepada Industri Kecantikan


L’Oréal Groupe meraikan ulang tahun ke-30 di Malaysia, menandakan tiga dekad membawa inovasi kecantikan kepada pengguna tempatan. Dari penjagaan kulit yang revolusioner, penjagaan rambut, solekan ikonik hinggalah kecantikan peribadi berasaskan teknologi (Beauty Tech), 30 jenama di bawah L’Oréal telah membantu jutaan rakyat Malaysia tampil yakin dan bergaya.
Pengarah Urusan L’Oréal Malaysia, Tomas Hruska berkata,
“Kecantikan bukan hanya tentang produk. Ia mengenai keyakinan, ekspresi diri dan kesejahteraan. Mencapai 30 tahun di Malaysia adalah detik yang membanggakan. Matlamat kami mudah, menawarkan produk, perkhidmatan dan inovasi kecantikan terbaik kepada rakyat Malaysia, agar semua orang berasa yakin dan dihargai.”
Sumbangan Besar Kepada Ekonomi & Sosial Negara Bersempena sambutan ini, L’Oréal turut melancarkan Socio-economic Impact Report oleh firma Asterès yang menunjukkan impak besar syarikat tersebut kepada negara. Laporan itu mendedahkan, bagi setiap satu pekerjaan di L’Oréal, sebanyak 36.6 pekerjaan tambahan dijana dalam ekonomi Malaysia.
Secara keseluruhannya, L’Oréal menyokong lebih 21,600 pekerjaan di seluruh negara melalui rantaian nilainya. Selain itu, lebih daripada 1,600 individu telah menerima latihan, pembangunan kemahiran dan sokongan melalui program sosial syarikat ini.
Jaringan ini bukan sahaja membantu membina kerjaya yang mampan, malah menyokong perniagaan tempatan, memperkasakan komuniti yang kurang mendapat perhatian, serta menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.
Pasaran Kecantikan Malaysia Bernilai RM13.6 Bilion Industri kecantikan Malaysia kini bernilai sekitar RM13.6 bilion, menjadi salah satu pasaran paling pesat berkembang di rantau ini. Dari rutin penjagaan wajah harian, solekan perkahwinan hinggalah cukur pertama seorang lelaki, kecantikan sudah sebati dengan kehidupan seharian rakyat Malaysia.
Generasi muda yang celik digital kini menjadi pemacu utama pasaran, dengan minat tinggi terhadap penjagaan kulit peribadi, trend K-Beauty serta kesedaran semakin meningkat tentang kepentingan penjagaan diri (self-care).
Sejak ditubuhkan pada tahun 1995, L’Oréal Malaysia kini menjadi syarikat kecantikan nombor satu di negara ini dengan portfolio 30 jenama. Produk-produk ini diedarkan melalui lebih 47,500 kedai runcit, 1,300 salon, 2,399 farmasi, lapan platform e-dagang, serta disokong oleh pusat pengedaran strategik di Shah Alam, Selangor.
Dedikasi Terhadap Masyarakat Selain sumbangan ekonomi, L’Oréal Malaysia juga komited terhadap pembangunan sosial. Pada tahun 2023 sahaja, lebih 1,600 penerima manfaat mendapat bantuan melalui pelaburan dalam pembangunan bakat dan program komuniti.
Dengan warisan selama tiga dekad, L’Oréal Malaysia terus memperkukuh misinya untuk membawa kecantikan yang memberi inspirasi, memperkasa dan memberi kesan positif kepada rakyat serta ekonomi negara.
The post L’Oréal Rai 30 Tahun di Malaysia, Sumbang RM13.6 Bilion Kepada Industri Kecantikan appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/08/27/loreal-rai-30-tahun-di-malaysia-sumbang-rm13-6-bilion-kepada-industri-kecantikan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Dedah Kerajaan Madani Berjaya Pulih Rm5 Bilion Hasil Rasuah Dalam Tempoh Dua Tahun

Anwar Dedah Kerajaan Madani Berjaya Pulih Rm5 Bilion Hasil Rasuah Dalam Tempoh Dua Tahun

papar berkaitan - pada 31/8/2025 - jumlah : 3361 hits
KUALA LUMPUR 16 Ogos Kejayaan memulihkan kira kira RM5 bilion hasil rasuah dalam tempoh satu hingga dua tahun lalu membuktikan kecekapan dan ketegasan Kerajaan Madani dalam membanteras gejala itu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ber...
Oksigen Untuk Satu Bilion Tahun

Oksigen Untuk Satu Bilion Tahun

papar berkaitan - pada 27/8/2025 - jumlah : 490 hits
Monolog Jiwa Oksigen Untuk Satu Bilion Tahun Monolog Jiwa Oksigen Untuk Satu Bilion Tahun Sebuah renungan saintifik dan hati bila udara yang kita hirup satu hari nanti mungkin berubah Di antara hiruk pikuk dan doa ada sebuah kebenaran alam ...
Terkini Voge Sr250gt Masuk Malaysia Tahun Ini 25 5hp 23nm

Terkini Voge Sr250gt Masuk Malaysia Tahun Ini 25 5hp 23nm

papar berkaitan - pada 25/8/2025 - jumlah : 6010 hits
Segmen skuter 250cc di Malaysia akan dimeriahkan lagi dengan model baharu tidak lama lagi kali ini menerusi VOGE SR250GT Berdasarkan maklumat diperolehi skuter maxi 250cc itu dijangka akan dilancarkan tahun ini oleh pengedar rasmi MForce Bi...
Takaful Malaysia Catat Prestasi Berdaya Tahan Dengan Pendapatan Rm1 85 Bilion

Takaful Malaysia Catat Prestasi Berdaya Tahan Dengan Pendapatan Rm1 85 Bilion

papar berkaitan - pada 22/8/2025 - jumlah : 598 hits
PETALING JAYA Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad mencatatkan prestasi berdaya tahan dengan pendapatan meningkat sebanyak sembilan peratus kepada RM1 85 bilion bagi separuh pertama tahun kewangan berakhir pada 30 Jun 2025 Peningkatan ...
Malaysia Madani Rakyat Disantuni Tema Bulan Kebangsaan Tahun 2025

Malaysia Madani Rakyat Disantuni Tema Bulan Kebangsaan Tahun 2025

papar berkaitan - pada 23/8/2025 - jumlah : 2897 hits
Membincangkan Pengisian Program Kebangsaan Peringkat Sekolah Tahun 2025Tema Bulan Kebangsaan Tahun 2025 Malaysia Madani Rakyat Disantuni Menjelang Ogos biasanya setiap agensi atau Jabatan akan mulai membuat berbagai program pengisian sempen...
Senarai Pemenang Anugerah Industri Muzik 24 Tahun 2025

Senarai Pemenang Anugerah Industri Muzik 24 Tahun 2025

papar berkaitan - pada 31/8/2025 - jumlah : 4069 hits
GALAKSIVIRAL Anugerah Industri Muzik Malaysia kembali lagi pada tahun 2025 Majlis gilang gemilang ini diadakan di Arena of Stars Genting Highlands Pahang pada 13 September 2025 bersamaan hari Sabtu Anugerah ini ditayangkan melalui saluran u...
Banyak Kes Rasuah Dilumpuhkan Sprm Berjaya Rampas Lebih Rm31 Bilion Aset Dalam Tempoh 5 Tahun

Banyak Kes Rasuah Dilumpuhkan Sprm Berjaya Rampas Lebih Rm31 Bilion Aset Dalam Tempoh 5 Tahun

papar berkaitan - pada 16/8/2025 - jumlah : 840 hits
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Tan Sri Azam Baki mendedahkan lebih RM31 4 bilion aset berjaya dirampas dalam tempoh lima tahun dengan hampir RM28 bilion daripadanya dilucut hak Katanya rampasan itu membabitkan kes ...
Melly Goeslaw Suami Bersanding Lagi Rai Ulang Tahun Perkahwinan Ke 30

Melly Goeslaw Suami Bersanding Lagi Rai Ulang Tahun Perkahwinan Ke 30

papar berkaitan - pada 20/8/2025 - jumlah : 492 hits
Original Content Ratu Muzik Indonesia Melly Goeslaw meluahkan rasa penuh syukur apabila dapat meraikan ulang tahun perkahwinan ke 30 bersama suami tercinta Anto Hoed Lebih istimewa pasangan ini kembali naik pelamin seakan akan pengantin bah...
Ciapan Lama Amira Othman Ucap Tahniah Buat Fattah Amin Kembali Tular Memang Dah Crush Lama La Ni

Kakitangan Sabah Electricity Dihanyut Arus Deras Ketika Lintas Jambatan

Alipay Voyager Kini Sokong Tempahan Grab Dalam Satu Aplikasi

Secret Recipe Teams Up With Zus Coffee For A Match Made In Malaysia

Batu Umno Division Chief Resigns From Federal Territories Foundation

Awak Menteri Atau Tak Saya Akan Ambil Tindakan

Disgruntled Activist Moots Exiled Sabah Gov T In Down Under As Legitimate Voice Of Sabahans

Button Badge Custom Cenderahati Murah Untuk Event Sekolah Bisnes


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Into The Depths Cutting Edge Discoveries And Tech In Underwater Cave Exploration

Seorang Pelajar Pindah Sekolah Selepas Insiden Zara Saksi

Bateri Baru Tapi Kereta Tak Boleh Start Mekanik Dedah Punca

Baim Seksi Untukku Chord

Why Muslim Mothers Give Up On Claiming Child Support From Errant Ex Husbands

Funding Woes Threaten Kelantan Participation In Malaysian Deaf Games