Tak Terfikir Cari Pengganti Besar Jasa Isteri Lahirkan Anak Sampai Dia Lumpuh


Kasih seorang suami! Apa sekalipun tak pernah terlintas difikiran saya untuk berkahwin lagi atau mencari pengganti isteri sebaliknya akan terus menunggu dia hingga kembali sihat dan menjaganya selagi terdaya,” luah bapa seorang anak, Muhamad Saiful Sudin.
Kini, dia menjaga isterinya, Norfadilla Che Par, 30, yang terlantar sakit selepas melahirkan zuriat sulung mereka kira-kira tiga tahun lalu.
Demi melaksanakan tanggungjawabnya, Muhamad Saiful, 31, yang menetap di Kampung Kok Lintang, Gunung di sini, sanggup berhenti kerja di sebuah syarikat bekalan tenaga elektrik untuk memastikan dirinya sentiasa berada di sisi Norfadila yang sudah tidak dapat menguruskan dirinya sendiri.

Berkongsi pengalamannya, dia berjaga sehingga awal pagi bagi menemani isterinya yang kebiasaannya tidur selepas waktu Subuh.
ARTIKEL BERKAITAN [Tiga Bulan Terlantar Di ICU Akibat Jantung Terhenti Masa Bersalin, Mama Kena Kuat Demi Syahmi!]
Menurutnya, selain memandikan dan menukar lampin pakai buang, dia juga perlu memberi Norfadila minum susu setiap empat jam sekali.
“Isteri saya dalam keadaan baik sebelum dan ketika hamil, namun dengan tiba-tiba jantungnya terhenti selama 10 minit sewaktu melahirkan anak kami secara pembedahan. Separuh sel otaknya mati disebabkan oksigen tidak sampai dan mujurlah doktor dapat menyelamatkannya dengan izin Allah.
“Empat bulan isteri saya koma dan Allah saja tahu bagaimana sedihnya saya ketika itu dan syukur sangat apabila dia sedar walaupun tidak boleh bercakap dan perlu menerima rawatan selama empat bulan lagi di hospital untuk pemantauan,” katanya.
Bercerita lanjut, Muhamad Saiful bersyukur kerana tinggal bersama keluarga mentua jadi tidak berseorangan memantau Norfadila walaupun dia sepenuhnya yang menguruskan keperluan isterinya itu.
Anaknya, Muhammad Syahmi yang kini berusia tiga tahun dijaga oleh kakak iparnya, Norhasirah yang tinggal di kampung sebelah.
“Sedih memang ada kerana isteri jadi begitu ketika melahirkan anak dan setahun selepas kami berkahwin.
“Saya juga pernah hilang semangat terutama ketika isteri koma di hospital kerana melihat keadaannya yang seperti tiada peluang untuk isteri sedar apatah lagi sembuh.
LAGI ARTIKEL BERKAITAN [Letak Gambar Anak Pada Dinding ICU Antara Sebab Ibu Sedar Selepas Hampir 5 Bulan Koma]
“Bagaimanapun, keluarga yang banyak beri saya kekuatan dan semangat untuk terus cekal menjaga isteri sehingga kini malah mereka juga membantu daripada segi kewangan kerana saya tidak bekerja.
“Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ada beri elaun sebanyak RM500 tetapi ia tidak cukup kerana perbelanjaan bulanan isteri dianggarkan mencecah RM1,500 dan ia diperlukan bagi membeli lampin pakai buang, bekalan susu untuk setiap tiga hari dan lain-lain lagi,” katanya.
Muhamad Saiful berkata, doktor tidak beri jaminan atau jangkaan tempoh isterinya akan sembuh.

Menurut Muhamad Saiful, jika pulih sekalipun, doktor meminta dia bersiap sedia dengan keadaan Norfadila yang tidak akan normal seperti biasa.
“Isteri mungkin sukar kembali sihat seperti dulu namun saya tidak akan berputus asa malah setiap hari berdoa supaya Allah berinya kesembuhan dan keajaiban iaitu peluang kedua untuk hidup normal.
“Saya tidak pernah menyesal berhenti kerja tiga tahun lalu bagi menjaganya kerana sudah menjadi tanggungjawab sebagai suami untuk ada di sisinya.
“Sekurang-kurangnya, saya tidak akan berasa ralat jika berlaku apa-apa kemudian hari.
“Saya yakin ada hikmah di sebalik ujian ini jadi reda dengan apa yang berlaku dan susah atau senang, biarlah kami bersama,” katanya yang masih membawa Norfadila menjalani pemeriksaan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu setiap enam bulan sekali.
Kredit: Metro

Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post “Tak Terfikir Cari Pengganti.” Besar Jasa Isteri Lahirkan Anak Sampai Dia Lumpuh appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/tak-terfikir-cari-pengganti-besar-jasa-isteri-lahirkan-anak-sampai-dia-lumpuh/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Pandang Surirumah Sebelah Mata Besar Jasa Mereka Besarkan Anak

Jangan Pandang Surirumah Sebelah Mata Besar Jasa Mereka Besarkan Anak

papar berkaitan - pada 25/11/2021 - jumlah : 267 hits
Tekanan berada di rumah sepanjang waktu sememangnya cukup kuat tak sama dengan tekanan kita yang berada di tempat kerja Di rumah bukan hanya anak anak bahkan segala urusan walau sekecil kecil urusan terpaksa diuruskan ibu setiap masa Tanpa ...
Anak Arw4h Vanessa Angel Mula Cari Mama Papa Bapa Mentua Akui Terlalu Sedih Tengok Keadaan Cucu

Anak Arw4h Vanessa Angel Mula Cari Mama Papa Bapa Mentua Akui Terlalu Sedih Tengok Keadaan Cucu

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 200 hits
BAPA mentua Allahy4rham Vanessa Angel iaitu Faisal Saat tidak mampu menahan seb4k dan kesedihan apabila cucunya iaitu Gala Sky Ardiansyah berulang kali menyebut perkataan mama dan papa Menurut laporan Grid ID bapa kepada Febri Ardiansyah in...
Lelaki Layan Anak Tiri Bak Zuriat Kandung Siap Lepak Dengan Ex Husband Isteri

Lelaki Layan Anak Tiri Bak Zuriat Kandung Siap Lepak Dengan Ex Husband Isteri

papar berkaitan - pada 13/11/2021 - jumlah : 360 hits
Seringkali kita mendengar bahawa ibu tiri atau bapa tiri yang selalu dikatakan jah4t dan juga ditvduh walaupun hakikatnya mereka ini sebenarnya tidak lah sejah4t yang masyarakat bayangkan Setiap manusia mempunyai karakter yang berbeza jadi ...
Lirik Hendaklah Cari Pengganti Esa Risty

Lirik Hendaklah Cari Pengganti Esa Risty

papar berkaitan - pada 17/11/2021 - jumlah : 187 hits
dingin malam yang sepi aku terdiam dirimahligai cinta kita semakin menepidirimu ku sayangi dengan sepenuh hatinamun sepenggal diri telah bergantilelah kaki melangkah sesat dan tanpa arahdan di puncak khayalan dirimu ku harapannamun engkau b...
Selalu Tanya Bila Daddy Nak Balik Luahan Rindu Anak Isteri Hargai Pengorbanan Alif Satar

Selalu Tanya Bila Daddy Nak Balik Luahan Rindu Anak Isteri Hargai Pengorbanan Alif Satar

papar berkaitan - pada 13/11/2021 - jumlah : 287 hits
Isteri kepada penyanyi dan pengacara Alif Satar meluahkan rasa sayu dan sebak melihat kegigihan suaminya bekerja siang dan malam demi tanggungjawabnya kepada kerjaya dan keluarga Malah menurut ibu kepada tiga cahaya mata ini lagi ada waktun...
Pergilah Nanti Momok Ambil Jangan Buat Main Takutkan Anak Besar Jadi Penakut

Pergilah Nanti Momok Ambil Jangan Buat Main Takutkan Anak Besar Jadi Penakut

papar berkaitan - pada 24/11/2021 - jumlah : 310 hits
Pergilah situ Nanti momok ambik Memang mudah disiplinkan anak dengan takut takutkan mereka ni Kelakar pun ada Tapi ketahuilah kesan jangka masa panjangnya lebih buruk Kita mungkin fikir sepanjang anak dewasa ketakutan tu akan hilang Hakikat...
Gagal Cari Calon Isteri Punca Penjawat Awam Serang Isteri Sepupu

Gagal Cari Calon Isteri Punca Penjawat Awam Serang Isteri Sepupu

papar berkaitan - pada 19/11/2021 - jumlah : 200 hits
Oleh NOR AZIHAN BINTI MD GHAZALI Tangkap layar CCTV memaparkan seorang lelaki membawa masuk seorang wanita ke KUALA LUMPUR Perselisihan faham dengan seorang wanita menjadi punca seorang penjawat awam bertindak memukul mangsa hingga cedera p...
Make School A Safer Place Jadi Penjenayah Kerana Anak Murid

Make School A Safer Place Jadi Penjenayah Kerana Anak Murid

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 402 hits
Hashtag cerita anak murid lawan cikgu ni bukan benda baru Cumanya kalau nak bantai cikgu tak cukup kalau setakat jadi juara isu kena ada kabel kuat duit banyak dan kekal konfiden walaupun bukannya betul pun Shining Eun soo Still Loving You ...
Marah Anak Buang Air Besar Dalam Seluar Ibu Dilapor Tergamak Pukul Anak 4 Tahun Hingga Mati

Marah Anak Buang Air Besar Dalam Seluar Ibu Dilapor Tergamak Pukul Anak 4 Tahun Hingga Mati

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 289 hits
Seorang ibu di Surabaya dilaporkan tergamak mendera anak kandungnya yang berusia 4 tahun sehingga mati kerana berang mangsa membuang air besar dalam seluar Memetik laporan Detik News suspek mengaku mendera anaknya dengan memukul dan menolak...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


W69 Slot

Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia