Tak Tahu Nak Letak Kat Mana Pakaian Terpakai Yang Lama Lama Ni
Biasa kan korang kalau pakaian terpakai hat lama-lama, buang ke atau macamana?Aihhh k.fiezz ni tiap kali buat 5s pakaian terpakai yang k.fiezz punya, blur tak tahu nak letak ke mana. Banyak kali juga lah k.fiezz buang gitu je kat tong sampah. Tapi k.fiezz tak lah terus masuk dalam tong sampah. K.fiezz buh dalam plastik sampah bersih (tak campur dengan sisa makanan/dapur), ikat elok & letak dalam paper bag. Lepas tu k.fiezz letak paper bag yang berisi pakaian terpakai ni kat tepi area tong sampah kawasan flat. Tak pasti lah samaada orang ambil atau yang datang bersihkan tempat sampah tu buang je dalam tong sampah.
5s LAGI PAKAIAN TERPAKAI YANG LAMABaru ni k.fiezz buat 5s lagi pakaian terpakai yang dah jarang-jarang k.fiezz guna sebab banyak beli baju baru. Sekarang kan asyik shopping baju je kat Tik Tok. Dah tak ada ruang kat tempat letak baju nak masuk baju-baju yang baru beli. Nak tak nak kena lah buat 5s baju-baju lama sis yang masih elok tapi makin jarang pakai sebab dah ketat (baju mengecil), hehe dan sis dah ada koleksi baju baru jadi yang lama dah tak pandang. Aihhh perangai sangat tau..
Kalau tempat letak baju sis, banyak lagi ruang. Idak lah nak buang baju-baju lama ni sebab banyak yang elok lagi. Cuma memandangkan pakaian terpakai hat lama ni, fesyen dia banyak dah outdated sikit jadi sis pun dah jarang pakai.
NAK LETAK MANA NIK.fiezz buat sesi 5s. Mana baju-baju yang memang dah tak elok, k.fiezz terus buang je. Mana yang elok, letak setempat, ikat dengan getah. Kumpulkan sekali lepas tu masukkan dalam paper bag.
Seingat k.fiezz dulu kat area flat ada tempat letak pakaian terpakai cuma tak pasti masih berfungsi ke tak sebab keadaan peti dia usang. K.fiezz tanya dengan salah seorang penduduk yang buat servis kutipan sampah. Tanya dia berfungsi lagi ke tak peti tu. Dia cakap berfungsi & ada je orang datang kutip pakaian kat dalam peti tu. Minggu lepas k.fiezz & mr hubby pusing sekitar blok yang k.fiezz pernah nampak peti tu.
Allah jenuh pusing. Memang tak ada dah petinya. Aihhhh...Takkan nak buang pula pakaian terpakai sis yang elok-elok lagi ni, hah. Sayangnya..
Mr hubby cakap biar je lah dulu dalam kereta. Nanti kalau nampak kat mana-mana ada tempat letak pakaian terpakai, kita letak kat situ. K.fiezz pun okey je lah.
POST DALAM GROUP BLOK KAT FLAT
Petangnya k.fiezz saja lah post dalam group whatsapp blok, tanya pasal peti letak pakaian terpakai kat area flat kitaorang tu, masih ada ke?Sebab cari tak jumpa pun. Takut lah dah tukar kedudukan. Sis & mr hubby ni bukannya tahu sangat perkembangan flat. Tak bercampur sangat dengan orang. hehe
Ada lah orang jawab, katanya peti tu dah ditarik balik oleh DBKL. Sebelum tu memang ada je kat area tong sampah flat kitaorang. Seingat k.fiezz pun perasan kewujudan peti tu cuma ni dah lama tak nampak. Rupanya dah ditarik balik. Patut lah. Mana taknya, penduduk kat flat tu pun (tak lah semua. segelintir), masa tempat letak pakaian terpakai tu ada kat situ, patutnya untuk letak pakaian terpakai. Ni entah siapa letak sampah lah, apa benda lah kat situ. Benda tak berkaitan dalam tu. Mana DBKL tak tarik balik.
Berbalik pada post k.fiezz dalam group blok, ada pula salah seorang penduduk whatsapp tepi dengan k.fiezz. Dia berminat dengan pakaian terpakai k.fiezz ni. Dia tanya baju apa k.fiezz nak buang ni. K.fiezz cakap baju-baju kurung. Dia cakap nak. Mana yang nak, dia ambil. Mana yang dia tak nak, dia bagi cleaner.
K.fiezz dengar je dia cakap nak, onzz lah sebab baju-baju ni semua elok lagi. Legaaa..Sayang tau nak buang baju-baju elok lagi ni kat tong sampah. Untuk k.fiezz dari buang, baik sedekah. Cuma k.fiezz tak tahu saluran untuk sedekahkan pakaian terpakai ni kat mana. Yang k.fiezz tahu peti untuk letak pakaian terpakai yang ada kat area flat dulu. Rupanya peti tu dah tak wujud sekarang..huhu...
Jadi hari Sabtu petang tu, pakaian terpakai k.fiezz ni dah bagi pada akak yang berminat tu. So okay lah. Benornya banyak lagi pakaian terpakai k.fiezz yang dalam almari nak di 5s kan. Cuma k.fiezz tak ada tempat nak letak pakaian terpakai ni kat mana..Maksud k.fiezz kalau ada tempat nak sedekahkan, k.fiezz okey je nak bagi.
Korang biasanya letak pakaian terpakai kat mana yea?Share sikit.. Maklumlah rumah kecil, lepas tu jenis rajin pula shopping baju-baju baru. Udah tak ada tempat nak letak baju-baju. Jadi nak tak nak kena lah sisihkan baju-baju lama yang masih elok lagi cuma dah tak berpakai.
BAJU ooo BAJU...
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.fiezasani.xyz/2023/06/Tak-Tahu-Nak-Letak-Kat-Mana-Pakaian-Terpakai-Yang-Lama-Lama-Ni.html