Pilih Yang Lebih Baik Atau Gabungan Yang Lebih Baik Yang Masih Sombong Dan Nak Kekalkan Budaya Lama Ketepikan


 
Ramai tanya saya, kalau taknak undi UMNO, adakah kita nak kena undi Bersatu? 

 

Jawapan saya, dalam konteks politik negara kita, tiada suatu parti pun yang boleh claim mereka BERSIH! 

 

Juga, dalam konteks politik negara yang tengah “fluid”, banyak parti tinggalkan perjuangan mereka untuk buat pakatan bersama. Jadi garis perjuangan mereka pun sudah blur. 

 

Pada saya, Bersatu itu pun DNA nya UMNO juga. 

 

Presiden Parti sudah jadi Kluster Mahkamah Jana Wibawa. Anak beranak pun kaya raya, tak tahu mana datangnya. Siap seorang anaknya masuk Pandora Paper. 

 

Dikatakan dia Pemimpin Islam sejati, bapanya ulamak lagi. Tetapi anaknya pula DJ di Kelab Malam sambil guna nama Paderi. Kalau orang lain yang buat, nescaya pemimpin PAS, dah pakat2 cop liberal/ kafir harbi. Tapi sebab geng sendiri, mulut mereka pun terkunci. 

 

Geng pelapis Bersatu pun lebih kurang sama. Pemimpin yang lebih muda, pejuang PTPTN dulunya, duit kontraktor masuk akaun sendiri. Ada dulu bekas Menteri pun duit sumbangan politik masuk ASB.

 

Termasuk meresap ke akar umbi. Kontrak dan habuan mereka cari. Surat sokongan pun selamba minta dan beri. 

 

Budaya rembat dan sakau itu tidak boleh claim Parti ini berkecuali. DNA mereka sama sahaja. UMNO dan Bersatu tiada beza. 

 

Saya tak rasa Bersatu makin kuat. Barisan lapisan kedua yang ada pun lesu belaka: Hamzah, Peja dan Azmin Ali. Semua terpalit isu integriti. Dulu mungkin kabur2, sekarang dikatakan akan jelas kembali. 

 

Barisan pemuda juga hambar. Tiada yang boleh dibangga. Setakat WAF yang terbukti jargon saja. Masa jadi Timb Menteri Perpaduan pun tiada makna. 

 

Makanya susah nak kata Bersatu akan ganti UMNO pada hari muka. Mereka pun carca merba. 

 

TBH, saya masih nak lihat UMNO bangkit sekali lagi. Memperjuangkan bangsa dan ibu pertiwi. Sesungguhnya parti Keramat ini, ramai di kalangan kita dekat di hati. Ada soft spot lagi. 

 

Isu nya hanya tinggal tuan Presiden, Kluster Mahkamah yang kita tunggu penghujung kesnya. Kalau dia step down, pemulihan UMNO boleh berjaya. 

 

Geng warlord yang korup pun sudah lari. Masuk parti lain. Mereka ini pun toksik yang sudah dicuci. 

 

Kepimpinan UMNO baru seperti Johari Ghani dan Khaled Nordin, Azalina Othman, kita dah boleh buka mata. Banyak yang tinggal ini kompeten sebenarnya. Dengar isu rasuah pun minimal saja. 

 

KJ dan Syahril Hamdan pun standby. Mereka taknak masuk parti lain, tunggu UMNO juga. Tengok lapisan Pemuda UMNO pun saya teruja, Dr Akmal Saleh tunjukkan UMNO ada future. 

 

Pada saya, Bersatu bukan pengganti UMNO. They are now going downhill. Dengan duit tiada, kes mahkamah, persengkataan dalaman dan pemimpin pelapis juga hambar, nasib mereka akan jadi seperti Semangat 46. 

 

UMNO pula, is at rock bottom, mereka tiada jalan lain selain bangkit semula. 

 

Kita doakan parti Keramat ini mula sedar, orang Melayu bukan benci mereka. UMNO dihukum kerana mereka lupa amanah kepada bangsa dan negara. 

 

Tapi kalau mereka tunjuk mereka sudah berubah, buang budaya korup dan angkat orang wibawa, orang Melayu boleh percaya. In sya Allah… Boleh beri peluang kedua. 

 

Salam hormat,

Liyana Marzuki

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/06/pilih-yang-lebih-baik-atau-gabungan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Percaya Atau Nggak Ternyata Cowok Lebih Susah Move On Dibandingkan Cewek Ini Alasannya

Percaya Atau Nggak Ternyata Cowok Lebih Susah Move On Dibandingkan Cewek Ini Alasannya

papar berkaitan - pada 11/6/2023 - jumlah : 141 hits
Kepada cowok yang sedang patah hati nggak apa apa kok mengakui bahwa hatimu sakit sekali Mungkin dengan begitu kamu lebih mudah melewati masa masa sulit ini
Susah Eh Nak Bersangka Baik

Susah Eh Nak Bersangka Baik

papar berkaitan - pada 1/7/2023 - jumlah : 188 hits
Paling suka ayat ni Allah tak bagi harini Dia bagi esok Yang penting kita kena selalu bersangka baik Susah eh nak bersangka baik Setiap prasangka samada baik atau buruk adalah cerminan hati kerana segala rasa datang dari hati Hati yang tak ...
Perjalananku Lepas Dari Hubungan Yang Toxic Tanpanya Ternyata Hidupku Jauh Lebih Baik

Perjalananku Lepas Dari Hubungan Yang Toxic Tanpanya Ternyata Hidupku Jauh Lebih Baik

papar berkaitan - pada 14/6/2023 - jumlah : 162 hits
Dia adalah orang yang nyaris sempurna tapi juga orang yang sama dengan yang meninggalkan lebam lebam di tubuhku dan hatiku
Patut Lama Dah Kau Di Sini Walau Lambat Nak Gempur Lebik Dari Tak Tahu Buat Kerja

Patut Lama Dah Kau Di Sini Walau Lambat Nak Gempur Lebik Dari Tak Tahu Buat Kerja

papar berkaitan - pada 12/6/2023 - jumlah : 127 hits
Terima kasih YB Menteri Fahmi Fadzil di atas kepercayaan untuk lantikan Setiausaha Kerja Penerangan pusat Parti Keadilan Rakyat bagi menguatkan Parti Saya dan pasukan penerangan diberikan amanah untuk menerajui dan mengemaskini kerja penera...
Hiburan Nak Tengok Bekas Isteri Bahagia Syamsul Doakan Sarah Kahwin Dengan Lelaki Baik

Hiburan Nak Tengok Bekas Isteri Bahagia Syamsul Doakan Sarah Kahwin Dengan Lelaki Baik

papar berkaitan - pada 15/6/2023 - jumlah : 193 hits
Walaupun telah sah bercerai pengarah tetap mendoakan jodoh untuk bekas isterinya Puteri Sarah Liyana Syamsul atau nama sebenarnya Mohd Syamsul Mohd Yusof berkata Sarah juga layak untuk merasa bahagia Advertisement Bukan itu sahaja pengarah ...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Semangat Aja Nggak Cukup Ikuti Panduan Ini Buat Hadapi Tim Lebih Kuat Di Ranked Match Mobile Legends

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn

Lirik Lagu Lebih Dari Rindu Maulana Ardiansyah Ft Alyssa Dezek

Nasihat Berguna Untuk Selesa Hari Tua Dengan Wang Kwsp


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Hantar Anak Bulu Vaksin Kali Pertama

Rumusan Kurikulum Persekolahan 2027

Jalan Jalan Cari Makan Jom Cuba Sizzling Yee Mee Kat Lotus Lukut Port Dickson

Pas Sudah Terdesak Sanggup Tuduh Amanah Bahayakan Agama

Kita Tengok Siapa Jadi Gila Di Mahkamah Nanti Kata Akmal

Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi