Tak Sokong Belanjawan Bererti Khianati Rakyat


Menjelang pengundian Belanjawan 2021 hari ini, Setiausaha Agung BN Annuar Musa berkata, petang ini, semua pihak dapat melihat siapa yang “khianati rakyat”.
Jelasnya, ahli parlimen BN membuat pendirian menyokong belanjawan kerana sedar betapa pentingnya belanjawan itu untuk rakyat.
“Semasa BN pembangkang pun kita tak tolak bajet. Apa lagi jika penolakan bajet membawa ketidakstabilan negara, rakyatlah yang jadi mangsa.
“Petang ini kita dapat lihat siapa yang khianati rakyat,” katanya melalui ciapan Twitter.
Umno sebelum ini memberi isyarat bahawa mereka mungkin mempertimbangkan untuk tidak menyokong belanjawan kecuali permintaan mereka agar skim pengeluaran KWSP diperluas dan moratorium pinjaman automatik untuk semua B40 dan M40, diambil kira.
Semalam, ahli parlimen Umno termasuk presiden parti Ahmad Zahid Hamidi bertemu dengan Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz untuk membincangkan tuntutan mereka.
Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan – yang berada dalam pertemuan itu – mengatakan bahawa mereka akan menunggu pengumuman hari ini.
Undian belanjawan telah dilihat sebagai proksi untuk usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin menguasai Parlimen dengan hanya 112 undi berbanding 108 yang dipegang pembangkang.
Angka ini berkurang 111 jika ada ahli parlimen dari kerajaan tidak hadir atau beralih sokongan.
Sekiranya belanjawan berjaya diluluskan dalam undian di Dewan Rakyat hari ini, undian seterusnya akan diadakan semasa peringkat jawatankuasa.
Biasanya, segala usaha untuk menolak belanjawan hanya dilakukan semasa peringkat dasar, dan rang undang-undanf perbekalan akan melepasi peringkat jawatankuasa dengan undian suara.
Bagaimanapun, Pakatan Harapan pada 2017 telah melakukan kejutan semasa peringkat jawatankuasa, dan hanya kalah undia dengan beza satu undi.
Ahli Parlimen BN dan PAS juga melakukan kejutan semasa peringkat jawatankuasa pada 2019.
Ahli Parlimen pembangkang sebelum ini memberitahu Malaysiakini bahawa sekiranya Belanjawan 2021 tidak diluluskan, Artikel 102 Perlembagaan Persekutuan dapat dirujuk untuk mengemukakan rang undang-undang yang berasingan bagi meluluskan peruntukan untuk perbelanjaan penting.
Perbelanjaan penting boleh merangkumi emolumen penjawat awam dan perbelanjaan penjagaan kesihatan yang diperlukan untuk memerangi wabak Covid-19. Mk
Undian belanjawan peluang akhir Anwar

The post Tak sokong belanjawan bererti khianati rakyat appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/11/26/tak-sokong-belanjawan-bererti-khianati-rakyat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Agong Zahir Penghargaan Semua Ahli Dewan Rakyat Sokong Belanjawan 2021

Agong Zahir Penghargaan Semua Ahli Dewan Rakyat Sokong Belanjawan 2021

papar berkaitan - pada 26/11/2020 - jumlah : 331 hits
Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah menzahirkan penghargaan kepada semua Ahli Parlimen yang memberi sokongan bagi meluluskan Belanjawan 2021 pada persidangan Dewan Rakyat Datuk Pe...
Belanjawan 2021 Lulus Bukti Rakyat Diutamakan

Belanjawan 2021 Lulus Bukti Rakyat Diutamakan

papar berkaitan - pada 26/11/2020 - jumlah : 241 hits
HARAKAH DAILY KUALA LUMPUR Sokongan kepada Belanjawan 2021 sehingga diluluskan di peringkat dasar hari ini membuktikan kematangan ahli Parlimen dalam membuat keputusan penting dengan meletakkan kebajikan keselamatan nyawa dan kesejahteraan ...
Dewan Rakyat Undi Belanjawan 2021 Dijadual Hari Ini

Dewan Rakyat Undi Belanjawan 2021 Dijadual Hari Ini

papar berkaitan - pada 26/11/2020 - jumlah : 265 hits
November 26 2020 8 08 AMDewan Rakyat hari ini dijadual membuat undian Belanjawan 2021 selepas baki 9 menteri selesai membuat penggulungan KUALA LUMPUR Pengundian untuk meluluskan Belanjawan 2021 pada peringkat dasar yang dijadual selepas pe...
Gagal Tolak Belanjawan Wakil Rakyat Ph Dikecam Pengguna Media Sosial

Gagal Tolak Belanjawan Wakil Rakyat Ph Dikecam Pengguna Media Sosial

papar berkaitan - pada 27/11/2020 - jumlah : 259 hits
Pakatan Harapan terus menerima kecaman orang ramai di media sosial kira kira 24 jam selepas Belanjawan 2021 diluluskan di peringkat dasar dengan mudah apabila majoriti ahli Parlimennya termasuk Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim tidak meminta ...
Lulus Belanjawan Bukti Kerajaan Pn Terbuka Rasional Dan Sedia Beri Terbaik Untuk Rakyat

Lulus Belanjawan Bukti Kerajaan Pn Terbuka Rasional Dan Sedia Beri Terbaik Untuk Rakyat

papar berkaitan - pada 28/11/2020 - jumlah : 307 hits
KUALA LUMPUR Rang Undang undang Perbekalan 2021 diluluskan tanpa undian belah bahagi bukti Kerajaan Perikatan Nasional bersifat terbuka rasional dan bersedia memberi yang terbaik untuk kepentingan rakyat Timbalan Presiden PAS Dato Sri Tuan ...
Umno Seru Sokong Belanjawan 2021 Ph Persoal Jasa

Umno Seru Sokong Belanjawan 2021 Ph Persoal Jasa

papar berkaitan - pada 20/11/2020 - jumlah : 246 hits
Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim mengajak semua pemimpin menyokong Belanjawan 2021 Foto oleh Firdaus Latif KUALA LUMPUR 19 Nov Perbahasan Rang Undang undang Perbekalan 2021 peringkat dasar yang berakhir hari ini menyaksikan pemimpin blok ...
Pejuang Bagi 12 Syarat Nazri Pula Nyatakan Kesediaan Sokong Belanjawan

Pejuang Bagi 12 Syarat Nazri Pula Nyatakan Kesediaan Sokong Belanjawan

papar berkaitan - pada 18/11/2020 - jumlah : 272 hits
Parti Pejuang Tanah Air memberi 12 syarat kepada kerajaan Perikatan Nasional sebelum ahli parlimen parti itu menyokong Belanjawan 2021 Mukhriz Mahathir yang juga presiden penaja Pejuang berkata pihaknya nekad untuk menolak Belanjawan 2021 s...
Belanjawan 2021 Jangan Ugut Ph Hanya Sokong Belanjawan Lawan Covid 19 Anwar

Belanjawan 2021 Jangan Ugut Ph Hanya Sokong Belanjawan Lawan Covid 19 Anwar

papar berkaitan - pada 15/11/2020 - jumlah : 226 hits
Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz tidak perlu membuat kenyataan mengugut pembangkang untuk mendapatkan sokongan meluluskan Belanjawan 2021 yang dibentangkannya pada 6 November lalu Ketua Pembangkang Parlimen Malays...
The Great Screen Time Debate How Google Family Link Saved My Sanity And My Kids Development

Pilihan Kedai Makanan Halal Di Bangkok Thailand

Woiii Isle Tak Mau Konsert Ni

Gleneagles Follow Up

Saya Larikan Diri Lee Minho Dedah Pernah Terima Tawaran Jadi Idola Di Sm Entertainment

Lirik Lagu Mungkin Ke Dayang Nurfaizah

Rancangan Perangkap Suami Makan Diri

Sadis Sanggup Abang Kandung Bunuh Adik Sendiri Berumur 3 Tahun


echo '';
Kenapa Manusia Suka Main Game Simulasi Rutin Harian

One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria


Penentangan Terhadap Islam

Lanbena Eye Mask Membantu Hilangkan Gelap Bawah Mata

Jjcm Kuala Kangsar Yang Singkat Tapi Menyeronokkan

Peperanan Perpustakaan Pusat Sumber Sekolah Dalam Membina Bangsa Berkualiti

Nahas Pesawat Korea Selatan Semua Maut Kecuali Dua Mangsa

Revolutionizing Mobile Connectivity With Affordable Mobile Prepaid Plans