Gagal Tolak Belanjawan Wakil Rakyat Ph Dikecam Pengguna Media Sosial



(Malaysia Now) – Pakatan Harapan (PH) terus menerima kecaman orang ramai di media sosial, kira-kira 24 jam selepas Belanjawan 2021 diluluskan di peringkat dasar dengan mudah apabila majoriti ahli Parlimennya termasuk Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim tidak meminta undi belah bahagi.
Perkembangan itu, menimbulkan rasa tidak puas hati penyokong yang menjangkakan ahli Parlimen PH menolak Belanjawan 2021 selepas pelbagai kenyataan dikeluarkan mereka mengatakan ia bukan satu rancangan perbelanjaan yang baik.
Tinjauan MalaysiaNow di Facebook mendapati rata-rata orang ramai masih mempersoal tindakan mengejut wakil rakyat PH yang dilihat mengubah rancangan di saat akhir meskipun menegaskan tidak akan menyokong Belanjawan 2021 beberapa jam sebelum ucapan penggulungan Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz bermula.
Antara yang marah ialah Exco Selangor, Teng Chang Kim yang menyelar Ahli Parlimen Batu Kawan Kashturi Patto daripada partinya DAP kerana gagal menunaikan janji untuk menolak belanjawan kerajaan Perikatan Nasional (PN).
“Kalau kamu tidak berdiri di Parlimen untuk membantah, jangan kata di FB kamu membantah.
“Malu,” tulisnya di Facebook dipercayai merujuk kepada kenyataan Kashturi, beliau menentang Belanjawan 2021 yang dimuat naik beberapa jam sebelum ucapan penggulungan menteri kewangan.
Semalam, pengundian Belanjawan 2021 ditunggu-tunggu kerana kegagalan mendapatkan sokongan majoriti akan menyebabkan kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin tumbang dan pilihan raya umum mengejut di musim pandemik perlu diadakan.
Sementara itu, ramai pengguna media sosial turut mempertikaikan keputusan ahli Parlimen PH yang enggan berdiri bagi meminta undi belah bahagi.
“Kalau kamu tidak berdiri di Parlimen untuk membantah, jangan kata di FB kamu membantah.
Sebanyak 15 orang ahli Parlimen diperlukan sebagai syarat undi belah bahagi boleh dijalankan.
Bagaimanapun, hanya 13 orang yang berdiri.
Pengguna Facebook, Adam Mukhriz Mohd Muhayeddin menyifatkan tindakan wakil rakyat pembangkang tersebut sebagai sesuatu yang tak pernah dijangka.
“Selama hari ini pembangkang kecoh tak nak Jasa lah, belanjawan ni perlu ditolak lah. Hari ini nak bangun berdiri pun tak ada sorang pun berani!”
Manakala, MD Zaki pula percaya Anwar tidak pernah memiliki bilangan majoriti yang “kukuh” dan “meyakinkan” seperti diumumkan sebelum ini.
“Sokong atau tak, Anwar sedar dia tak ada nombor. Kalau sokong PN akan tumbang, tetapi belum tentu dia jadi PM 9.
“Kesimpulannya, segalanya adalah tentang cita-cita beliau semata-mata,” tulisnya di Facebook.
Bagaimanapun, terdapat juga yang berterima kasih terhadap tindakan ahli Parlimen PH sehingga menyebabkan belanjawan tersebut lulus dengan mudah.
“Pembangkang gagal untuk undi belah bahagi kerana tak cukup 15 orang bangun. Belanjawan 2021 lulus. Terima kasih semua ahli Parlimen yang menyokong,” tulis Abdul Malek II di Facebook.
Semalam MalaysiaNow melaporkan terdapat arahan saat akhir diberikan Anwar kepada para pemimpin PH menyebabkan ahli Parlimen DAP dan PKR tidak meminta undi belah bahagi sehingga menyebabkan Belanjawan 2021 diluluskan dengan mudah.
Difahamkan, Anwar mengeluarkan arahan itu kepada ahli-ahli Parlimen PH selepas bekas perdana menteri, Najib Razak menarik diri daripada percubaan untuk menggagalkan Belanjawan 2021.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2020/11/27/gagal-tolak-belanjawan-wakil-rakyat-ph-dikecam-pengguna-media-sosial/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Dakwa Kenyataan Sedia Letak Jawatan Jikalau Gagal Tolak Belanjawan Adalah Palsu

Anwar Dakwa Kenyataan Sedia Letak Jawatan Jikalau Gagal Tolak Belanjawan Adalah Palsu

papar berkaitan - pada 28/11/2020 - jumlah : 295 hits
KUALA LUMPUR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menafikan beliau mengeluarkan kenyataan bersedia meletakkan jawatan sekiranya gagal menolak Belanjawan 2021 pada peringkat jawatankuasa Tindakan tidak bertangungjawab ini jelas dibuat bagi menc...
Guna Van Jual Belanjawan Pn Kalah Perang Saraf Media Sosial Kadir

Guna Van Jual Belanjawan Pn Kalah Perang Saraf Media Sosial Kadir

papar berkaitan - pada 23/11/2020 - jumlah : 234 hits
Nampak sangat Kerajaan Perikatan Nasional terdesak apabila menggunakan van kerajaan ke hulur hilir bagi menghebahkan kebaikan cadangan Belanjawan 2021 Wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin berkata kalau tidak silap inilah kali pertama kegiat...
Anwar Hilang Sokongan Sebagai Calon Pm Jika Gagal Tolak Belanjawan

Anwar Hilang Sokongan Sebagai Calon Pm Jika Gagal Tolak Belanjawan

papar berkaitan - pada 3/12/2020 - jumlah : 257 hits
malaysiakini comDiterbitkan Hari ini 9 18 pmAnwar IbrahimBeberapa penganalisis politik menyifatkan kredibiliti Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim akan tercalar sekiranya pembangkang gagal menolak Belanjawan 2021 Malah menurut Dr Nuurrianti Jal...
Shahidan Najib Khianat Rakyat Jika Tolak Bajet

Shahidan Najib Khianat Rakyat Jika Tolak Bajet

papar berkaitan - pada 19/11/2020 - jumlah : 190 hits
malaysiakini comDiterbitkan Hari ini 5 51 pmPARLIMEN Bekas perdana menteri Najib Razak akan mengkhianati rakyat sekiranya beliau menolak Belanjawan 2021 menurut Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Perikatan Nasional Shahidan Kassim Saya nak ...
Tuduhan Pengkhianat Jika Tolak Belanjawan Shahidan Kata Dia Tidak Maksudkan Najib

Tuduhan Pengkhianat Jika Tolak Belanjawan Shahidan Kata Dia Tidak Maksudkan Najib

papar berkaitan - pada 19/11/2020 - jumlah : 279 hits
freemalaysiatoday com KUALA LUMPUR Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Perikatan Nasional Shahidan Kassim berkata beliau tersasul dan tidak tujukan ungkapan pengkhianat kepada Najib Razak apabila membidas pihak yang menolak Belanjawan 2021 p...
Mp Amanah Tolak Belanjawan 2021

Mp Amanah Tolak Belanjawan 2021

papar berkaitan - pada 14/11/2020 - jumlah : 273 hits
Kesemua Ahli Parlimen Parti Amanah Negara sepakat untuk tidak menyokong Belanjawan 2021 yang dibentangkan kerajaan 6 November lepas Presidennya Mohamad Sabu memaklumkan keputusan itu selari dengan ketetapan yang dibuat oleh pimpinan dalam P...
Lulus Belanjawan Bukti Kerajaan Pn Terbuka Rasional Dan Sedia Beri Terbaik Untuk Rakyat

Lulus Belanjawan Bukti Kerajaan Pn Terbuka Rasional Dan Sedia Beri Terbaik Untuk Rakyat

papar berkaitan - pada 28/11/2020 - jumlah : 272 hits
KUALA LUMPUR Rang Undang undang Perbekalan 2021 diluluskan tanpa undian belah bahagi bukti Kerajaan Perikatan Nasional bersifat terbuka rasional dan bersedia memberi yang terbaik untuk kepentingan rakyat Timbalan Presiden PAS Dato Sri Tuan ...
Kadir Jasin Warns Pmx Ph Against Falling Into The Trap To Free Najib

Pjd Link Cancellation Fahmi Tells Govt Critics To Read Pwd Statement

Lesson In Economics From Hawkers Rebellion

Is Now A Good Time To Buy Property In 2024

Effective Market Research On A Budget

Masverse Unveils Groundbreaking Blockchain Platform

Tiga Lelaki Bakar Anak Kucing Diburu Polis

Pengalaman Menginap Di Grand Court Hotel Teluk Intan Dekat Dengan Menara Condong Teluk Intan



Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Berbuka Puasa Dengan Geng Jdt Blogger Di Nippon Sushi

Ketika Orang Lain Sedang Bergembira

Unveiling The Convenience Of Online Bookstore In Malaysia

Pilihan Allah Pasti Terbaik Kita Tidak Bisa Memaksa Pilihan Kita Kepada Allah

True Wallet Live22 Top 53 By Nellie Live22slot Fun 29 Jun 2024

Konfflik Irael Iran 3 Suasana Terkini