Tak Sia Sia Nenek Bising Cucu Tak Sangka Ramai Berkenan Rekaan Baju Tunang Jahit Sendiri Inspirasi Hanis Zalikha


MEMPUNYAI kemahiran menjahit sememangnya menjadi nilai tambah buat seorang wanita.
Bukan sahaja dapat membuat rekaan baju mengikut citarasa fesyen yang digemari, malah kebolehan tersebut juga secara tidak langsung dapat menjana pendapatan.
Begitu juga dengan wanita ini yang menjadikan bidang jahitan sebagai kerjaya.
Malah lebih beruntung, dia tidak perlu bersusah payah menempah pakaian untuk digayakan ketika hari bahagia, sekali gus mencipta momen indah dalam kamus hidupnya.
Perkongsiannya mengenai busana yang dijahit sendiri untuk disarung ketika majlis pertunangan bulan lalu membuatkan rata-rata netizen terpegun dengan rekaan hasil tangannya.
     View this post on Instagram           A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Berkongsi cerita dengan mStar, Siti Rauhah Mahadhir berkata dia pada mulanya berhasrat untuk menempah busana majlis pertunangan dengan pereka fesyen lain, namun mengubah fikiran selepas mendengar saranan neneknya.
“Pada mulanya saya tak nak buat baju untuk majlis tunang sendiri, tapi nenek bising. Kata nenek, seeloknya saya buatlah sendiri memandangkan saya seorang tukang jahit. Saya pun akur saja.
“Gaun untuk majlis pertunangan saya diinspirasikan daripada busana pertunangan Hanis Zalikha. Saya mahukan yang simple dan tak perlu pakai veil, sebaliknya hanya shawl. Jadi shawl itu saya panjangkan untuk disangkut pada jari.

Majlis pertunangan Rauhah berlangsung pada Disember lalu.
“Tiada tema tertentu pun, tapi hanya tetapkan warna maroon. Alhamdulillah, puas hati dapat cipta kenangan pada hari bahagia sendiri, tapi yang saya terkejut, ramai pula excited bila tengok gaun tu,” ujar wanita berusia 24 tahun ini.
Senang disapa sebagai Rauhah, wanita ini berkata dia melangsungkan pertunangan pada Disember lalu dan berkongsi video majlisnya beberapa hari kemudian di platform Instagram sahaja.
Namun tanpa disangka, video tersebut menjadi tular baru-baru ini sehingga membuatkan dia terkejut apabila menerima tempahan daripada pelanggan baharu.
“Selepas video tu viral, Alhamdulillah rezeki tak disangka-sangka. Ramai yang dah ‘lock’ order. Ada yang tempah baju bertunang dan nikah, ada juga tempah baju raya.
“Ada seorang tu, dia nak ‘sebiji’ sama macam saya. Selalunya yang tempah ni hantar kain yang dibeli sendiri, tapi pelanggan ini suruh saya yang carikan dan buat sama macam baju saya. Dia hanya beri ukuran saja.
Puas hati dapat cipta kenangan pada hari bahagia sendiri, tapi yang saya terkejut, ramai pula excited bila tengok gaun tu.SITI RAUHAH MAHADHIR“Ada juga pelanggan dari Kuala Lumpur dah buat appointment nak datang ke Senawang. Ada juga buat tempahan dari negeri lain seperti Perak dan lain-lain,” katanya.
Bercerita mengenai kerjayanya, Rauhah yang juga anak sulung daripada lapan beradik berkata dia mula serius menceburkan diri dalam bidang seni jahitan sejak tiga tahun lalu.
“Saya mewarisi minat menjahit daripada nenek dan ibu saudara. Sejak kecil saya selalu ada bersama nenek di kedainya di Melaka, jadi selalu tengok dia dan makcik menjahit tempahan pelanggan.
“Waktu tingkatan empat, saya ambil subjek seni jahitan dan terus menyambung pengajian dalam Diploma Seni Reka Fesyen, juga di kolej vokasional.

Baju pelanggan hasil ‘air tangan’ Rauhah.
“Saya juga mengikuti Operasi Latihan Vokasional (Vocational Training Operation) selama enam bulan. Dengan adanya VTO, saya juga kerapkali dipanggil untuk mengajar penuntut dalam bidang jahitan.
“Pada 2019, saya beranikan diri untuk ceburi bidang jahitan secara serius. Mula-mula risau juga takut tak boleh, tapi dengan sokongan ayah, Alhamdulillah…. dah tiga tahun saya jadi tukang jahit sepenuh masa,” katanya yang mengkagumi rekaan Rizman Ruzaini dan Hatta Dolmat.
Buat masa ini, Rauhah berkata dia hanya beroperasi dari rumah dan bekerja bersendirian.
“Sudah pasti saya impikan untuk miliki butik dan pekerja sendiri…. InsyaAllah jika ada rezeki lebih,” katanya lagi.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network
Sumber: Mstar


via Sinar Viral NetworkBaju Kurung Edisi 2016 ni terlajak laris.

Baju Kanak-Kanak Harga Murah

Jubah raya cantik dan murah !!

Green Hijab memang Ohsem memang cair.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://kotakkopek.blogspot.com/2022/01/tak-sia-sia-nenek-bising-cucu-tak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cetak Baju Design Sendiri Di Custom My Dengan Lebih 200 Jenis Produk

Cetak Baju Design Sendiri Di Custom My Dengan Lebih 200 Jenis Produk

papar berkaitan - pada 18/1/2022 - jumlah : 293 hits
Cetak Baju Design Sendiri Di Custom my Dengan Lebih 200 Jenis Produk Salam semua Baru baru ini sis dicadangkan oleh seorang kawan kalau minat nak cetak baju design sendiri cuba guna servis dari custom my ni Kawan cakap macam macam pilihan y...
Dua Askar Israel Maut Ditembak Pasukan Sendiri

Dua Askar Israel Maut Ditembak Pasukan Sendiri

papar berkaitan - pada 15/1/2022 - jumlah : 313 hits
Dua askar Israel maut ditembak pasukan sendiri BAITULMUQADDIS Dua pegawai tentera Israel terbunuh selepas terlibat dalam satu insiden tembakan ketika mereka melakukan rondaan pada waktu malam lapor agensi berita United Press International s...
Matlamat Menghalalkan Cara Mentafsir Rasuah Ikut Selera Sendiri

Matlamat Menghalalkan Cara Mentafsir Rasuah Ikut Selera Sendiri

papar berkaitan - pada 12/1/2022 - jumlah : 196 hits
Usaha memberi takrif baru rasuah sebagaimana ditegaskan oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang hakikatnya hanyalah satu langkah sumbang Pas dilihat mahu menghalalkan rasuah Senator Aiman Athirah Al Jundi berkata Pas tidak sepatutnya meletakkan Ma...
Ktm 2022 Tak Usah Berbohong Yang Jual Tanah Tanah Rizab Melayu Ialah Kerajaan Negeri Sendiri

Ktm 2022 Tak Usah Berbohong Yang Jual Tanah Tanah Rizab Melayu Ialah Kerajaan Negeri Sendiri

papar berkaitan - pada 12/1/2022 - jumlah : 228 hits
KUALA LUMPUR Yang revoke tanah tanah Rizab Melayu adalah kerajaan Negeri sendiri kata Zaharah Sulaiman Pengkaji Sejarah Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia Kenyataan ini dikeluarkan berdasarkan hasil kajian bagi mengenal pasti sebab sebab penyus...
Nur Batrisya Sertai Festival Catur Antarabangsa Atas Pembiayaan Sendiri

Nur Batrisya Sertai Festival Catur Antarabangsa Atas Pembiayaan Sendiri

papar berkaitan - pada 13/1/2022 - jumlah : 145 hits
Nur Batrisya sertai festival catur antarabangsa atas pembiayaan sendiri Seorang pelajar Tingkatan 5 SMK Convent Kajang kini membawa Jalur Gemilang dan nama Malaysia menyertai Festival Catur Antarabangsa ke 20 di Prague Republik Czech bagi m...
Resipi Pizza Homemade Lembut Sedap Memang Best Bila Buat Sendiri

Resipi Pizza Homemade Lembut Sedap Memang Best Bila Buat Sendiri

papar berkaitan - pada 11/1/2022 - jumlah : 204 hits
Pizza homemade resipi perkongsian saudari Shai Anne Ahemed ni nampak sangat sedap Dari doh hinggalah ke topping ringkas sahaja namun bila buat sendiri ni bermacam macam resipi boleh dicuba Topping pun boleh letak mengikut selera dan cita ra...
Cara Membuat Email Dengan Nama Domain Sendiri

Cara Membuat Email Dengan Nama Domain Sendiri

papar berkaitan - pada 18/1/2022 - jumlah : 204 hits
Membuat email dengan nama domain sendiri sangat dibutuhkan bagi siapa saja yang ingin terjun ke dalam dunia bisnis digital karena akan terlihat professional dan dapat meningkatkan rasa kepercayaan konsumen dibandingkan menggunakan email gra...
Ikut Kerje Sebab Nak Cari Duit Beli Wallet Ps5 Ozlynn Didik Anak Cari Rezeki Sendiri

Ikut Kerje Sebab Nak Cari Duit Beli Wallet Ps5 Ozlynn Didik Anak Cari Rezeki Sendiri

papar berkaitan - pada 11/1/2022 - jumlah : 183 hits
Keinginan anak anak tidak sewenang wenangnya kita penuhi Biar anak rasa hidup susah dan tahu erti kesukaran untuk mencari wang Bagi isteri kepada Johan Rajalawak Ozlynn Wati inilah yang dilakukan kepada anak anaknya sejak mereka kecil lagi ...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Tabung Jihad Fitnah Dalam Pas Ditanggung Halalkah

Mengalahkan Kami Yang Non Muslim Marion Caunter Dikritik Netizen Gara Gara Sambut Perayaan Krismas

Posting Di Ig Raih Perhatian Assistant Cik Epal Dibelasah Jofliam Aku Jumpa Kau Pecah Muka Kau

Kepulangan

Unlocking Financial Knowledge With Coach Saif At Belajarsaham Com My

Merry Christmas And Happy New Year