Tak Setuju Usul Pas Tun M Kekal Sepenggal Umno Cadang Ph Bawa Usul Tukar Pm


UMNO Perlis mencadangkan agar parti kerajaan Pakatan Harapan (PH) membawa usul menukar Perdana Menteri di Dewan Rakyat sekiranya tidak bersetuju dengan usul dibawa Pas yang mahu mengekalkan Tun Dr Mahathir Mohamad sehingga tamat penggal.

Loading… Pengerusi UMNO Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, ini bagi menamatkan pertikaian isu peralihan kuasa yang sering dibangkitkan secara berterusan oleh pelbagai pihak khususnya Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Menurutnya, alternatif lain termasuk membawa undi percaya terhadap kepimpinan Dr Mahathir sehingga Mei ini namun ia harus dilakukan di Dewan Rakyat.
“Saya cabar mereka bawa salah satu usul itu sekiranya mahu gantikan Dr Mahathir dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kalau undi memihak kepada Anwar tukarlah, kalau memihak kepada Dr Mahathir kekalkan beliau,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.
Shahidan berkata, untuk menguji kehebatan undi hanya dilakukan di Parlimen bukan di Majlis Presiden PH yang tidak ada kuasa menentukan peralihan jawatan Perdana Menteri.
“Sekarang ada tiga usul yang boleh dicadangkan, bahaslah dan pilih. Itu pun jika mereka tak mahu sokong usul dibawa Pas, jadi bawalah usul sendiri,” katanya.
Menurutnya, undi percaya bertempoh bukan sesuatu yang mustahil kerana ia pernah berlaku di Perlis sekitar tahun 1960-an ketika negeri itu ditadbir Menteri Besar, Tan Sri Sheikh Ahmad Mohd Hashim.
“Mungkin ramai tak ingat ia pernah berlaku di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis, dikenali gerakan seven up, yang menyaksikan Sheikh Ahmad digugurkan dan digantikan oleh Jaafar Hassan menerusi undi percaya bertempoh,” katanya.
Jumaat lalu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bertegas akan tetap membawa usul undi percaya kepada Dr Mahathir supaya terus diberi kepercayaan memimpin negara sehingga habis penggal, walaupun ada sesetengah pihak dilihat ‘penakut’ dengan tindakan parti itu.
Mengulas gesaan sesetengah pihak yang mahu tarikh peralihan kuasa ditentukan pada Majlis Presiden PH, Jumaat ini, Shahidan berkata, hanya Parlimen yang berhak tentukan siapa perdana menteri yang terajui negara.
“Rakyat tak peduli tentang hal itu, yang rakyat mahu adalah kerajaan buat kerja selesaikan masalah negara. Sebaliknya Majlis Presiden PH asyik kalut dengan isu peralihan kuasa, sepatutnya bincang hal negara,” katanya.
Menurutnya, pihaknya mempunyai keyakinan tinggi Dr Mahathir tidak akan melepaskan jawatan Mei ini seperti didesak beberapa pihak.
“Buat apa beliau jadi Perdana Menteri dalam tempoh singkat, hanya merosakkan imej beliau sahaja. Sekarang pun nama beliau terjejas sebab dikelilingi menteri yang tidak bijak urus negara, Dr Mahathir perlu diberi masa pulihkan semula imej. Beliau pemimpin yang hebat pada masa lalu, namun kini dikecam rakyat bila bersama PH,” katanya.
Terbaharu, Dr Mahathir mengulangi janjinya sebelum ini bahawa beliau akan meletakkan jawatan selepas Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) hujung tahun ini.
Sumber: Sinar Harian


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.my/2020/02/tak-setuju-tun-m-kekal-sepenggal-umno-cadang-ph-bawa-usul-tukar-pm/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tun M Bentuk Gabungan Baru Najib Setuju Bersatu Umno Pas Warisan Gps

Tun M Bentuk Gabungan Baru Najib Setuju Bersatu Umno Pas Warisan Gps

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 513 hits
Najib sahkan tandatangan SD sokong gabungan baharuSHAH ALAM Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan ahli Parlimen UMNO dilaporkan sudah bersetuju dengan gabungan baharu yang bakal dibentuk di Putrajaya tetapi dengan syarat tert...
Pas Umno Follow Tun Kemudian Checkmate Akhirnya Tun Kena Game

Pas Umno Follow Tun Kemudian Checkmate Akhirnya Tun Kena Game

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 236 hits
Ramai orang pening dengan pergolakkan politik hari ini Jadi aku tolong cerahkan supaya semua boleh faham 1 Apabila BN jatuh PH memerintah BN pecah belah tinggal UMNO MCA dan MIC UMNO mula sedar bahawa perlu bersatu dengan PAS bagi menyatupa...
Ahli Parlimen Umno Dan Pas Mengadap Ydp Agong Bersama Tun M

Ahli Parlimen Umno Dan Pas Mengadap Ydp Agong Bersama Tun M

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 460 hits
KUALA LUMPUR Semua ahli Parlimen Barisan Nasional dan Pas akan ke Istana Negara pada jam 5 petang ini bagi menghadap Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Agung Pas...
Kamu Ajak Runding Kamu Tukar Syarat Umno Dan Pas Pula Difitnah

Kamu Ajak Runding Kamu Tukar Syarat Umno Dan Pas Pula Difitnah

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 263 hits
Bekas perdana menteri Najib Razak hari ini membidas kenyataan pemimpin Pakatan Harapan bahawa Umno dan PAS tidak pernah meletakkan syarat tanpa DAP dalam pembentukan kerajaan perpaduan Najib dalam satu tulisan ringkas di Facebook hari ini b...
Betulke Dap Jadi Punca Umno Dan Pas Tak Mahu Sokong Tun M

Betulke Dap Jadi Punca Umno Dan Pas Tak Mahu Sokong Tun M

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 431 hits
Petang semalam Umno dan PAS mengadakan sidang akhbar bersama untuk mengumumkan bahawa mereka menarik balik sokongan mereka terhadap kerajaan perpaduan atas dua sebab Pertama mereka tidak mahu berada dalam kerajaan perpaduan dengan DAP Kedua...
Pas Batal Usul Percaya Kepada Tun M

Pas Batal Usul Percaya Kepada Tun M

papar berkaitan - pada 23/2/2020 - jumlah : 307 hits
Datuk Takiyuddin Hassan KUALA LUMPUR Ekoran ketetapan terbaharu Majlis Presiden Pakatan Harapan Pas mengambil keputusan membatalkan cadanganya membawa usul percaya kepada Tun Dr Mahathir Mohamad Setiausaha Agung Pas Datuk Takiyuddin Hassan ...
Veteran Umno Pas Desak Tun M Pecat Guan Eng

Veteran Umno Pas Desak Tun M Pecat Guan Eng

papar berkaitan - pada 12/2/2020 - jumlah : 319 hits
Othman dan Ahmad Subky bersama ahli veteran UMNO dan Pas pada satu sidang media di Kuala Lumpur hari ini KUALA LUMPUR Veteran UMNO dan Pas mendesak Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk memecat Menteri Kewangan Lim Guan Eng kerana m...
Pas Sepatutnya Bawa Usul Undi Tak Percaya Namakan Hadi Awang Calon Perdana Menteri

Pas Sepatutnya Bawa Usul Undi Tak Percaya Namakan Hadi Awang Calon Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 529 hits
Sebagai pembangkang keputusan Pas untuk membawa usul percaya di Parlimen bagi menyokong kepimpinan Tun Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri adalah sesuatu yang aneh dan pelik Tidak pernah berlaku pembangkang menyokong Perdana Menteri me...
Dato Sri Ismail Sabri Biodata Pencapaian Kronologi Kes Sprm

Lirik Lagu Kau Bak Permata Haadi Suara Viral

Kekalkan Penghidratan Dan Jaga Kesihatan Bagaimana Air Menyokong Keimunan

Adam Sandler Keluar Dari Oscar Lebih Awal Selepas Pakaiannya Dipersoalkan Conan O Brien

Makan Di Ayam Gepuk Top Global

Saya Terfikir Selepas Debut Dalam The Idol Jennie Jawab Jika Akan Teruskan Berlakon

Iftar Satu Ramadhan

Opec Mula Tingkatkan Pengeluaran Minyak Mulai April


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim Terkejut Ismail Sabri Jadi Suspek

Rindu Rasa Kampung Hidang Kuala Lumpur Bukan Sekadar Menyajikan Makanan

Bella Lega Ruhainies Mengaku Berkhalwat Mahu Terus Fokus Mencari Kebahagian Diri Sendiri

Ir Razali Kassim Sebanyak Sembilan Buah Kilang Ais Di Negeri Pahang Gagal Mematuhi Tahap Kebersihan

Finalis Piala Malaysia 2024 Sri Pahang Fc Tewas 0 2 Kepada Kuching City Fc Di Temerloh Malam Tadi

Shocking How Quickly Ismail Sabri Became A Suspect Says Pas