Tak Sempat Duduk Pun Atas Pelamin Pengantin Tak Tangguh Photoshoot Rela Basah Abadikan Momen Perkahwinan Dalam Banjir
PERSIAPAN rapi pasangan ini untuk majlis bersejarah mereka punah apabila banjir melanda sebahagian kawasan di Selangor sejak beberapa hari lalu.
Di sebalik bencana yang melanda, Ain Nashwa Md Aszman, 26, selamat dinikahkan dengan pasangannya, Muhammad Syafiq Azhar, 27, di sebuah surau pada Sabtu.
Imbas pengantin perempuan yang senang disapa Ain ini, air banjir mula memenuhi kediamannya di Rantau Panjang, Klang pada Jumaat malam, sekali gus membuatkan dia gusar memikirkan majlis yang bakal berlangsung.
“Kawasan rumah masuk air dalam jam 12 malam. Masa tu agak risau sebenarnya, saya memikirkan majlis yang akan berlangsung esoknya.
View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)
“Pelamin yang dipasang pun basah. Tapi mujur kerusi untuk bersanding tak basah, kerana ia diletakkan di atas platform pelamin itu.
“Esoknya saya patut akad nikah jam 10 pagi, tapi tertunda sehingga 11.30 pagi gara-gara banjir,” ujarnya.
Selain upacara akad nikah, Ain sudah menempah makanan daripada pengusaha katering untuk jamuan di kediamannya pada hari tersebut.
Antara foto yang sempat dirakam biarpun keadaan cuaca tidak begitu mengizinkan.
Kata wanita itu, segala persiapan sudah dilakukan, jadi dia seleluarga tetap meneruskan acara berkenaan biarpun air sudah memenuhi kawasan kediaman.
“Katering pun dah tempah, jadi kami teruskan saja. Nak tak nak, kami teruskan majlis. Ada juga yang datang, tapi kami faham yang mana tak dapat datang.
Atas pelamin tak sempat nak bergambar, tak sempat duduk pun.AIN“Mulanya sudah tentu saya sedih sebab dah buat persiapan rapi. Tapi saya reda, saya yakin Allah ada perancangan lain. Keluarga dan suadara pun bagi sokongan,” ujarnya.
Di sebalik kedukaan itu, Ain dan suaminya turut mengabadikan kenangan unik mereka dalam satu sesi photoshoot banjir bersama jurufoto dan juruvideo yang sudah ditempah awal.
“Sekurang-kurangnya ada juga gambar. Tambahan pula, kami pakai baju sendiri, bukan baju sewa. Jadi tak risau untuk ambil gambar dalam banjir.
Ariff (kiri) dan Khairul Ikhwan (kanan) bertindak sebagai jurufoto dan juruvideo untuk acara tersebut.
“Atas pelamin tak sempat nak bergambar, tak sempat duduk pun. Pelamin juga sudah dibuka, risau gelombang kedua banjir melanda,” ujarnya.
Dalam pada itu, jurufoto terlibat, Mohamad Ariff Rosly, 25, mengakui ia merupakan pengalaman pertamanya membuat sesi photoshoot ketika banjir.
“Saya pernah ambil gambar dalam situasi hujan, tapi dalam banjir, ini yang pertama kali.
“Mereka sebenarnya tempah untuk dua event. Pagi tu kami dah ambil gambar mereka sekeluarga di surau selepas akad nikah.
Ain dan pasangannya dinikahkan pada Sabtu lalu.
“Kemudian kami dimaklumkan rumah pengantin banjir. Pengantin kata tak ada rezeki, mungkin boleh shoot lain kali.
“Saya bincang dengan juruvideo, akhirnya kami usulkan idea untuk shoot kenangan dalam hujan ketika banjir. Waktu itu air tak berapa tinggi,” ujar Ariff lagi.
Menurut Ariff, dia dan juruvideo, Khairul Ikhwan Mohamad, 25, yang sama-sama bernaung di bawah Lenstopia Studio menghabiskan masa sekitar 30 minit untuk mengabadikan momen indah pasangan itu.
Video sesi photoshoot itu turut dikongsi ke aplikasi TikTok sehingga meraih lebih 1.2 juta tontonan.
Komen Netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral
Sumber : mStar
Sumber: Sinar Viral
Booking Bilik Hotel Dengan Harga Yang 23% Lebih Rendah
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://thetrendingnow.blogspot.com/2021/12/tak-sempat-duduk-pun-atas-pelamin.html