Banjir Di Bentong Saksi Dakwa Nampak Arus Deras Dari Atas Bukit Setinggi Tiga Tingkat


 

BENTONG - "Saya lihat air melimpah deras dari atas bukit setinggi tiga tingkat meluru ke bawah," kata saksi kejadian tragedi tiga individu hilang dihanyut arus sungai di sebuah chalet di Bentong, Pahang, Sabtu lepas

Penyelenggara chalet itu yang hanya mahu dikenali sebagai Mohd Sholadi, 62, berkata ketika kejadian kira-kira 11 malam itu, beliau berada di rumahnya yang terletak di kawasan tinggi berhampiran chalet.
Dalam kejadian itu, lebih 30 orang termasuk sembilan kanak-kanak berdepan detik cemas apabila terkandas dengan kejadian banjir lumpur.
Seorang kanak-kanak dikenali sebagai Emmanuel Chang, 6, serta pasangan suami isteri, Bobby Lim Yoke Hoong dan Yap Koon Lau dilapor hilang.
"Saya dengar bunyi air deras lalu keluar rumah dan melihat sejumlah kayu balak sebesar pemeluk dua orang dewasa memusnahkan sebahagian chalet disertai lumpur.
"Saya ternampak Bobby dan isterinya sedang mundar-mandir untuk menyelamatkan diri dengan pergi ke restoran," katanya kepada Bernama ketika ditemui di lokasi kejadian.
Mohd Sholadi berkata dia menjerit memanggil Bobby dan isterinya untuk naik ke tempat tinggi namun gagal dan melihat mereka dibawa arus.
Beliau berkata restoran tersebut turut ditenggelami air dan itulah kali terakhir dia melihat pasangan itu.
Katanya selain restoran, arus deras itu turut menenggelamkan tiga kolam ternakan ikan patin manakala pagar utama chalet turut roboh.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Genting Highlands Yusri Abdullah Sani berkata pasukan mencari dan menyelamat menemukan dua 'hot spot' yang dipercayai terdapat mangsa tragedi itu, iaitu di bawah rumah dipercayai tempat Chang dikhuatiri hilang dan di bawah timbunan kayu balak.
"Kami menggunakan dua anjing pengesan (K9) dan untuk mencari kesemua mangsa yang hilang, kedua-dua anjing itu telah menghidu 'hot spot' di dua tempat.
"Susulan itu, saya mengerahkan anggota untuk menggali secara manual di kawasan 'hot spot' yang dihidu anjing itu," katanya yang mengakui operasi itu agak mencabar kerana terdapat banyak kayu balak, batu bata dan pasir yang dibawa arus deras selain tiada bekalan elektrik.
Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat ditangguhkan pada 7 malam tadi dan akan disambung semula pada 8.30 pagi esok.
Sementara itu, tinjauan Bernama di lokasi kejadian mendapati keadaan jalan untuk ke chalet dipenuhi lumpur susulan kesan arus deras selain terdapat banyak batu besar dipercayai bergolek dari kawasan tinggi, timbunan kayu balak serta berlaku beberapa runtuhan tanah sederhana di lereng bukit chalet berkenaan.
Keadan chalet juga terjejas dan separuh musnah manakala bahagian bawahnya diseliputi selut tebal. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2021/12/banjir-di-bentong-saksi-dakwa-nampak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Panjat Tingkat Atas Rumah Teres Jumpa Bayi 4 Bulan Terperangkap Dalam Banjir

Panjat Tingkat Atas Rumah Teres Jumpa Bayi 4 Bulan Terperangkap Dalam Banjir

papar berkaitan - pada 23/12/2021 - jumlah : 424 hits
Seorang anggota penyelamat tidak menyangka menemui bayi comel dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa banjir di Taman Sri Muda Shah Alam Selangor baru baru ini Terkandas dalam rumah selepas tingkat bawah air paras pinggang Sarjan Awang ...
Banjir Cecah Paras Leher Peniaga Pisang Goreng Sanggup Cari Dan Cuci Semula Bekalan Dihanyut Arus Deras

Banjir Cecah Paras Leher Peniaga Pisang Goreng Sanggup Cari Dan Cuci Semula Bekalan Dihanyut Arus Deras

papar berkaitan - pada 26/12/2021 - jumlah : 360 hits
DEMI kelangsungan hidup rakyat yang terjejas tervk akib4t banjir sanggup melakukan apa saja Dalam situasi banjir mencecah paras dada seorang bapa bersungguh sungguh membersihkan beberapa tandan pisang yang dihanyutkan arus deras Tandan pisa...
Banjir Timbunan Kayu Pokok Besar Tumbang Memenuhi Halaman Rumah Akibat Arus Deras

Banjir Timbunan Kayu Pokok Besar Tumbang Memenuhi Halaman Rumah Akibat Arus Deras

papar berkaitan - pada 21/12/2021 - jumlah : 363 hits
SEREMBAN Keluarga Mohd Yusof Hanafi diuji dugaan berat apabila rumah mereka dipenuhi timbunan kayu dan pokok besar yang tumbang akibat dihanyutkan arus deras banjir di Batu 7 Kampung Pantai di sini pada Sabtu malam Menceritakan detik cemas ...
Banjir Telemong Saksi Dakwa Mangsa Sempat Whatsapp Ahli Keluarga Untuk Minta Bantuan

Banjir Telemong Saksi Dakwa Mangsa Sempat Whatsapp Ahli Keluarga Untuk Minta Bantuan

papar berkaitan - pada 22/12/2021 - jumlah : 324 hits
BENTONG Fenomena kepala air di Telemong di sini pada Sabtu lepas berikutan hujan lebat menyebabkan enam penduduk di kawasan itu dihanyutkan arus deras manakala 10 lagi yang terperangkap dalam kejadian banjir itu berjaya diselamatkan Seorang...
Kereta Wanita Terbabas Dakwa Nampak Pocong

Kereta Wanita Terbabas Dakwa Nampak Pocong

papar berkaitan - pada 16/12/2021 - jumlah : 327 hits
Seorang pekerja kilang nyaris maut apabila kereta dipandunya terhumban ke dalam parit akibat cuba mengelak objek misteri seperti pocong yang merintangi jalan di Kampung Sungai Baru Mangsa yang hanya dikenali Janariah 38 berkata dalam kejadi...
Mangsa Banjir Duduk Atas Bumbung Surau Lebih 12 Jam

Mangsa Banjir Duduk Atas Bumbung Surau Lebih 12 Jam

papar berkaitan - pada 19/12/2021 - jumlah : 460 hits
Mangsa banjir duduk atas bumbung surau lebih 12 jam Kira kira 100 penduduk Taman Sri Nanding Hulu Langat terpaksa duduk atas bumbung surau sambil menahan kesejukan selama lebih 12 jam akibat terperangkap dalam kejadian banjir Ia dimaklumkan...
Masyallah Banjir Ikat Badan Ahli Keluarga Elak Dihanyut Arus Banjir Bersama 9 Ahli Keluarga

Masyallah Banjir Ikat Badan Ahli Keluarga Elak Dihanyut Arus Banjir Bersama 9 Ahli Keluarga

papar berkaitan - pada 21/12/2021 - jumlah : 509 hits
Suasana sekitar Sri Muda Shah Alam Selangor pada hari ini Foto oleh ZULFADHLI ZAKIBanjir Ikat badan ahli keluarga elak dihanyut arus banjirShare on telegramSHAH ALAM Bagi mengelak anak anaknya tidak dihanyut arus air Fatima Ulama 47 mengika...
Lumpur Tebal Gil4 Sampai Lutut Khairulaming Azfarheri Bergabung Cuci Rumah M4ngsa Banjir Di Bentong

Lumpur Tebal Gil4 Sampai Lutut Khairulaming Azfarheri Bergabung Cuci Rumah M4ngsa Banjir Di Bentong

papar berkaitan - pada 23/12/2021 - jumlah : 575 hits
Pada saat ramai sukarelawan membantu meringankan beb4n m4ngsa banjir di sekitar ibu kota dua orang influencer terkenal negara Khairulaming dan Azfarheri juga tidak mahu ketinggalan menghulurkan bantuan Menerusi tinjauan Gempak di akaun Inst...
Ayam Perap Mayo Sedap Mudah Resipi Ringkas Menjilat Jari

Aset Selamat Masih Bersinar Emas Naik Tengah Ketidakpastian Politik

Local Pharma Players Pivot Toward High Value Exports To Protect Margins

Cuktech Unveils Smart Charging Essentials For Every Modern Device

Lebih Dari Sekadar Kesedihan Memahami Pelbagai Bentuk Gangguan Mental

Seeking Clarity On Co Teaching Model

Tips Berkesan Menjaga Hubungan Jarak Jauh

Jadual Acara Berpasukan Sukan Sea 2025 Thailand Bola Sepak Lelaki Bola Sepak Wanita Bola Jaring Dan Bola Tampar


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Supermoon 5 November 2025 9 19 Malam

Cuktech Perkenal Keperluan Pengecasan Pintar Untuk Setiap Peranti Moden

Buffet Shabu Shabu Yakiniku Di Shabu Shi Eco Ardence

Petua Lama Untuk Melegakan Kembung Perut Anak Kecil

Malaysia Dan China Memperkukuh Kerjasama Anti Rasuah Dalam Mesyuarat Di Vienna

Sesi Praktikal Dalam Kursus Kejurulatihan Profesional Diploma Afc Fam Membangunkan Kemahiran Dan Pengetahuan Pelatih