Tak Sangka Kakak Tergamak Dera Anak Anak Saya Ibu Kesal 2 Anaknya Didera Nekad Bawa Mereka Balik Ke Sabah





Jumaat, 16 September lalu, seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang diselamatkan dari terus menjadi mangsa dera ibu bapa saudaranya, di sebuah kondominium di Taman Cahaya, Ampang Jaya. 

Menurut saksi kejadian, Thina, 48, berkata, dia menyedari kejadian itu selepas dimaklumkan isterinya yang ternampak mangsa terperangkap di belebas tingkap kediaman di tingkat 4, menjerit meminta tolong kerana tidak tahan didera. 


Difahamkan, kejadian itu bukan kali pertama berlaku, malah pada minggu lalu mangsa dibogelkan dan diarah berdiri di balkoni rumah.


"Kejadian itu memang kami saksikan, anak-anak saya juga melihat. Malah ketika menyelamatkan kanak-kanak itu, dia memberitahu sudah tidak tahan dan penat," katanya. 


Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, mangsa diselamatkan oleh anggotanya selepas menerima panggilan dari orang awam pada jam 4.41 petang. 


Siasatan awal mendapati, mangsa dipercayai dikurung dalam sebuah bilik sebelum cuba melarikan diri dengan memanjat keluar dari tingkap bilik sebelum terperangkap di belebas berkenaan. 


"Kanak-kanak itu berjaya diselamatkan dan pemeriksaan mendapati kanak-kanak itu dipercayai mangsa penderaan berdasarkan kesan-kesan birat dan luka pada tangan, lengan, kaki dan belakang badan," katanya. 


Ketika ditemui, tiada sesiapa di rumah melainkan mangsa yang ditinggalkan dan dikurung dalam bilik itu seorang diri. 


Susulan kejadian itu, polis telah menahan pasangan suami isteri berusia 33 dan 29 tahun pada jam 6 petang hari yang sama kerana dipercayai terbabit dalam kes penderaan dua kanak-kanak. 


Suspek wanita tidak bekerja, manakala suaminya bekerja sebagai pemandu e-hailing dan mempunyai satu rekod jenayah lampau. 


Tangkapan itu turut membawa kepada penemuan seorang kanak-kanak perempuan yang dipercayai adik mangsa berusia enam tahun. Terdapat kesan kecederaan lebam di bahagian kaki, tangan dan belakang badan juga dipercayai dipukul menggunakan getah paip, rotan dan tali pinggang kononnya degil dan tidak mahu mendengar kata.


Kedua-dua mangsa dirujuk ke Hospital Ampang untuk pemeriksaan lanjut oleh.


Siasatan mendapati, dua beradik itu tinggal bersama suspek sejak dua tahun lalu selepas kematian bapa kandung mereka. 


Kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. 


Sementara itu, Syafiqah, ibu kepada dua beradik itu berkata, dia tidak pernah membuang dua anaknya itu dan memberi amanah sementara kepada pasangan berkenaan untuk menjaga disebabkan kesempitan hidup. 


"Saya tak pernah membuang anak, sebaliknya memberikan amanah sementara kepada kakak untuk menjaganya kerana kesempitan hidup ketika itu dan tidak sangka akhirnya mereka menjadi mangsa dera," katanya yang hanya mengetahui kejadian itu selepas dimaklumkan oleh polis. 


"Saya terkejut apabila melihat gambar kecederaan anak. Saya tidak menyangka kakak kandung tergamak melakukan perbuatan itu. 


"Ketika itu, PKP sedang dilaksanakan dan keadaan ekonomi saya tidak beberapa baik. Kakak mengatakan dia ingin membantu menjaga anak saya. Tambahan pula, kakak baru berkahwin dan belum mempunyai zuriat. 


"Saya kemudian bersetuju untuk memberi amanah kepada kakak buat sementara waktu dan memberitahu akan mengambil anak-anak semula apabila keadaan ekonomi saya stabil. 


"Dua minggu lalu, saya hubungi kakak dan meminta untuk membuat panggilan video dengan anak. Namun dia memberi pelbagai alasan dan mungkin dia bimbang saya melihat kesan luka di badan anak.


"Saya juga ada meminta dia mengembalikan anak saya jika dia sudah tidak mampu menjaga mereka. Tambahan dia juga sedang hamil. Namun dia enggan kerana mendakwa sayang dan mahu menjaga mereka lagi. 


"Anak lelaki saya seorang yang ceria dan suka bergurau. Manakala adiknya pula pendiam dan lebih suka bermain sendiri. Namun selepas kejadian ini, sudah tentu mereka trauma. 


"Ibu mana yang tidak rindu dan sayangkan anak dan dakwaan mengatakan saya tidak mahu menjaga mereka adalah tidak benar. InsyaAllah dalam masa terdekat ini saya bersama abang akan ke sana dari Sabah untuk bertemu dengan anak-anak," katanya. 


Sumber: Harian Metro


source https://www.thereporter.my/2022/09/tak-sangka-kakak-tergamak-dera-anak.html

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://kongsibro.blogspot.com/2022/09/tak-sangka-kakak-tergamak-dera-anak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ramai Sangka Saya Anak Sulung Berjalan Bawa Adik Hakikatnya Saya Ibu 7 Anak

Ramai Sangka Saya Anak Sulung Berjalan Bawa Adik Hakikatnya Saya Ibu 7 Anak

papar berkaitan - pada 19/9/2022 - jumlah : 169 hits
Kalau orang tak tahu mesti orang akan kata macam kakak dengan adik Itu situasi yang dilalui oleh Noriza Tul Akma Abdullah ibu kepada tujuh cahaya mata yang penampilannya nampak macam seperti belum berkahwin Menerusi laporan Metro wanita ber...
Ibu Bapa Membawa Pulang Abu Anak Mereka Yang Maut Selepas Dia Ditipu Didera Di Myanmar

Ibu Bapa Membawa Pulang Abu Anak Mereka Yang Maut Selepas Dia Ditipu Didera Di Myanmar

papar berkaitan - pada 21/9/2022 - jumlah : 274 hits
Goi Zhen Feng adalah mangsa penipuan temu janji dalam talian yang terbang ke Thailand untuk bertemu teman wanitanya buat kali pertama Abu Goi Zhen Feng berusia 23 tahun dibawa pulang oleh ibu bapanya selamat dibawa pulang ke kediamannya di ...
Ibu Tak Kuat Tengok Anak Seakan Diganggu Sebelum Tidur Tak Sangka Kucing Jadi Penyeiamat Amp Pelindung

Ibu Tak Kuat Tengok Anak Seakan Diganggu Sebelum Tidur Tak Sangka Kucing Jadi Penyeiamat Amp Pelindung

papar berkaitan - pada 11/9/2022 - jumlah : 189 hits
Rutin tidur yang teratur sangat penting untuk perk mbangan ot k anak kecil Anak anak yang tidak dapat tidur yang secukupnya akan mengganggu tumb saran dan emos mereka serta pencapaian daya m ntal yang kurang Untuk memastikan anak kecil tidu...
Video Lama Tak Balik Anak Buat Suprise Reaksi Ibu Undang Seb4k

Video Lama Tak Balik Anak Buat Suprise Reaksi Ibu Undang Seb4k

papar berkaitan - pada 22/9/2022 - jumlah : 204 hits
Ker1nduan seorang ibu akhirnya terubat selepas anak lelaki mereka pulang ke rumah dan membuat kejvtan Rata rata netizen yang melihat video tersebut akui seb4k melihat reaksi berharga warga emas ini Menerusi video dikongsi seorang pengguna T...
Tular Hempuk Anak Dengan Meja Kayu Ibu Direman Bantu Siasatan Kes Dera

Tular Hempuk Anak Dengan Meja Kayu Ibu Direman Bantu Siasatan Kes Dera

papar berkaitan - pada 17/9/2022 - jumlah : 177 hits
Semalam kecoh di media sosial apabila seorang wanita bertindak ganas menghempuk anak lelakinya dengan meja kayu sehingga menangis telah mengundang kecaman ramai Terbaharu pihak polis melaporkan ibu kepada kanak kanak lelaki berusia lapan ta...
Polis Reman Ibu Bantu Siasatan Kes Dera Dalam Video Hempuk Anak Dengan Meja

Polis Reman Ibu Bantu Siasatan Kes Dera Dalam Video Hempuk Anak Dengan Meja

papar berkaitan - pada 18/9/2022 - jumlah : 232 hits
Seorang wanita dilaporkan telah direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes dera anak dalam satu video tular yang memaparkan budak lelaki dihempuk dengan sebuah meja baru baru ini mendera anak lelakinya dengan membaling s...
Beri Alasan Anaknya Pukul Anak Jiran Bapa Tergamak Belasah Hingga Semua Giginya Patah Campak Mayat Dalam Sungai

Beri Alasan Anaknya Pukul Anak Jiran Bapa Tergamak Belasah Hingga Semua Giginya Patah Campak Mayat Dalam Sungai

papar berkaitan - pada 21/9/2022 - jumlah : 355 hits
THAILAND Seorang bapa di utara Thailand bakal berdepan hukuman penjara 20 tahun selepas didakwa memukul anaknya sendiri sampai mati Menurut laporan polis suspek berusia 33 tahun itu mengaku membunuh anak lelakinya yang berusia enam tahun se...
Risau Anak Makin Jauh Ibu Ni Nekad Tinggal Kerjaya Hebat Jual Nasi Lemak

Risau Anak Makin Jauh Ibu Ni Nekad Tinggal Kerjaya Hebat Jual Nasi Lemak

papar berkaitan - pada 10/9/2022 - jumlah : 165 hits
Bagi menyediakan yang terbaik untuk anak anak seorang ibu sanggup melakukan apa sahaja Kadang kadang demi menyediakan keperluan yang lengkap untuk anak tersayang kita mungkin tidak ada masa yang cukup bersama mereka Artikel Menarik Ibu beke...
Hari Malaysia Malam Bersejarah Buat Gandingan Anak Bapa Bawa Beca

Hari Malaysia Malam Bersejarah Buat Gandingan Anak Bapa Bawa Beca

papar berkaitan - pada 16/9/2022 - jumlah : 193 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menghadiri sambutan Hari Malaysia 2022 dengan menaiki beca di Dataran Memorial Pengisytiharaan Kemerdekaan A Famosa Banda Hilir malam ini Foto BERNAMAMELAKA Meskipun berpengalaman membawa pelba...
Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Lirik Lagu Kupupu Dani Kurama

Filem Strike Silat Cult Master

Radja Apa Sih Chord

Zikir Inna Fatahna Laka Fathan Mubina Tanda Kemenangan Islam

Funtasi Land Waktu Operasi Harga Tiket Aktiviti Menarik